CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: easy81

khatan anak perempuan

[Copy link]
Post time 23-6-2010 05:46 PM | Show all posts
Reply  nur_2010

Adakah dengan mempertikaikan dakwaan tanpa bukti mak bidan tersebut dianggap seb ...
manzilla Post at 23-6-2010 14:39



theres no reason nak pertikaikan perkara yang digalakkan dalam islam....mazhab shafie cakap ia sunat, some even says its wajib...dalam islam sunatkan anak perempuan ni jelas dah thats its digalakkan dan sunat.....so benda baik tak nak buat sendiri rugi...tak perlu liberal sgt sampai nak question everything even benda common like sunat...which everyone knows its encouraged for girls......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2010 06:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by nur_2010 at 23-6-2010 18:08
Reply  nur_2010

Adakah dengan mempertikaikan dakwaan tanpa bukti mak bidan tersebut dianggap seb ...
manzilla Post at 23-6-2010 14:39


mazhab shafie sendiri kata bersunat for girls is sunat...yang haram tu ialah genital mutilation...benda yang sunat ni byk kebaikan...apa pun terpulang pada parents nak buat ke tak...tak nak buat sudah.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 06:14 PM | Show all posts
ada byk hadis kata khatan ini adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. mazhab pulak ada kata wajib ada kata sunat. sila baca petikan di bawah.

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah Amma ba'du...


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada disebelah atas faraj perempuan.

Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Taala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Hukum Berkhatan

Sepertimana yang tersebut dalam kitab al-Majmu dan kitab Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, berkhatan itu wajib ke atas lelaki dan perempuan yang dilahirkan tanpa berkhatan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.

(Surah an-Nahl: 123)


Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam supaya mengikut ajaran-ajaran agama Nabi Ibrahim alaihissalam, dan di antara ajaran-ajaran Nabi Ibrahim alaihissalam itu ialah berkhatan. Perkara ini jelas dikuatkan lagi dengan perbuatan Nabi Ibrahim alaihissalam itu sendiri yang mengkhatan dirinya pada masa umurnya lapan puluh tahun, sebagaimana riwayat Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: Berkhatan Nabi Ibrahim alaihissalam ketika Baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum.

(Hadis riwayat al-Bukhari)



Menurut kitab Syarh al?Muhadzdzab ulama berkata, salah satu perkara dalam agama Nabi Ibrahim alaihissalam ialah berkhatan. Berkhatan itu adalah wajib dalam agamanya.

Sementara itu, dalil dari hadis yang menunjukkan wajib berkhatan itu ialah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam:

Maksudnya: Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.

(Hadis riwayat Abu Daud)



Dalam mengambil dalil dengan hadis ini, para ulama Syafie mengatakan bahawa jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah diharuskan membuka aurat ketika berkhatan dan tidaklah diharuskan tukang khatan melihat aurat orang yang dikhatan, kerana kedua-duanya itu adalah haram. Jadi apabila kedua-dua yang diharamkan itu diharuskan bagi tujuan berkhatan, ini menunjukkan bahawa berkhatan itu hukumnya adalah wajib.

Asy-Syirazi, al-Ghazali (kedua-duanya dari ulama mazhab asy?Syafie) dan sebahagian ulama pula berdalil dengan qiyâs. Mereka mengatakan bahawa berkhatan itu ialah dengan memotong anggota yang sejahtera. Jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah boleh memotongnya (memotong selaput kulit zakar) sebagaimana tidak boleh memotong jari, kerana tidak harus memotong anggota yang sejahtera melainkan jika kerana dijatuhkan qishâsh.



Cara Berkhatan Bagi Lelaki

Cara bagaimana berkhatan itu, yang wajib bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu keseluruhannya. Jika dipotong sebahagian sahaja daripada selaput kulit itu, wajib dipotong bakinya sekali lagi.


Cara Berkhatan Bagi Perempuan

Cara yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.


Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam menegur Ummu Athiah Radhiallahu anha dengan bersabda:

Maksudnya: Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh).”
(Hadis riwayat ath-Thabrani)




Masa Atau Waktu Berkhatan


Tersebut dalam kitab al-Majmu, menurut ulama-ulama Syafieyah masa wajib untuk berkhatan itu ialah selepas baligh dan berakal. Namun begitu adalah sunat dan digalakkan kepada ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak mereka semasa mereka masih kecil lagi kerana ini lebih memberi manfaat kepada mereka, luka berkhatan lebih cepat sembuh dan bentuk zakar akan lebih sempurna.


Sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, melainkan jika dia lemah, tidak berdaya (tidak tahan) menahan kesakitan berkhatan apabila dijalankan ke atasnya. Maka dalam hal ini hendaklah ditangguhkan berkhatan itu sehingga dia berdaya menanggungnya, dan makruh dikhatankan anak sebelum hari ketujuh dari hari kelahirannya.

Jika tidak dapat dikhatan pada hari ketujuh, sunat dikhatan pada hari keempat puluh. Jika terlewat (tidak dikhatankan) juga, sunat dikhatankanpada masa umurnya tujuh tahun. Dalam hal menentukan masa berkhatan ini, anak lelaki dan anak perempuan adalah sama.

Perlulah ditekankan di sini, bahawa hukum berkhatan pada masa-masa yang disebutkan sebelum ini (masa sebelum baligh) adalah sunat dan bukannya wajib. Ini adalah pendapat yang shahîh yang masyhûr yang dipegang oleh jumhur ulama.

Sebagaimana yang dijelaskan terdahulu, bahawa kewajipan berkhatan itu bermula dari sesudah anak itu baligh. Sekiranya dia sudah baligh, maka kewajipan itu berjalan dengan serta merta. Namun begitu jika orang yang sudah baligh itu lemah kejadiannya, di mana jika dia dikhatankan, ditakuti akan mendatangkan kemudaratan kepadanya, maka dalam hal ini tidaklah harus dia dikhatan, bahkan hendaklah ditunggu sehingga keadaannya selamat atau mengizinkan untuk berkhatan.



Kenduri Khatan

Sunat mengadakan walimah (kenduri) bagi pengkhatanan lelaki, kerana ia termasuk dalam salah satu yang sunat diadakan kenduri, seperti kenduri kahwin, selepas melahirkan anak, selesai membina bangunan, orang yang terkena musibah, orang yang balik daripada musafir dan kenduri kerana hafaz dan khatam al-Quran.

Menurut al-Adzraie, bahawa hukum sunat mengadakan kenduri pengkhatanan itu adalah bagi pengkhatanan lelaki dan bukan untuk pengkhatanan perempuan, kerana pengkhatanan bagi perempuan itu sunat disembunyikan dan hal yang memalukan jika berterang-terangan. Diihtimalkan juga bahawa hukum sunat mengadakan kenduri bagi pengkhatanan perempuan itu hanyalah khusus bagi sesama perempuan sahaja tanpa ada jemputan lelaki.


Meninggal Dunia Sebelum Berkhatan

Jika seseorang itu meninggal dunia sedang dia belum lagi berkhatan, maka menurut pendapat yang shahih jangan dikhatan si mati tersebut.


Hikmah Dan Kelebihan Berkhatan

Islam menuntut umatnya supaya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan yang tersendiri yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Hikmah dan kelebihan itu boleh kita lihat pada dua sudut iaitu sudut keagamaan dan sudut kesihatan. Pada sudut keagamaan, antaranya:

(i) Berkhatan merupakan tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam.

(ii) Sebagai menyempurnakan tuntutan syara yang berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim alaihissalam.

(iii) Untuk membezakan antara orang-orang Islam dengan penganut-penganut agama lain. Namun begitu sekarang ini orang-orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan.

(iv) Sebagai suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah Subhanahu wa Taala dengan patuh segala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya.


Dari sudut kesihatan pula:

(i) Untuk membersihkan zakar, memperelokkannya, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan semasa hubungan kelamin.

(ii) Untuk mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.

Demikianlah di antara hikmah dan kelebihan yang diperolehi oleh orang-orang yang berkhatan. Dengan ini juga tergambar kepada kita akan keindahan Islam serta rahsia-rahsia di sebalik syariatnya.


Wallohu a'lam bish-shawab  




Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutu*kan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 11:01 PM | Show all posts
Reply 141# nur_2010
Saya tanya mana dalil Islam galakkan wanita berkhatan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 11:03 PM | Show all posts
Reply 142# nur_2010
Saya sudah tahu mazhab Syafie kata macam tu. Sebab tu saya tanya mana dalil? Saya tak tanya siapa yang kata.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 11:21 PM | Show all posts
Reply 143# nur_2010
Whoa... panjangnya kopipes. Nampak hebat. Syabas!!!

Sekarang kita adakah ianya betul-betul 'hebat'. Ataupun ia hanyalah tin kosong saja?

theres no reason nak pertikaikan perkara yang digalakkan dalam islam....mazhab shafie cakap ia sunat, some even says its wajib...dalam islam sunatkan anak perempuan ni jelas dah thats its digalakkan dan sunat....

Nampak saja beberapa orang ulamak menggalakkannya (belum bahas dalil lagi ni), terus awak putuskan Islam menggalakknnya. Tidak boleh dipertikaikan lagi. Daripada kata-kata awak ni, sudah cukup untuk saya buat kesimpulan awak ni adalah seorang yang tak banyak ilmu agama dan mungkin tak pandai baca kitab bahasa Arab pun.

Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Taala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

So... awak nak berhujah dengan hadis fitrah? Kan saya dah kata jangan bawak hadis yang tak jelas. Hadis fitrah ini tidak boleh menjadi dalil bagi khatan wanita kerana 4 sebab.

(1) Banyak lagi benda yang disebutkan dalam hadis tersebut hanya khusus untuk lelaki sahaja.
(2) Asal-usul khitan sebagai salah satu fitrah ini ialah sebuah hadis riwayat Imam Malik dalam Muwatto'nya yang menyebutkan Nabi Ibrahim adalah orang yang mula-mula berkhatan dan beliau adalah seorang lelaki.
(3) Penggunaan lafaz 'khitan' dalam bahasa Arab secara amnya adalah untuk lelaki. Orang Arab hampir tak gunakan lafaz tersebut untuk perempuan. (Bukti saya akan bawakan sekiranya ada permintaan)
(4) Nabi menyunatkan Hasan & Husin, tapi tak pernah menyunatkan mana-mana anak perempuannnya atau menyuruh mana-mana isterinya bersunat. Kefahaman Nabi tentang hadis ini adalah lebih utama daripada kefahaman orang lain termasuklah Imam Syafie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2010 11:32 PM | Show all posts
Reply 143# nur_2010
Menurut kitab Syarh al?Muhadzdzab ulama berkata, salah satu perkara dalam agama Nabi Ibrahim alaihissalam ialah berkhatan. Berkhatan itu adalah wajib dalam agamanya.

Sikijap puan, Nabi Ibrahim ni lelaki ka pompuan?

Sementara itu, dalil dari hadis yang menunjukkan wajib berkhatan itu ialah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam:

Maksudnya: Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sahih ke tu? Kalau sahih, mana bukti suruhan itu termasuk untuk perempuan? Kalau betul perempuan pun termasuk, pasal apa dia tak sunatkan anak perempuannya?

Dalam mengambil dalil dengan hadis ini, para ulama Syafie mengatakan bahawa jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah diharuskan membuka aurat ketika berkhatan dan tidaklah diharuskan tukang khatan melihat aurat orang yang dikhatan, kerana kedua-duanya itu adalah haram. Jadi apabila kedua-dua yang diharamkan itu diharuskan bagi tujuan berkhatan, ini menunjukkan bahawa berkhatan itu hukumnya adalah wajib.

Asy-Syirazi, al-Ghazali (kedua-duanya dari ulama mazhab asy?Syafie) dan sebahagian ulama pula berdalil dengan qiyâs. Mereka mengatakan bahawa berkhatan itu ialah dengan memotong anggota yang sejahtera. Jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah boleh memotongnya (memotong selaput kulit zakar) sebagaimana tidak boleh memotong jari, kerana tidak harus memotong anggota yang sejahtera melainkan jika kerana dijatuhkan qishâsh.

Kalau betul wajib, satu je soalan saya, "Pasal apa Nabi tak buat kat anak-anak perempuannya dan tak suruh bini-bininya bersunat?" Ada sorang bini Nabi yang asalnya tawanan perang lepas tu masuk Islam kahwin dengan dia, takdak pulak Nabi suruh dia bersunat atau tanya ke sekurang-kurangnya dia dah sunat ke belum.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam menegur Ummu Athiah Radhiallahu anha dengan bersabda:

Maksudnya: Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh).”
(Hadis riwayat ath-Thabrani)

Saya dah kata jangan bawak hadis dhaif. Nampaknya awak ni tak reti lagi nak membezakan hadis sahih dan hadis dhaif. Dalam nak berhujah, tak boleh main kopipes saja, awak tu sendiri kena pandai jugak.

Hikmah Dan Kelebihan Berkhatan

Islam menuntut umatnya supaya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan yang tersendiri yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Hikmah dan kelebihan itu boleh kita lihat pada dua sudut iaitu sudut keagamaan dan sudut kesihatan. Pada sudut keagamaan, antaranya:

(i) Berkhatan merupakan tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam.

(ii) Sebagai menyempurnakan tuntutan syara yang berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim alaihissalam.

(iii) Untuk membezakan antara orang-orang Islam dengan penganut-penganut agama lain. Namun begitu sekarang ini orang-orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan.

(iv) Sebagai suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah Subhanahu wa Taala dengan patuh segala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya.


Dari sudut kesihatan pula:

(i) Untuk membersihkan zakar, memperelokkannya, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan semasa hubungan kelamin.

(ii) Untuk mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.

Demikianlah di antara hikmah dan kelebihan yang diperolehi oleh orang-orang yang berkhatan. Dengan ini juga tergambar kepada kita akan keindahan Islam serta rahsia-rahsia di sebalik syariatnya.


Wallohu a'lam bish-shawab  

Takdak kena-mengena pun dengan khatan wanita. Jadi saya abaikan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 11:35 PM | Show all posts
Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam supaya mengikut ajaran-ajaran agama Nabi Ibrahim alaihissalam, dan di antara ajaran-ajaran Nabi Ibrahim alaihissalam itu ialah berkhatan. Perkara ini jelas dikuatkan lagi dengan perbuatan Nabi Ibrahim alaihissalam itu sendiri yang mengkhatan dirinya pada masa umurnya lapan puluh tahun, sebagaimana riwayat Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: Berkhatan Nabi Ibrahim alaihissalam ketika Baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum.

(Hadis riwayat al-Bukhari)



Menurut kitab Syarh al?Muhadzdzab ulama berkata, salah satu perkara dalam agama Nabi Ibrahim alaihissalam ialah berkhatan. Berkhatan itu adalah wajib dalam agamanya.

Nabi Ibrahim tu LELAKI. Diulangi, LELAKI.

Ni kali terakhir aku cakap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 09:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by nur_2010 at 24-6-2010 09:45

nabi adalah pemimpin kepada seluruh umat masa tu. umat nabi ibrahim bersunat, umat nabi muhammad saw disuruh mengikut amalan berkhatan dari umat nabi ibrahim. umat ni maksudnya semua org, doesnt matter men or women. ada juga hadis yang menunjukkan orang perempuan pun sunat masa tu. kita umat islam kena ikut ajaran nabi bukan umat lelaki je ikut ajaran nabi. and another thing hadis tu bukan hadis daif. kita bukan mazhab, ulamak atau mufti, kita tak boleh letak kategori pada hadis. kita org biasa je bukan mazhab atau ulamak... kalau dah ada hadis, jangan buat andaian sendiri yang tak betul. fitrah setiap org islam sama ada girl or boy untuk bersunat. so terpulang pada diri masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:52 AM | Show all posts
Reply 148# manzilla


awak pulak mazhab ke apa...cakap macam pandai sangat. kalau awak tu bukan mazhab tak perlu nak cakap hadis tu dhaif ke apa...awak buka le fahaman awak sendiri, tak ada org yang ikut awak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 10:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by nur_2010 at 24-6-2010 10:27

berkhatan ni WAJIB bagi lelaki dan bagi wanita ia DIGALAKKAN for many reasons yang dihighlightkan sebelum ini. Tak ada mazhab yang kata haram berkhatan bagi wanita. so terpulang pada kita semua nak buat ke tak. kalau tak nak sunatkan pun tak pe. kalau nak sunatkan dapat pahala dan banyak kebaikan kepada anak. so its ur decision dan nobody can say buat atau tak buat. terpulang kepada individu tuh. selagi tak ada dalil yang kata berkhatan haram bagi wanita, theres no reason to discourage others daripada buat perkara yang dapat pahala dan digalakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 12:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by manzilla at 24-6-2010 06:52

Reply 149# nur_2010
nabi adalah pemimpin kepada seluruh umat masa tu. umat nabi ibrahim bersunat, umat nabi muhammad saw disuruh mengikut amalan berkhatan dari umat nabi ibrahim. umat ni maksudnya semua org, doesnt matter men or women.

Cuba awak buktikan umat Nabi Ibrahim yang perempuan pun bersunat kerana menganggap ia adalah syariat mereka. Orang Yahudi yang mengaku ikut syariat Nabi Ibrahim tu, mereka sunatkan anak-anak lelaki tapi tak pernah pula nak menyunatkan perempuan mereka. Ini menunjukkan mereka tahu sunat perempuan ni takdak dalam syariat Nabi Ibrahim. Tup-tup mari awak dakwa perempuan juga diminta bersunat dalam syariat Nabi Ibrahim! Mana bukti?!

ada juga hadis yang menunjukkan orang perempuan pun sunat masa tu. kita umat islam kena ikut ajaran nabi bukan umat lelaki je ikut ajaran nabi.

Awak maksudkan hadis dua khitan tu ke? Kalau awak bertanggungjawab dengan dakwaan awak, bawak mari hadis tu ke sini, berserta dengan lafaz Arabnya sekali, dengan sanadnya sekali, saya nak jawab. Kita pakat tengok, betul ke tidak hadis itu menunjukkan perempuan pada masa itu bersunat.

and another thing hadis tu bukan hadis daif.

Tak dhaif ya? Bawak sanadnya ke sini kalau berani.

kita bukan mazhab, ulamak atau mufti,

jadi kalau dia tu ulamak atau mufti tak apalah ya? Kalau saya sebut Mufti Besar Mesir Ali Gomaa mengharamkan khatan wanita dan Dr. Yusuf Qardhawi pula bersetuju dengan dia, awak nak kata macam mana? Mereka adalah ulamak dan mufti yang ikut telunjuk Amerika?

kita tak boleh letak kategori pada hadis. kita org biasa je bukan mazhab atau ulamak...

Habis tu ilmu usul hadis dan ilmu rijal tu ada untuk apa? Orang belajar buat apa?

kalau dah ada hadis, jangan buat andaian sendiri yang tak betul.

"Kalau ada hadis, terus kena pakai." - semakin terserlah lagi kejahilan awak tentang ilmu hadis dan mustolah.

berkhatan ni WAJIB bagi lelaki dan bagi wanita ia DIGALAKKAN for many reasons yang dihighlightkan sebelum ini. Tak ada mazhab yang kata haram berkhatan bagi wanita. so terpulang pada kita semua nak buat ke tak. kalau tak nak sunatkan pun tak pe. kalau nak sunatkan dapat pahala dan banyak kebaikan kepada anak. so its ur decision dan nobody can say buat atau tak buat.

Kenapa awak tak jawab soalan saya? Kalau betul ia digalakkan oleh Islam dan dapat pahala kenapa Nabi Muhammad tak suruh anak-anak perempuannya disunatkan atau suruh bini-bininya bersunat? Siapa berani mengaku dia lebih sukakan pahala daripada Nabi Muhammad s.a.w.? Nabi pernah bersabda "Akulah orang yang paling sukakan kebaikan."

Jawab soalan saya. Jangan merapu tak tentu hala macam orang-orang lain yang telah saya tanya soalan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 01:19 PM | Show all posts
Reply 152# manzilla


sekarang kita ada mazhab baru, mazhab manzilla...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 01:48 AM | Show all posts
confuse laa....

nak khatan ke tak eh baby girl ku? skang dia 2 -1/2 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by manzilla at 17-9-2010 04:03

Tak payah. Dia tak perlukannya. Mungkin mak mertua atau mak awak atau nenek awak yang 'berasa' mereka perlukannya untuk anak awak tapi awak kena faham yang anak awak tu sendiri tak perlukannya. Ia adalah tradisi, bukan agama dan anak awak boleh hidup dengan baik tanpanya.

Jangan pakai pepatah 'biar mati anak, jangan mati adat'.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:05 AM | Show all posts
yg betul2 sesuai time bila..minta tunjuk ajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 06:17 PM | Show all posts
confuse laa....

nak khatan ke tak eh baby girl ku? skang dia 2 -1/2 bulan
narif Post at 16-9-2010 01:48


maybe narif bleh rujuk thread ni, tgk post bonda.. memandangkan narif nk bawa baby ke US kan..

http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=489625&extra=page%3D1&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 03:13 AM | Show all posts
Reply 3# an324


    salam semua
anak pompuan aku dah 2 tahun
tak khatan lagi. masa lahirkan dia dulu aku susah sangat. nak makan pun pinjam duit kawan. so aku memang tak ada duit langsung nak bawa dia gi klinik untuk khatan. duit hospital pun aku tak mampu nak bayar. sib baik ada kebajikan. so sekarang aku jadi serba salah, bb sitter dia suruh khatankan, huby kata tak payah sebab sunat. lagipun dah 2 tahun. bb sitter kata ada tukang urut memang biasa khatankan budak. em..cam mana ek...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 05:08 PM | Show all posts
Reply 158# watie_na
Suami cakap tak payah, tak payah la. Dia faham la tu. Babysitter awak bukannya ada alasan kuat pun utk paksa anak awak disunatkan. Baca je posting2 aku yang lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 02:01 PM | Show all posts
muskill aku....orang yg berhujah2 ni,cek hadis sane,hadis sini, ade ke cikgu nye...senaraikn lah rujukannye,baru ade ilmiahnya.bukan kajian kepentingan peribadi aje...
http://renares.wordpress.com/2009/01/06/khitansunat-perempuan/
http://renares.wordpress.com/2009/01/06/sunat-perempuan/
"Nafsu wanita tidak ada kaitan dengan kemaluan mereka. Hawa nafsu berpunca daripada otak, bukannya daripada kamaluan."
lg 1,nafsu bkn dr otak ye....pepandai je....akal n nafsu saling mengawal.akal lbh di otak,nafsu lbh di hati...walaupun kurang tepat,tp lbh better dr orng yg claim nafsu dtng dr otak...lol...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54570 Replies : 22
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika dikecam hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 36856 Replies : 78
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3298 Replies : 14
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49492 Replies : 102
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 283570 Replies : 8376
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
YgBenarBerkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di
Views : 65698 Replies : 42
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 19483 Replies : 28
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98958 Replies : 1025
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 42538 Replies : 162

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.070007 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list