CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 10-12-2012 03:44 PM | Show all posts
norim posted on 5-12-2012 01:19 AM
Kita baca kat sini tau smiley. Apa khabar? Jumpa tak dgn teman2 yg lain?

Hi cikgu....
trip kemana? cuti kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2012 05:51 PM | Show all posts
ala.. selepas 3 ari ni je ke... sis TT.. we want more.. hahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2012 11:47 AM | Show all posts
Bab 12

“ Assalamualaikum. Mama, Ja sini. Mama kat mana?”

“ Mama di Jakarta. Ja di mana? Entah berapa kali dah Mama call tapi Ja tak jawab. Mama nak tahu kenapa kamu tolak Elly? Mama malu dengan Puan Sri Lily. Ja memang degil!” selar Datin Wan Hamidah. Rawatan spa dan urut tradisional Jawa yang baru di jalani tak mampu menenangkan dirinya.

Redza menjauhkan telefon dari telinga. Ini yang buat aku malas nak bercakap dengan Mama. Kalau tak kena jerit, memang tak sah. Tapi macam mana pun dia ibu aku, aku kena hormat pada wanita yang melahirkan aku.

  “Berapa kali Ja nak cakap,  Ja tak sesuai dengan Elly. Bukankah lebih baik kalau Ja berterus terang sekarang? Atau Mama lagi suka kalau Ja kahwin dan kemudian bercerai ? Kalau Elly jadi janda nanti, siapa yang bersalah? Trust me, its better this way. “ Redza memaksa diri untuk bertutur dengan tenang. Nak padam api kena pakai air.

"Mama tak peduli. Abah kamu banyak terhutang budi dengan keluarga Tan Sri. Elly pula bukan main sayang lagi kat Ja. Kamu tahu tak yang dia masuk hospital sebab kamu? Dia tak makan berhari hari sampai pengsan. ”

Takkan lah begitu teruk sekali. Menakutkan! Ini lah jenis perempuan yang terlalu obses sampai hilang pertimbangan.  Namun ada rasa bersalah yang menjentik. Patutkah aku melawat dia?

“ Elly masih kat hospital lagi ke ? “

“ Dah keluar minggu lepas. Elly dengan Puan Sri tengah bercuti di London. Itulah kamu, ada nak telefon ambil tahu hal orang? Asyik kerja, kerja, kerja! 24 jam berkurung di ofis sampai tak ada life. Kalau Ja kawin dengan Elly, Tan Sri akan bagi jawatan boss besar dalam syarikat dia. Ja boleh hidup senang goyang kaki. Kamu ni memang bodoh!”

Redza mengeluh. Mama tak faham faham. Aku kerja kuat sebab aku suka kerja yang aku buat sekarang. Bila kita suka apa kita buat, masa begitu cepat berlalu dan rasa puas. Tak terasa pun penat bekerja.

“ Mama, kalau Ja nak jadi boss, Ja boleh kerja dengan Abah. Tapi bukan itu yang Ja nak. Anyway, Ja call Mama nak tanya khabar saja, bukan nak bergaduh dengan Mama.  Bila Mama pulang dari Jakarta?”

“ Lusa.  Hujung minggu kamu kena balik rumah Mama. Mama ada banyak benda nak cakap dengan Ja. Kalau Ja degil, Mama akan pergi ofis cari Ja” ugut Datin Wan Hamidah.

“ Ya lah. Ja datang nanti” Redza membuat keputusan.  Kalau Mama datang ke ofis tentu drama, dengan suaranya yang macam halilintar melontarkan kata kata kesat. Lagipun bila lagi aku nak perkenalkan menantu baru Mama? Bagaimana agaknya  reaksi Mama?  Apapun tawakal saja lah. Berbaloi di belasah dan di seranah untuk seorang Nurul Aishah.

Telefon bimbit di simpan dalam kocek seluar. Redza naik ke tingkat atas dan menguak pintu bilik pengantin. Dia menanggalkan persalinan songket dan menyarung T shirt dan seluar pendek sebelum terperasaan sesuatu di antara katil dan pintu balkoni.  Alahai… kesiannya bini aku tidur terlungkup atas sejadah! Mesti  penat gila. Mana taknya, kelmarin majlis khatam Quran dan marhaban, semalam akad nikah  kemudian kenduri di rumah Tok Nah. Biasalah , kalau kenduri kahwin di kampung mana ada time limit. Dari siang sampai lewat petang tetamu bertali arus. Dari jiran sekampung hinggalah teman lama dan saudara mara arwah ibubapa Nurul, semuanya datang memeriahkan majlis. Lepas solat Subuh, rombongan mereka terus  berangkat ke Pulau Pinang pula. Tapi Redza rasa bersyukur, semuanya berjalan lancar. Saudara mara kedua belah pihak pun nampak selesa dan senang beramah mesra. Tak ada rasa kekok atau jurang antara mereka walaupun baru kenal. Alhamdulillah!  Sekarang tinggal satu masaalah besar…. Mama! Ya Allah, lembutkanlah hati ibu aku Wan Hamidah bt Wan Hasan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 11:49 AM | Show all posts
dah selamat menikah yuyu dgn Ja
sian kat Mike  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2012 11:51 AM | Show all posts
Melihat Nurul yang nyenyak tak berkutik, Redza menyimpul senyum nakal. Redza menarik kainnya yang tersingkap sampai lutut.  Jangan tayang tayang, karang kena baham.  Pipi Nurul di cium sebelum bahu Nurul di goncang perlahan.

“ Ecah…”

“ Hmmm…. “ Tubuh Nurul masih kaku.

“ ECAH! BANGUN! ” Nurul kelamkabut bangun. Kepalanya terhantuk dagu Redza.

“ ADUH! “ jerit mereka serentak. Redza menggosok dagunya dengan sebelah tangan, sebelah lagi menggosok kepala Nurul.

“ Dah masuk Subuh?” Nurul masih mamai.

“Subuh apa benda ni, sayang.  Sekarang pukul 6 petang.  You okay ke? “ Redza duduk bersila di depan isteri yang baru di nikahi semalam. Tapi belum di “rasmikan” lagi sebab masing masing kepenatan.

“ Sorry, saya letih sangat. Kenapa awak tak kejut? Malu lah kat tetamu dengan family awak.” Nurul menanggalkan telekung. Baju kurung songket hijau pekat corak bunga tabur masih tersalut di tubuh. Aiseyman! Tebal  muka. Belum habis majlis, pengantin dah sedap  membuta.

“ Semua dah balik. Yang tinggal saudara mara saja. Abang nak panggil Ecah tapi dia orang kata biarkan Ecah rehat.  “ Redza membetulkan rambut Nurul yang menutup dahi. Sweetnya Puan Nurul Aishah walaupun dengan muka baru bangun tidur.

Redza guna kata gantinama “ Abang”? Ngeee….  Tak sesuwai dengan rupa kacak macho dan gaya kebaratan.  Nurul melipat telekung dan sejadah. Badannya rasa melekit.  Dia membuka beg pakaian dan mengambil tuala dan baju. Takkan aku nak berkemban dengan tuala selepas mandi.  

“ Awak dah solat? “

“ Dah, abang dah berjemaah di bawah tadi. Ecah tak lapar? Tadi masa di meja pengantin, Ecah makan sikit jer. Malu malu kucing ya. Tapi mata asyik jelling kat udang galah. ” usik Redza

Cehh ! Tajam pula mata si mangkuk hayun ni… oops terkutuk pula suami yang baru ku nikahi. Tapi tak dosa kot kalau kutuk dalam hati.

“ Lapar juga.  Nanti saya turun lepas mandi” Pintu kamar mandi di katup dan di selak.

Redza merebahkan badan di katil dengan senyuman terukir di bibir. Penat! Walaupun Nurul masih belum warm up lagi, tapi sekurangnya dia tidak sejuk beku. Nak lah juga dia senyum dan berbual bila berduaan. Nada suara pun dah lembut manja sikit. Tak mengapa… slow and steady.

Tak sampai 15 minit Nurul keluar dari bilik air, lengkap berbaju kurung. Rambutnya yang panjang beralun lembut bila dia memusing kepala ke kiri dan kanan.  Telapak tangan di silang di belakang kepala. Sudah dua hari bersanggul sampai sakit tengkuk. Mata Redza tak berkelip mengamati aksinya. Cahaya matahari yang menerobos masuk dari tingkap menangkap susuk tubuh Nurul.  Yummmm!
“ Nak abang tolong picit?” pelawa Redza.
“ Eh, tak payah. “
“Ecah, nak pergi mana tu?. “ suara Redza membuat dada Nurul bergetar. Semacam jer pakcik ni pandang aku. Dia memulas tombol pintu.
“ Er.. saya nak turun jumpa Tok dan Yed sebelum mereka pulang” Wajahnya di tunduk. Segan pula tengok tubuh Redza yang hanya berseluar pendek dan berbaju T putih yang jarang. Eh, macam lah tak pernah tengok. Melepak bersama dalam bilik hotel dengan krew lelaki dah jadi perkara biasa. Sekadar main games, Monopoly, Scrabble untuk melegakan kebosanan. Terpulanglah sama ada nak buat onar atau tidak. Zaman baru join airline dulu pernah sekali dia menonton blue movie dengan kawan kawan. Tapi bila ada yang buat praktikal, dia terus cabut.  Astaghfirullah.
“ Okay, Abang nak mandi. Lepas tu abang turun”
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Last edited by sang_arjuna on 11-12-2012 11:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2012 12:05 PM | Show all posts
Bila Redza turun dari bilik, Nurul sedang berbual rancak dengan Izreen dan beberapa orang sepupu di depan pelamin.  Nurul jenis yang selamba, senang di bawa ke tengah ke tepi. Ramai saudara yang memuji isterinya. Peramah tapi tak galak.  Riuh suara Izreen menemuramah Nurul.

“  Abang Ja dah lama couple dengan kakak? Macam mana jumpa dia?”

“ Er.. akak pertama kali jumpa dia dalam flight 3 tahun lepas. Tapi kita tak pernah couple. Jumpa dan keluar dua tiga kali saja, bukan kenal rapat pun. “ Nurul berterus terang.

“ Wah, ini kes bercinta lepas kawin lah. So romantic! Macam Ayat Ayat Cinta gitu” kata sepupu yang bernama Syafiya sambil menggosok telapak tangan.

Ayat ayat Cinta?  Jauh panggang dari api lah dik. Ko ingat Redza itu pelajar Al Azhar yang malu depan perempuan bukan muhrim? Dan tentunya aku pun jauh beza dari Aisha yang berniqab dan kaya raya.

“ Kak, kenapa Abang Ja panggil akak Ecah, tapi Tok Nah dan Zahid panggil Yuyu? Apa kita orang nak panggil akak?” tanya Izreen, satu satu adik beradik Redza yang hadir. Kakak sulung mereka, Alia ikut suaminya ke US untuk menghadiri seminar perubatan. Lagipun  Alia selalunya berpihak pada Mama. Izreen pula geng dengan Redza dan Abah. Apapun terjadi Izreen tetap sokong tindakan abangnya. Abang Ja yang nak kahwin, biarlah dia yang  pilih calon  isterinya.  Lagipun kakak ipar aku ni memang cool. Sekepala dan boleh masuk walaupun baru jumpa . Kalau aku keluar clubbing, mesti tak ada hal nak tumpang tidur rumah dia.

“ Suka hati Izreen.  Kak Yuyu ke, Kak Ecah ke… panggil Kaka macam nama pemain bolasepak yang handsome tu pun boleh.”
Izreen tergelak. “ I panggil Kak Ecah lah. Comel gitu, macam akak.  Reen nak tanya, lepas kahwin akak nak terus jadi pramugari  ke? Abang Ja kasi ?”

“ Er.. entahlah. Kita belum discuss lagi. Tapi akak rasa nak  kerja dua tiga tahun lagi. ”

“ Yeay! Boleh Reen kirim barang kalau Kak Ecah pergi overseas.” Izreen anak bungsu yang selalu dapat apa yang di kehendaki. Perbezaan umur antara dia dan  Redza jauh. Kalau tak dapat apa yang dia nak dari Abah atau Mama, minta saja dari Abang Ja atau Kak Alia.

“ Ehemm.. ehemm” Redza berdehem. Walaupun  belum berbincang dengan Nurul tapi aku nak pakai kuasa veto. Ecah tak boleh jadi pramugari lagi. Tahulah dia budak baik, tapi lelaki bukan boleh percaya. Bini orang pun nak ngap. Lagipun siapa nak temankan aku bila dia terbang jauh sampai berhari hari. No..no..no.

“ Awak nak minum? Saya ambilkan. “ Nurul bangun.  Depan orang kena lah tunjuk gaya isteri solehah.

“ Awak? Tak manis panggil laki hang lagu tu” Seorang makcik menyampuk.

“ Ooops sorry. Can I get you anything?  Encik Redza nak minum? Coffee, tea, soft drinks?” Senyum nakal bermain di bibir Nurul, mengingatkan Redza pada pertemuan pertama mereka beberapa tahun lalu.

“ Ooo.. perli ya” Redza mencubit pinggang membuat Nurul terkejut dan  terpelangah.  Tubuhnya cepat di paut Redza. Merah muka Nurul menahan malu bila makcik makcik dan sepupu mula mengusik

“ Amboi! Macam cerita Bollywood!”
“ Ha, tu dia! Hero dah sambut!”
“ Tak sabaq nooo. Tunggu lah malam sikit”

Redza ketawa terbahak bahak bila Nurul pantas meleraikan pelukan dan bergegas ke dapur. Tak senonoh punya suami! Tahulah dah halal tapi takkan nak buat free show tengah rumah. Selamba derk saja!

Dia mengambil gelas dari rak dan kemudian mencari sirap. Ini kali pertama  masuk ke dapur rumah Makcik Fazilah. Dapurnya kosong sebab semua kakitangan majlis ada di belakang rumah untuk mengemas dan membasuh periuk belanga. Di mana mereka  letak  sirap? Sedang dia mencari , terdengar suara dari bilik kecil bersebelahan dapur.

“ Ila, hang ni saja cari pasai. Kalau perempuan tu tau apa hang dengan Amin buat, mesti dia sembelih hang idup idup.” Suara perempuan tua dengan loghat Utara yang pekat membuat Nurul memasang telinga. Itu suara ibu Makcik Fazilah, Tok Bee.

“ Mak, Ila kesian kat Redza. Niat Ila baik, nak tolong dia.  Kalau dia tak kahwin cepat, dia kena kawin dengan perempuan yang Datin pilih. Pasal tu Ila dengan Amin cepat cepat pi  pinang Nurul. “

“ Awat hang masuk campoq? Dia bukan anak hang. Mak kesian kat budak Nurul tu. Dia tak tahu hujung pangkai. Tengok tengok masuk mulut rimau”

Nurul terkedu. Siapa Makcik Fazila sebenarnya? Redza kahwin dengan aku sebab dia tak nak kahwin dengan pilihan Datin?  Datin mana pula ni ? Ooo… rupa rupanya aku di pergunakan untuk menyelamatkan diri. Tak guna punya Redza! Tekaknya rasa ketat. Patutlah Redza tak kisah bila aku minta rumah, kereta dan duit simpanan. Itu semua upah untuk aku berkahwin dengan nya. Sekarang semua nya  jelas . Ini bukan perkahwinan dalam erti kata sebenar . Okay, fine. Let the game begin.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2012 12:05 PM | Show all posts
fatehana posted on 11-12-2012 11:49 AM
dah selamat menikah yuyu dgn Ja
sian kat Mike

kaka pun kesian
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:21 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 11-12-2012 12:05 PM
kaka pun kesian

tp nasi dah jadi bubur
makanya mmg xleh nak dialter2 lagi
ana nak nanges kaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 02:49 PM | Show all posts


alamak...janganlah yuyu salah faham...  

redza mmg betul2 sayangkan dia...   





Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:19 AM | Show all posts
mengamuklah datin...redza kahwin membelakangkan dia...bertambah lagi angin kerana madunya turut terlibat dalam menguruskan perkahwinan ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 11:12 AM | Show all posts
hui... dah begin dah...
apalah si yuyu tu nak buat

x saboq ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 09:30 AM | Show all posts
hahaa.. semangat membace gak,.. hahaa... cerpen laen lom layan lagi.. kalau x alamat gini la ceritanye... gaya penulisan menarik, sempi nak bace pon best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 05:36 PM | Show all posts
Bab 13

Nurul tertegun sejenak bila pintu kondo Redza di tingkat tujuh terbuka. Betul kata Redza, tempat tinggalnya kemas dan bersih ,tak bersepah macam ofisnya. Luas dan sedap mata memandang dengan dekorasi gaya kontemporari minimalist. Kombinasi warna tidak terlalu maskulin. Ada chandelier yang sederhana dan bunga hidup dalam vas kristal di meja. Perabot ruang tamu hanya sebuah sofa dua berangkai dan dua kerusi.  Tapi TV ..mak aihh… macam skrin panggung wayang!  Hiasan dinding nya  khat Qufi  ayat 3 Qul dan dua lukisan abstrak.

“ Cantik kondo awak  ” Puji Nurul sambil menoleh pada Redza yang tengah mengangkat beg. Tentunya kondo di kawasan elit ini mencecah lebih setengah juta.  Rumah teres yang Redza beri sebagai “upah” pun berharga lebih setengah juta juga. Aku dah jadi bini orang kaya rupanya! Ini sudah bagus, boleh aku ‘razor’ si Redza tanpa rasa bersalah.

“ Thanks. Izreen yang decorate, dia kan pelajar ID. Ini projek praktikal dia”

“ Ada berapa bilik?”

“ 3 + 1. Meh, I tunjuk. “ Redza membuka pintu di sebelah kanan ruang tamu. “ Ini bilik kita. Ada attached bathroom . Closet pun besar dan cukup luas untuk pakaian Ecah. Bilik kecil di sebelah ini I convert jadi bilik bacaan dan home office. “

“ Office kat seberang jalan pun still ada home office? Ini kes super workaholic. Nampak gayanya saya jadi isteri kedua lah.”

“ Masa bujang hidup Abang sunyi. Kena isi masa dengan kerja. Sekarang dah ada Ecah , jadi Abang akan kurangkan kerja, lebihkan masa ber… ber…ehem ehem ..  dengan you” Kening nya di jungkit.

Gatal, desis hati Nurul. Padan muka semalam kena knock out terus. Dia meletakkan dua biji Novomine, ubat untuk tahan mabuk udara yang selalu di bawa ke mana mana, dalam minuman Redza. Terus tidur tak berkutik. Nak kejut bangun Subuh pun sikit punya susah. Masa naik kapalterbang untuk pulang ke KL pun masih terawang awang lagi. He ..he.. amik ko!

“ Yang di sana bilik tetamu. “ Bilik yang kecil sedikit dari bilik tidur utama  di hias dengan warna biru lembut dan putih.
Kemudian Redza membawanya ke dapur yang serba serbi bersih berkilat macam dalam iklan cecair pembersih lantai. Berdecit lantai bila di pijak. Perghh.. kalah rumah bujang aku dengan Aireen.  Di sebelah dapur ada bilik untuk pembantu rumah tapi di guna  sebagai  laundry room.

“ Bersihnya dapur. Tak pernah masak, ya”

“Abang jarang masak sebab banyak tempat makan dekat sini. Abang guna cleaning service . Ada orang datang 3 kali
seminggu untuk kemas rumah, mop lantai, basuh dan gosok baju. Don’t worry sayang, Abang tak expect isteri abang jadi pembantu rumah. Tapi kalau Ecah larat, boleh lah masak untuk Abang sekali sekala.” Redza peka dengan riak wajah Nurul yang cuak.

Yeay! Ini sudah bagus. Tak payah buat kerja rumah, hidup macam bini towkay besar. Nurul mengangkat beg dan terus menuju bilik tetamu.

“ Can I have this room?” Dia bertanya dengan muka tak bersalah.

Redza tergamam. “ Ha? Kenapa?  Kita tidur bersama dalam master bedroom lah. Semua dah cukup dalam bilik tu, katil king size, bilik air ada Jacuzzi. Ecah tak suka?”

“ Bukan macam tu. Its just that.. ermm.. hari tu awak janji kita boleh start slow. Kita berkenal kenalan selepas kahwin. Boleh saya jadi housemate awak , rumah sama bilik asing? Tapi saya tak payah bayar sewa.  “ Nurul senyum manja sambil meraih lengan Redza.

Menyesal aku berjanji. Tapi tak lama lagi housemate ini akan kena checkmate, aku pasti.
“ Okay,fine. We are housemates with legal benefits. Pintu bilik Abang tak berkunci , jadi Ecah boleh masuk bila bila masa.”

“ It’s a deal. Thanks, Encik Redza. Awak saaaannngat understanding.” Tangan Redza di jabat. Macam menteri memeterai perjanjian pulok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 05:39 PM | Show all posts
Nurul segera memunggah beg pakaian yang berisi lebih banyak pakaian kotor dari yang bersih. Tapi kita kan ada maid service di sini, jadi tak payah risau… he he.    Cutinya cuma seminggu dan dia akan terbang ke London. Apa lah cerita Elly gamaknya? Harap harap dia semakin sihat. Selesai mengemas, dia menukar blaus dan slacks hitam ke T shirt dan seluar khaki paras lutut sebelum berbaring di katil saiz queen yang empuk. Fikirannya di biarkan menerawang.  Aku kena jalankan misi mencari informasi tentang keluarga Redza dan motif sebenar dia berkahwin dengan aku.   Ada beberapa kepingan jigsaw yang masih hilang. Nak tanya bapa mertua dan mak mertua? Tentu tidak, mereka bersubahat dengan Redza.  Izreen? Walaupun dia baik dengan aku tapi tentu dia berpihak pada abang kandung sendiri. Dahinya berkerut mencari jawapan.  Mike? Sebagai kawan rapat, tentu Redza banyak berkongsi rahsia. Yes, Mike orang yang tepat. Aku kena jumpa dia.

Nurul ke dapur untuk melegakan tekak yang haus. Air mineral di tuang ke dalam gelas. Peti ais Redza cuma di isi dengan jus, sos cili dan tomato, telur, mentega dan keju. Dalam kabinet ada Maggi kari, sup Campbell, Nescafe dan gula. Biasalah, lelaki bujang. Tapi syukur  tak jumpa botol air kencing syaitooon atau lain lain benda haram.

Tiba tiba bahunya di rangkul dari belakang. “ Oh mak kau mabuk!” Nurul melatah

Redza ketawa. Lawak lah si Ecah. “ Mengelamun, ya? Jom kita pergi jalan jalan sekeliling kondo.  Memerap dalam rumah pun bosan.“  Bosan ya amat sebab bini aku jual mahal. Kalau boleh memadu asmara, sumpah aku tak keluar rumah. Tak mengapa, sabar itu separuh dari iman.

“ Ini kunci rumah dan access card untuk Ecah. Kereta Ecah kena letak di basement 2 , nanti abang tunjuk. Besok  kereta baru sampai. Kalau Ecah nak pergi mana mana hari ini, biar abang hantar”
Walauwei, apa kereta yang Redza belikan? Ada harapan dapat BMW atau Merc ? Huhu… sementara jodoh masih ada, akan aku kikis harta nya.

Redza membawanya keliling Dutamas Regency.  Ada gym,sauna dan gelanggang skuasy di tingkat 2. Di tingkat 1, ada sebuah restoran dan dewan kecil. Kalau tinggal di sini, tak payah keluar ke bandar pun tak mengapa. Semua ada. Nak membeli belah boleh pergi shopping centre yang cuma sepelaung dari sini. Di tingkat paling bawah terletak kolam mandi separuh saiz Olimpik. Ada  dua gazebo untuk bersantai dan pit barbeku. Senang kalau nak buat gathering.

“ Abang nak swim. Dah lama tak exercise. Join me?” T shirt di tanggalkan dan di lontar atas kerusi malas.

“ Tak bawa swimsuit. Di sini tak boleh berenang pakai seluar dan T shirt kan? “

"A’ah, jangan nak buat stail mandi sungai . Swimming pool pun ada dress code. Kalau cik housemate nak berenang jangan lupa beli bikini ya“  
Gebushhhh! Redza terjun dan berenang kuak lentang ke hujung kolam yang kosong. Nurul melipat kaki seluar dan duduk di tebing kolam sambil mencelup kaki. Aah… bestnya. Air sejuk, matahari cerah tapi tidak panas. Tak sabar nak balik Bukit Jalil  ambil baju mandi. Dia leka memandang keletah dua budak kecil yang bermain di kolam kanak kanak berteman pengasuh.  

“ Arghhh! “ jerit Nurul bila kakinya di peluk dari bawah. Bahu Redza di tampar bila lelaki itu timbul.

“ Nak saya mati terkejut? Saya tak ada harta nak wasiatkan kat awak lah”

“ Kuat mengelamun lagi. Kalau Abang tenggelam tadi pun Ecah tak perasan kan?” Redza keluar dan duduk di sebelah Nurul. Mata Nurul tertancap pada parut panjang  di dada Redza. Dia pernah kena tikam ke? Laki aku ahli geng kongsi gelap ke? Patut pun kaya semacam. Imaginasi Nurul meliar.

“ Kenapa pandang tak berkelip sampai macam tu? Abang tahu lah abang sexy. Sekarang dah ubah fikiran? Nak tidur sebilik?” usik Redza
Pappp! Jari Nurul hinggap di peha Redza.  “  Macam mana awak dapat parut tu? Kacau anak dara orang ekk?”

“Kalau nak dengar cerita, masak maggi untuk abang. Lapar lah.” Tangan Nurul di tarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 05:43 PM | Show all posts
Dua mangkuk putih Ikea  berisi maggi mee kari campur telur yang masih berasap di hidang, siap dengan pelapik meja, napkin yang di lipat tiga segi , gelas air atas coaster , sudu dan garfu. Semua di atur macam hidangan di restoran mewah.
Inilah sentuhan seorang pramugari. Makan maggi mee pun kena hidang ikut etika. Redza menghembus mee yang berasap. Doa makan di baca sebelum maggi di suap ke mulut.

“ Hmm… sedap! Best Maggi I ever tasted. Letak apa dalam ni?”

“ Minyak senyonyong” jawab Nurul dengan muka tak beriak.

“ Tak ada effect. Abang memang dah mabuk cinta dengan Ecah.” Tenungan Redza yang redup membuat pipi Nurul rasa panas.

“ Cepatlah. Bila nak cerita ni?”

“ Ingat tak dulu masa Abang bawa Ecah ke party di rumah David ? Lepas kita menari, Ecah hilang. Jenuh abang cari Ecah tapi tak jumpa. Abang risau  jadi abang ingat nak pergi rumah Ecah. Tengok tengok cermin kereta abang pecah. Nak drive balik dah tak boleh.  Bengang betul abang masa tu.” Redza berhenti sejenak untuk menyuap maggi. Nurul mula rasa tak senang duduk. Kalau dia tahu aku yang pecahkan cermin kereta , mampus lah!

“ Abang terpaksa tumpang Yuni dan boyfriend dia Mark. To cut the story short, they were pissed drunk and we had a bad accident. Tiga hari kemudian abang sedar dari koma. Yuni dan Mark sudah meninggal. Kecederaan abang parah. Doktor pun bagi peluang 50-50 saja untuk hidup. Tapi Allah masih sayangkan Abang. Alhandulillah , lepas sebulan di hospital abang sembuh. Parut di dada abang saja yang masih tinggal.  Eh, kenapa ni?” Pipi Nurul di sentuh

Airmata Nurul tidak mampu di bendung. Ya ampun, aku penyebab kemalangan Redza. Berdosanya aku! Dan Yuni yang menasihati aku untuk menjauhi Redza sudah jadi arwah.

“ Sayang juga Ecah kat abang ya” Hujung bibir Redza bergerak menahan senyum.

“ Saya sedih sebab malam itu saya berbual dengan Yuni. “ Mata di kesat dengan napkin. Dia masih ingat kata kata Yuni. Qada dan qadar Tuhan kita tak boleh pertikai,  sekarang aku jadi isteri si pakai buang. Haru!

“ Sudah sampai ajal dia. Ada hikmah di sebalik kemalangan itu. Abang terus bertaubat dari minum arak. Abang tidak lagi bergaul bebas dan berparti sakan macam dulu. Nak kata abang terus berubah 360 darjah  jadi alim, bohonglah.  But I’m trying my best. Abang tahu Ecah berhak mendapat suami yang lebih baik tapi….”

“ Dah jodoh, saya terima seadanya. Saya pun bukan Ustazah Pilihan” pintas Nurul lalu bangun untuk mengemas meja. Lagi panjang cerita Redza, lagi lemah pendirian aku. Belum sempat dia mencapai mangkuk Redza, tangannya di genggam erat.

“ Malam itu abang ada niat tak baik. I wanted to sleep with you. Abang berdosa.  Tuhan bayar cash jam itu juga. Ecah, ampun kan abang?”

“Ya. Tak ada hal. Manusia semua melakukan kesilapan.Tapi sebab itu kah awak kawin dengan saya? Sebab nak tebus dosa? Atau sebab hajat awak tak tercapai malam itu” Sarkastik .

“ Sumpah tak. Abang ikhlas nak kahwin dengan Ecah. Masa abang keluar hospital, Ecah dah pindah dan abang tak dapat contact phone number Ecah.  Seksanya!  Abang selalu berdoa, and here we are together as husband and wife. Alhamdulillah. ”

Bila Redza mengucup dahi Nurul, lututnya lembik. Hati nya berbunga bunga. Tapi tak boleh kasi chan, tetap tidur bilik asing.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 09:42 PM | Show all posts
Bestnya citer akak juna, tak nak terbitkan buku ke kak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2012 09:43 PM | Show all posts
Akak, n3 tak cukuplah kak, letaklah byk2 kak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 01:46 PM | Show all posts
sambung lg taw...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 10:11 AM | Show all posts
sbg lagi smiley....tak blh tahan dgn ayat selamba smiley ketawa sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:35 PM | Show all posts
wah semakin menarik!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.074682 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list