CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matmin77

Proton Prototype (before launching model)

[Copy link]
Post time 26-5-2006 09:15 AM | Show all posts
itu jer yg dpt... tuh pon entah iyer ker idak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2006 09:07 AM | Show all posts

Reply #145 maxomeara's post

mistsubishi 380 tu nice gak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2006 09:08 AM | Show all posts

Reply #146 rambutan's post

hmmmm..nice..camne yang lain agaknya ye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2006 07:29 PM | Show all posts
Proton lancar 3 model baru

Oleh Azli Ayob


Strategi syarikat untuk tingkat semula jualan



PROTON Holdings Bhd (Proton) akan melancarkan tiga model baru dalam tempoh sembilan bulan ini bermula dengan model gantian Satria (SRM) bulan depan.

Pengarah Urusannya, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (gambar) berkata, pengeluar kereta nasional itu selama ini tidak berdiam diri, sebaliknya aktif membangunkan model baru yang lebih menarik.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan butiran terperinci mengenai model baru itu.

?odel yang sangat ditunggu-tunggu, iaitu SRM akan dilancarkan Jun ini dan ia dijangka akan memacu jualan Proton,? katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan Proton bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006.

Syed Zainal berkata, pelancaran model yang lebih menarik itu adalah sebahagian usaha Proton meningkatkan semula jualannya yang rendah di pasaran domestik berikutan persaingan dengan pengeluar lain termasuk Perodua.

?saha ini juga diharap dapat meningkatkan semula penguasaan Proton di pasaran tempatan dalam tahun kewangan 2006/2007 ini,? katanya.

Sementara itu mengulas mengenai keputusan kewangan Proton dalam tahun kewangan lalu, Syed Zainal berkata, pengeluar kereta nasional itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM28.2 juta yang diraih daripada pendapatan RM7.8 bilion.

Keuntungan sebelum cukai itu bagaimanapun merosot berbanding RM412.3 juta yang dicatatkannya dalam tempoh sama tahun lalu.

Syed Zainal berkata, keuntungan lebih rendah itu disebabkan pengurangan jualan kereta berikutan persaingan sengit dalam pasaran domestik dan eksport.

?engurangan jualan itu juga antara lain disebabkan kenaikan kadar faedah pinjaman dan langkah bank yang mengenakan syarat pinjaman lebih ketat,? katanya.

Beliau berkata, Proton juga mempunyai rangkaian produk yang sudah lama berada di pasaran dan ini mengurangkan minat pembeli.

?ecenderungan pengguna membeli SUV dan MPV turut melemahkan jualan Proton,? katanya.

Bagi tempoh suku keempat berakhir 31 Mac 2006 pula, Proton mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM95.3 juta, merosot daripada RM96 juta yang diraihnya dalam suku ketiga berakhir 31 Disember 2006.

Keputusan itu bagaimanapun lebih baik daripada kerugian RM4.3 juta yang dicatatkannya dalam suku pertama dan RM158.8 juta dalam suku kedua tahun kewangan dikaji.

Syed Zainal berkata, bagi meningkatkan keuntungan, Proton telah mengambil beberapa langkah perlu termasuk menumpukan kepada pasaran domestik, pada masa sama meningkatkan jualan eksport.

?ami juga telah mengenal pasti pasaran eksport baru iaitu Arab Saudi bermula September ini dan Indonesia, bulan depan,? katanya.

Melangkah ke depan, beliau berkata, Proton akan terus menumpukan kepada usaha meningkatkan mutu, kecekapan kos dan memperkenalkan model baru.

Proton juga katanya, kini aktif mengadakan pakatan strategik dengan pengeluar kereta asing.

?ntaranya kami sedang berbincang dengan PSA Peugeot-Citroen dan telah menjalankan kajian daya maju projek dengan dua pengeluar kenderaan dari China,? katanya.

Sebelum itu, katanya, Proton telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Petronas dan Mitsubishi Motor Corporation.





[ Last edited by  HangPC2 at 19-8-2007 09:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2006 11:34 PM | Show all posts
what Proton has been doing the past few months..well,they scare me.

i have lost all hope of a revived Proton.. i don't think a 2door hatch can be its saviour.SUV and MPV??? they can't even make proper saloons man!!

[ Last edited by  supergripen at 31-5-2006 11:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 12:12 AM | Show all posts
they can't even make a car!! all they good at is piss off poor customers!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2006 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by AzusaFuyutsuki at 1-6-2006 12:12 AM
they can't even make a car!! all they good at is piss off poor customers!

dan buat concept car yg cost mahal giler, contohnyer APX, all aluminium body frame... perghh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 08:48 AM | Show all posts
apx tuh dah nak didowngrade pastu jual... masalahnyer 3000cc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2006 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by rambutan at 1-6-2006 08:48 AM
apx tuh dah nak didowngrade pastu jual... masalahnyer 3000cc..

3.0cc, V6 engine.. compom minyak tak hingat..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 08:57 AM | Show all posts
srm.... dah nak lancar dah..


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by rambutan at 1-6-2006 08:57 AM
srm.... dah nak lancar dah..




puyooo...rambutan mana kau dapat gamba ni semua..

..tu semua srm ke tu?...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 09:13 AM | Show all posts

Reply #158 ShadowChaser's post

mana lagi... internet laa... heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 09:19 AM | Show all posts
cool. nampak lebih besar dari savvy. kalau 4 door, mesti hot selling nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 09:40 AM | Show all posts
errmmm tah biler nak launching nie....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by mysterio at 1-6-2006 09:19 AM
cool. nampak lebih besar dari savvy. kalau 4 door, mesti hot selling nih..


tok sah arap le, satria mana ada 4 door
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 10:50 AM | Show all posts
kalu satria wat 2 version..2 pintu ngan 4 pintu amacam!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2006 10:56 AM | Show all posts
satria musti kena remain kesatriannya..2 pintu maaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 11:15 AM | Show all posts
pergh warna oren tu...

[ Last edited by  HangPC2 at 1-6-2006 11:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 11:38 AM | Show all posts
kaler silver tue nampak cantik la , TAPI kalau sekali tengok shape dia macam NAZA 206..
ape komen u all ? ke saya tersalah tengok, pasal gambar jarak jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by Fast-N-Furious at 1-6-2006 03:29 AM

dan buat concept car yg cost mahal giler, contohnyer APX, all aluminium body frame... perghh..

aluminium buat apa..all carbon composite lagi best .lagi ringan n kuat..lagipun belum tentu quality memberangsangkan..piss off protong..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.200378 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list