Zamani macam takde plan pon nak kahwin... pastu artikel tu kata baru 5 tahun berkenalan
habis si jula juli ni dah lebih 5 tahun kot
apakahhhhhh... Zamani ada perempuan lain yang dalam bayangan dia
maknanya bukan Jula Juli andalusia
jeng jeng jeng
-------
Takut lumpuh, Zamanitangguh bedah Oleh Muhamad Fairoz Azizan
SHAH ALAM: Bertahun-tahun menanggung sakit, penyanyi Zamanimendedahkan tulang belakangnya membengkok dan perlu dibedah segera.
Pemenang tempat ketiga musim kelima Gegar Vaganza (GV5) itumemberitahu, bimbang kemungkinan hidup atas kerusi roda menyebabkan diabertangguh menjalani pembedahan yang disarankan doktor.
“Sudah lama saya menderita sakit tulang belakang iaitu sejakmengikuti program pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).
“Sekarang saya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit...Ini kerana saya belum ada masa untuk menjalani pembedahan.
“Doktor sarankan saya dibedah tetapi risiko selepas itumembuatkan saya takut. Ini kerana doktor beritahu peratusan untuk sayaberkerusi roda selepas dibedah sangat tinggi,” katanya.
Zamani, 47, berkata, teman-teman termasuk rakan artisseperti Datuk Jamal Abdillah sering menasihatkan dirinya mendapat rawatansepenuhnya.
“Abang Jamal pernah bercadang membawa saya menjalani rawatanakupuntur. Tetapi saya sibuk dengan persembahan dan komitmen dengan GV5.
“Tetapi sekarang, saya fikir apabila sudah sampai ke tahapmengganggu kerja, saya kena buat rawatan,” katanya.
Bekas vokalis kumpulan Slam itu berkata, duit kemenangan GV5akan dimanfaatkan untuk menjalani rawatan sakit tulang belakang.
“Insya-Allah dengan duit kemenangan ini, saya akan buatrawatan. Saya diberitahu tulang belakang saya yang sudah membengkok sepertihuruf ‘S’," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya GV5 di sini, malamtadi.
Di pentas akhir itu, Zamani meraih tempat ketiga dan membawapulang hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi GV5.
Dalam perkembangan lain, mengulas kisah dirinya sudahmemiliki teman istimewa, Zamani memberitahu, dia masih memerlukan masa untukmengenali hati budi gadis terbabit.
“Kalau boleh saya nak kahwin, tetapi buat masa sekarang,saya belum terfikir untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Ini keranakami masih dalam proses berkawan.
“Belum masanya untuk saya hebahkan mengenai perhubungan ini.Apabila sudah sampai masanya untuk kami serius bercinta, saya akan bagi tahu,”katanya.
Sudah lima tahun mengenali teman istimewanya itu, Zamaniberkata, pintu hatinya terbuka untuk lebih rapat dengan wanita terbabit keranasikapnya yang menyenangkan, memahami dan banyak membantu dirinya.
|