|
RAYA! RAYA! RAYA!.......MPSA communities...
[Copy link]
|
|
Originally posted by jazim at 20-10-2006 11:11 AM
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kpd seluruh warga GW yg merayakannya. ...
Bro... salah alamat nie bro! :bgrin: :bgrin: :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
selamat menyambut aidil fitri
aku mintak maaf atas segala salah silap kata dan perbuatan selama ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by standupper at 20-10-2006 12:35 AM
Ketika kita bergembira bersama keluarga... ingat-ingat lah pengorbanan depa nie... jauh daripada anak-isteri yang kena pandai-pandai menguruskan diri, dan ada antara mereka ini ibu-bapa uzur terlan ...
selamat ari rayaaaaaaaaaaa..!!!!!
stand,
pic ni yg ko dtg ari tu ker...??
nice pic...bro!! |
|
|
|
|
|
|
|
berhati-hati di jalanraya....
ingat yang tersayang
[ Last edited by insignia at 21-10-2006 11:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Srononk korang nak balik kampung rayo!!!
Tapi den (walaupun civvie) kono pakai uniform le rayo ni. Besides baru aje kematian ibu tercinta hari Jumaat lepas. Langsong takde feel nak rayo taun ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disamping org2 yg beriman. Amin:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga MPSA and especially to MOD Jazim, Yipun, Venez, dll. |
|
|
|
|
|
|
|
Di kesempatan ini Areguard juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri kepada semua warga MPSA terutama kepada mod-mod yang otai. Juga selamat menyambut hari lebaran kepada anggota keselamatan negara yang bertugas di perbatasan negara samada di meronda darat, belayar di laut atau meluncur di angkasa. Tanpa pengorbanan kalian menjaga pintu-pintu dan dinding sempadan negara tiadalah keamanan dan kemjuan yang dinikmati oleh rakyat. MAAF ZAHIR BATIN |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Canaletto at 21-10-2006 11:39 AM
Srononk korang nak balik kampung rayo!!!
Tapi den (walaupun civvie) kono pakai uniform le rayo ni. Besides baru aje kematian ibu tercinta hari Jumaat lepas. Langsong takde feel nak rayo taun ni. ...
innalilillahiwainailaihirajiun..............bersabo la canaletto.........sesungguhnya sesuatu yang terjadi ade hikmahnye.......but life must go on.......but anyhow selamat ari raya canaletto |
|
|
|
|
|
|
|
Buat semua warga MPSA saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Bagi yang pulang ke kg tu, berhati-hatilah semasa memandu. Jangan jadikan raya kali ini raya terakhir.
Bagi yang tak dapat cuti tu, bersabarlah. Pengorbanan anda dikenang jua.......
|
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI RAYA...................... |
|
|
|
|
|
|
|
sekali raya lusa da............ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harleena at 20-10-2006 01:34 PM
selamat hari raya buat semua warga MPSA. Buat yang beraya di KL, jemput laa ke rumah. Malas nak beraya kat kg. Tahun ni nak beraya kat rumah sendiri ajer.
Open House tahun ni tak buek ke..dah lama tak merasa your cooking no :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Canaletto at 21-10-2006 11:39 AM
Srononk korang nak balik kampung rayo!!!
Tapi den (walaupun civvie) kono pakai uniform le rayo ni. Besides baru aje kematian ibu tercinta hari Jumaat lepas. Langsong takde feel nak rayo taun ni. ...
innalilillahiwainailaihirajiun...bersabarlah canaletto!..lepas sembahyang raya bertafakurlah lama2 di kubur Arwah..dah saya pasti dia ingin melihat anak2nya tetap menyambut hari Kemenangan Umat Islam ini dengan sebaik2nya :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #128 bravotwozero's post
Assalamualaikum B20, korang ikut mana punya raya...arab saudi hari ni dah raya, aku baca Amerika semalam dah raya...korang ikut malaysia punya raya ke :hmm:..anyway ahad tu full blast media tempatan publicise korang berposa dalam kapal selam..jangan beraya dalam kapal jugak udahler... |
|
|
|
|
|
|
|
21 Oktober, 2006 11:55 AM
Berpuasa Bawah Permukaan Laut Uji Warga Kapal Selam TLDM
Daripada Lt Noor Hazri Mohd Dzohir
BREST (Perancis), 21 Okt (Bernama) -- Berpuasa di perantauan bukanlah satu perkara mudah, apatah lagi terpaksa mengharungi gelombang laut yang sentiasa mengganas dalam mengikuti cabaran latihan di dalam kapal selam.
Namun itulah pengalaman yang terpaksa ditempuhi sekumpulan pelatih warga kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Brest, Perancis.
Walaupun makanan yang dijamah ketika berbuka berbeza berbanding dengan apa yang didapati di Malaysia, matlamatnya tetap sama iaitu bersahur, berpuasa dan berbuka puasa.
Bagi 152 anggota TLDM yang sedang mengikuti latihan kapal selam selama empat tahun di sini, cabaran tersebut terpaksa dipikul bersama walaupun berjauhan dari keluarga.
TAK SEMERIAH DI MALAYSIA
Walaupun terdapat komuniti kecil Islam di bandar Brest ini, sesungguhnya kehidupan di sini agak berbeza kerana kemeriahan Ramadan tidak begitu dirasai, melainkan ketika menjalankan ibadat tarawih di masjid.
Sekiranya di Malaysia terdapat bazar Ramadan setiap petang yang menjual pelbagai makanan serta lauk-pauk untuk berbuka, tetapi di sini memadai dengan hanya memasak sendiri bersama rakan serumah.
Ramai yang merindukan kepelbagaian juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan di tanah air. Jikalau ditanya, ada sahaja juadah tertentu yang diidamkan.
"Ketika di Malaysia, setiap petang sekiranya tidak bertugas atau belayar saya akan ke Bazar Ramadan yang terletak di dalam pangkalan," kata Lt Nazley Kamarulzaman TLDM, 25.
"Juadah berbuka yang paling saya sukai ialah gulai tempoyak ikan patin dan murtabak."
Selain itu, terdapat juga makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan latihan setiap petang untuk diagih-agihkan ke setiap penempatan pelatih selesai sahaja latihan harian.
CABARAN GETIR PUASA BAWAH LAUT
Latihan kapal selam di Brest bukan sahaja berkisar pembelajaran dalam kelas tetapi juga latihan praktikal menerusi pelayaran di dalam Ouessant, sebuah kapal selam bekas milik Tentera Laut Perancis yang telah diubahsuai dan dibeli oleh Malaysia.
Bagi anggota yang mengikuti pelayaran bersama kapal selam Ouessant di bulan puasa ini, mereka terpaksa menempuh cabaran yang agak getir. Pelayaran selama dua minggu yang ditempuh sesungguhnya mencabar keimanan dan ketahanan diri pelatih.
Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan gelombang Lautan Atlantik yang sentiasa mengganas, tetapi juga dengan situasi latihan yang sentiasa memerlukan pelatih menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap latihan yang dijalankan.
"Saya antara yang mengikuti pelayaran baru-baru ini, mendapati keadaan persekitaran di dalam kapal selam terutamanya ketika ia berada di permukaan benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal ketika berpuasa.
Kami terpaksa mengatur sendiri waktu berbuka dan bersahur memandangkan kapal selam Ouessant di bawah pentadbiran Tentera Laut Perancis. Setiap kali waktu berbuka, kami akan mengasingkan makanan untuk anggota yang sedang bertugas ketika waktu berbuka".
Begitu juga waktu bersahur, kami terpaksa mencari masa yang sesuai supaya tidak bertindih waktu dengan anggota tentera Perancis disebabkan oleh ruang makan yang sempit.
PANAS DAN KERING, TEKANAN TAK TENTU
Kehidupan di dalam kapal selam agak berbeza berbanding kehidupan di dalam sesebuah kapal permukaan.
Apabila tertutupnya pintu kedap air yang memisahkan anggota kapal selam dari dunia luar, maka bermulalah kehidupan mereka yang hanya bergantung sepenuhnya dengan bekalan udara yang dibekalkan oleh sistem pengudaraan kapal selam.
Pengudaraan yang dibekalkan amat berbeza kerana bekalan udara tersebut agak kering dan tekanannya sentiasa berubah. Para pelatih sentiasa mengalami kering tekak, apatah lagi dengan bekalan air yang dicatu yang tidak memungkinkan para pelatih membasahkan badan.
Zulkifli Midi, 38, yang juga mengikuti pelayaran baru-baru ini sebagai petugas bilik jentera berkata keadaan persekitaran bilik jentera yang panas dan kering benar-benar menguji keimanan beliau.
"Tugas mengoperasikan bilik jentera amat mencabar keimanan saya ketika berpuasa terutamanya ketika kapal selam naik ke permukaan untuk mengecaj bateri. Saya dikehendaki mengoperasikan jentera, mengoperasikan pemampat angin bertekanan tinggi, malah terpaksa juga mengepam keluar sisa kumbahan kapal," katanya.
Tambahnya lagi, semua pengoperasian dijalankan secara manual dan memerlukan banyak tenaga.
BERBUKA DENGAN SETEGUK AIR
Adakalanya ketika bertugas di waktu berbuka puasa, pelatih hanya berbuka dengan seteguk air sebelum meneruskan tugas. Mereka hanya akan berbuka dengan santapan yang sebenarnya setelah tamat tugas sekitar pukul 12 tengah malam, lebih kurang empat jam kemudian.
Pada mulanya, krew kapal selam Perancis beranggapan bahawa para pelatih dari Malaysia ini akan letih dan lesu serta tidak akan dapat melakukan tugas serta latihan dengan baik.
Bagaimanapun, pelatih dapat melalui suasana itu dengan tabah dan membuktikan kepada rakyat Perancis bahawa ibadat puasa bukanlah merupakan satu bebanan tetapi sebagai cabaran yang wajib ditempuhi oleh umat Islam.
Malaysia telah membeli dua kapal selam jenis Scorpene pada 2002 yang dibina bersama syarikat perkapalan Perancis, DCN, dan rakan kongsi mereka dari Sepanyol, Navantia.
Pembelian itu turut melibatkan pembelian kapal selam Ouessant yang telah diubahsuai untuk latihan, di bawah perjanjian yang ditandatangani bersama syarikat Armaris.
Kapal selam Scorpene milik Malaysia yang pertama dijangka siap pada 2009 manakala yang kedua akan menyusul sembilan bulan berikutnya.
Setelah lulus pelbagai ujian yang menguji kebolehan intelek, fizikal dan psikologi sejak tahun lalu, kini tinggal 152 anggota TLDM yang layak meneruskan latihan di akademi kapal selam Malaysia di Brest.
-- BERNAMA
link |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks guys but anyway wa tak balik pasal keje!!! Doa kat mana-mana pun boleh sampai, tak perlu kat kubur pun.
Anyway BT0, my regards to Lt Hamdan (if happen you know him le) and just tell him from Langkawi regatta friend. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mmc at 23-10-2006 09:33 AM
Assalamualaikum B20, korang ikut mana punya raya...arab saudi hari ni dah raya, aku baca Amerika semalam dah raya...korang ikut malaysia punya raya ke :hmm:..anyway ahad tu full blast media tempata ...
den ari ni dah rayo dah MMC.......sehari awal dr malaysia.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|