CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 22-10-2007 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by a.ceCCo at 21-10-2007 07:23 PM


haa..yang ni lain la citer...yang melebihi tumit tu boleh malah diharuskan ...kang nampak aurat pulak... yups, maksud cecco panjang berjela2 tu la..


tumit ke buku lali?

kalau labuh melebihi tumit, untuk perempuan masih diharuskan jika tempat tu bersih.

http://www.askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=3bfcda1aea1555b470a543c2b18ff94c

untuk lelaki, pasal seluar/pakaian melebihi buku-lali ada dua pendapat:
1. makruh
2. haram

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 11:48 PM | Show all posts
sedih lak aku..tak penah ada orang jawab soklan aku..:cry: :cry:

tak pe korang..aku majok ar..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 11:54 PM | Show all posts

sila la jawab soklan haku..

nak tanya sket..

1. Insuran..kawan saya kata, mak dia kata, disampaikan dari atuk dia.. dia kata insuran ni tak boleh pakai.. dia kata macam nak orang kemalangan jek, macam nak orang mati je, pastu dapat duit.. sebenarnya apa pandangan insuran ni dari segi Islam?

alat muzik

assalamualaikum, nak tanya sket mengenai alat muzik..

Kroit tahu, dalam Islam, alat muzik bertali adalah haram hukumnya jika dimainkan, contoh, gitar..

kroit nak tahu, apakah dan bagaimanakah alat muzik yang dibenarkan dan diharamkan dari segi Islam?

p/s: sebab kroit tengah fikir ni, dari dulu, tak, dari kecik..teringin nak main seruling, flute...tapi, sebelum tu, nak tahu hukum-hakam dulu...

flute tiup kat tepi bibir tu..


plzz..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 12:43 AM | Show all posts

Reply #144 kroit92's post

cian lak kroit....

sedikit yg bleh kak In bantu...

    Apakah hukum membeli insurans nyawa?

Mengenai insurans nyawa Jawatankuasa Fatwa MUIS telah mengeluarkan fatwa mengenainya bahawa membeli insurans nyawa hukumnya tidak sah, mengikut kaedah jual beli dalam Islam. Pembelian insurans nyawa itu adalah disifatkan sebagai suatu muamalah yang mengandungi (bergantung kepada nasib) tiap-tiap kira bicara (transaction) yang tidak sah adalah haram penggunaannya; kerana Nabi Muhammad s.a.w. melarang sebarang penjualan yang ada gharar (keuntungan yang menggalakkan tetapi tidak nyata).

Pihak waris hanya berhak mendapat balik jumlah wang yang telah dibayar oleh si mati semasa hidupnya untuk insurans itu. Ini adalah kerana konsep insurans:

a)merupakan sesuatu yayasan yang diasaskan atas dasar riba;
b)ia bertentangan dengan semangat bantu-membantu yang dianjurkan oleh Islam;
c)menurut pandangan Islam orang yang lemah mesti dibantu dan dia diutamakan daripada yang lain. Semangat ini tidak terdapat dalam konsep polisi insurans nyawa;
d)sumbangan atau bayaran premium adalah tetap dan dimestikan;
e)wang yang dilaburkan menurut cara-cara yang tidak halal pada pandangan Islam;
f)bantuan atau kurnia yang diberikan kepada Pemegang Insurans tidaklah mengikut kemampuan Syarikat Insurans tersebut, tetapi mengikut ketetapan undang-undangnya;
g)untung yang didapati oleh Pemegang Polisi Insurans adalah dikira riba, kerana keuntungan ini tidak dapat dimasukkan ke dalam apa segi pun jenis Muamalah yang bercorak Islam;
h)insurans boleh mengakibatkan kes-kes jenayah;
i) pembelian insurans dalam syarikat-syarikat asing akan menambahkan kekuatan ekonomi orang-orang bukan Islam kerana Syarikat Insurans ini kebanyakannya dikendalikan oleh orang-orang kapitalis;
j)orang-orang yang bergantung kepada insurans boleh dianggap kurang meletakkan keyakinannya kepada takdir Allah dan bertawakkal kepada Allah;
k)dengan mempunyai Polisi Insurans seseorang itu tidak berasa khuatir untuk mendedahkan diri kepada bahaya atau membahayakan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 12:50 AM | Show all posts
Insuran nyawa, takaful dan ASB
Nama penuh:     nazri bin daud
E-email:  [EMAIL PROTECTED]

Assalamualaikum,

Ustaz,
1) Saya mempunyai kemuskilan mengenai bab insuran nyawa secara islam(Takaful).
Apakah pandangan Ustaz, berkenaan dengan lnsuran nyawa dari sudut kaca mata Islam?
Apakah kaedah yang dipakai bagi menghalalkannya?

2)Apakah pandangan Ustaz, mengenai ASB dan ASN.


------------------------------------------------------------------------
Jawab


1. Perbahasan Hukum Insuran Nyawa (Life Assurance):

Islam tidak menolak konsep insurans. Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling bantu membantu dan prihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan kerana seperti yang tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam, sebagaimana maksud hadis yang berbunyi:
"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia' (Riwayat Ibnu Majah).
Konsep insuran sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliyyah ia adalah antara beberapa bentuk amalan kerjasama di kalangan puak atau suku kaum Arab sebagai strategi mambantu sesama mereka apabila ada anggota atau ahli yang menanggung kesusahan, seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa insuran telah berkembang daripada amalan Islam. Walaubagaimanapun ulama umumnya sepakat bahawa operasi insuran dalam bentuknya sekarang tidak menepati hukum syarak. Jika konsep insuran diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis polisi yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang didiapati bercanggah dengan kehendak syarak.

Misalnya, Jawatankuasa Fatwa , Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam mesyuarat pada 15 Jun 1972, memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana dijalankan oelh syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana
tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang tidak Islamik; yang mana hukumnya menurut Islam adalah HARAM. Selain itu, Akademi Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri daripada ulama' dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan dibawah Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada fasid.

Yang demikian,menurut Majmak Fiqh, ia HARAM disisi syarak. Daripada kedua-dua keputusan, ini jelas menunjukkan ulama sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Mengapa pula ulama'
memutuskan perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans sekarang tidak menepati hukum syarak ialah kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli, Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans yang menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri. Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu. Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut.

Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang berkaitan dengan ma'qudalaih (apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengadungi unsur 'gharar'. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual menjadi cacat. Gharar dilarang oleh Rasulullah SAW mengikut sabda baginda yang bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu da njual beli gharar (Riwayat Muslim).

Sehubungan itu, ulama' menjelaskan gharar dalam salah satu daripada daripada tiga sebab berikut;
I. Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang).
2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli, dan
3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau lain-lain.

Dalam konteks ini, ulama' berpendapat perkara ke-3 diatas menunjukkan ada unsur gharar dalam konteks jual beli insurans. Dalam setiap urusan, Islam sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar menafikan kedua-dua prinsip ini.
Mana-mana kontrak jual beli yang mengandugi amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya boleh membawa kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalh jual beli gharar. Misalnya, syarat yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian
wang tidak mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan, tempoh atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini, tidak mengambil kira
langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akid atau pihak-pihak yang berakad, lebih-lebih lagi pembeli yang menyubangkan wang.

2. Operasi Takaful
Berbeza dengan insurans, operasi takaful sebagai satu bentuk perniagaan adalah tidak berasas kepada akad jual beli. Dalam hubungan ini, peserta takaful tidak membeli produk takaful daripada syarikat takaful dan sebaliknya syarikat takaful tidak menjual produk itu seperti syarikat-syarikat insurans menjual polisi insurans. Apa pun konsep takaful, seperti insurans, tetap mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan atau ringkasnya saling jamin menjamin diantara mereka.

Umumnya, struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insurans. Disatu pihak ada peserta yang melanggani produk takaful daripada pihak yang menyediakan produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan memeteraikan akad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat untung sambil berniat untuk membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika ditinpa musibah, maka opersi takaful lebih berbentuk satu usaha pelaburan.
Yang demikian wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedang dibawah jual beli insurans, wang premium menjadi hak syarikat insurans sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan. Sesuai dengan struktur operasinya, ulama' memutuskan bahawa akad takaful HARUS berasaskan prinsip al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam perniagaan.  Peserta akan berhak mendapat untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang dijalankan oleh
syarikat takaful. Diwaktu yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai tabarru' (derma) sebahagian daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan.

sekian
thtl for al_ahkam online fiqh services
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 12:51 AM | Show all posts

Reply #144 kroit92's post

pasal muzik xberani lak nk bg komentar.... kasi yg lebih berilmulah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2007 01:20 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 22-10-2007 06:21 PM


Kat sini ada dua istilah yang perlu dijelaskan:
1. tumit (heel)
2. buku lali (ankle)

Berkaitan buku lali, ada hadith yang menerangkan Allah tidak akan memandang orang yang membiarkan pak ...


hmm...sy silap cakap memang buku lali lah maksud sy...

maknanya memang elok lah sinting kaki atas buku lali...hmmm......

kalau tak sinting adakah kemurkaan Allah tu besar tak?....sebab tengok berapa kerat je yg lipat seluar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:31 AM | Show all posts

Reply #145 & #146 indah1285's post

terima kasih kak In..

jadi betullah, bahawa insuran ni salah di sisi Islam..Haram lak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2007 07:28 AM | Show all posts

Reply #149 kroit92's post

insurance convention mmg jelas haram.... tp kat sini dah byk insuran berunsur islam cm takaful..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #150 indah1285's post

takaful tu berkongsi kesusahan dan keuntungan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 22-10-2007 22:54




plzz..



HUKUM MENDENGARKAN MUSIK DAN LAGU SERTA MENGIKUTI SINETRON


Oleh
Syaikh Muhamamd bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan
Syaikh Muhamamd bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Apa hukum mendengarkan musik dan lagu ? Apa hukum menyaksikan sinetron yang di dalamnya terdapat para wanita pesolek ?

Jawaban
Mendengarkan musik dan nyanyian haram dan tidak disangsikan keharamannya. Telah diriwayatkan oleh para sahabat dan salaf shalih bahwa lagu bisa menumbuhkan sifat kemunafikan di dalam hati. Lagu termasuk perkataan yang tidak berguna. Allah Subhanahu wa Ta鈥檃la berfirman.

" Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan" [Luqman : 6]

Ibnu Mas'ud dalam menafsirkan ayat ini berkata : "Demi Allah yang tiada tuhan selainNya, yang dimaksudkan adalah lagu".

Penafsiran seorang sahabat merupakan hujjah dan penafsirannya berada di tingkat tiga dalam tafsir, karena pada dasarnya tafsir itu ada tiga. Penafsiran Al-Qur'an dengan ayat Al-Qur'an, Penafsiran Al-Qur'an dengan hadits dan ketiga Penafsiran Al-Qur'an dengan penjelasan sahabat. Bahkan sebagian ulama menyebutkan bahwa penafsiran sahabat mempunyai hukum rafa' (dinisbatkan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam). Namun yang benar adalah bahwa penafsiran sahabat tidak mempunyai hukum rafa', tetapi memang merupakan pendapat yang paling dekat dengan kebenaran.

Mendengarkan musik dan lagu akan menjerumuskan kepada suatu yang diperingatkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam haditsnya.

"Akan ada suatu kaum dari umatku menghalalkan zina, sutera, khamr dan alat musik"

Maksudnya, menghalalkan zina, khamr, sutera padahal ia adalah lelaki yang tidak boleh menggunakan sutera, dan menghalalkan alat-alat musik. [Hadits Riwayat Bukhari dari hadits Abu Malik Al-Asy鈥檃ri atau Abu Amir Al-Asy鈥檃ri]
Berdasarkan hal ini saya menyampaikan nasehat kepada para saudaraku sesama muslim agar menghindari mendengarkan musik dan janganlah sampai tertipu oleh beberapa pendapat yang menyatakan halalnya lagu dan alat-alat musik, karena dalil-dalil yang menyebutkan tentang haramnya musik sangat jelas dan pasti. Sedangkan menyaksikan sinetron yang ada wanitanya adalah haram karena bisa menyebabkan fitnah dan terpikat kepada perempuan. Rata-rata setiap sinetron membahayakan, meski tidak ada wanitanya atau wanita tidak melihat kepada pria, karena pada umumnya sinetron adalah membahayakan masyarakat, baik dari sisi prilakunya dan akhlaknya.

Saya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta鈥檃la agar menjaga kaum muslimin dari keburukannya dan agar memperbaiki pemerintah kaum muslimin, karena kebaikan mereka akan memperbaiki kaum muslimin. Wallahu a鈥檒am.

[Fatawal Mar鈥檃h 1/106]


[Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah,
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:15 PM | Show all posts
LARANGAN ISBAL [MELABUHKAN PAKAIAN HINGGA MENUTUP MATA KAKI]

Oleh
Abu Abdillah Ibnu Luqman

Isbal artinya melabuhkan pakaian hingga menutupi mata kaki, dan hal ini terlarang secara tegas baik karena sombong maupun tidak. Larangan isbal bagi laki-laki telah dijelaskan dalam hadits-hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang sangat banyak, maka selayaknya bagi seorang muslim yang telah ridho Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini. Namun ada sebagian kalangan yang dianggap berilmu, menolak (larangan) isbal dengan alasan yang rapuh seperti klaim mereka kalau tidak sombong maka dibolehkan?! Untuk
lebih jelasnya, berikut kami paparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi pelita bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Amin. Wallahul Musta'an.

[A]. DEFINISI ISBAL
Isbal secara bahasa adalah masdar dari 揳sbala
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:15 PM | Show all posts
[1]. Menyelisihi Sunnah
Menyelesihi sunnah termasuk perkara yang tidak bisa dianggap enteng dan ringan, karena kewajiban setiap muslim untuk mengamalkan setiap sendi dien dalam segala perkara baik datangnya dari Al-Qur抋n atau Sunnah.

Alloh Subhanahu wa Ta抋la berfirman.
揂rtinya : Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rosul, takut akan di timpa cobaan (fitnah) atau ditimpa adzab yang pedih
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:16 PM | Show all posts
[1]. Menyelisihi Sunnah
Menyelesihi sunnah termasuk perkara yang tidak bisa dianggap enteng dan ringan, karena kewajiban setiap muslim untuk mengamalkan setiap sendi dien dalam segala perkara baik datangnya dari Al-Qur抋n atau Sunnah.

Alloh Subhanahu wa Ta抋la berfirman.
揂rtinya : Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rosul, takut akan di timpa cobaan (fitnah) atau ditimpa adzab yang pedih
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:17 PM | Show all posts
[F]. SYUBHAT DAN JAWABANNYA
Orang yang membolehkan isbal melontarkan syubhat yang cukup banyak, di antara yang sering muncul ke permukaan adalah klaim mereka bahwa isbal jika tidak sombong dibolehkan. Oleh karena itu penulis perlu menjawab dalil-dalil yang biasa mereka gunakan untuk membolehkan isbal jika tidak bermaksud sombong.

Pertama : Hadits Ibnu Umar
Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu 慳nhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya karena sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat!" Abu Bakar bertanya, "Ya Rasulullah, sarungku sering melorot kecuali bila aku menjaganya!" Rasulullah menjawab, "Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya karena sombong."[Hadits Riwayat Bukhari 5784]

Mereka berdalil dengan sabda Rasulullah, "Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya karena sombong.", bahwasanya isbal tidak sombong ibolehkan?!

Jawaban.
Berkata Syaikh Al-Albani : 揇an termasuk perkara yang aneh, ada sebagian orang yang mempunyai pengetahuan tentang Islam, mereka berdalil bolehnya memanjangkan pakaian atas dasar perkatan Abu Bakar ini. Maka aku katakan bahwa hadits di atas sangat gamblang bahwa Abu Bakar sebelumnya tidak memanjangkan pakaiannya, sarungnya selalu melorot tanpa kehendak dirinya dengan tetap berusaha untuk selalu menjaganya. Maka apakah boleh berdalil dengan perkataan ini sementara perbedaannya sangat jelas bagaikan matahari di siang bolong dengan apa yang terjadi pada diri Abu Bakar dan orang yang selalu memanjangkan pakaiannya? Kita memohon kepada Allah keselamatan dari hawa nafsu. (As-Shohihah 6/401). Kemudian Syaikh berkata di tempat yang lain : 揇alam hadits riwayat Muslim, Ibnu Umar pernah lewat di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedangkan sarungnya melorot, Rasulullah menegur Ibnu Umar dan berkata, "Wahai Abdulloh, naikkan sarungmu!". Apabila Ibnu Umar saja yang termasuk sahabat yang mulia dan utama, Nabi tidak tinggal diam terhadap sarungnya yang melorot bahkan memerintahkannya untuk mengangkat sarung tersebut, bukankah ini menunjukkan bahwa isbal itu tidak berkaitan dengan sombong atau tidak sombong?! [Mukhtashar Syamail Muhammadiyyah hal. 11]

Allah Subhanahu wa Ta抋la berfirman.

擜rtinya : Sesungguhnya pada yang demikian ini benar-benar terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau apa yang menggunakan
pendengarannya, sedang ia menyaksikannya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2007 06:12 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 23-10-2007 01:20 AM


hmm...sy silap cakap memang buku lali lah maksud sy...

maknanya memang elok lah sinting kaki atas buku lali...hmmm......

kalau tak sinting adakah kemurkaan Allah tu besar tak?....sebab tengok berapa kerat je yg lipat seluar...


Tentang kemurkaan Allah, eloklah tuan ussopp baca penjelasan dan dalil2 yang dikemukakan oleh sdr ikhwanindo tentang isbal

Memang benar, sedikit sahaja yang ambil berat pasal ni, ustaz2 pun ramai yang ringankan, sebab tu orang awam pun lagi la ringankan.

Mohon Allah beri kekuatan pada kita untuk beramal. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 02:51 AM | Show all posts

Reply #152 ikhwanindo's post

owh..mendengar muzik dan lagu2 haram ek, of course kecuali nasyhid..sebab lagu2 banyak perkataan yang sia2..

dan semua alat muzik haram dimainkan? yang ni confius sket..   semua tak boleh ke??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 02:53 AM | Show all posts

Reply #150 indah1285's post

takaful tu halal??   boleh la ek..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 24-10-2007 01:51
owh..mendengar muzik dan lagu2 haram ek, of course kecuali nasyhid..sebab lagu2 banyak perkataan yang sia2..

dan semua alat muzik haram dimainkan? yang ni confius sket..   semua tak boleh  ...


akhi troit...apalah ruginya bagi kita hidup tanpa musik? Nabi dan para sahabatnya hidup tanpa musik walaupun di zaman mereka telah ada musik. Jika memang musik itu baik percayalah, Nabi dan para sahabat pasti sudah menganjurkannya kepada kita. Apalagi telah sahih hadits dari nabi melarang alat musik. dan jangan fikiran kita jadi rancu dengan adanya musik-musik Islami seperti nasyid, qosidah apalagi marawis, etc, selagi itu menggunakan alat musik, tetap haram hukumnya. Bahkan penjelasan para ulama salaf, kelompok nyanyi yang membawa-bawa agama lebih sesat lagi daripada yang sekedar bermain musik saja, karena itu berarti telah memasukkan sesuatu ke dalam hal ibadah. Yang ini tidak pernah di contohkan oleh Nabi dan para sahabat. akhi troit -semoga Allah senantiasa menjaga dan menyayangi antum- yang haq dan yang batil itu jelas, dan semua yang haq dan semua yang batil telah di jelaskan oleh Nabi dalam hadits-haditsnya. Jadi kita tinggal belajar mana yang haram dan mana yang halal dan mengamalkan apa ynag telah kita pelajari.

wallahi, ana (sebelum ana mendapat hidayah belajar agama) juga dulu amat mencintai musik. ana sangat suka kepada musik slow rock, dan penyanyi favorite ana seperti Jon bon jovi, Fire house, Metalica, etc JIKA ana punya masalah, maka ana mengurung diri, turn the music LOUD and I will sing along the song. And dulu itu my sisters boyfriend liked my voice, and dia mau mengajak untuk masuk rekaman, jadi penyanyi . setelah beberapa kali berlatih bersama, qadarullah ana ragu dan akhirnya tak jadi, walhamdulillah. Merekapun kecewa. andaikata ana jadi penyanyi dulu, entah mungkin telah tersesat hidup ana sekarang   walhamdulillah atas semua karunia Allah Ar Rahman Ar Rahim. Ketika ana belajar dan mengetahui tentang haramnya, ANAPUN shocked and very very surprised. Ana cuba untuk menyelidiki, apakah benar musik itu haram? Dan telah terbentang di hadapan ana hadits-hadits dan penjelasan para ulama tentnag haramnya musik ini, jadi apalah yang bisa menjadi pilihan kita sebagai seorang muslim, ketika telah tetap satu hukum dengan hujjah yang kuat, apa kita pantas untuk memilih yang selainnya dan durhaka kepada aturan Allah subhanahu wa ta'ala ini? Sungguh tidak pantas sementara kita membaca ayat Allah yang menjelaskan jika telah tetap satu hukum, maka tidak ada pilihan lagi bagi seorang muslim dan muslimat untuk memilih pilihan selainnya, dan azab Allah bagi orang ynag mungkar. Akhirnya anapun bisa meninggalkan musik, dan WALLAHI sekarang hidup ana lebih tenang dan damai. Dulu kalau dengan musik yang bertepatan dengan sesuatu kejadian yang menyedihkan, maka ketika mendengar musik itu sekali lagi di kemudian hari hatipun kembali menjadi sedih. sekarang alhamdulillah, semuanya lebih indah dan tenang setelah meninggalkan musik. sungguh benar apa kata Ibnul Qayyim,  beliau -rahimahullah- berkata "musik itu menyebabkan kemunafikan".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.223261 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list