|
best jadi org peyghak... |
|
|
|
|
|
|
|
dari CI, yang asalnya dari tranungkite. entah sapa tarmizi ni tapi harapnya dia berani tampil ke depan tunjukkan bukti dulu.
aku tak kisah dengan kerajaan campuran PAS-BN tapi syaratnya, PAS pegang jawatan MB dan sebagai MB, calon PAS ada hak mutlak dalam pembentukan EXCO. kalau komposisinya 7 ahli PAS, 1 ahli UMNO, 1 ahli MCA dan 1 ahli MIC pun, BN kena DIAM, AKUR, TUNDUK dan TUTUP MULUT!
lagipun semua ni ada dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri perak, 1948
MB PERAK: TARMIZI Diminta JADI ORANG TENGAH "BELI" Adun PAS!
Oleh Tarmizi Mohd Jam
http://www.tranungkite.net/v7/mo ... rticle&sid=7486
SAYA baru mendapat panggilan telefon dari seseorang yang saya kenali, kira-kira jam 11.45 malam ini. Orang kuat Umno Perak dalam nada merayu.
Minta jasa baik saya berbuat apa sahaja untuk "merundingkan" atau "mempertemukan" dengan kepimpinan PAS Perak bagi membentuk pakatan "kerajaan campuran" PAS-BN.
Beliau mahu saya berkejar ke Ipoh pada malam ini juga bagi tujuan tersebut. Esok sudah tidak sempat. Terlambat, katanya. "Mesti kita berjumpa kat Ipoh. Sampai call saya!" katanya cemas.
Pada mulanya beliau menyangkakan saya berada di Ipoh. Bergelemak dengan kemelut siapa MB Perak. Tapi, sekarang saya berada di Kuala Lumpur.
Atas nama kenalan dan atas dasar saya mantan calon PAS, orang kuat Umno itu yang tahu saya agak intim dengan kepimpinan PAS Perak, mahu saya membantunya. Menolong BN Perak yang sudak nazak!
BN sedang "mencari jalan keluar" untuk membentuk kerajaan. Katanya, mereka hanya perlukan dua orang sahaja YB dari PAS atau semua sekali dengan tawaran jawatan Exco Kerajaan Negeri.
Saya tergamam. Dan tidak pula menjanjikan apa-apa. Ini keputusan PAS Pusat atau negeri, bukan kerja saya. Saya faham maksudnya, dia "meminta" saya menjadi jambatan ke arah tujuan itu.
Saya menghubungi seseorang meminta nasihat. Dia menasihati saya agar tidak terlibat dengan provokasi BN ini.
Ada impak besar dengan pakatan Barisan Rakyat di negeri lain, seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Mungkin juga Kuala Lumpur!
Kata penasihat saya itu, telah beberapa orang yang "diumpan" malah Mufti Perak juga dikatakan turut digunakan untuk mempengaruhi pemimpin PAS bagi tujuan tersebut.
Tapi tidak berjaya!
Menurut sumber, semua YB DAP dan PKR masih dikuarantin di Bangunan PKR Negeri, Ipoh dan tidak dibenarkan keluar meninggalkan bangunan tersebut bagi mengelakkan mereka "dibeli" oleh pihak BN.
Begitu juga YB dari PAS. Tetapi keutamaan kuarantin YB-YB dari DAP dan PKR. Amat bimbang dalam keadaan segenting ini!
Sehingga kini, nampaknya siapa Menteri Besar Perak belum terjawab. Beberapa isu dalaman terungkap namun keputusannya belum menyebelahi kerajaan baru yang bakal dibentuk.
Sidang media semalam, yang disempurnakan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang telah menjawab beberapa persoalan utama kepada wartawan, tetapi pelbagai analisa mengejar isu ini.
Ustaz Ahmad Awang telah memberi penjelasan mengenai rombongan dari parti DAP, PKR dan PAS telah mengadap Pemangku Raja Perak dan telah menyerahkan senarai pendek calon-calon dari parti masing-masing.
".Pihak istanalah akan menentukan siapa pilihannya dan semuanya sepakat untuk menerima siapa sahaja yang dipilih nanti," tegas Naib Presiden PAS itu.
Ekoran kenyataan ini, saya difahamkan timbul tindakan pantas BN Perak mengemukakan Tajol sebagai calon MB kerana mereka menyatakan BN lebih dominan (28 kerusi Dun) dari tiga parti yang mengemukakan tiga nama itu.
Saya berpendapat, langkah Ustaz Ahmad Awang bersama sekutunya PKR dan DAP mengemukakan tiga nama boleh dianggap suatu "penghormatan" kepada Sultan Perak untuk memilih Menteri Besar bagi negerinya.
Ia bukan suatu yang memberi impak buruk kepada imej Istana tetapi sebaliknya, menandakan ikatan dan kerjasama erat antara kerajaan dan Istana. Hubungan yang telus dan bersih!
Apatah lagi, ketiga-tiga parti DAP, PAS dan PKR sudah berikrar akan menerima sesiapa sahaja antara tiga nama itu sebagai Menteri Besar.
Mereka akan menyokong dan mendokong MB itu sepenuhnya.
Saya mematikan handphone bagi mengelakkan dari panggilan orang kuat Umno Perak itu menerjah masuk. Khuatir saya gagal mengelak dan tak berjaya menepis.
Berpuluh call orang kuat Umno itu tidak saya angkat. Wah! perlu sangat nampaknya dia kepada saya malam ini...
Adalah dijangkakan proses angkat sumpah paling lewat pada esok hari, Rabu 12 Mac setelah mendapat perkenan Sultan Perak.
Sehingga kini, BN Perlis dan Terengganu masih belum membentuk kerajaan mereka dan realiti ini menyebabkan pihak media, jika diperhatikan tidak "menghentam" kelewatan pembangkang membentuk kerajaan di Perak! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #143 Gemukkkkkkk's post
waaaa..best info gemuk nih...tapi sape ke dier si tarmizi nih...adik tarmimi siregar ker?? sama2 ler menanti dengan penuh debor |
|
|
|
|
|
|
|
adoila...
bile nk dapat MB ni woo..
minta2 dr PAS le |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #146 yusyanti\ catat
sabo tu kan separuh dari iman |
|
|
|
|
|
|
|
aku nunggu je berita terkini dari perak.... |
|
|
|
|
|
|
|
adui la... penin teman mace cerite2 dongeng yang dibawak konon serotan perak tak bekenan la... konon nak tajul jugak jadi MB...
serotan punya kuase adalah terhad kpd perlembagaan... sama ada perlembagaan negeri maupun perlembagaan negara sbb kite sekarang bukan duduk dalam zaman kersultan melayu melaka dimana 'hitam kata sultan... hitam le kate kite... putih kate sultan.. putih le kate kite".. idak macam tu dah wehh...
Jadi dalam perlembagaan tak ada tempat utk emosi dan feeling... bekenan atau tidak... suka tajul ke idak...
dan memangdangkan serotan azlan sendiri adalah seorang yang dikenali pakar perlembagaan dan RM sendiri pula doctorate undang2... jadi cerite dongeng yang berkisar diluar batas undang2 dan perlembagaan itu... usah le kome layan... |
|
|
|
|
|
|
|
info terkini
teman dpt sms dari kawan teman...dia nih org kuat istana
dia suruh teman dtg ke istana esok org ateh kat negeri perak nak jumpa katanya...
dia cakap kononnya TEMAN yg bakal di lantik sebagai MB perak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #150 sepaileman's post
hampeh!
tak leh caya langsung!
ate mike dah dengor ke belum?
teman ni jadi SS negeri perak....berkuat kuasa 1 april...teman sekelorge pindah balik ke perak! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ate asyik ilang je page ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sepaileman at 12-3-2008 01:45 PM
teman dpt sms dari kawan teman...dia nih org kuat istana
dia suruh teman dtg ke istana esok org ateh kat negeri perak nak jumpa katanya...
dia cakap kononnya TEMAN yg bakal di lantik sebaga ...
oooo... yang keroje tukang kebun kat istane tu ke...
atte wehh.. dia memang orang kuat istane... kalo setakat pokok besor lengan tu... die cabut dgn tangan je... idak pakei parang pun.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
info terkini lagi
org kuat RM plak udah SMS teman suruh hadir ke istana selepeh suboh esok
dia kata betul betul urgent
teman tanya balik balik urgent sbb apa.
dia kata dtg jer laaa org ateh kat istana berkenan benor nak lantik teman sebagai MB
teman tanya lagi ngape teman plak yg terpilih
dia kata sbb teman handei bebenor ngendel bod perak nih...tu sbb deme berkenan tu
kome tunggu jer berita selanjutnya dari teman ok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teman tak setuju miker jadi MB
nanti kaum nyah miker berkembang dengan pesatnya tak dapat dibendung bendung lagi...
bala weh... bala.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #154 Al Lebam's post
kuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #159 tapei_ubi's post
mat bunga |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|