RED 666 posted on 13-1-2013 05:47 PM
ye lah, memang dia lah yg arahkan semua tu masa dulu.
nama panggilan glamer dia ialah tok mat.
...
tapi bagi aku TV3 tetap penyelamat industri muzik malaysia.kalau takde TV3 dgn AJL dan konsert ramai otai2 rock kapak tak mampu jadi popular sampai sekarang
cerita kamen rider dedulu ditonton semata2 untuk tgk kamen rider lawan resakse je setiap minggu, plot tak banyak dan simple, cuma sebagai penggerak utama untuk lawan resakse je, macam citer atromen dan power rangers.
kalau termiss tgk satu episod pun tak jadi hal sebab tak byk kene mengena antara satu sama lain setiap episod, yg penting epsiod last kena tgk sebab lawan dengan bos resakse
cerita kamen rider baru plak ditonton bukan setakat utk tgk kamen rider lawan resakse je, tapi jugak untuk menikmati plot dan jalan cerita dia yang menarik dan kekadang penuh misteri, seolah-olah seperti menonton drama.
memang kena tengok seluruh episod untuk betul2 enjoy cerita2 kamen rider baru ni, kecuali beberapa episod2 yg tak penting(filler). kalau termiss sikit mesti ada sedikit rasa tertanya2, kenapa jadi begitu, kenapa jadi begini.
unsur2 sedemikianlah yang membuatkan kamen rider baru popular bukan sahaja di kalangan bebudak, malah juga remaja dan org2 dewasa yg melayan kamen rider sejak dari mereka bebudak lagi di seluruh dunia berbanding dgn atromen dan power rangers yg lebih simple dan mesra bebudak jalan ceritanya
kalau ikut selera majoriti org malaysia yg rata2nya lebih suka cerita2 ringan dan tak banyak fikir mcam kebykan filem2 melayu yg box office di negara kita ni, siri2 kamen rider lama, atromen dan power rangers lah yg lebih sesuai untuk ditonton.
bukan setakat kamen rider saja,gusti,muzik,videogame macam2 lagi dalam bidang lain lagi bagus yang dulu2.kekadang tu aku perasan makin moden dan senang sesebuah masyarakat makin kurang passion dan kreativiti dalam sesuatu bidang.trend sekarang ni aku tengok ketetapan untuk berlakon hero2 kamen rider seseorang itu mestilah bishounen ataupun pretty boy bukannya athletic seperti dalam audition untuk KR black dan sebelumnnya dulu
katana83 posted on 25-7-2009 09:06 AM
Nak tny .. channel mesia pernah x siarkan siri KR sebelum Black??? xde kn??
patutlah suma pakat su ...
bukan saja Malaysia tapi fans dari negara2 pun pakat ramai2 vote KR black yan terbaik.mungkin sbb tema gelap,muzik latar dan juga lakonan Kurata yang berkesan kot
Squall-Leonhart posted on 25-7-2009 03:45 PM
24# katana83
Kuar gak la skali, sebab Black RX tu kan sequel kepada KR Black...
citer tu dapt sambutan luar biasa sampai penerbit sanggup buat sekuel.KR black adalah antara tokusatsu yang terbaik tahun 80-an dulu tapi dalam Black RX tema gelap dan serius terpaksa dikurangkan sedikit takut bagi pengaruh tak baik kat budak2
aku rasa ok je kamen rider skg ni...jalan cerita manarik cuma mcm 2-3 siri saja kureng cikit...kamen rider dgn cerita menarik mcm ryuki, blade, kabuto, kiva, w dgn fourze...yg lain2 mcm boring ckit jalan ceritanya
bila baca balik Manga Karya Shotaro Ishinomori manga '' Kamen Rider Ichigo '' bandingkan Chapter 1 dengan versi TV episod 1 '' Spider Man '' jalan cerita ada diubahsuai sedikit...