CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikikiko

Sape tunang Dia Fadila??? alhamdulillah, dah slamat bernikah (pg 5)

  [Copy link]
Post time 3-10-2010 10:01 PM | Show all posts
selamat pengantin baru..semoga kekal ke akhir hayat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 08:57 AM | Show all posts
perantin lelaki tu menyeringai jek 24jam...nmpak biangnyer...

neway selamat............
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:09 AM | Show all posts
tahun lepas dia jadi juri untuk pertandingan koir...elok je..xsombong pn..kiteorang ambik gambo byk2 kali dgn dia pn dia layannnnnn je..hohohoho
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:17 AM | Show all posts
amin..elok lah ...dah halal....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:53 AM | Show all posts
Slamat pngantin baru.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 11:11 AM | Show all posts
ada ker org gi audition nak dapatkan scholarship?  musykil teman    setau teman gi intervi ...
minahsaudi Post at 3-10-2010 11:03



    dia nak amik scholarship menyanyi mesti le kena memperlihatkan kemampuan dan kekuatan vokalnya... kena le diaudition
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2010 11:29 AM | Show all posts
"Apabila ditanya tentang jumlah wang hantaran, ibu kepada penyanyi itu Azanah Abd Raof, 52, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar dan mengakui jumlah tersebut dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga."

missypink_85 Post at 1-10-2010 16:29



    memasing ikut jejak Memey n Norman yer...

merahsiakan jumlah wang hantaran... takut berbangkit kemudian hari ker
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 12:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by zafira at 4-10-2010 12:07

Reply 133# sagilicious


pegi interview haku percaya... pegi audition????

Anyway, tahniahlah DF nih walaupun kami  memang x berkenan dengan dia & family dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 12:31 PM | Show all posts
satu jek yang slek.. nikah tak pakai proper tudung!!! agak2 la pun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 02:26 PM | Show all posts
Pada majlis itu, Dia Fadila menerima mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran, sepasang telekung dan wang tunai sebanyak RM 2309.84 sebagai simbolik kepada tarikh hari lahir penyanyi itu.



    daripada gambar outdoor lps bertunang tu rasanya tak perlu lar nak bagi Al-quran ni. tak sesuai langsung dgn cara hidup dia org
tak tahu nak cakap aper...fikir sendiri lar
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 02:34 PM | Show all posts
gambar kawin yang gatal2x tak de ker.gambar tunang yang gatal menyampah aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:05 PM | Show all posts
awat laki dia tue...muker gatal sgt...geli jer tngk...tambah ambe gambo cam gitu....hazab jer...romantik ler konon tue
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 06:35 PM | Show all posts
laki tu nmpak lg mudo dari pic yg dh ada
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 07:57 PM | Show all posts
taniah dia fadila!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:11 PM | Show all posts
"Apabila ditanya tentang jumlah wang hantaran, ibu kepada penyanyi itu Azanah Abd Raof, 52, bagaiman ...
missypink_85 Post at 1-10-2010 16:29



    hantarannya RM20K tak silap.. tadi ada baca kat paper mana ntah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:37 PM | Show all posts
Dari sombong jadi cinta

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH



DIA dan Redza akhirnya disatukan setelah lebih tujuh bulan mengikat tali pertunangan.REDZA menyerahkan wang hantaran kepada isterinya.

BENAR bak kata pepatah, kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Begitulah juga kisah percintaan antara penyanyi bertahi lalat manis di atas bibir dengan pasangannya itu.

Mengekori kronologi hubungan mereka, Dia Fadila dan suaminya, Redza Abdullah Sanusi, 33, sudah lama berkenalan kerana mempunyai kelompok kawan yang sama.

Biar sering keluar bersama secara beramai-ramai, namun masing-masing jarang bertegur sapa.

Ujar pemilik nama Nur Nadia Fadila Abu Bakar, 26, dalam tempoh dua tahun mereka berkawan, boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja mereka bertegur sapa, itupun sekadar bertanya khabar.

Siapa sangka, dua orang kenalan yang suatu ketika dahulu jarang bersembang apatah lagi mengambil tahu tentang kehidupan masing-masing akhirnya bersama.

"Tak tahu kenapa kami berdua susah hendak bersembang dan tidak banyak bercakap apabila bertemu selama dua tahun kami berkawan," kata Dia membuka rahsia.

Bagaimanapun, permulaan Redza menegur Dia melalui ruangan sembang Gtalk, Gmail mengubah segala-galanya.

"Sombong, gelarnya kepada saya. Saya soal kepadanya balik siapa yang sombong memandangkan dia pun tidak pernah berusaha mahu bersembang dengan saya.

"Masing-masing tidak mahu mengaku sombong, akhirnya kami bersetuju untuk berjumpa berdua dan tengok siapa yang sombong sebenarnya.

"Apabila bersua pada pertemuan seterusnya, baru terlihat perangai sebenar kami dan rupa-rupanya kami sama sahaja, serasi, masing-masing banyak cakap cuma saya lebih sedikit," ujarnya yang berseri ketika ditemui selepas majlis akad nikahnya di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini baru-baru ini.

Nikah secara sederhana

Semenjak itu, mereka semakin rapat lalu cinta kian berputik di hati pelantun lagu Aku Masih Setia ini.

Tidak menunggu terlalu lama, akhirnya dua merpati sejoli ini bersetuju untuk mengikat tali pertunangan pada hujung bulan Mac yang lalu dan akhirnya sah menjadi suami isteri pada 1 Oktober lalu.

Ujar Dia, dalam tempoh pertunangan mereka benar-benar bercinta dan saling mendalami hati budi masing-masing.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah masjid tersebut, Hafizan Ibrahim setelah diwakilkan oleh bapa Dia, Abu Bakar Sudin, tepat pukul 9.45 pagi.

Dengan sekali lafaz, Redza sah menjadi suami kepada Dia pada majlis yang dihadiri 70 orang tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu.

Dia menerima mas kahwin RM2309.84 yang merupakan simbolik tarikh kelahiran Dia iaitu 23 September 1984, senaskhah al-Quran dan sepasang telekung serta wang hantaran sebanyak RM20,000 pada majlis pernikahannya itu.

Pasangan ini juga bersepakat untuk tidak berbalas dulang hantaran seperti kebiasaan sebaliknya pihak Dia menyediakan empat bekas manisan dan sebentuk cincin sebagai tanda cenderahati.

Sambung Dia yang juga merupakan pensyarah vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), mereka sepakat untuk tidak menyediakan dulang hantaran kerana mahu mengutamakan perkara-perkara wajib dalam majlis pernikahan sahaja.

Tarikh pernikahan mereka ini juga bersempena tarikh ulang tahun kelahiran Redza.

Redza sempurna di mata Dia

"Redza sempurna di mata saya, luar dan dalam," ujarnya ringkas sambil tersimpul malu saat diajukan soalan apa yang membuatkan hatinya terpaut kepada lelaki itu.

Ujarnya, apa yang dia cari dalam seorang lelaki untuk menjadi raja di hatinya, ada pada Redza.

Tambahnya lagi, dia sudah lama terpikat dengan lesung pipit Redza yang baginya amat manis.

Bagi Redza yang bertugas sebagai pengurus pengiklanan di sebuah agensi pengiklanan, sifat Dia yang memahami, sentiasa menyokong dan tidak mengongkong adalah antara kualiti yang membuatkan dia jatuh cinta dengan Dia.

Selain itu, dia amat jatuh cinta dengan mata dan bibir isterinya yang menurut Redza amat menawan.

"Mungkin sebab matanya itulah saya tidak berani terlalu ramah apabila berjumpa Dia pada awalnya," ujar Redza berseloroh.

Akui Redza, pada awal perkenalan, dia tidak tahu pun yang Dia merupakan seorang artis kerana jarang mengambil tahu perkembangan industri seni tempatan.

"Sehinggalah diberitahu oleh seorang teman, saya buka internet dan cuba mencarinya di dalam Youtube dan baru saya perasan.

"Dia seorang yang amat merendah diri membuatkan ramai yang minat dengannya. Sebab itulah saya ajak Dia berkahwin cepat-cepat!" Ujar Redza disertai gelak.

Redza juga tidak akan menghalang karier seni Dia walaupun kini sudah bergelar isterinya kerana dia tahu dunia nyanyian adalah sesuatu yang paling digemari isterinya itu.

Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 10:14 PM | Show all posts
adik david arumugam alleycats ke?
emera Post at 17-7-2010 21:26



    Jadi kenapa tak taruk nama Redza Arumugam Abdullah ..???
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by kadeerkutty at 5-10-2010 22:22

Redza sempurna di mata Dia

"Redza sempurna di mata saya, luar dan dalam," ujarnya ringkas sambil tersimpul malu saat diajukan soalan apa yang membuatkan hatinya terpaut kepada lelaki itu.

Ujarnya, apa yang dia cari dalam seorang lelaki untuk menjadi raja di hatinya, ada pada Redza.

Tambahnya lagi, dia sudah lama terpikat dengan lesung pipit Redza yang baginya amat manis.

Bagi Redza yang bertugas sebagai pengurus pengiklanan di sebuah agensi pengiklanan, sifat Dia yang memahami, sentiasa menyokong dan tidak mengongkong adalah antara kualiti yang membuatkan dia jatuh cinta dengan Dia.

Selain itu, dia amat jatuh cinta dengan mata dan bibir isterinya yang menurut Redza amat menawan.[/b
]

Ye la tuu...... Statement masa tengah syahdu...



Akui Redza, pada awal perkenalan, dia tidak tahu pun yang Dia merupakan seorang artis kerana jarang mengambil tahu perkembangan industri seni tempatan.

"Sehinggalah diberitahu oleh seorang teman, saya buka internet dan cuba mencarinya di dalam Youtube dan baru saya perasan.


Jangan la nak kelentong ..!Mustahil ko tak tahu..piiiirah..!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:39 PM | Show all posts
thniah...,,,,,,...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 11:26 PM | Show all posts
Redza sempurna di mata Dia

"Redza sempurna di mata saya, luar dan dalam," ujarnya ringkas sambil  ...
kadeerkutty Post at 5-10-2010 22:20



    aah kn...dh tentu2 dolu2 kapel ngan wardina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056819 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list