CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JOeyer

Sandakan, City Of Nature

[Copy link]
Post time 16-5-2013 12:20 AM | Show all posts
ladyxez posted on 15-5-2013 10:39 PM
tempat makan lain , yang lbh kurang sim sim ikan bakar ada tak kat town je, so takyah ke luar to ...

dari swiss garden nak berjalan ke sim sim memanglah jauh. naik bas hanya berapa sen je tambang. kalau kat town, ada restoran ikan kerapu masak steamed. rm9 per plate. buka 10 pagi sampai pukul 1 tengahari tak silap. tempat dia kat sebelah restoran habeeb.namanya restoran nam cheong. kalau nak makan banyak pilihan ikan, better pi sim sim.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 04:35 PM | Show all posts
tiada sapa ada pengalaman menyusuri sg kinabatangan ker?

sgt popular dikalangan foreign.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 02:42 PM | Show all posts
saya akhirnya telah pulang dari memorable 5h 4m trip ke sandakan

personally saya suka bandar sandakan cuma nak ke tourist attraction susah sket, limited trip of bus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 11:30 AM | Show all posts
yellowtulip posted on 11-7-2013 02:42 PM
saya akhirnya telah pulang dari memorable 5h 4m trip ke sandakan

personally saya suka bandar sand ...

ceritalah sikit pengalaman tu..sandakan mmg syurga seafood..tp masih kurang glemer lagi klau dibanding dengan Kota kinabalu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 02:00 PM | Show all posts
ini apa yg sy buat disana :

sy menaiki pesawat airasia dan smpai sandakan jam 4pm.
sebaik smpai dan selesai immi terus keluar dr lapangan terbang yg kecik ni.
sy berjalan kaki keluar kira2 400m dan menuju ke sebuah bus-stop.
menaiki sebuah bas mini (van 12seater) menuju ke bandar sandakan dgn tambang RM1.50
kalu naik teksi flat rate = RM25

sy check in di Sandakan Backpacker dgn kadar sewa RM23 unt sebuah katil dalam dorm awek.
memandangkan hari cepat gelap sy berkeputusan unt trus meronda kawasan smpai sunset.
x besar pun bandar sandakan ni, kejap je dah abis ujung ke ujung.
sblm balik sy makan dulu di sebuah restoran, sedap juga nasi goreng ikan masin nya & big portion pula.

menjelang jam 9 kebanyakkan kedai sudah tarik roller shutter dan sepi sekali (sy usha dr bilik je)

semasa saya disana, walaupun tepi laut tp tiada kesan panas yg menyengat kulit n i luv it!

esoknya, sy telah membuat tempahan unt tinggal di homestay milik keluarga osman di kpg sukau.
sy dah tanya ngan sorang brader ni cemana nak p sukau masa baru smpai kat stesen bas lg.
i learn that hanya ada 1 trip shj ke Sukau dr sandakan iaitu jam 1ptg.
kalu mau pegi awal sy bole naik bas ke lahad datu atau tawau dan berhenti di smpg sukau.
dr sini kena tunggu pikup yg di arrange oleh tokey homestay.
setelah menelefon isteri osman iaitu yani, dia cadangkan sy naik je bas kul 1 tu trus smpai sukau.

memandangkan pukul 1 lbat lg maka pagi tu sekali lg sy berjalan2 di bandar sandakan.
kali ni 1 bando tu pusing siap pegi tourist info centre.
sblm check out sy mkn tghari di atas paso.
murahnya...nasi 1/2, ikan pari, sotong, kerabu mangga+rumpai = RM3. dapat ayo sejuk ngan sup kosong lg.
survey2 juga apa ada kat paso ni, murahnya ikan bilis rasa nak meniaga!

sy berjalan kaki ke tempat menunggu bas menuju sukau seperti yang diberitahu oleh brader smalam.
oh ya, pagi tadi sy dah book seat sebenarnya kat org2 yg ada kat situ.
bukan la book apa sgt, cuma bgtau kita nak pegi sukau so bole la dia reserve seat unt kita.
tp menurut pakcik tu datang je ada punya seat kosong.
12.30 sy sudah menunggu tp haji nordin (driver bas tu) x muncul2...
lps 1 jam pun dia x datang, uwaaa...penat tunggu.
haji nordin akhirnya muncul dgn bas mini dia (van 12 seater) dgn 8 penumpang lain.
kat sini sy naik bersama seorang ibu & anak.
trus haji nordin meneruskan perjalanan.

Haji Nordin ni mmg adalah penduduk Kpg Sukau.
setiap pagi dia akan membawa bas mininya jam 6.30 pagi menuju sandakan
dan akan kembali ke Sukau jam 1ptg.
Itu lah satu-satu nya mode of transportation awam yang ada. Haji Nordin ni bawak bas yg berlesen.
yg xde lesen pun ada tp sy x kenal ler...

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 02:49 PM | Show all posts
sesungguhnya Kpg Sukau ni amatlah jauh....
di kiri kanan dalam perjalananan hanyalah ladang kelapa sawit.
x sudah2 kelapa sawit dari 1 ladang ke satu ladang yg lain...
Haji Nordin singgah ke 1 bakery unt sapa2 yg nak beli bekalan makanan
sy x lepaskan peluang usha bakery ni, besar dan banyak varient pastri, kek dan roti.
sy hanya membeli sebotol air kopi o kampung yang dibekukan = RM2.50

di kaki lima kedai ada beberapa org budak muda menjual mcm2. ada yg jual mangga, jagung & limau kasturi.
sy beli 2 tongkol jagung rebus = RM2 murah sehhh....
menjelang smpai daerah kinabatangan, hujan turun dr renyai ke lebat tp alhamdulillah cuma sekejap ajer.
kira2 jam 5pm, smpai la sy ke jeti penambang dimana anak osman sudah sedia menunggu.

setelah membayar tambang pd Hj Nordin = RM20 dan menyimpan no telefon beliau
sy pun naik bot menuju ke rumah keluarga Osman. dlm 5-6 minit jer da smpai.
menurut anaknya, mak dia yani xde kat umah so dia suruh je sy naik dulu sementara tunggu mak dia balik.
sy pun buat la mcm rumah sendiri, di balkoni ada 2 warga asing sedang menghadap laptop & tablet.
sempat hye-hello sblm sy parking di ruang tamu.
sy diperkenalkan kepada bong, seorang jejaka yg membantu kerja2 di rumah ini.
abis la sy interbiu bong ni mcm2 hal sblm sy turun dan mengelilingi kawasan rumah osman.
rumah dia mmg basic tp ruang tamu dia luas bole main badminton.
hanya ada 1 jiran di sebelah rumah manakala sebelah lg adalah rumah tinggal.

dlm pukul 6 lebih baru la yani balik bersama anak2nya membawa kemeriahan bersama.
dia ada mesyuarat bersama pengusaha2 resort & homestay di Sukau.
mohon maaf kerana osman, suami dia balik kpg hal keluarga jadi semua benda dia yg kena buat sendiri.
tgk muka dia pun penat dan lesu jer...

jadi, situasi yg menjadi masalah adalah saya tiada bilik kerana kapel yg sy jumpa di balkoni
tak nak check out dan menambah penginapan 2 mlm lg.
yani jadi serba salah kerana mlm tu ia sepatutnya penginapan sy.
dia mau menghantar sy ke rumah bapanya yg terletak tidak jauh dr situ tp kena naik bot la
mmg selalu kalu grup besar, separuh akan dihantar ke sana.

rumah beliau cuma bole menempatkan 8 org pada satu masa.
ada 4 bilik dgn muatan 2 bilik seorang.
yani meminta sy membuat keputusan.
sy xde la kisah sgt memandangkan sy hanya akan tinggal semalam shj.
yani akhirnya mengambil keputusan unt let me stay & tanya it is ok tido ngan anak dia.
sy mmg da bgtau x kisah pun asalkan anak dia pompuan la...
akhirnya dia menempatkan sy bersama anak sulungnya dalam sebuah bilik.
hanya ada 2 bilik unt keluarga osman.
osman dan yani ada 6 org anak yg mana hanya anak kedua adalah lelaki.

slps mandi dan lepak di dapur meneman bong yg menyiang ikan
sy disapa dgn meriahnya oleh seorang lg jejaka
dia baru pulang dr membawa pelancong menyusuri sg kinabatangan.
namanya mantie, merupakan adik osman dan datang membantu semasa ketiadaan osman.
ok...dia sgt meriah, x tipu.

sy pun berjumpa dgn d rest of d isi rumah.
sebuah keluarga sweden.
sophie & max bersama 3 org anaknya.
turut serta adalah ibu x tau la mak sophie ke mak max.

makanan dihidangkan dan selepas makan mula la acara kanak2 bermain dengan kecohnya.
anak2 yani & anak pasangan sweden berlari mcm atas padang...
menjelang jam 10mlm, semua kanak2 disuruh masuk tido.
maka sunyi sungguh terasa.
max mengadu xde air, maka yani on pump.
lepas tu dia nak p check pum tu kat bawah, sy pun sibuk ikut.
menjenguk dari balkoni sy terus mesmerize by the sky.

sy turun ke bawah dan mendongak menikmati indahnya langit malam bertaburan bintang.
sangat indahhh...sy x pernah tgk langit seindah ini.
bintang bergemerlapan penuh dan membuat sy terpegun
hingga kini masih terbayang diruang mata
subhanallah sgt cantek!

lps habis kejakunan (kalu ikutkan nak tido bwh bintang2 tu je)
sy naik semula ke dlm rumah & bgtau bong & mantie sy 1st time tgk langit seindah itu
kata mantie mmg selalu mcm tu kalu ada bintang akan penuh 1 langit.
kpg sy xde pun mcm tu....

budak2 lelaki tidur di ruang tamu sahaja.
kasihan juga depa mesti penat bawak bot.
mlm tu agak sejuk memandangkan hujan turun tidak lama kemudian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2013 05:45 PM | Show all posts
sy nak sambung menaip.

pagi2 esoknya selepas subuh sy sudah mula menyibuk hal anak2 yg liat nak bangun unt bersiap ke sekolah.
pagi ni saya akan menyusuri sg kinabatangan, jam 6.30 kami sudah bersiap sedia di dlm bot unt dibawa oleh anak lelaki osman.

pagi ni hanya max, sophie dan freda shj yg turut serta. jadi kami be - 4 dipandu oleh anak lelaki osman (sy x tanya pun nama dia apa) menyusuri sg kinabatangan sblm masuk ke sebatang anak sungai dan di situ perlahan lahan bot disusuri.

air sg mmg keruh teh susu tp semakin jauh menyusuri anak sungai makin kurang susunya, gelap warna air sungai.
anak osman memiliki sebahagian sekil bapanya blum abis training i guess
dia bole spot all d wildlife yg kami x nmpak, dgn bantuan teropong besau dia tu la...
dan akan membawa bot parking ke tepi sungai bawah pokok2 unt melihat lebih dekat.

smpai satu kawasan tu ada byk sgt proboscis monkey.
sy been longing to see them since in bako lg
tp yg ni tgk dr jauh je la sbb depa bergayut atas pokok sana
sronok dpt tgk dlm it's natural habitat
pagi2 ni depa kuar carik mkn berkumpulan so mmg ramai la...

lagi 1 spesis monyet is pigtail(sy x pasti ejaannya tp tu yg sy pick-up dr kata2 anak osman)

x byk pun wildlife yg ditemui pagi ni.
selain tu ada burung2 yg paling cantek berwarna biru dan kuning
burung kenyalang juga ada
spesis berbeza dr yg slalu dijadiakan maskot tu

ada biawak (ni biasa jumpa)
anak osman tunjukkan 1 spesis lizard,  cantik skin dia berkaler-kaler

ada juga boya
mak dah ketar kepala lutut
ahahaha


lepas dah puas tgk segala hewan
patah balik unt pulang semula ke rumah osman
kali ni dia pecut motobot tu

smpai kat rumah, get ready unt bfast
ada bihun goreng, roti n scramble egg

menurut yani dia telah mendapatkan kereta unt sy ke simpang sukau pada pukul 9am
alamak...awainya plak kena balik.
memandangkan agak sukar mendapatkan kenderaan unt kemana-mana sy setuju shj.
selepas mkn, bersiap sy bersedia tp menurut yani orgnya blum tiba dan sy diminta menunggu dahulu.

sy pun turun unt lepak2 diluar rumah
masa ni keluarga sweden baru bersiap dan nak bfast
mereka telah menyewa sebuah van yg akan membawa trus ke kota kinabalu.

nanti sambung ~
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 06:10 PM | Show all posts
besnye baca....i luv sabah tp tulah asik ulang alik ke kk/kundasang je...thn ni saje da 3x pegi kk...ni 2mgu lg nak pegi lg...xpergi2 lagi kawasan lain....teringin sgt nk tour sabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 10:10 AM | Show all posts
sambil melayan talipon carik line intenet, snap gambo2 tepi sungai
tetiba sebuah bot yg mengisi seorang pakcik dan seorang awek mampir
paking depan rumah osman.

yang awek trus laju je masuk dlm rumah
sementaa pakcik tu lepak bawah pokok
kita pun beramah mesra sembang2 ngan pakcik ni
penduduk asal tebing sungai
dia bercerita pasal gajah yg menjadi tarikan pelancong asing ke sini
juga bercerita karenah pelancong2 yg bermacam ragam

sembang punya sembang rupanya pakcik ni bapa kpd yani
dan rumah beliau x berapa jauh dari situ adalah juga merupakan homestay
seronok mendengar cite org tua ni
mcm2 pengalaman kan...

yani turun dari rumah dan beritahu yg dia akan menghantar sy skrg
sy pun bergegas mengambil beg galas dan babai semua yg ada
lalu melangkah ke dalam bot yg turut dihuni oleh anak ke 3 beliau
rupanya budak ni sekolah petang dan akan menunggu bas di seberang sana unt ke sekolah menengah

sampai di jeti tempat hj nordin tinggalkan sy smalam
seorang jejaka sudah menunngu dan membantu sy naik ke tebing
dia tu driver van yang akan membawa keluarga sweden ke kk

kenderaan sy sudah menunggu, sebuah avanza hijau
ada 3 org makcik sudah berada dlm kereta tu
sembang2 rupanya mereka mmg nak ke sandakan
jadi tidak perlu lah sy turun di simpang sukau
emmm...x merasa plak nak naik bas yg dari tawau/lahad datu

slps babai n tq to yani
perjalanan yg panjang bermula
permandanagn kelapa sawit yg sayup...

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 01:26 PM | Show all posts
kalo nak wat road trip kat sabah skrg ni kira selamat dah la kan.. takde pape kes dah susulan puak2 sulu aritu..? any advice or feedback..?

road trip contoh: kk-sandakan-semporna
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 10:49 AM | Show all posts
puanserama posted on 11-9-2013 01:26 PM
kalo nak wat road trip kat sabah skrg ni kira selamat dah la kan.. takde pape kes dah susulan puak2  ...

insyaAllah it's safe here.

bkan la nak kata mmg xkan jadi pape.
tp insyaAllah selamat.

bila nak pegi tu, tumpang....

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:08 AM | Show all posts
puanserama posted on 11-9-2013 01:26 PM
kalo nak wat road trip kat sabah skrg ni kira selamat dah la kan.. takde pape kes dah susulan puak2  ...

Selamat insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:40 AM | Show all posts
hmm mcm best pulak sandakan... bandar dia ada shopping mall tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:52 PM | Show all posts
shopping mall dia tak besar pun...berkembar sekali dengan Hotel Four Points By Sheraton...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:23 AM | Show all posts
x berapa nak mall lagi Harbour mall tu...
anggaplah tiada shopping mall di sini

shopping kat pasar umum sebelah tu lagi bessstt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 07:45 AM | Show all posts
berusjamban posted on 19-11-2013 10:40 AM
hmm mcm best pulak sandakan... bandar dia ada shopping mall tak?

mcm lambat je reply post ko nih hehe..tp x pe la aku jwb gak
sandakan lebih kepada nature..soping complex pun paling grand setakat ni harour mall je lah..itupun so so je
kalu nak soping mall..KK lagi bagus
tp kalu nak merasa nature, fresh seafood sandakan mmg best

kalu berus jamban nak pengalaman bercuti sambil membeli belah di soping mall..sandakan bukanlah tempatnya, nti kecewa je dtg sini Last edited by saladin780 on 17-3-2014 07:47 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 10:59 AM | Show all posts
ada new attraction

tempat tgk sunbear
akhirnya dibuka untuk public
sebelah sepilok org utan ajer

tapi ai pun x pegi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 12:51 PM | Show all posts
as salam.kereta sewa mudah nak dapat dimana....Airport ada ker..pls....tq
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 03:14 PM | Show all posts
rauqah posted on 11-5-2014 12:51 PM
as salam.kereta sewa mudah nak dapat dimana....Airport ada ker..pls....tq

kat airport ada je tapi macam biasalah kot mesti mahal. try google mesti ada punya yang bukan based kat airport.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:24 AM | Show all posts
curiouscat posted on 11-5-2014 03:14 PM
kat airport ada je tapi macam biasalah kot mesti mahal. try google mesti ada punya yang bukan base ...

oh...tqvm....sya ada beberapa soalan...tolong ya kpd yg otai Sandakan...huhu.

1-Barang apa yg wajib beli dari Sandakan?  kalau KK...saya suka borong ikan bilis...shell...lawa lawa..
2- Wajib pegi pulau ke sbb saya dok 3 hari 2 malam?sempat?
3-Pulau yng dicadangkan....pasti selamat....tq Last edited by rauqah on 14-5-2014 11:28 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.088213 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list