CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
Post time 23-11-2011 07:00 PM | Show all posts
kalau jodoh Nad dgn Rushdi nak buat mcm mana....
nallepooh Post at 23-11-2011 16:11



    tak nak..nak dgn Rain jugak. Mcm sesuwei gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 07:21 PM | Show all posts
melepas la rain kali ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 10:03 PM | Show all posts
Reply 138# zafran_iman


    mmg dia tak nak pun

kekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 10:04 PM | Show all posts
Reply 139# Banana


    terimakasih
citer ni slow sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 10:05 PM | Show all posts
Reply 140# nallepooh


    kalau dah jodoh  kena redha jerlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 10:06 PM | Show all posts
Reply 141# langit_biru18


    yup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2011 10:23 PM | Show all posts
Thanks Smiley!!

Nad.. mintak la bantuan Rain
Biar Rain plak berlakon jadi boypren Nad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 10:26 PM | Show all posts
Nadia memperlahankan larian dan mengelap peluh. I’m so unfit, its not funny. Baru dua pusingan  dah termengah mengah. Malu kat pakcik makcik yang boleh tamatkan 5 pusingan. Peluh yang berjujuran di pelipis di kesat dengan tapak tangan. Dia meregangkan kaki yang kejang dan mencari tempat duduk. Semua bangku di Taman Tasik Aman sudah di penuhi dengan pasangan pasangan pelbagai usia, dari pelajar sekolah menengah hingga separa baya. Cuaca petang itu redup dan nyaman. Sedaplah orang merendek. Ironis pula bila di fikirkan, tiada kanak kanak beriadah  di taman ini. Mungkin semua terlalu sibuk dengan kelas tuisyen atau lebih suka bermain computer games. Nadia melabuhkan punggung di bawah pokok ketapang, berdepan dengan tasik buatan. Layan angan angan sekejap. Dirinya tenang kembali bila Dr Malik memberitahu yang Mak Su tidak mengidap kanser. Syukur pada Mu , Ya Allah.  Tak lama lagi mereka sudah boleh pulang ke apartmen mereka. Temuduga kerja pun sudah di aturkan dengan kawan Mak Su yang mempunyai syarikat konsultan.  Mudah mudahan berjaya, tak sabar aku nak pegang duit sendiri. Senyum kecil bermain di bibirnya. Tapi ketenangannya di cemar bila di sajikan dengan aksi ringan ringan pasangan remaja yang masih berpakaian seragam sekolah. Macam mana lah mak bapak mereka boleh biarkan.  Sakit mata aku tengok perangai gatal merenyam budak budak bawah umur. Kalau adik aku, siaplah.

Gedebuk! Seseorang menghempas badan di sisinya macam nangka busuk

“ Oh mak engkau sakit mata!” Nadia melatah. Detik jantungnya terhenti. Nasib baik tak pengsan.

“ Well, what a small world”

Ya Robbi! Memang small giler. Nadia melopong. Ada lebih sejuta  warga KL, tapi kenapa aku mesti jumpa dia.

“ Tutuplah mulut cik adik. It is really me. Bukan jin, hantu atau malaikat. Bukan juga Remy Ishak atau Aaron Aziz biarpun orang kata muka aku ada iras dia. ”

“ Perasan nak mampuih! Apa kau buat di sini?” Fokus, Nadia. Jangan nak senyum senyum. Takkan kau rasa seronok jumpa mamat ni? Kalau suka pun cover lah sikit. Rain, Rain, go away!

“ Jogging, macam kau. Dah lama aku ada kat belakang kau. Very nice view.” Sengih nakalnya memang buat sakit hati. Rain melipat seluar jogingnya hingga paras bawah lutut. Apahal nak tayang bulu kaki yang tak seberapa kat aku? Oh, kerengge masuk dalam seluar. Nasib baik takat betis saja. Nadia ketawa senyap melihat Rain tergaru garu bekas gigitan semut.

“ Kau tinggal kat sini kah?” Nadia melarikan mata ke arah deretan rumah banglo yang meminggiri taman. Ada yang sudah di ubahsuai , ada yang masih mengekalkan bentuk asal. Rain menunjuk ke arah rumah yang paling besar di situ. Cuma selang dua buah rumah dari rumah Auntie Aida. Alamak, dekatnya!

“ Aku tinggal kat rumah kakak aku  sementara nak cari rumah sewa. Kau tinggal kat area ni juga? Dulu kau kata rumah kau kat Ampang”

“ Aku tumpang rumah auntie aku yang lagi satu, mak Abang Rushdi. Mak Su aku tak sihat, dia baru lepas operation. Auntie Aida suruh kami tingga sini sampai Mak Su sembuh ”

“ Mak Su sakit apa? “ Amboi, sejak bila kita berkongsi Mak Su.

“ Dia ada ketumbuhan dalam perut. Tapi nasib baiklah sel kanser belum merebak.”

“ Jadi kau tinggal serumah dengan Abang Rushdi  lah.” Sebelah kening Rain terjungkit. Seronoklah si Ustaz. Bukan aku tak nampak kudup kudup cinta kembang kuncup dalam dada mamat janggut sejemput tu.

“ Dia belum pulang dari US lagi. Aku dengan Mak Su pun tak lama lagi nak balik rumah kami” Rain melepas nafas lega.

“Parents kau dah balik kampung?” tanya Nadia.

“ A’ah. Dah balik semalam. Dia orang kirim salam kat kau. Aku nampak kau masa kat KLIA dulu tapi kau sengaja sembunyi. Ingat aku tak tahu? Mak aku sibuk mencari kau. Dia nak kenalkan kau kat kakak dengan abang ipar aku.”

“Nasib baik mereka tak nampak aku. Sudah sudahlah Rain. Penat dah aku berlakun. Bukannya dapat duit pun. Lagipun hari tu aku nampak seorang perempuan pakai tudung. Mesti dia itu bakal isteri kau kan? Tak sabar sabar dia nak jumpa kau.. he he! Sweet nya.” Nadia sembunyikan senyum bila muka Rain mencuka.

“ Sorry. She is not my type. Kakak dengan abang ipar aku yang beria ria promosikan Murni. Entah apa apa. ” Rain mendegus. Macamlah aku tak ada pilihan sendiri.

“ Mana tahu kalau kau cuba, kau akan jatuh cinta dengan dia. Dia nampak macam... er... suci murni. Sesuai dengan nama dia. Aku rasa dia padan sangat dengan kau. Opposites attract. Perempuan yang baik untuk lelaki yang tak berapa baik.”  Rain menjeling.

“ Perli aku ya. “

“ Tak. Just stating the facts. Sudah sudahlah nak jadi player. Kau beruntung kalau dapat isteri  macam Murni. Insyaallah, senang hidup kau dunia akhirat.”

“ Mana kau tahu? Just because dia bertudung? Ramai perempuan kat kampung aku yang bertudung tapi suka gosip, duduk bersidai di rumah jiran sampai lupa nak masak untuk anak dan suami. Ada pula yang tak boleh tengok orang lain lebih dari dia, sampai botak kepala laki nak beli barang kemas. Ada yang lagi teruk sampai sanggup berbomoh bomoh. Baik lagi aku kawin dengan kau. Mulut kau boleh tahan laser tapi hati kau baik. Lagipun dengan kau, what I see is what I get. And I like what I see. ”

Muka Nadia mula memerah. Mesti ada maksud tersirat yang tak berapa sedap. Dia membetulkan T shirt putih yang lembab dengan peluh. Aku korek biji mata si Rain ni karang.

“ Yalah, aku dah tahu rambut kau cantik, bentuk badan lawa.Taklah aku terkejut nanti kalau buka... ”

“ Shut up! Meluat aku dengar. Hissyyy!”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2011 10:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 23-11-2011 22:53

“ Aku gurau saja lah. Aku rindu nak usik kau.  Aku tak tau macam mana nak contact kau. Kau mesti dah tukar nombor kan? Nasib baik kita jumpa di sini. Kalau tak, matilah aku nak cari kau.” Muka Rain serius.  Serius campur keliru sebenarnya. Sebaik saja kereta abang iparnya meninggalkan KLIA dia terasa kosong. Berhari hari dia tak senang duduk. Ada saja yang tak kena dan setiap petang dia termenung di tepi tasik. Hatinya melonjak bila ternampak Nadia berjogging.  Rachel sudah makin samar di minda tapi sekelumit pun dia tidak melupakan wajah manis di depannya. Have I fallen for her?

Apa feeling feeling pula ni. Rain ni saja nak test power dengan aku. Macamlah aku senang tergoda dengan player macam dia. Baik tak usah layan

“ Kau dah mula kerja?” Nadia menukar topik. Senangnya hidup Rain, tak payah nak hantar resume dan pergi temuduga.

“ Belum. Aku nak relax dulu seminggu dua. Bila dah mula kerja nanti aku  susah nak ambil cuti. Kerja aku bukan jenis duduk ofis pukul 8 sampai 5. Aku kena pergi tengok project dan jumpa klien. Nak dapat kontrak kena entertain klien. Kadang kadang aku kena pergi overseas sebab syarikat kita ada projek di Vietnam dan Cambodia.”

“ Wow, sounds interesting.” Seronoknya kalau dapat melawat negara lain. Entah bila aku dapat pergi melancong.

“ Nak ikut? Aku offer kau kerja jadi PA aku. I’m serious” Rain memaku pandangan pada Nadia. Please say yes, serunya dalam hati.

“ Pirahhh! Aku belajar teruk teruk, kau suruh aku jadi  kadam kau. Its okay, aku pun dah dapat job offer.” Astaghfirullah, tipu sunat. Hebat sungguh kalau seorang graduan baru dapat kerja dalam masa seminggu.

“ Kat mana?” Sah sah minah ni kelentong. Tengok muka pun dah tahu.

“Adalah, company kawan Mak Su. Rain, dah nak masuk Maghrib. Aku balik dulu. “ Nadia bangun dan mengibas seluar. Cepatnya masa berjalan. Adakah ini bermakna aku seronok meluangkan masa bersama Rain? Mungkin sebab aku tak ada kawan lain kot.

“ Wait.. kejap. Aku teman kau balik.”

“ Tak payahlah. Banyak soal pula mak saudara aku nanti kalau nampak aku jalan dengan lelaki” Dia mempercepatkan langkah. Rumah Auntie Aida tak jauh dari situ. Dari balkoni bilik tidur utama boleh nampak tasik.

“ Biarlah dia nampak. Boleh aku berkenalan dengan keluarga kau. Nanti senang kalau aku nak ajak kau keluar. This weekend aku nak balik kampung jenguk saudara mara. Kau ikut aku ya. Mak bapak aku jemput.” Rain sudah berpapasan dengannya. Nadia berhenti melangkah dan mencekak pinggang.

“ Rain, cukup lah kau pergunakan aku. Sampai bila kita nak berlakun? ” Mereka saling bertikam pandang

“ Nad, aku tak berlakun. Aku suka kau. For real. Bila aku tak jumpa kau, aku rasa pelik. Macam ada sesuatu yang tak cukup. Bila aku nampak kau tadi ... aku rasa lain. Kali ini, aku tak nak main main. I’m serious about you, about us.”

Nadia membuntangkan mata. Ketawa sinis nya tak berapa menjadi. Tak di nafikan jantungnya bergetar kencang mendengar madah seorang pencinta wanita. Mata Rain menusuk dan membongkar segala rasa. Aah.... jangan di layan perasaan karut. Nak masuk Maghrib ni memang banyak iblis.

“ Rain, aku pun serious. Seriously not interested. Kita kawan tapi tak lebih dari itu”

Rain menjungkit bahu dan senyum. Its a good first step. Aku tak boleh terlalu mendesak.

“ Okay, kita kawan. Take your time. Aku tunggu"
But you will be mine one day, Rain bertekad.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 11:37 PM | Show all posts
jeng..jeng..jeng.....siapa yg bertuah menjadi pilihan Nadia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 08:22 AM | Show all posts
wah rain dah terus terang... rushdi harap mak plak hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 08:37 AM | Show all posts
siapa sebenarnya pilihan NADIA nie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 08:53 AM | Show all posts
Salam.

Wah, ader new twist to the story. Best2x....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 08:57 AM | Show all posts
tak sabarnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:21 AM | Show all posts
wahhh..rain betul2 ada hati dkt nad rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 01:13 PM | Show all posts
suka!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2011 04:09 PM | Show all posts
entah2 nnt nadia keje ngan rain..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 11:50 PM | Show all posts
rain dah mula bagi ayat-ayat cinta kat nad...{:4_190:}
semoga iman nad kuat tepis godaan rain{:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:09 AM | Show all posts
hahaha

sah sah rain kene jadi boyfriend pelsu nad lepas ni ... return the favour la rain .. tapi berlakon je taww ... mu tka layak la dgn nad ... eee .. bekas orang ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 09:32 PM | Show all posts
next...hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054474 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list