CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lavender_aqua

Kejadian Misteri Selepas Berpindah

[Copy link]
Post time 24-2-2014 04:06 PM | Show all posts
gud luck exam!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 04:54 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 24-2-2014 03:51 PM
sama2 sebab sudi baca...
kisah ni takdelah dahsyat mcm sesetengah forumers lain...
tp utk orang  ...

Even bagi ko tak dasyat
Tapi aku yang baca rasa
'Eh! Serius?'
Bagi orang mcm aku nie
Mmg extreme la
Sebab kalau blh, aku mmg takmo terlibat2 dengan suma nie
Mintak jauh wehhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 01:32 PM | Show all posts
nampak sangat rumah ni bersawang tebal
dah lama tak share cerita
btw, cerita pasal family dah lama habis
cerita pasal kejadian kat hostel dan fakulti pun dah habis (rasanya)
tinggal kisah di ofis semasa intern je belum kongsi kat sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 01:33 PM | Show all posts
Kisah 12: Seramnye stor ni

Pertengahan tahun 2011, aku kena buat internship 3 bulan. Maka masuk bekerja la aku kat sebuah syarikat penerbitan buku2 ilmiah (bukan novel ye). Sebelum kita bergerak lebih lanjut, biar aku kenalkan watak2 dalam ofis ni supaya senang nak cerita.

Bos department Admin & Finance: Puan May
Pegawai kewangan: Kak Yun
Asst kewangan: Hilman
Pegawai admin: Abg Din
Asst admin: Kak Az
Ofisboy: Abg Rol
Driver big boss: Abg Nor

Masa awal-awal masuk tu, takde benda pelik pun jadi. Biasa la awal2 jadi intern, kena fotostat je takpun jadi tukang hantar dokumen ke department lain yang berada di tingkat 2 atau 3. Dah lama kerja, baru kak Az buka cerita. Ni pun masa Puan May takde. Biasalah kan, gosip time bos takde kat ofis.

Dia kata ofis ni keras. Aku dah terkedu. Sebab teringatkan aku pernah melalui kejadian menyeramkan 2-3thn sebelumnya, buat aku rasa lemah lutut sikit. Nasib baik tak pernah duduk ofis tu lebih dari pukul 7.30 malam. Kalau kena kerja lebih masa pun, semua pakat tunggu ramai-ramai. Ye la, korang bayangkan. Lepas bangunan ofis ni siap dibina (bersama blok2 ofis lain di situ), bukannya terus ada penyewa. Nak2 sewa kat situ mahal. Masa aku intern pun, banyak lot kosong dari lot yang dah disewa. Jadi tak mustahil untuk ada 'penghuni' lain kat dalam bangunan2 kosong ni.

Ok, balik ke Kak Az. Aku main terus tanya, keras yang macam mana? Maka kak Az pun cerita. Macam-macam kejadian pelik jadi kat situ. Terutamanya yang berlaku pada Puan May. Kisah Puan May ni nanti aku karang 1 post khas. Sebab kisah dia panjang, dari kena kacau dengan 'benda' kat situ selain kes khianat (ada ex-staf finance sebelum Hilman masuk, dia yang buat Puan May sakit). Post yang ni aku cerita yang pendek je. Kak Az kata ofis ni ada penghuni. Patut la kadang2 aku ada rasa semacam. Macam mana ye nak terang, tapi korang boleh bayangkan kot rasa semacam tu. Lebih kurang macam rasa diperhatikan pun ye juga.

Paling mencabar keberanian aku bila kak Az kata tempat benda tu bawah tangga. Kalau korang tau, biasa lot kedai bertingkat-tingkat ni, kedai tingkat bawah dia buat macam stor kat bahagian tangga. Aku dah speechless masa tu sebab sejak kak Az dah percaya kat aku, dia suruh aku je masuk stor check stok stationary, A4, katrij printer bagai. Awal2 tu tak la percaya sangat, sebab aku intern. Dia takut aku ambil harta benda syarikat kot, jadi dia ambil langkah berjaga-jaga untuk tak percayakan aku 100% masa baru masuk internship.

Patut la selama aku masuk stor tu (bukan hari2 masuk, tapi dalam seminggu, sekali tu wajib la), aku rasa lain tau. Rasa rimas, rasa macam nak sesak nafas, nak2 kalau aku ke penjuru bawah tangga yang mana aku terpaksa tunduk sebab atas aku tu binaan tangga untuk ke tingkat atas. Kadang rasa macam berhimpit dengan orang dalam kawasan sempit, padahal yang ada dalam stor cuma kotak2 A4 yang disusun di penjuru, rak kecik untuk stationary dan fail kosong. Dan patutlah selama aku masuk stor tu, kak Az pernah pesan buka lampu, jangan tutup pintu- biar terbuka dan selalu bagitahu (sesiapa yang ada di situ kot2 dia takde kat meja masa tu) kalau nak ke stor.

Kadang2 tu abg Rol dah balik dari kerja luar, dia nanti tunggu depan pintu stor walaupun aku tak pernah minta dia tunggu. Dia tengok je aku keluar-masuk stor sampai aku habis buat kerja dan kunci pintu tu. Lupa nak bagitau, stor tu dikunci sekiranya tak digunakan. Jadi kalau nak ke stor kena bagitau dan ambil kunci dari kak Az. Nak tau kenapa abg Rol siap teman aku? Sebabnya ada kes salah sorang dari mereka ni pernah terkunci dalam stor. Macam tak masuk akal terkunci, sebab kalau dari belah dalam kita pulas tombol, pintu boleh terbuka, ni tak boleh. Terpaksalah orang yang ada di belah luar cari kunci dan buka pintu stor tu.

Lepas je kak Az cerita, setiap kali aku nak ke stor, aku dok terbayang-bayang la perkara yang menakutkan. Awal2 tu aku mengaku, memang kecut perut, lemah lutut dan kaki ni nak melangkah ke dalam stor. Tapi kadang2 tu Abg Rol faham, jadi dia memang volunteer terpacak kat depan pintu stor tunggu aku habis buat kerja kat situ. Dah beberapa minggu baru aku macam berani sikit. Walaupun rasa sesak dan rimas tu masih ada, tapi aku berjaya kawal hati dan fikiran agar tak terlalu layan sangat.

Ada lagi kisah lain, nanti ada kelapangan masa dan kerajinan untuk menaip, aku sambung. Sekian dulu.

Last edited by lavender_aqua on 30-10-2014 01:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 03:05 PM | Show all posts
Kisah selingan. Tengah ada mood mengarang, tapi cerita pendek. Tak ada kaitan dengan kisah di ofis aku internship.
Kepada yang baca kisah dari awal, anda akan perasan aku dah tinggal di 2 rumah. 1 rumah sewa, kemudian ke apartment yang menyebabkan seluruh keluarga porak peranda sekejap selama beberapa bulan. Lepas tinggal kat apartment, awal 2010 along pindah lagi. Kali ni ke rumah teres 2 tingkat. Kisah ni bukan pasal rumah 2 tingkat. Cuma kejadian pelik yang berlaku di sekitar lorong aku tinggal.

Kisah 13: Kerusi di tengah jalan

Nak jadi ceritanya, ada di kalangan jiran2 kami ni bukan kerja ofis 8.30-4.30 atau 9-5. Ada yang kerja dengan syarikat luar negara jadi waktu kerja kena ikut masa sana. Jadinya orang balik kerja, dorang pergi kerja. Orang dah tidur lena, dorang memandu waktu pagi2 buta untuk balik ke rumah. Kebetulan pada suatu pagi (rasanya dalam 2-3 pagi camtu), ada sorang jiran ni. Panggil en. K la senang. En K ni rumah dia pagar biasa, kiranya kena keluar kereta, pergi buka pintu pagar dan masuk kereta untuk park kereta dalam kawasan porch.

Masa dia tengah drive untuk sampai ke depan pintu pagar rumah, dia ternampak kerusi di tengah jalan. Korang boleh bayang kot, lorong taman ada rumah kiri kanan, tiba2 ada kerusi plastik kat tengah2 jalan di waktu kebanyakan orang dah tidur atau sekurang-kurangnya bertapa dalam rumah mengadap tv atau laptop. En K kata kerusi plastik tu macam kerusi gerai/warung. Aku tak pasti la pulak kerusi yang jenis boleh sandar atau kerusi tak boleh sandar. Dia dah pelik. Siapa yang buat pasal letak kerusi tengah2 jalan dalam lorong taman ni? Tapi en K ni macam tak layan sangat la, lepas dia park kereta dalam porch, dia pergi ke pintu pagar. Masa tengah tarik nak tutup pintu pagar, dia perasan kerusi tu hilang. Macam chipsmore pulak, kejap ada kejap tak ada.

Dia memang yakin, tak ada orang lain kat situ. Dan dia memang tak salah tengok sebab kejiranan sini, kebanyakan jenis pasang lampu porch/ depan pintu pagar bagi terang. Memandangkan dia lelaki dan mungkin juga sebab dia pernah berdepan dengan benda2 lagi pelik, dia takdelah rasa takut sangat. Kisah ni diceritakan sendiri oleh en K kepada abah.

Untuk pengetahuan semua, dekat2 dengan lorong along tinggal ni ada taman permainan. Menurut jiran tetangga yang tinggal di situ lebih lama dari famili along, taman permainan tu memang keras. Tapi mujurlah lorong ni tak berapa dekat sangat dengan taman permainan tu. Dulu masa jiran2 ni anak dorang kecil, biasa je anak2 meracau tak tentu pasal.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:58 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 30-10-2014 03:05 PM
Kisah selingan. Tengah ada mood mengarang, tapi cerita pendek. Tak ada kaitan dengan kisah di ofis a ...

salam cik TT
sy baru katam thread ni dr awal smpai abes
sronok critanya


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-10-2014 08:28 AM | Show all posts
cektim posted on 30-10-2014 05:58 PM
salam cik TT
sy baru katam thread ni dr awal smpai abes
sronok critanya

tq

ada lagi

nnt free saya sambung

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:57 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 31-10-2014 08:28 AM
tq

ada lagi

okay..
bru prasan thread ni dh lama betoi, hehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2014 04:00 PM | Show all posts
cektim posted on 31-10-2014 03:57 PM
okay..
bru prasan thread ni dh lama betoi, hehe

aah dah lama
cerita zaman study

habis study terus terbehenti
pdhal ada lg bbrp cerita belum share

sambil2 mengarang tu teringat gak la bbrp mini series
weekend ni saya cuba karang dulu, especially citer pjg
baik cerita sekaligus dari biar org tertunggu2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 02:53 PM | Show all posts
Kisah 14: Puan May sakit

Kisah ni terjadi 2-3 tahun sebelum aku masuk jadi intern kat company ni. Kak Yun sendiri yang cerita kat aku, biasalah bila bos tak ada mulalah nak bergosip sambil bekerja (haha, tipikal lifestyle kat semua ofis kot). Ok balik ke kisah Puan May ni. Masa kejadian, Hilman tak masuk kerja lagi. Siapa Hilman? Sila refer kisah 12. Kak Az pun tak ada lagi. Tapi abang Din, abang Rol dan Abang Nor dah ada masa tu.

Kiranya masa kejadian, company ni baru 1-2 tahun established. Jadi tak ramai sangat kakitangan masa tu. Puan May ni head of Finance and Administration. Kak Yun pula masa tu pegawai bahagian Finance, bawah Puan May. Disebabkan perniagaan makin berkembang, tender masuk dan sebagainya maka mereka tambah sorang staf baru, kak N. Kira role kak N ni tolong kak Yun dalam bab kewangan company.

Orang kalau dengki tu, macam-macam dia sanggup buat, semuanya demi pangkat dan duit. Dan itulah yang berlaku kepada Puan May apabila dia 'sakit' angkara kak N. Ni kak Yun sendiri yang cerita kat aku, dia ada sepanjang Puan May sakit. Katanya kak N dengki dengan Puan May. Dia kata dia yang patut pegang jawatan Puan May sebab kelulusan dia lagi tinggi dari Puan May. Kalau ikutkan memang betul kak N berkelulusan tinggi, tapi dari segi pengalaman kerja Puan May dah lebih 15 tahun berpengalaman. Sebab tu jawatan head, Puan May yang pegang.

Aku pun tak pasti apa yang kak N buat, tapi menurut kak Yun, Puan May sakit teruk. Bayangkan mood dia berubah sama sekali. Sampai 1 tahap, menjejaskan prestasi kerja dia. Tapi big bos company sangat memahami dan nak juga Puan May terus kerja situ, jadi big bos bagi pelepasan kat Puan May untuk berubat sampai betul-betul pulih.

Masa berubat ni la macam-macam ujian datang. Kak Yun kata Puan May tak mau sembahyang walaupun diberi telekung. Siap dicampaknya telekung tu. Dengar baca suci Al-Quran pun tak boleh. Bagi Al-Quran suruh baca sendiri pun tak mahu. Memang teruk giler la masa tu. Mujur suami Puan May sabar dan tabah layan kerenah bini dia sepanjang tempoh nak berubat tu.

Sepanjang masa yang tengah kronik tu, memang Puan May tak datang kerja langsung. Ni kak Yun la cerita kat aku. Tapi sebab mereka semua faham, masing-masing cuba ambil alih serba sikit kerja Puan May mana yang patut dan termampu. Bila free, mereka pergi melawat Puan May, memang sedih keadaan dia masa tu. Tak terurus, kurus, kira macam bukan diri Puan May la.

Masa proses berubat tu, baru tahu siapa punya kerja. Orang tu kata kak N hantar sesuatu untuk mengucar kacirkan hidup Puan May. Kak N ni macam talam 2 muka la sebab depan Puan May dia buat baik, tapi sebenarnya dia yang buat Puan May. Kak Yun kata, ada la kak N bawa air apa ntah suruh Puan May minum, katanya air penawar. Tapi sebenarnya air tu buat Puan May lagi parah. Kak Yun tau sebab kak N sendiri mengaku dia ada bagi 'air penawar' kat Puan May.

Lepas ikhtiar berubat, beberapa bulan juga rasanya, Puan May dah beransur pulih. Dia boleh datang kerja macam biasa. Masa tengah berubat ni, orang yang mengubat ni bagitahu siapa yang buat Puan May. Kenapa Puan May masih tak sihat lepas berubat di beberapa tempat. Sebabnya bila Puan May minum air yang kak N bawa, macam panggil sakit tu datang balik. Sebab tu Puan May tak sembuh-sembuh. Kira tu bukan air penawar tapi macam air jampi camtu.

Pasal kak N pulak, lepas temberang dia pecah dia letak jawatan. Malu kot, dah pedajal bos ada hati nak datang kerja lagi? As for Puan May, sejak dia sembuh dari kena sihir tu, memang dia elak dari masuk atau berada di tempat-tempat yang angker. Ingat tak kisah 12, bawah tangga yang keras tu? Sejak Puan May sihat, dia mana masuk bawah tangga tu lagi. Dia juga rajin pasang ayat-ayat Ruqyah dan cd mengaji bila sampai ofis. Ni aku sendiri tahu sebab aku selalu sampai ofis 30-45minit awal.

Habis.
Ada lagi cerita angker ofis ni.
Nanti free aku sambung.



Last edited by lavender_aqua on 26-12-2014 02:57 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 03:16 PM | Show all posts
short story
kisah 15: Bunyi atas siling

Alkisahnya, kak Ann ikut along ke pejabat (pejabat yang sama dalam kisah bawah tangga angker dan kes Puan May). Bezanya ofis along di tingkat 3. Kenapa kak Ann ikut? Masa tu kak Ann cuti, cikgu sekolah la katakan. Jadi kak Ann angkut la kertas periksa untuk dia semak masa along kerja. Nak jadi ceritanya along tak ada di bilik. Mana along pergi? Ada meeting dengan pegawai atasan yang lain. Along ni kira salah seorang orang berjawatan tinggi juga la dalam company ni.

Maka, tinggallah kak Ann sorang diri menyemak kertas periksa. Kemudian, tik tik tik. Dah sudah, bunyi apa pulak tu? Kak Ann buat tak kisah dan sambung menanda kertas. Tik tik tik. Bunyi lagi. Aku tak tahu berapa kali bunyi, tapi lepas tu kak Ann dah tak senang duduk dalam bilik along. Lama-lama kak Ann jadi takut. Bunyi apa la siang-siang begini? Mood nak semak kertas dah ke laut. Sudahnya kak Ann call along suruh balik bilik cepat.

Kak Ann bernasib baik sebab along pun dah nak habis meeting. Sampai je along di bilik, kak Ann cerita apa yang berlaku. Along kata perasaan je tu. Entah-entah bunyi air dari air cond menitik. Tapi kak Ann tak puas hati. Yang pelik tu lepas along sampai tak ada pun bunyi tik tik tik tu lagi. Walaupun along dah ada kat bilik, kak Ann dah tak senang duduk. Last-last along hantar kak Ann balik rumah.

Sebab kenapa kak Ann dah kecut perut, 1 yang aku rasa penyebabnya ialah tingkat 3 ialah tingkat paling atas sekali untuk bangunan ni. Total ada 4 tingkat, ground floor, tingkat 1, 2 dan 3. Sebab ke-2, bunyi tu ada masa kak Ann sorang je di bilik, tapi bila along masuk, bunyi tu tak kedengaran langsung. Sebab ke-3, bangunan situ baru, cantik tapi tak ramai penyewa. Kot la ada yang bertukang pun, macam tak logik pulak sebab bunyi dari belah atas.

Masa ni Zain dengan Zairi tak ada. Budak 2 orang tu mak aku awal-awal dah angkut balik kampung. Tu yang tinggal kak Ann dengan along je. Aku masa ni ada kat Kuantan, study lagi. Sejak kejadian tu, kak Ann langsung dah tak jejak kaki ke ofis along. Cuma aku je rajin singgah kalau ada majlis (sebab mereka yang masih kerja situ jemput aku walaupun aku dah lama tamat internship masa tu)


Last edited by lavender_aqua on 26-12-2014 03:19 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 11:09 AM | Show all posts
Kisah 16: Trip ke kaki Gunung Ledang

Ok, kita gostan ke belakang sikit, ke zaman aku study kat matriks UIA. Ambik kau, bagi nama tempat terus, haha~ Tapi sebelum nak buka cerita pasal tempat ni, nak cerita pasal trip ke kaki Gunung Ledang sekitar penghujung tahun 2007. Masa ni, masalah Zain dan apartment tu tak muncul lagi. Masa ni juga Zairi belum lahir lagi. Kak Ann tunggu date je untuk bersalin. Baik, back to the story. Aku ni aktif berpesatuan masa study sini. Jadi representative untuk kolej kediaman pelajar. Senang cakap wakil hostel untuk berjumpa warden bagi sebarang masalah dan penambahbaikan gitu. Jadi untuk line-up yang baru dipilih, kami diwajibkan menghadiri kursus kepimpinan. Masa ni aku dah 2nd year, baru 2-3 minggu masuk bilik baru. Kita panggil kolej aku tinggal ni sebagai KC (shortform dari nama panjang, memang nama sebenar.

Pagi 1 hari yang ada cuti umum (aku tak ingat cuti apa, tapi cuti yang sehari je dan tak semua negeri ambil), kami berkumpul sebelum bertolak ke kaki Gunung Ledang. 3 bas semuanya. 1 bas putera, 1 bas puteri, 1 bas warden dengan suami/isteri dan anak2. Dah macam hari keluarga sebab kali ni warden dibenarkan bawa anak2 sekali. Tahun lepas, warden yang dah kahwin datang sendiri, tak boleh bawa pasangan. Aku dah lupa susunan konvoi kami ke Johor masa ni. Tak salah la, yang kepala bas putera, kemudian bas puteri dan ekor bas warden.

Tengah hari sampai la kami ke tempat yang dituju. Kemudian kami kumpul beg kat 1 tempat, pergi makan tengah hari dulu. Dah makan baru masuk dorm. Ye, dorm besar. Kat bangunan tu ada 3 bilik. Naik tangga 1, jumpa bilik A yang boleh muat 40 orang, ada 20 katil double decker. Di antara bilik A dengan B, ada laluan ke bilik air. Bilik B boleh muat dalam 10 orang je, ada 5 katil double decker. Bilik C, warden perempuan yang single mingle atau warden yang dah kahwin tapi datang tanpa suami, mereka tinggal di situ. Kecik je, muat 3-4 orang. Ni aku sertakan sketch bagi korang faham.


Petang tu hujan. Tapi sebab kami dah plan 3h 2m kena juga la ikut tentative program yang disediakan. Maka, berpecah 2 kumpulan la masa tu. Putera masuk hutan buat aktiviti ala2 PLKN, puteri pergi kat air terjun buat aktiviti berakit. Memang gile la kau kena pasang rakit tu dari zero sampai dah siap nampak rupa bentuk rakit, dengan hujan lebatnya lagi. Lepas siap dan berakit, aku duduk tepi. Bagi chance adik2 (anak buah) bermain rakit. Disebabkan aku ni tak pandai berenang, maka aku tak join la beberapa yang lain berenang kat air terjun tu. Dalam weh, aku tak tau berapa kaki, tapi pakcik renjer yang escort kami ada cakap, air situ dalam. Dah hujan lagi la air naik.

Aku duduk kat titi yang dibina dari kawasan tanah sambung ke tengah2 kawasan air terjun. Kira kalau korang nak buat ala2 lompatan acara papan anjal best la, lompat2 terus ke tengah air terjun. Dalam tengah syok celup kaki ke dalam air, tiba2 pakcik renjer ni kata, 'apesal kau tak join dorang mandi?'. Aku baru nak toleh bagitau yang aku tak reti berenang, aku ditolak sampai jatuh dalam air terjun. Tapi dalam nanosaat kena tolak tu, aku terasa tolakan tu sangat kasar. Macam kena debik tapi kat bahagian bahu, sakit weh. Terkapai2 masa tu, siap menjerit kat anak buah aku, tolong tarik aku ke tepi sebab aku tak reti berenang. Fuh, minta nyawa sebab masa tu aku rasa macam kaki aku ditarik ke bawah (dah kata tak tau berenang kan). Fobia aku masa tu, kepala pun tak boleh fikir dengan waras. Nasib spek aku tak tenggelam, kalau tak mau kena fire dengan mak aku. Menyumpah2 aku kat pakcik renjer tu sebab tolak aku. Bila fikir balik, takkan pakcik renjer nak tolak kasar2, buatnya jadi apa2 kat aku mau kena soal jawab dia dengan warden.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 11:10 AM | Show all posts
Part 2 Kisah 16


Lewat Asar lepas balik berakit, kami turun mandi dan siap2 untuk Maghrib. Faham2 je la, ramai orang. Ada la dalam 60 orang, bilik mandi 3-4 je. Sebelum turun, aku sebab berdiri kat balkoni tu. Memerhati rupanya kat belah belakang dorm ni ada air terjun. Hutan tu memang tebal, pokok2 sangat rapat sampaikan walaupun hari cerah nampak gelap je bahagian dalam tu. Aku ingat lagi, aku punyalah dok perhati di celah2 pokok situ. Macam asyik pun ada juga. Dan aku perasan, rasa tenang, rasa telinga aku tak dengar bising budak2 puteri berjalan naik turun tangga 2 pun. Tenang, ya sangat tenang masa tu. Sampailah ada seorang anak buah aku, wakil KC tegur. Kak Y (nama aku), jom mandi. Dah tak ramai orang dah kat bawah tu. Budak tu tau aku tengah tunggu turn nak mandi sebab aku dok pegang tuala dan toiletries aku masa tu.

Tapi yang tak sedapnya bila nak mandi, aku rasa macam diperhati. Memang seram gak le, padahal kat belah luar pintu bilik mandi, pot pet bising budak2 ni gelak tengah basuh baju la, gosok gigi, sembang2 sambil tunggu turn nak mandi. Tak sedap hati punya pasal aku mandi ala kadar je. Apa hal nak wangi2 sangat, malam kang busuk gak haha~  Malam tu aktiviti dijalankan indoor saja. Lebih kepada pembahagian kumpulan, reka logo dan siapkan task yang diberikan untuk group presentation pada hari ke-3 (hari balik PJ).

Malam tu memang perit, takdelah kena kacau tapi suasana sekeliling syahdu sangat. Situ sangat sejuk sampai aku tidur pakai baju tebal 2 lapis, stoking dan selimut. Pun tak dapat kurangkan rasa sejuk. Dah tu, tulang belakang aku rasa ngilu giler2. Dengan tak boleh tidur, aku pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena, last2 ada la timbul rasa tak sedap hati. Aku yang kebetulan bawa tafsir Al-Quran, terus peluk kuat2 tafsir tu. Aku rasa suasana sekeliling sepi, macam masa terhenti pun ye juga. Rasa macam aku sorang je dalam bilik A tu, padahal ada dekat 40 orang kat situ. Aku tengok jam, 12 lebih, 1 lebih, 3 lebih, dalam 4 lebih aku terus bangun sebab ada qiyamullail. Kira sepanjang aku tengok jam handphone, aku tidur tak lena. Asyik2 tersedar tengok jam, tu yang rasa macam apehal la lama sangat masa bergerak. Lepas bangun untuk qiyam, semua puteri kami angkut turun bawah. Uzur ke, boleh solat ke, wajib turun sebab tak mau apa2 terjadi. Alhamdulillah takde jadi benda2 tak diingini walaupun aku rasa seram juga. Wajib la rasa sebab resort kami betul2 dalam hutan.

Esok tukar aktiviti. Putera pergi berakit, puteri buat aktiviti ala2 PLKN tu. Macam2 la kami buat, panjat tali, merangkak bawah kawat duri, merentasi 1 pokok ke pokok lain dan beberapa aktiviti bahaya. Kenapa aku kata bahaya? Sebab langsung tak ada safety belt. Dah tu tak ada jaring kat belah bawah, kalau2 ada yang tergelincir jatuh. Tapi sebab masa tu aku hati kering dan nak buat, aku buat. Lantak la tinggi dekat 15 kaki pun, nak jadikan kenangan punya pasal. Last sebelum balik resort, kami buat aktiviti abseiling.

Sebelah malam tu kami ada aktiviti burung hantu. Aku tak tahu korang panggil apa, tapi kami panggil burung hantu. Ala, yang main kena tinggal sorang2 dalam hutan selang beberapa cm antara satu sama lain tu. Tapi untuk puteri, pihak matriks dah minta buat dalam berpasangan, cuma putera saja diberi kebenaran ditinggalkan seorang diri. Masa ni aku mula rasa seram sejuk sebab aku ni takut gelap yang gelap tu. Kalau ada sikit2 cahaya tu berani juga, dah la kena tinggal handphone, lampu suluh. Masa aktiviti burung hantu ni, aku baru perasan, kami ditinggalkan dekat area aku buat abseiling petang tadi. Tapi suasana masa tu senyap sangat. Masing2 tak berbunyi, aku je yang rajin bersembang dengan partner aku sebab aku takut. Masa mengumpulkan semula kami yang terlibat, lepas buat head counts, nasib baik semua cukup. Nasib tak ada yang hilang atau kena sembunyi.

Malam tu sambung siapkan group task dan tidur lewat. Tapi sebab letih, tidur lena sampai Subuh. To wrap up, syukur Alhamdulillah tak ada sebarang gangguan ke atas mana2 ahli yang terlibat dalam program. Cuma masa balik je, salah satu tayar bas warden meletup. Susunan konvoi tu, bas putera head, bas warden tengah, bas puteri ekor. Yang hairan, boleh pulak pakcik driver bas putera pecut tak hengat dunia, tinggalkan kami 2 bas kat belakang. Bila dah tayar meletup, jenuh driver bas warden/puteri call driver bas putera suruh berhenti kat R&R paling dekat sebab nak tukar tayar. Akibatnya, perjalanan yang patut sampai dalam pukul 6 petang, terlajak sampai dekat 8 malam. Dengan nak tukar tayar, lepas tu masuk KL hujan lebat. Tapi dah sampai KC ni la, cerita seram Patrick Star bergerak sendiri dan terpaksa dicacatkan, handphone kejap on kejap off terjadi. Tak pasal2 dengan bilik aku tidur sekali kena pagar.

Bersambung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:49 PM | Show all posts

sambut dgn secepatnya plis...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 01:17 PM | Show all posts
halimi78 replied at 30-12-2014 12:49 PM
sambut dgn secepatnya plis...............

akan cuba taip time lunch break ni, hee


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 01:56 PM | Show all posts
Kisah 17: Misteri bilik 34

Part 1: Penampakan makhluk lain

Ok lepas nak sampai je entrance matriks, aku call mama. Memang tabiat aku sejak duduk jauh, hari2 call mama. Hari tu call sebab memang rutin + nak bagitau dia yang rombongan aku dah selamat sampai. Tapi tidaklah aku cerita pasal kes tayar meletup kat highway. Sebelum kita sambung cerita, aku kenalkan watak2 yang terlibat dan kawasan2 terbabit terlebih dahulu. Aku tinggal di bilik nombor 5, tingkat 8. Aku tau tinggi giler, menyumpah2 aku time nak balik bilik waktu Zohor, jem depan 3 lif sebab nak balik bilik. Kurang asam gak sape duduk tingkat 3-4 pun nak naik lif. Ok2 fokus, aku tinggal di tingkat 8. Ada 4 orang sebilik, jenis bilik besar, ada 2 almari tinggi cecah siling, 2 buah katil double decker disusun bertentangan dan 2 buah meja kembar. Ni rough sketch susunan bilik. Semua bilik sama saja susunan perabot.


Bilik aku penduduknya adalah Nisa budak Engine, Wan budak medik dan Tina budak maths merangkap classmate aku. Aku kenal Tina ni lama dari Nisa dan Wan, sejak minggu orientasi lagi. Budak Nisa dengan Wan, masuk bilik ni baru kenal.

Aku sampai je kat KC, naik ke bilik letak beg baring2 kejap. Dah rasa kurang penat sikit, aku pergi mandi dan sembahyang. Habis sembahyang, aku unpack beg dah usung baju 3 hari aku di Johor ke tingkat 5. Kat tingkat 5 ni ada mini dobi. Cuma isi, bayar dan tinggal, mesin buat kerja haha. Dalam aku tunggu turn nak mendobi, sebab mesin tak banyak sangat pun, aku merayau. Sempatlah aku jejak kaki ke tingkat 7, kawasan berlakunya malam yang panjang buat Tina.

------------------------------------------------------

Tina pergi bilik Dhiya. Masa tu aku tak sampai UIA lagi (padahal aku dah sampai, cuma si Tina ni yang tak ada kat bilik kami). Yani pun ada sekali (Yani roommate Dhiya, ada lagi 2 roommates, tapi tak penting pun sebut nama mereka, kita rename sebagai A dan B je la ye). Masa tu Dhiya pergi mandi, memang fiil Dhiya mandi lepas Maghrib, takde sebab pun, bukannya bilik mandi penuh. Habis mandi, Dhiya gerak balik bilik (bilik 34 ni terletak paling hujung, kira ceruk sini bilik 34, bilik mandi ceruk sana.) Masa tengah jalan balik bilik, Dhiya perasan pocong ikut belakang. Berlari2 Dhiya ke bilik secepat yang mungkin. Masuk je bilik, Tina, Yani, A dan B terkejut, 'kau apehal termengah-mengah semacam je ni?'. Dhiya pun bagitau ada pocong ikut dia. Habis ketaq budak2 dalam tu.

Dalam takut2 tu, salah seorang suruh tarik langsir dan tutup tingkap. Tak pasal2 masa pandang ke arah tingkap, ada lagi 2 makhluk tengah tengok. 1 cikpon, 1 lagi langsuir. Sudahnya budak berlima tu berkumpul rapat2 kat belah tengah bilik yang kosong tu. Dalam takut2 tu, entah apa surah dibacanya tak tahulah. Menangis2 juga la sebab takut. Nak lari keluar, si Dhiya sudah kata nampak pocong. Pandang ke tingkap ada 2 makhluk lain pulak. Memang malang bertimpa2 la kat mereka masa tu. Tetapi gangguan tidak terhenti di situ. Lepas kelibat di tingkap hilang, Tina bangun dan tutup tingkap dan tarik langsir. Antara semua Tina dengan Dhiya je yang paling berani. Lepas seketika semua macam dapat nyawa balik, keadaan macam slowly beransur ok, tapi sebenarnya tak. Makin teruk kena kacau lagi ada la.

bersambung







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2014 02:17 PM | Show all posts
kisah 17 part 2: Patrick bercakap dan handphone on off

Mereka berlima mendengar suara ketawa. Pulak dah, siapa yang ketawa ni. Orang baru dapat bernafas dengan normal, tiba2 terdengar suara ketawa. Macam mengejek pun ada juga. Pandang2 apa?!! Suara tu dari Patrick Star (watak dalam Spongebob tu). Patrick tu kepunyaan Yani. Besar juga la, ada la besar macam kusyen segi 4 yang orang letak kat sofa tu. Ingatkan dalam filem seram je anak patung bergerak, sekali dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Sungguh memang tak percaya dek akal fikiran yang normal, tapi itulah yang terjadi. Dalam masa yang sama, handphone Tina asyik on off, lepas tu ada orang call. Mula tu Tina jawab, tapi bila Tina tau cikpon yang kacau habis dicampaknya handphone. Tahun 2007, handphone Nokia biasa je, mana ada segala android macam hari ni.
'Aish benda ni siap kacau handphone pulak' tu apa yang Tina bagitau aku.

Diam tak diam, masa berlalu dengan tersangat lambat. Rasa macam waktu terhenti disebabkan kejadian bertimpa-timpa ni. Si Patrick ni sambil ketawa sambil bergerak badan dia. Sebijik macam Patrick dalam tv tu. Nasib Patrick tak terjun turun dari katil kejar budak berlima tu. Lepas saja si Patrick ni senyap, Tina dengan Dhiya capai gunting dan potong kaki tangan Patrick. Selesai 1 hal. Nak kata berani sangat tu tak la, tapi sanggup ke nak dengar Patrick tu gelak balik? Tu yang budak 2 orang tu cacatkan Patrick. Tina pun tak perasan bila handphone dia berhenti diusik. Takut dengan Patrick gelak dan bergerak punya pasal, dah tak perasan kat handphone sendiri. Akibat dikacau teruk malam tu, Tina tak jadi balik bilik kami kat tingkat 8. Dia risau ada yang mengikut, tak pasal2 jadi masalah lain. Maka tidurlah budak berlima tu walaupun sebenarnya tak boleh tidur pun sampai ke Subuh.

--------------------------------------------

Aku pulak lepas habis mendobi dalam pukul 11 lebih, aku dengan selamba pergi ke ampaian dan sidai baju2 tu semua. Alhamdulillah tak ada yang tegur, usik atau menampakkan diri kat aku. Esok pagi lepas Subuh, Tina balik bilik tapi aku tak terserempak dengan dia. Kiranya aku keluar pergi kelas, baru dia balik. Memang aku perasan masa kelas Chemistry, Tina tak datang. Dalam dok fikir manalah roommate aku hilang, aku dapat sms dari Yani. Yani minta nombor telefon ustaz kat kuliah Islamik dengan head warden KC, urgent. Aku bagitau nombor ustaz aku tak ada, tapi nombor head warden aku ada. Aku forward pada Yani dan tanya apahal yang urgent? Yani kata nanti tanya Tina la. Mau aku tak busybody, aku kan head resident kat KC, apa2 jadi orang nanti tanya aku. Sudahnya kelas Chemistry aku tak fokus sebab dah lagi curious dan tertanya-tanya apabenda la yang urgent tu.

bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 02:37 PM | Show all posts
kisah 17 part 3:bilikku di'pagar'

Memandangkan pagi tu aku ada kelas lain selepas Chemistry, sudahnya aku balik bilik dah tengah hari. Semangat ni, sebab tengah hari kan. Nak makan la, perut berkeroncong, dengan letih 2 kelas silih berganti pagi tadi. Lapar punya pasal, aku terlupa kejap la hal Yani dengan Tina. Sampai2 je kat bilik aku terkejut. Pekejadahnya ada biji2 hitam ni? Ya aku cakap macam tu kat diri sendiri, lebih kepada suara dalam hati je. Aku pandang Nisa, dia macam tau je apa aku nak tanya. Tak sempat aku buka mulut, Nisa dah cakap.

Nisa: tadi ada ustaz datang pagar bilik kita.
Aku dah buat muka pelik.
Aku: pagar bilik dah kenapa pulak?
Nisa: tu kau kena tanya Tina. Ustaz cakap jangan sapu bilik selama 2 minggu.
Aku: hah, 2 minggu?! Habis tu takkan nak tidur atas biji2 hitam ni?
Nisa: kau tolak2 tepi je, tolak tepi tak apa, sapu buang ustaz tak bagi.

Aku dah naik menyampah dah ni, Tina Tina Tina. Si Tina ni tak ada pulak waktu lunch macam ni. Dalam geram aku pergi makan dulu, kang kembang nasi campur aku tu. Bila Tina balik, dan kebetulan Wan budak medik pun ada sekali. Bukan apa, jadual budak medik ni boleh tahan padat macam budak engine juga. Jadi Tina pun cerita la dari A-Z apa jadi, sama macam aku ceritakan semula dalam part 1 and 2. Aku dah tergamam. Patut la malam tadi Tina tak balik, sebenarnya Tina ni jarang melekat kat bilik. Merayau ke kolej kediaman lain. Scouting bilik kawan baik dia tu dah biasa bagi aku, Nisa dengan Wan. Tapi bila dah jadi macam ni, situasi ni sedikit sebanyak buat aku jadi penakut.

Lepas saja Tina habis cerita, aku rasa macam tiba-tiba diselubungi rasa takut. Aku terbayangkan macam mana kalau jadi kat bilik kami. Macam mana kalau tiba-tiba teddy bear aku pulak yang bergerak-gerak dan ketawa. Masa tu macam2 andaian bermain dalam kepala. Memang tak pasal2 aku jadi tak tenang hidup dalam bilik tu. Malam tu, sebelum tidur aku dah ubah teddy bear aku ke atas kerusi aku study. Aku tak mau masa tidur tiba-tiba teddy bear tu bercakap ke, ketawa ke, cekik leher aku ke. Lepas tu setiap hari aku jalan ke bilik mandi, aku rasa macam ada orang perhati. Memang paranoid habis masa tu. Lama juga la aku jadi macam tu sebelum semangat aku pulih, ada la dalam 3-4 minggu macam tu.

Sebenarnya, bukan bilik aku je kena pagar. Pagi lepas Yani sms aku, ustaz sampai dan pagar 3 bilik. Mula tu aku rasa pelik juga, kenapa 3? Bilik 34- bilik Dhiya dan bilik aku sebab Tina takut ada yang ikut balik, bilik siapa lagi 1? Rupa-rupanya bilik Aisy. Aisy ni classmate aku juga, tapi dia tinggal kat tingkat 9. Dah kenapa pulak tiba-tiba sangkut dengan Aisy ni? Malam yang bilik Dhiya kena kacau, Aisy pulak kena serangan asma. Aisy ini untuk pengetahuan semua ada masalah asma yang kronik. Malam tu kata roommate dia, tak pasal2 Aisy tak boleh bernafas. Tapi sebab roommates dia dah tahu sejarah masalah kesihatan Aisy, cepat2 salah seorang tu pergi ke water cooler ambil air panas. Masa tu tak sempat dah nak masak air ke apa, dan aku rasa budak2 ni tak ada thermos air panas. Terus si tukang ambil air ni bagi air panas kat Aisy dan dia minum. Aku tak tau apa kaitan minum air panas dengan pulihkan masalah asma, tapi teknik tu berkesan pada Aisy.

Aku tanya Tina (hari yang dia cerita kat kami bertiga tu la), kenapa nak pagar bilik Aisy? Dia tak ada sangkut paut pun dengan bilik 34 pada malam kejadian. Tina kata sebagai langkah berjaga-jaga sebab badan Aisy lemah dan takut nanti kena kacau sebab kes tu baru sangat terjadi kat bilik 34. Tak sampai 24 jam. Aku pulak tak teringat langsung nak tanya, dah lepas si Aisy ni elok apasal la roommate dia tak telefon ambulans ke, minta tolong mak guard kat ground floor (kami ada guard bertugas di lobi, tapi kadang2 macam chipsmore hilang ntah ke mana~), telefon warden ke? Ada ke biar je si Aisy macam tu lepas kena serangan. Buatnya dia semput balik tak ke haru? Tapi nasib baik juga la, Aisy lepas tu beransur pulih. Cuma esoknya (hari aku pergi kelas Chemistry), dia tak datang kelas.

Habis sudah. Nanti aku cerita pasal Dhiya sakit dan lepas tu ada ustaz tolong tutupkan hijab Dhiya sebab dia kesian budak Dhiya ni terganggu kesihatan dan pelajaran kerana kelebihan yang 1 itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:19 PM | Show all posts
lavender_aqua replied at 31-12-2014 02:37 PM
kisah 17 part 3:bilikku di'pagar'

Memandangkan pagi tu aku ada kelas lain selepas Chemistry, suda ...
Macam mana kalau tiba-tiba teddy bear aku pulak yang bergerak-gerak dan ketawa.
mcm teddy bear dlm toy story 2 ke ts3 tu kan..


ok... nextttttttttttttttttttttttt pliss..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 03:27 PM | Show all posts
halimi78 replied at 31-12-2014 03:19 PM
mcm teddy bear dlm toy story 2 ke ts3 tu kan..

TS3 sbb ada  konflik yg andy nak masuk universiti

okay, teddy bear dlm TS3 tu scary ok
kejam tak hengat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.080395 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list