CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
Post time 19-4-2008 12:00 AM | Show all posts
kemunculan yg seketikaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2008 11:35 PM | Show all posts
Aku kemudian duduk kembali dan meneruskan cerita pengalamanku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:35 PM | Show all posts
AMARAN: ANDA DIMINTA TIDAK MENGGUNAKAN DAYA IMAGINASI YANG MELAMPAU APABILA MEMBACA PENULISAN DI BAWAH INI.
        KALAU NAK KURUS GUNAKAN CARA LAIN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:36 PM | Show all posts
Aku memerhatikan sekeliling.
Semua mereka masih berada di tempatnya masing-masing.
Berbual rancak.Ada yang sirius dan ada yang gelak-gelak kecil.
Perbualan mereka tidak ku dengarin.

Aku menyambung kembali....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:36 PM | Show all posts
Menghirup minuman yang telah hilang beberapa peratus kehangatannya.
"Ya...lah.Aku nak tau apa yang terjadi pada ngkau tu..."

Dengan menarik nafas perlahan, dia bermenung kembali, mengimbau pengalaman trajisnya.
"Kau tau tak masa makan kat rumah tu...."

"Ha...Roti canai banjir...Sape punya?" Kedengaran pelayan berkata agak kuat.
Izan menggamit tangannya.
Maka roti canai yang dipesannya diletakkan di atas meja.

Dia terdiam...
"Teruskanlah ngan cerita kau tu..." selamba aja Izan.Sudu dan garpu ditangannya menguis-nguis makanan di hadapannya.

"Kau makanlah dulu".

Dia memerhatikan rakannya makan.Satu persatu cubitan roti canai masuk ke mulut.
Sesekali dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:37 PM | Show all posts
Dan seskali dia memandang Izan.
Lelehan kuah kari bercampur kacang dal meleleh dari mulut Izan.
Sekoyong- koyong Izan menyapunya dengan kertas tisu.

Habis sekeping roti canai dibaham oleh Izan.Kini dia menghirup air teh tarik pulak.
Berselera sungguh ia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2008 11:37 PM | Show all posts
Memandang kepada Izan, cerita pengalaman diteruskan.
"Sedap juga masa kita makan kat rumah tu dulu.
Tapi aku rasa sedap lagi kalau orang rumah kita yang masak."

"Kita suma berselera...Kan.../"

"Ya..lah,dah penat pastu ikan segar lagi" balas Izan.

"Ehhh...Kau tak rasa ke masa tu masak asam pedas tu tak rasa masam?"

"Aku mana nak rasa, sebab aku lupa pulak yang masak asam pedas ada.Ngah lapau,belasah ajerlah"
Sedikit ceria wajah Izan apabila dia pun mula mengingati keenakkan makanan yang dimakannya pada malam itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:37 PM | Show all posts
"Aku tak boleh kalau kata masak asam tapi tak rasa masamnya...sebab itulah aku ambik limau nipis yang ada dalam poket aku tu"
"Kau tau...masa aku potong limau nipis tu kemudian memicit airnya ke dalam kuah, seakan meleleh air liur aku..."

Dia menyambung lagi,
Sesudah perahan limau yang sebiji itu dimasukkan ke dalam mangkuk, dia pun mula menggaulnya agar sebati kesemua adunan.
Sesekali kuah diangkat tinggi dengan sudu yang ada.
Begitulah lagaknya.
Beberapa kali dilakukan.

Kemudian dia mengaut ketulan ikan yang berada di dalam kuah.
Besar juga ikan yang mereka dapatpada kali ini.
Tiada kedapatan sisik atau sirip di dalam masakan.
Pandai jugak tuan rumah membersihkan ikan.

Ya lah.Orang kampung, biasalah mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2008 11:38 PM | Show all posts
Dia membubuh satu ketul di dalam pinggannya.
Menggauli nasi bersama kuah dan menyuap ke dalam mulut.
Mengambil ketulan ikan dan menggit kecil.
Lembut tak macam ikan biasa.

Setelah habis di menceduk lagi ke dalam mangkuk asam pedas.
Beberapa ketulan dan cebisan di bawa masuk kje dalam pinggannya.
Meramas-ramas nasi sambil memecit ketulan daging ikan agar tiada kedapatan tulang yang akan menyucuk anak tekak nanti.

'Eh...semacam ajer ketulan ni' hatinya berkomentar.

Dia mengambil mangkuk berisi asam pedas tersebut dan meletakkan di sebelah pinggan nasinya.
Sudu besar digunakan menguis- nguis ketulan yang berada di dalamnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:38 PM | Show all posts
Ketulan yang telah kembang diamati.
Sahlah dengan bisikan hatinya.
Sepotong ibujari kaki.Dia ingin memastikan lagi.
Mencedok sekali lagi dan mengambil yang lain.
Kali ini kedapatan beberapa ketulan seperti kaki ayam yang telah dikerat mengikut ruas.
Tetapi yang ini besar pulak lagi.
Dikuis-kuis lagi dan di ceduk lagi menimbulkan ketulan yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:38 PM | Show all posts
Kali ini kedapatan hujung jari yang telah di buang kukunya dan ia adalah seakan sama besar dengan hujung jarinya sendiri.
Sudu dijatuhkan kembali dan melihat sekeliling kepada teman- teman yang lain.

Ada yang sedang meratah dan ada yang sedang menyedut sisa daging dari tulang.
Ia melihat seakan dunia yang lain.
Rakannya seolah-olah telah menjadi kanibal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:38 PM | Show all posts
Dia memejamkan mata dan membukanya kembali.
Masih lagi situasi yang sama.
Daging yang telah kembang ditambah dengan bau hanyir menggantikan bau keenakan masakan pada mulanya tadi menyucuk hidungnya.
Rasa loya mula membuak dari dalam perutnya dan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:39 PM | Show all posts
Izan memandang tepat ke wajahnya.
Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarin.

Nasib baiklah makanan tadi hanya sedikit berbanding ngan badannya yang besar.
Namun kedapatan dia menelan air liur berkali- kali dan wajahnya menjadi pucat.
Kini gilirannya permisi ke bilik air dengan segera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:39 PM | Show all posts
Wassalam....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 12:14 AM | Show all posts
Erk....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 08:32 AM | Show all posts
adoiiii...ada commercial break la pulok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2008 09:37 AM | Show all posts
lama lg ke nak sambung?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 01:37 PM | Show all posts
yezza...tuan tanah dh  balik rupernyer:pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 09:19 AM | Show all posts
hehehe...ape kate bro gune broadband...bole online dari mane2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 02:31 PM | Show all posts
bro rdz....cepat la msk tak sbr2 nak tau lbh lanjut lagi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054646 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list