CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 19-2-2013 01:23 PM | Show all posts
hanya adam yg panggil delia tu azreen... dan dzariff pon panggil azreen gak.. apa kaitan adam dgn dzariff.. iskk kalo laa dpt ku korek idea sang penulis ini.. tak saba nak tau perkaitan diorg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2013 03:38 PM | Show all posts
yamapi posted on 19-2-2013 01:23 PM
hanya adam yg panggil delia tu azreen... dan dzariff pon panggil azreen gak.. apa kaitan adam dgn dz ...

apa kaitan adam n Dzariff
tunggu......
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 04:33 PM | Show all posts
Mana n3 utk arini TJ? Jgn lupa sambung pjg2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 05:13 PM | Show all posts
bukulali posted on 19-2-2013 04:33 PM
Mana n3 utk arini TJ? Jgn lupa sambung pjg2

Baru sempat taip sikit je. xyah post dulu la ek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 05:41 PM | Show all posts
TJ2 posted on 19-2-2013 01:13 PM
Baru sempat taip sikit je. xyah post dulu la ek...

Jgn post lg bila dah pjgggggg bru post ... Thks TJ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 05:44 PM | Show all posts
bukulali posted on 19-2-2013 05:41 PM
Jgn post lg bila dah pjgggggg bru post ... Thks TJ

k laling...esok i post
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2013 06:32 PM | Show all posts
TJ2 posted on 19-2-2013 01:44 PM
k laling...esok i post

Ok laling, esok u post pjg2 ya, dah rindu sgttttttt2 kat ameer n Delia ni ... Thks laling
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
X de smbungn lg ekkkk..xpe tj amik ms byk2 bru byk idea mcurah..dok gitu tj...muahhhhhhh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 11:09 PM | Show all posts
Takde n3 bru ka arini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:09 AM | Show all posts
Bab16


            Penat berteleku di meja, Delia akhirnya bersandar dikerusi. Dari mula masuk ke pejabat sehingga sekarang satu kerja pun tidak disentuhnya. Paling kuat pun cuma menyemak semula sebut harga baru untuk pembekal. Itu pun dah dua kali Ameer suruh dia 'amend’. Ada je benda yang tak kena kat mata mamat tu! Nak perfect sangat buat sendiri la!

            Delia mengeluh perlahan. Entah kenapa perasaannya seolah berbolak balik. Rasa seolah dia memang tidak patut untuk mengahwini Ameer. Kalau dia nak tarik diri, boleh tak ek?

            Hempasan kuat di meja nyaris-nyaris buatkan Delia melompat. Ameer tegak di depan meja dengan wajah menyinga. Delia telan liur sebelum renung laporan sebut harga yang dihantarnya sejam lalu. Alahai…ada silap lagi ke?

            “You ni reti ke tak buat kerja?”

            “Kenapa?”

            Delia buat muka pelik. Agak kurang faham dengan soalan Ameer tadi. Hani di meja sebelah di jeling seketika. Gadis berusia 28 tahun itu kelihatan sibuk menekan-nekan keyboard. Eleh! Pura-pura sibuk la tu!

            “Kenapa banyak sangat typo dalam report ni? You tak check atau you memang tak reti mengeja?”

            Laporan yang dihempas tadi diselak-selak. Delia diam tidak bersuara. Ameer mendengus kasar. Dah la kepalanya serabut dengan macam-macam masalah syarikat. Delia pula boleh bagi report yang seperti ditaip oleh budak tadika. Memang buat darahnya mencanak naik!

            “Sorry. Saya betulkan sekarang, En. Ameer.”

            “Make sure zero mistake this time. Kalau tak, better you balik!”

Last edited by TJ2 on 20-2-2013 11:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:13 AM | Show all posts


            Kata lelaki tu serius sebelum berlalu. Tanpa sedar Delia mencebik. Karang aku balik betul-betul tau la! Fail di atas meja diselak perlahan-lahan. Berpinar biji matanya melihat ayat-ayat yang ditulis oleh Ameer dengan pen merah.

            “Wei! Apa kena singa jantan kau tu?”

            Soalan Hani mengundang senyuman di bibir Delia. Suka hati je kata Ameer singa jantan dia!

            “Period kot.” Delia dan Hani saling tertawa. “And correction…dia bukan singa jantan aku ek!”

            “Bukan ek?”

            “Bukan la!”

            Delia jelir lidah sebelum kembali memandang monitor komputernya. Lincah jari-jarinya menekan huruf-huruf yang ada di keyboard. Naik bosan rasanya bila asyik buat benda yang sama berulang kali. Tapi kali ini memang dia yang silap. Dia yang terlalu leka melayan rasa sehingga lupa untukmeneliti laporan itu sebelum dihantar ke meja Ameer.

            Semua ni pasal Dzariff! Lelaki itu yang buatkan jiwanya kucar-kacir. Jadikan jiwanya kacau. Malah sehingga kini wajah kusut lelaki itu masih terbayang-bayang di ruang matanya.

            “Hani, kau ada nampak En. Dzariff tak pagi ni?”

            Hani yang sedang menulis angkat muka dan pandang Delia di sebelah. Gadis itu tampak berkerut.

            “Wei…kau mimpi apa ni? Kan En. Dzariff ada kat Sydney nun. Balik sini bila benda kat sana settle!”

            “Tapi pagi tadi…”

            Delia tak jadi sudah kan kata-kata bila Ameer tiba-tiba lalu dan menghadiahkan jelingan tajam. Entah apa masalah mamat ni? Pagi-pagi dah moody! Akram rugi juta-juta ke?

            “Apalah masalah si singa tu kan? Dari tadi asyik menyumpah seranah orang!” Omel Hani bila kelibat Ameer hilang. Delia angkat bahu kerana dia memang tidak tahu.

            “Kau macam tak biasa dengan perangai dia.”

            Laporan yang sudah siap dicetak dan disemak berulang kali. Mencari jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat. Delia sebenarnya malas untuk menadah telinga mendengar makian Ameer lagi. Buat sakit hati je!

            “Dell…antara si singa dengan En. Dzariff, siapa lagi ‘hot’?”

Last edited by TJ2 on 20-2-2013 11:16 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:17 AM | Show all posts
              Soalan budak tak habis sekolah dari Hani buatkan Delia terlopong. Sekali pun dia tidak pernah terfikir sampai ke situ. Apatah lagi membandingkan kedua lelaki yang bersepupu itu.

            “Apa punya soalan ni?” Tanya Delia.

            “Ala Dell…sekali sekala.”

            “Mengong punya soalan!”

            Hani yang ketawa terbahak-bahak bangun dan bertenggek disisi meja Delia. Di tangannya ada sebalang kerepek pisang. Delia geleng tanda tidak mahu bila Hani hulurkan balang itu.

            “Beb…si singa tu handsome gila tapi perangai dia, kau faham-faham je lah. Sekali kena jerkah, memang cair taik telinga!” Hani berhenti bercakap dan kunyah kerepek pisang. “En. Dzariff…pun handsome. Pendiam dan macam misteri sikit la. Tapi takdelah perangai macam singa yang suka mengamuk tak tentu pasal tu. Boleh hidup lama sikit kalau kau kahwin dengan dia dari kau kahwin dengan si singa tu!”

            Belakang Hani ditepuk kuat. Suka hati dia ni je nak kahwinkan aku dengan sesiapa! Delia tunjuk penumbuk di depan muka Hani yang tersengih-sengih.

            “Kau ni…bercakap tak tengok kiri kanan. Karang ada pulak gossip liar kat Akram. Aku juga jadi mangsa! Dah la aku ni janda. Nanti aku pula yang dituduh goda bos-bos!”

            “Yela…yela…”

            “Takkan kau nak aku kena serang dengan awek-awek dorang?Kau tak sayang aku ke? Cukuplah dulu isteri En. Razak serang aku!”

            Peristiwa hampir dua tahun lalu kembali bermain di minda. Isteri En. Razak menyerangnya sewaktu majlis makan malam tahunan Akram Holding. Mujur ada ramai orang yang membantu di waktu itu.

            Malu tak usah cerita. Semua memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk difahami. Padahal Delia tidak ada apa-apa dengan En. Razak. Bercakap pun boleh dikira dengan jari. Cuma pernah sekali En. Razak membantunya menuka rtayar kereta yang pancit. Entah macamana boleh ada gossip tentang dia dan En.Razak.

            “Benda dah lama tu. Kau jangan ingat lagi la. Kan semua tu salah faham je. Lagi pun En. Razak dah lama takde kat Akram ni.”

            “Memang dah lama. Tapi masih berbekas kat hati…”

Last edited by TJ2 on 20-2-2013 11:19 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:20 AM | Show all posts
           Berbulan lamanya baru kisah itu dilupakan. Berbulan lamanya juga Delia terpaksa menebalkan muka berhadapan dengan orang-orang Akram. Kalau ikut hati, memang dia nak letakjawatan 24 jam. Tapi, nanti nampak macam dia memang salah.

            “Relax la beb. Aku kan nak tau sapa lagi ‘hot’ je.”

            “Entah. Aku tak pernah bandingkan dorang. Yang pasti dorang masing-masing ada kelebihan sendiri.”

            Delia jawab pantas. Malas nak fikir banyak-banyak. Bukan penting pun. Tak masuk exam. Lagipun padanya, Dzariff atau Ameer…masing-masing kacak dengan gaya dan aura tersendiri.

            “Ala beb…tak sporting la.” Hani memuncung.

            “Camni la beb…aku tengah buat kerja untuk si singa. Kau pun tau kan mood dia macamana hari ni. So, Aku tak boleh silap.” Delia hela nafas. “Bila aku free nanti, aku fikir ek sapa lagi hot antara diorang.”

            Hani berlalu dengan bibir yang sengaja dicebikkan. Konon-konon merajuk! Delia geleng kepala dan kembali tunduk untuk membaca satu persatu ayat yang tertera di kertas A4 yang berkajang-kajang itu…



****************************
            
            “Dell…tunggu I!”

            “Buat apa nak tunggu?”

            Tanya Delia dengan dahi berkerut. Hani di hujung sana juga sudah buat muka pelik. Apa tidaknya, Ameer muncul secara tiba-tiba dan beri arahan supaya menunggunya.

            “Jangan banyak tanya boleh tak?”

            “Mana boleh. I kena tau kenapa mesti tunggu you. Dah la I banyak benda nak buat lepas ni.”

            Ameer yang tadi melangkah laju ke biliknya berpusing tidak semena-mena. Dengan wajah serius lelaki itu menghampiri meja Delia yang sudah berkemas rapi. Tanpa disangka-sangka beg tangan Delia yang terletak diatas meja dicapai oleh lelaki itu.

Last edited by TJ2 on 20-2-2013 11:22 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:24 AM | Show all posts
         
           You ni banyak soal la.Tunggu I diam-diam kat sini.” Ameer berlalu dengan mengepit beg tangan Delia. “Anak-anak, I dah suruh Pak Latif ambil.”


            Mahu tak mahu Delia terpaksa menunggu. Takkan nak balik tanpa beg tangannya yang mengandungi pelbagai khazanah penting. Semuanya dalam beg itu. Dompet, kunci, handphone dan macam-macam barang lain.

            “Beb…apahal singa tu suruh kau tunggu dia? Gaya lain macam je. Siap ambik handbag kau lagi.”

            “Mana aku nak tau. Kau pun dengar aku tanya dia tadikan?”

            Si Hani kepochi sempat menyinggah di meja Delia sebelum berlalu. Namun gadis itu terpaksa berlalu bila tunang tersayang menggamit untuk pulang. Delia urut dada lega bila lihat Hani melangkah pergi. Tak payah dia nak mereka-reka cerita.

            Lima belas minit berlalu, Ameer masih tidak kelihatan. Delia sudah mulai terkuap-kuap. Kecil-kecil matanya menahan kantuk. Akhirnya, Delia letak kepala di atas meja. Dah mengantuk tahap gaban ni!

            “Dell…jom balik.”

            Delia bangun tiba-tiba. Tampak seperti terpinga-pinga.Ameer kulum senyum. Rasa macam comel pula gelagat Delia ketika ini.

            “Ok tak ni?” Tanya Ameer.

            “Ok…ok…” Jawab Delia sambil gesel mata yang terasa kelat. Entah bila dia terlelap pun dia tak pasti.

            “Jom la gerak.”

            Langkah Ameer yang dua kali ganda panjang buatkan Delia terkejar-kejar. Delia kerut dahi melihat beg tangannya yang tersangkut di bahu Ameer. Lelaki itu tampak selamba bila berselisihan dengan staff-staff Akram yang masing-masing sedang melangkah pulang.

            “You…” Ameer menoleh. Delia telan liur sebelum menyambung kata-kata. “Tak nak bagi I handbag tu ke?”

            “Takpe. I bawak.”

            Kepala yang tak gatal digaru. Pelik-pelik je perangai Ameer ni! Pagi macam meroyan. Petang pula sawan. Tu yang baik tak terkata!

Last edited by TJ2 on 20-2-2013 11:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:28 AM | Show all posts
         
             Melihat ramai staff Akram di lobi, memaksa Delia memperlahankan langkah. Terasa segan bila dilihat beriringan dengan Ameer yang memang cukup terkenal di Akram. Terkenal kerana tampan dan bijak juga garang macam singa. Tapi bab kerja, Ameer memang tip top. Aras pemikirannya selalu melangkaui orang lain. Kalau orang lain berfikir untuk setahun, Ameer sudah pun berfikir untuk lima tahun akan datang.


            “Makcik…you ni berjalan ke merangkak? Terkial-kial.”

            Delia tersentap. Suka hati dia je nak panggil aku makcik! Entah bila aku kahwin dengan pakcik dia! Delia buat muka masam dan terus berjalan melintasi Ameer yang tegak di hadapan pintu kaca lobi.

            Tangan Delia diraih lembut. Perempuan muda yang manis berbaju kurung moden hijau putih itu nyata terkejut dengan tindakan spontan Ameer. Ameer senyum.

            “Tunggu sini. I ambil kereta.”

            “Kena tunggu kat sini ke?” Delia bertanya lurus. Rasa tergamam masih menguasai hatinya. Dia benar-benar terperanjat bila Ameer memegang tangannya.

            “Ye la. Takkan nak suruh you tunggu kat Uganda pula.” Kata Ameer sambil menepuk-nepuk tangan Delia yang ada digenggamannya. “Tunggu tau. Jangan pergi mana-mana and please behave.”

            Lelaki itu berlalu meninggalkan Delia yang berkerut-kerut. Pesan macam aku ni budak kecil lima tahun! Nak suruh ‘behave’ bagai! Ingat aku ni tak reti jaga diri ke? Delia membebel sendiri di dalam hati.

            Bila Mini Cooper S 1.6 berwarna putih berhenti dihadapan, Delia secara automatic memandang sekeliling. Jelas kelihatan beberapa orang staff Akram sedang memandangnya sambil berbisik. Sahih! Tengah mengumpat la tu!

            Hon berbunyi nyaring. Delia sendiri hampir terlompat. Dalam rasa serba salah, Delia terpaksa juga membuka pintu kereta. Ameer sedang memandangnya tanpa senyuman.

            “Cepat la. Nak redah ‘jammed’ lagi ni.”

            Tanpa suara Delia terus tarik ‘seatbelt’. Delia jeling lelaki di sisinya yang seolah-olah tidak berperasaan itu. Nampak seperti tidak kisah dengan pandangan sesiapa pun.

            “You tak rasa segan ke staff Akram nampak kita?”

            “Kenapa nak segan?” Ameer bertanya kembali. Matanya liar memerhati kereta-kereta yang sedang laju melalui Jalan Ampang. Nak mencelah pun payah! Rungutnya dalam hati.

            “I kan setiausaha cabuk je. Janda pulak tu…”

            “Tapi you pun manusia kan?”

Last edited by TJ2 on 20-2-2013 02:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:31 AM | Show all posts
           
               "Memang la manusia tapi…”

            “So takde sebab untuk I segan. You dah cukup sempurna untuk I. I tak pernah mintak Delia Azreen yang kurang atau lebih dari apa yang ada!”

            Seraya itu Delia berpaling dan merenung Ameer yang sedang memandu. Macam tak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi.

            “Boleh caya ke?”

            Ameer senyum sekilas. Dia tahu apa yang Delia fikirkan.Jika dia di tempat Delia, mungkin dia juga akan berfikir begitu.

            “Belajar untuk kenali I.” Ameer tarik nafas dan hela perlahan. “I tak nak you kahwin dengan I semata-mata sebab I tolong you dapatkan balik rumah ayah you. I nak kahwin sekali saja dalam hidup I, Dell. So, I nak you rasa setiap apa yang I rasa.”

            Delia tunduk menggenggam jari sendiri bila Ameer merenungnya. Mujur tengah berhenti dekat trafiic light. Kalau tak, mau dah cium bontot kereta depan! Air liur ditelan berkali-kali untuk melawan debaran yang menggila. Rasa seram pula berdua-duaan begini dengan Ameer.

            Tapi, Delia akui ada benarnya kata-kata Ameer. Dia sendiri, jika boleh memang mahu berkahwin sekali sahaja seumur hidup. Biar kekal hingga ke akhir hayat. Namun, apa boleh buat. Perkahwinan pertamanya gagal tanpa diketahui sebab musabab. Adam pula hilang tanpa berita.

           Jadi, dia sendiri berharap perkahwinan kali ini memang sampai ke hujung nyawa. Dia mahu menghabiskan hari tua bersama lelaki yang dicintai dan keluarga yang bahagia. Biarpun kala ini hatinya memang tidak pernah membisikkan nama Ameer tapi seperti yang pernah dia beritahu pada Dzariff, dia akan belajar untuk menerima Ameer seadanya.

           Mana tahu, kalau-kalau Ameer adalah pemilik tulang rusuk yang ditakdirkan untuk melindunginya seumur hidup. Siapa tahu…



Last edited by TJ2 on 20-2-2013 02:38 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 11:44 AM | Show all posts
Hu hu hu jenuh merempit dr page 1 - 6.....
TJ2 awak memang berbakat........teruskan menulis......
kalau rajin hantar pada mana2 publisher untuk dinilaikan......
cerita awak lebih baik dari setengah novel dari penulis baru yg saya baca.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 11:56 AM | Show all posts
best2...nk lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:56 AM | Show all posts
qimi08 posted on 20-2-2013 11:44 AM
Hu hu hu jenuh merempit dr page 1 - 6.....
TJ2 awak memang berbakat........teruskan menulis......{: ...

tq...terharu saya baca...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 01:21 PM | Show all posts
aduhaii serba salah lak aku ni.. aku nak delia dgn adam semula.. tapi suka gak delia dgn dzariff dgn ameer... pastu camneeeee... alaa sapa nak jadi hero di hati ini... alaaaaa pening2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.097388 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list