CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unekspekted

Bomoh Karut : Macam Confident je.. bukan nampak punn..

  [Copy link]
 Author| Post time 29-10-2010 02:39 PM | Show all posts
Reply 141# edy137

dah buntu dan malu kerr?? si pesakit rupenye giler.. bukan sebab 'jin' seperti yg didakwa dakwi??

heheee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 04:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 29-10-2010 16:22

Sebagai penambah perisa:

1. Bomoh - bagi saya apa istilah pun diberi mesti menilai isi kandungannya. Orang selalu kata jangan cepat menilai sesuatu berdasar rupa seseorang. Kerap orang kita terperangkap dengan gelaran ustaz, perawat Islam (kononnya) dan memboikot yg digelar sbg bomoh.

Kita perlu menilai apa amalan mereka - mungkin melalui cara perubatan mereka. Ada pakai gelaran ust tapi nak menyebut ayat Quran pun bukan main pelat lidah dan tatacara mereka spt tidak mencerminkan orang yg dalam agamanya.

Sblm timbul istilah doktor orang dahulu memanggil bomoh krn kerja mereka ialah merawat orang sakit. Kemudian datang pengaruh kesedaran Islam up skt dipanggil tabib, dan moden disebut doktor.

Jikalau cepat menuduh orang itu ini yang sihir korang maka ia sudah jauh lari dari etika Islam. Ada juga doktor yang sesat (beragama Islam), doktor yang kerjanya tukar jantina, doktor cabul. Jadi gelaran tidak memadai walau pakai gelaran bomoh yang penting tingkah lakunya, tatacara perubatannya.

2. Bab jampi - ayat2 Quran pun dipanggil jampi juga. Untuk memisahkan supaya tidak keliru orang kita menyebutnya jampi mentera - merujuk kepada jampi mentera yg bukan dari Quran atau Hadith. Kemudian ayat Quran juga dipanggil jampi merujuk kpd istilah dalam kitab2 perubatan - Ruqiyah Bil Quran - menjampi dengan Quran. Jadi jampi bermaksud suatu doa yang dibaca utk menyembuhkan penyakit.

Jadi tidak patut timbul persoalan - Aku tak mau berubat pakai jampi, aku nak pakai ayat Quran jer. Krn pakai ayat Quran pun disebut jampi.

Jampi selain Quran dan Hadith diharuskan tapi mestilah tidak bertentangan dgn syara'.


3. Hal kene tipu dibomoh mmg sukar dibasmi dah mmg orang kita ni suka sgt percaya dan bila datang kepada bomoh upama datang menyerah diri. Bomoh yg jahat apa lagi ikan depan mata.

Kalau ikut etika sebetulnya kalau nak berubat hendaklah ditemani mahramnya. Kalau kena masuk bilik berduaan itu yang jadi lain. Kerana itu Kementerian Kesihatan ada kumpul nama perawat2 tradisional, mereka perlu daftar dengan kementerian. Dalam masa akan datang akan ada taklimat atau kursus berkaitan etika merawat. Mungkin 5-6 tahun lagi akan ada undang2 sesiapa nak mengubat secara tradisional mesti berdaftar dahulu. Ini demi mengelakkan terjadinya kes2 cabul, tipu dan sbgnya. Jadi sesiapa masih belum berdaftar boleh berbuat demikian samada secara online atau datang ke kementerian.



4. Tentang hal siapa buat sihir itu ini - Islam melarang kita menuduh seseorang tanpa bukti. Walau diperingat banyak kali orang kita yang masih jahil tetap sibuk nak tahu sapa sihir itu ini. Bahkan dengan perawat Islam pun orang2 ini tetap mengasak soalan, "Siapa sihir saya?", bila tidak puas hati dengan jawapan si perawat Islam mrk mencari jalan lain iaitu bertanya kpd bomoh yg boleh ikut kehendak mrk. Bukankah sudah diperingatkan dalam Hadith - siapa mendatangi tukang tilik maka ibadat tertolak selama 40 hari. Tapi krn org kita masih jahil agama, tipis imannya perkara sedemikian masih terjadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2010 04:25 PM | Show all posts
Reply 143# te_peng
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 04:46 PM | Show all posts
cantek laa bang Te_peng.... huraian yang baik..... tapi nanti ada yang tak faham2... biasa laa 'serba tau'...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 05:15 PM | Show all posts
dah senyap dah belah sini.... tak tercapai dek akal mu.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:47 PM | Show all posts
Reply 96# BiancoFisso


    tapi apsal org melayu severe sgt sampai kes satu blok asrama satu sekolah histeria???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2010 11:50 PM | Show all posts
CONTOH KEEMPAT :

Dalam sejarah Melayu.. takde portfolio "Bomoh negara".. TIDAK SEPERTI YG DISANGK ...
unekspekted Post at 28-10-2010 09:42



    Takde dalam sejarah Melayu ke? Sbab moyang aku dulu pawang kampung, dan atuk dia dikatakan pawang diraja......ke atau sbab dia pernah rawat raja orang cakap dia pawang diraja? entah lar....

err....seperti encik te_peng cakap mmg btul....sbab moyang saya dulu(orang kampung ngan arwah ayah citer) tak pernah mintak pengeras dan takkan ambik pon.......org yang dirawat pon bukannye sbab ghaib jer, tapi kalau luka masa berkebun, kena patuk ular, meroyan, demam,dll....kire termasuk sakit biasa jugak lar dia rawat.....dan bukan semua pon pakai jampi.....contoh kalau demam amik daun(namer aku dah lupa, pegaga kot) rendam dalam air lpas tu ltak kat muka.....lpas tu  minum air kosong (air kosong yg pertama dijampi bagi kuat semangat)....

kalau luka cam terkena parang  orang cakap dia tepuk jer dah sembuh......ayah aku banyak tak suker perawat alternatif skang nih sbab seumur hidup dia dengan moyang aku, dia tak pernah mintak pengeras dan akan menolak kalau org bagi.

Apa yang ko kata memang banyak benarnye unekspek.....sbab misi syaitan mahu menyesatkan manusia bukannye mahu menyakitkan manusia........jadi kalau pegi kat bomoh penipu, teknik diorang mengarut-ngarut pon setan surrender gak sbab nak bagi bomoh, pesakit dan org yang menengok tu menghampiri syirik.......

Tapi tak dapat dinafikan juga ader org yang benar2 boleh merawat........dunia ni besar...kalau org yg benar 1 dalam 1000 maksudnya ada 20 ribu org yg benar dalam 20 juta org btul tak?

pasal sains aku malas sentuh sbab aku percaya ramai dah terer bab nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 11:52 PM | Show all posts
Reply 147# abangbikerz


    Sbab orang Melayu byk Islam....kalau orang Islam lagi takut antu dari Allah  apa jadi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 12:24 AM | Show all posts
Sbab orang Melayu byk Islam....kalau orang Islam lagi takut antu dari Allah  apa jadi?
shahaizat Post at 29-10-2010 23:52


betul.... sebabnye... JIN hanya lebih menganggu orang islam sebab UTAMA nya adalah AGAMA ISLAM itu sendiri kerana dialog antara Rasulullah dan Syaitan ada buktinya bahawa JIN amatlah tidak suka dengan orang2 yang beragama ISLAM!!! full stop...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 05:56 AM | Show all posts
kalau org yg g bomoh2 yang sah2 nampak ade puja2,menurun2...n jampi serapah sebut itu ini..mmg sah2 la tu jenis yg khurafat n bleh jatuh syirik..
tapi kalau pegi perawat yang kaedah rawatannya mengunakan ayat2 Al-Quran ,apesalahnye kan..tu salah satu usaha jgk utk sembuh...

Persoalan macam mane nak tau yang dibaca tu ayat Al-Quran ke..or jampi serapah dalam bahasa Arab...haa sepatutnye kita semua kene la celik Al-Quran...dengarlah apa yang dibacakan tu..(dan mcm ade yg suggest...camne nak pastikan perawat tu benar2 tulen ...buat la Solat Istikharah mohon petunjuk..)
lgpun Al-Quran itu kan Syifa' ...
Even teori2 sains yang ditemui hanya pada abad ke 20 ..ada dlm Al-Quran ...tinggal lagi istilah nya berbezalah...n hanya tunggu manusia mcm kita ni memahami sebaik2 nya isi firman Allah tu...

pasal kemampuan jin merasuk manusia dlm Al-Quran ade sebut
Allah berfirman:
Maksudnya: “Mereka yang makan riba mereka tidak bangkit melainkan seperti bangkitnya orang yang diganggu syaitan kerana rasukan.” (al-Baqarah 275).

bila difahamkan ayat diatas...maksudnya manusia mmg boleh dirasuk..dan Allah memberi example bhw org yg mkn riba bangkitnya nnt seperti orang yang diganggu syaitan kerana rasukan..
Ummu Abban binti al-Wazi` menceritakan daripada bapanya, bahawa datuknya pergi bertemu Nabi saw dengan membawa anaknya yang terkena rasukan. Kata baginda saw: dekarkan ia dengan diriku dan jadikan belakangnya mengadapku. Baginda lantas memegang pakaiannya daripada atas ke bawah lalu memukul belakangnya sambil berkata: Keluarlah kamu wahai musuh Allah. Lalu anak itu mula melihat dengan pandangan orang sihat.-Hadis riwayat Ahmad dan Abi Dawud serta Tabarani.

Seorang perempuan membawa anaknya bertemu Nabi saw lalu berkata: Anak ini ada kerasukan. Ia berlaku ketika makan tengahari dan makan malam kami lalu ia merosakkan kami. Baginda lantas menyapu dadanya dan berdoa untuknya. Anak itu segera muntah lalu keluar daripada dalam perutnya seumpama binatang kecil berwarna hitam lantas berlalu. - Hadis riwayat Ahmad, Darimi, Baihaqi dan Tabarani.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 06:12 AM | Show all posts
Mengenai isu bolehkah jin ditangkap...saya jumpa artikel yg ditulis oleh MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI ,tajuk artikel tersebut :BERIMAN KEPADA KEWUJUDAN JIN..dalam ni ada diterangkan mengenai bolehkah jin ditangkap...boleh la cari artikel tu n harap ade pencerahan disitu..


Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ {رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي}قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Maksudnya: Sesungguhnya Ifrit dari kalangan jin telah datang untuk menggodaku semalam agar aku lalai ketika sembahyang. Tetapi Allah telah melindungi aku daripadanya sehingga aku dapat menangkapnya iaitu menjerat lehernya. Aku mempunyai keinginan untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid hingga ke waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Kemudian aku menyebutkan kata-kata saudaraku Nabi Sulaiman a.s: {رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي} Tuhanku! Ampunilah aku, berikanlah kepadaku suatu kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh seorang pun selepasku. Maka akhirnya Allah melepasnya secara menolak Ifrit tersebut dalam keadaan rugi, hina dan lemah [al-Bukhari dan Muslim].

Berdasarkan hadis ini kita dapati memang boleh kita menangkap jin jika dia menyerupa dalam bentuk lain secara tabii tetapi secara syarak, perbuatan tersebut dilarang kerana menghormati Nabi Sulaiman a.s.

Diriwayatkan juga bahawa Ifrit itu datang kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk anak kucing maka tidak ada pertentangan antara hadis ini dengan ayat di atas yang menyatakan manusia tidak dapat melihat jin dalam rupa asli mereka.

-salah silap harap dimaafkan sbb saya budak masih belajar...peace

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 08:30 AM | Show all posts
org2 terer dah masuk...jd den xnk masuk campur...sbb den xder ilmu pasal mende camni...xder ilmu xboley ckp byk2....salah nanti dosa taw...sikap ingin tau tu bagus, tp jgn merendah2kan org lain yer...belum tentu lg ilmu kita yg lagi tinggi...Allah je maha mengetahui...babai
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 09:02 AM | Show all posts
sapa leh confirmkn
'Pusat Rawatan Keraton' ni palsu/karut buat bedah secara batin,tanpa bius, tanpa parut bedah tapi leh sembuh?

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 10:05 AM | Show all posts
Senario 1:
Satu orang sakit. Pegi klinik, tak tau punca :

Pegi pulak jumpe bomoh santet.. = haa ...
unekspekted Post at 26-10-2010 17:26



    sebab ko belum jumpa bomoh yg boleh betul2 ubatkan ko/tak trjadi kat diri ko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2010 11:22 AM | Show all posts
Reply 155# anaktoyol

itu jee laa alasan yg aku biase dengar...

ape cite yg Balqis tu?? 100 bomoh.. mcm2 jenis orang... = jin sane jin sini...


last2???


siape yg malu??
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:30 PM | Show all posts
placebo effect ok aper...
sekurang2 nya nampak juga kesan dia dan dapat beri kebaikan gak la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 03:13 PM | Show all posts
aku setuju dengan dalil yang dibawah oleh Nadyne...

Pertama sahkan jenis sakit dulu adakah benar2 terlibat dengan gangguan halus, kalau tidak terlibat lebih baik berjumpa dengan doktor.  Tak susah sebenarnya nak tentukan jenis sakitnya...

Kedua kena bezakan yang mana satu dukun/bomoh... yang mana satu perawat al Quran...

jenis dukun/bomoh yang menggunakan khidmat jin untuk merawat yang paling BAHAYA... samada dukun ini sedar atau tidak adanya jin terlibat... ini juga dipanggil TUKANG SIHIR...
masih terlalu banyak orang Melayu kita terlibat dengan tukang-tukang sihir ini...

pembetulan tentang pengertian hadis yang penah di kemukakan di atas.  pergi BERJUMPA dengan tukang-tukang sihir ini solat sudah tidak diterima selama 40 hari.  setelah berjumpa dan kita membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang sihir ini hukumnya sudah jatuh SYIRIK.... sila rujuk syarah hadis yang dimaksudkan...

antara ciri-ciri rawatan al Quran yang tulin:

Perawat akan meminta orang yang hadir mengambil wuduk (untuk mengelak tindak balas makhluk halus)

orang lelaki diminta tidak memakai barangan yang dilarang (emas dan sebagainya). hadirin wanita diminta menutup aurat.

semua jenis tangkal dan azimat yang ada dirumah atau pada seseorang dikeluarkan dan dimusnahkan...

gambar-gambar makhluk yang ada didinding rumah diturunkan.

perawat akan membaca ayat2 Quran dengan kuat dan jelas boleh didengar (perawat selalunya akan memberitahu rujukan ayat2 yang dibaca)

selalunya banyak kes perawat akan dapat berdialog dan berhujah dengan jin yang menganggu seseorang dengan jelas dan boleh didengar dan dikuti oleh semua yang hadir... (bukan yang mengaku boleh berhubung dengan jin tapi tidak boleh didengar oleh orang hadir.... ini penipu) -  sessi ini perawat yang mahir dapat mencungkil rahsia-rahsia sihir yang digunakan, berjaya memujuk jin memeluk Islam atau meminta dia bertaubat kalau dia beragama Islam (lebih mudah mengislamkan jin dari mengislamkan manusia)... hanya bacaan ayat2 alQuran sahaja yang boleh mengalahkan jin dengan izin Allah...

jika gangguan berjaya dikeluarkan atau dikalahkan semuanya adalah atas kuasa Allah bukan kuasa perawat.  Perawat akan mengajarkan amalan yang harus dilakukan oleh mangsa yang tidak bertentangan dengan al Quran dan As Sunnah....  sihir akan mudah berulang jika kita tidak menjagi diri sendiri...

kaedah lain yang tidak bertentangan dengan agama...

SELAIN ITU FIKIRKANLAH SENDIRI JANGAN TERLALU MUDAH JATUH SYIRIK...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 07:59 PM | Show all posts
Sekali lagi aku tegaskan kat sini, aku ni bkn nak gaduh just nak kasi pendapat aku je.

Betul la, kalo takat cirit birit pun jumpa bomoh, apa kes….tp TT kena ambil kira psl sihir, biasanye, hanya org yg kena sihir je tau dia disihir itupun lepas berapa thn, sebab tu kebiasaan org kena sihir ni dah teruk baru nak cari perawat coz selama ni asik p spital je, tapi Dr xtau sakit apa. Kwn aku yg bole nampak tu, dah teruk sgt baru nak g blajar darul syifa, ada masalah sihir la tu, tp lepas brapa thn & dah teruk sgt nampak2nye.

Kisah balqis tu plak, nape yg org2 dlm forum ni nak malu? Bkn dorg pun ubat si balqis tu (ke aku tertgl ketapi?) bagi aku yg patut malu ust sharhan tu la, siap msk tv lagi, last2 jadi mcm tu tp xmustahil gak ada kaitan jin, mesti ust sharhan tu nampak punye, aku tak rasa dia ckp kosong je, ada la ilmu2 dia yg tak tejangkau dek kita.

Bagi aku la, TT dok kasi sana kaji sini, untold mystery la tp sume moden, apa kata lengkapkan ilmu, p blajar mcm kwn aku tu, mcm bro edy kata tuntut ilmu, buktikan (pada diri sendiri cukup la coz TT yg xcaye langsung).

kalo xpercaya dgn kwn2 dlm forum yg kononnye bak kata TT bkn nampak pun, byk je tpt lain, bak kata bro edy, tok blagak ada or p je kat ismail kamus tu, kelas dia sehari or 2 hari je, tgk dlm web dia, kalo terlebih rajin skit, bole je p kat darul syifa tp ni sethn la, kwn aku pun xabis lagi blajar, ujung thn ni kot. Kalo TT pangkah BSS, akrine ada, pendek kata byk lagi la…..(ehh, aku bkn marketing ye)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 03:04 PM | Show all posts
banyak kalau niat nak mendalami ilmu tuhh..... akrine ada, BSS ada, Darulsaka ada, Darul syifa' ada, sinar zamduranni ada...... pilihan kat tgn kita....  semua ada buat kelas perawatan dan 'self-defence system'...... yang penting niat perlu ikhlas...

kalau tak berminat, tak perlu perlekehkan perawat, bomoh, dukun, pawang, atau ustaz sekalipon.....

masing2 ada kemahiran masing2.... rasanya perawat dalam nihh semua takde rasa malu ke hape pon... apatah lagi hamba tak pernah sekali pon bagi 'comment' apa2 mengenai si balqis tuhh.... langsung tak pernah..... ada sebab2 nye.... so, apa yang nak malunye....

kemudian,

mengenai JIN.... tak percaya kenape pulakk.... pertama mmg dah termaktub dalam firman bahawa JIN tuhh wujud, keduanya dah banyak kisah di Zaman Rasul dimana berlakunya kerasukan. kemudian, kaedah perawatan juga banyak diceritakan dalam firman bahawa pelbagai kaedah dan cara yang boleh digunakan kerana ilmu itu berkembang sesuai dengan peredaran zaman.

so??? apa cerita???

kalau laa betul pon tak percaya tak kesah laa.... tapi jgn perlekehkan orang lain.... orang lain takde pon sebok2 perlekehkan kajian si TT mengenai mystery laa... untold history laa.... bawak cara masing2.....

so, takde apa yang dipertikaikan... nama pon berFORUM... hormati laa pandangan orang lain...

Assalamualaikum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 03:30 PM | Show all posts
maaf ye unekss..

aku nak kongsi citer abg ipar aku..

dia pon macm uneks.. perlekeh para pengamal perubatan
dia percaya sains je.. percaya sepital

so nak di jadikan crita...
dia tetiba jatuh sakit
badan dia mengigil gigil
lepas tu panas sangat2
badan lemah dan tak berdaya
makan panadol kebah jugak la

mula2 tu sakit tu dtg dua bln sekali
pastu sebulan skali
pastu seminggu skali
skarang dah tak tentu masa da

kerja dia mmg merudum dah
salu tak datang opis

hari2 berumah di sepital
dah jumpa sampai doktor pakar
dah g hospital swasta
dah xray satu badan
suma ok..
takde ms;lah kesihatan

tapi abg ipar aku tetap mcm tu
kadang2 bila datang sakitnya
badan dia panas sangat2
tapi dia nak minum air yang baru mengelegak

so isterinya bawak jumpa sorang ust
walopun guling2 dia tanak pegi
akhirnya dia pegi jugak
ust tu kata kompem saka
datuk dia pemuja kepala mayat

sekarang dah ok sikit
walopun kitaorang pun tak penah nampak ada jin ke apa yang kuar dri badan dia
mmg kesembuhan yang sukar di rungkai dari sudut sains

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.048974 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list