CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DARSITA

Bahasa Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 12-2-2007 06:33 AM | Show all posts
Originally posted by laksamana_sunan at 1/2/07 23:10
ejaan untuk telor, sbenarnya telur.. telur berrmaksud benda yang mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang sprt unggas, serangga, ikan, reptilia dll) yg umumnya bersalutkan kulit yang ...


Terimakasih Encik Laksamana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 03:36 PM | Show all posts
sama2..... hehehe

untk pengatahuan semua sajak tersebuk bermaksud seorg wanita yg kini menjd lebih berani seleps apa yg dilaluinya....
sebilah pisaumu aku tidak gentar

ayt tersebut bermaksud wanita tersbut tdk akan takut akan sebrng ugutan dn ancaman yang dtg drpd org yang hendk mengancamnya...

oleh itu... kita juga pasti boleh menjd lebih berani dr sekarng....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 03:01 AM | Show all posts
Originally posted by laksamana_sunan at 15-2-2007 03:36 PM
sama2..... hehehe

untk pengatahuan semua sajak tersebuk bermaksud seorg wanita yg kini menjd lebih berani seleps apa yg dilaluinya....
sebilah pisaumu aku tidak gentar

ayt tersebut bermaks ...

La. Igtkan maksud poem tesebut "rambut sama hitam hati lain2"
Fail gua
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #143 mrs_livingstone's post

boleh dikatakan macm tu.... sbb hati manusia hanya Tuhan saja yang tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:20 PM | Show all posts
a'kom sume...
skang ambe nak terangkan Aspek Dan Istilah Komponen Sastera

TEMA
1. Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh cerpenis, novelis, penyair atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya.
2. Tema menjadi panduan kepada pengkarya dalam upaya megumpulkan, memilih, dan menyusun bahan bagi sesuatu karya.
3. Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi dinyatakan dengan unsur-unsur yang membentuk karya itu.
4. Banyak karya yang boleh dijadikan tema seperti semangat perjuangan, kasih sayang dan sebagainya.

PERSOALAN
1. Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yag ada hubungannya dengan tema.
2. Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

WATAK
1. Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
2. Dalam drama pula, watak ialah pelakon-pelakon yag menggerakkan plot sesuatu drama itu.
3. Watak inilah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot karya yang menjadi pemikiran pengkarya melalui aksinya, tindakannya, dialognya, dan konfliknya.
4. Sesuatu watak akan diberi sifat-sifat tertentu, termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya, iaitu dialog disamping perlakuannya, iaitu aksi.

PERWATAKAN
1. Sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan inilah yang dikatakan sebagai perwatakan pula.
2. Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah laku serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap. dan pemikiran.
3. Biasanya setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama mahupun watak pembantu atau watak sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang berbeza dan malah bertentangan.
4. Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur ketegangan dan konflik, sesuai dengan tema dan persoalan yang ingin diketengahkan oleh pengkarya.
5. Watak dan perwatakan manusia atau mahkluk apapun yang diwujudkan bukan saja berfungsi untuk mengembangkan tema dan persoalan, tetapi juga untuk mengubah persekitaran atau suasana latar tempat watak itu berada.
6. Selain itu, watak dan perwatakan berfungsi untuk menyalurkan buah fikiran dan pandangan hidup pengkarya serta untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu kepada pembaca.
7. (a) Watak utama - watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita.
    (b) Watak sampingan - watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya.
    (c) Watak hitam - watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya.
    (d) Watak putih - watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang murni dalam sesuatu karya.
    (e) Watak bundar - watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan dengan secara terperinci.
    ( f) Watak pipih - watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya.
    (g) Watak dinamik - watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya berkembang sering berubah.
    (h) Watak statik - watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.
    (i)  Watak kodi - watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 04:15 PM | Show all posts
APAKAH BEZANYA ANTARA BAHASA MELAYU MALAYSIA DENGAN BAHASA MELAYU SARAWAK?

- Mempunyai sedikit perbezaan ejaan dan istilah tetapi mempunyai persamaan dari segi makna.

- Huruf "g" dalam sebutan BMS ( Bhs. Melayu Sarawak) dihilangkan.

- Manakala perkataan yang berakhir dengan "ung" tidak dihilangkan huruf "g" ttp bertukar menjadi "ong".

- Selain itu terdapat juga perkataan dalam BMS kehilangan huruf "h". Hanya perkataan "hormat" yang kekal disebut hormat dalam BMS.

- Bunyi diftong "au" dalam BMM ( Bhs. Melayu Malaysia) ditukar menjadi vokal "o" manakala diftong "ai" ditukar menjadi vokal "e".

Contoh perkataan BMM dengan BMS.

banding - bandin
kucing - pusak
bantu - bantuk
cekur - cekor
bongkar - bungkar
otak - utak
hangus - angus
cabul - cabol
betul - betol
gosok - gusok
roboh - ruboh
sokong - sukong/nyukong
songsang - sungsang
hantar - antar
habuk - abuk
dayung - duyung
misai - mise
anai-anai - ane-ane
balai - bale
bangkai - bangke
burai - tebure
cerai - cere
cermai - cereme
anggung - anggong
dukung - dokong
bising - bisin
bunting - buntin
dacing - dacin
cacing - cacin
baring - barin

p/s...... hopefully anda semua mendpt ilmu yg bermanfaat untk hai ni.... hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2007 04:29 PM | Show all posts
ANTARA "FONDOK" DENGAN "PONDOK"

- Dlm Kamus Dewan, makna pondok yang pertama ialah rumah kecil yang didirikan untk sementara ( di rumah, di ladang, dan lain-lain), dangau, gubuk, teratak.

- Kedua: rumah untk merendhkan diri apabila bercakap dengan orang.

- Ketiga, kata "pondok" yang dipinjamdrpd dialek Jakarta bermaksud rumah kecil yang tidak elok ( berdnding buluh beratap rumbia dan lan-lain).

- Keempat, kata "pondok" yg dipinjam drpd bahasa Jawa bermaksud madrasah dan tempat belajar ilmu agama ( belajar agama dan lain-lain).

- Hal yg menarik ttg kata "pondok" ialah kata tersebut terdapat dalam bahasa Arab yang dikenal sebagai "fondok".

- Hal ini mungkin kerana dlm bhs Arab tdk terdapat kata yang bermula dengan huruf "p". Selain itu, makna yang terdapat pada kedua-dua kata tersebut amat bertentangan.

- Jika dlm bhs Melayu pondok ialah rumah kecil yg berbentuk sederhana, dlm bhs Arab "fondok" ialah rumah penginapan atau hotel.

- Oleh hal demikian, jangan terkejut jka anda berkunjung ke negara-negara yang bahasa kebangsaannya bns Arab, perkataan "fondok" tertera atau ditulis pada hotel.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 09:20 PM | Show all posts
assalamualaikum..
sye nk mtak tollong kawan2 kat sinie..kat mne nk cari artikel yg bagus mengenai Perayaan di Malaysia,Permainan Tradisional,Percutian..sbb sye kne mengajar bahase melayu kpd org kat sini..sye ingt nk buat perbincangan dgn mereka mengenai tajuk2 nie..
harap kawan2 bleh tolong sye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2007 02:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:02 PM | Show all posts
thanks ya mrs livingstone..
sye nk tanye lg..sape ade kamus dewan bahasa yg tebal hijo tu..leh x crkan makna..
1.mahir
2.fasih
3.juru
tolong ye n thanks again..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:04 PM | Show all posts
lg..ape perbezaan
1.tiupan angin sangat kencang
2.angin bertiup sangat kencang
ok..kengkawan..plizz help nie..anak murid ku nie tnye soklan maut sgguh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 01:24 AM | Show all posts
Originally posted by mellyZ at 6-3-2007 09:02 PM
thanks ya mrs livingstone..
sye nk tanye lg..sape ade kamus dewan bahasa yg tebal hijo tu..leh x crkan makna..
1.mahir
2.fasih
3.juru
tolong ye n thanks again..

please saba yg bole tolong ni....
mrs tak boleh tolong sbb takde kamus tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by mellyZ at 6-3-2007 09:04 PM
lg..ape perbezaan
1.tiupan angin sangat kencang
2.angin bertiup sangat kencang
ok..kengkawan..plizz help nie..anak murid ku nie tnye soklan maut sgguh

sama je kan...tapi...nak explain tak pandai...
mana la pulak si cikgu laksamana kita ni pegi ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 02:48 PM | Show all posts
alo sume.... maaf sesangat coz dh lame tak log in.... heheheh
Mahir bermaksud terlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai.
Fasih pula bermaksud lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah.
Juru bermaksud org yg mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara (biasanya dipakai dlm kata majmukdan dieja bersambung sbg satu perkataan), ahli;

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 02:56 PM | Show all posts
"angin bertiup sangat kencang"
bertiup bermaksud bergerak (angin), berhembus, mengalir: angin laut ~ dengan kencangnya.
"tiupan angin sangat kencang"
tiupan bermaksud perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup:malam itu riuh rendah dengan ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~

maaf sekali lagi... huhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 06:47 PM | Show all posts
oo..okey..thanks cikgu laksamana..nti i trangkan kat anak2 mured i..ehehe..nti ade kemusykilan sye tnye lagi tau..saya ajar bahasa melayu parttime kat cnie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2007 12:16 PM | Show all posts

Reply #156 mellyZ's post

saya bukan cikgu.orang biase je....................hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 05:34 PM | Show all posts
ok ari ni ambe ada beberapa soalan.... heheheh.. bersedia utnk menjawab....

Bidalan adalah kata2 yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya.

Pilih bidalan yang paling sesuai.
1 Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula.
A air dicincang tdk akan putus
B biar titik jgn tumpah
C bumi mana yg tdk ditimpa hujan
D bertepuk sebelah tangan tdk akan berbunyi

2 Sekiranya malas berusaha, pasti seseorang itu tdk akan mendapat kesenangan.
A tepuk dada tanya selera
B Sambil menyelam minum air
C malas berdayung perahu hanyut
D malu bertanya sesat jalan

3 Kebanyakan pendatang asing masuk ke negara ini kerana terdapat banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.
A ada gula ada semut
b alah bisa tegal biasa
C ada udang di sebalik batu
D alah membeli senang memakai

4 Kita perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.
A ukur baju di badan sendiri
B sambil menyelam minum air
C sediakan payung sebelum hujan
D tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

5 Seseorang yg bodoh jika diajar akan menjadi pandai akhirnya.
A diam penggali berkarat
B belakang parang diasah lagikan tajam
C melentur buluh biarlah dari rebungnya
D biar titik jangan tumpah

6 Cerita yg disampaikan oleh Ridzuan tentang tempat peranginan itu hanya dibesar-besarkan sahaja kerana hakikatnya tidak begitu.
A ada beras adalah nasi
B indah khabar dari rupa
C lain lubuk, lain ikannya
D lain di mata, lain di hati

Lengkapkan ayat2 di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 Azilah membasuh lantai ______ Hartini mengelap tingkap.
A atau
B lalu
C dan
D maka

2 Sama ada esok ______ lusa, saya akan pergi ke Pulau Pinang," ujar Swee Ling kepada Anna.
A dan
B atau
C serta
D kecuali

3 Balkis terperanjat _______ melihat kucing kesayangannya sudah mati.
A kerana
B apabila
C bahawa
D manakala

4 Bapa berjanji akan pulang ke rumah _________ pukul lapan malam.
A sejak
B setelah
C sebelum
D sehingga

5 Puan Sheila bertungkus-lumus memasak di dapur ______ anak-anaknya hanya berehat di ruang tamu .
A selagi
B apabila
C manakala
D sekiranya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 08:50 PM | Show all posts
hehhe..kte nk jawab..saje nk test bm kite..la nie bm dah tunggang langgang wei
section1(bidalan)
1.A
2.D
3.A
4.A
5.B
6.B

section2(isi tempat kosong)
1.c
2.b
3.b
4.c
5.c

okey..nti bg markah yek cikgu..hehhe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 01:19 AM | Show all posts
jom check jawapan... hehehe

seksyen 1
Btollll sume!!!!:pompom: :pompom:

seksyen 2
Btolllll sume!!!!
:pompom: :pompom:
Aja2 fighting!!!

[ Last edited by  laksamana_sunan at 16-3-2007 01:22 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.833199 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list