Pagi ini Auna Aulia rasa tenang.Setelah apa yang terjadi semalam dia merasakan hari ini dia bagai terlepas dari gelungan bebanan. Bebas. Hanya dia perlu berhadapan dengan insan bernama Khaleel Zachry memohon maaf. Dia bercuti hari ini. Mama minta begitu pagi tadi setelah subuh. Ada benda yang ingin dibincang. Nampaknya semua orang bercuti.
Setalah sarapan mama dan abahmemanggil mereka keruang tamu. Katanya ada hal yang nak dibincangkan.
“Apa yang mama dengan abah nak cakap” Tanya Auna Aulia duduk di tengah-tengah antara abang-abangnya. “Semua orang bercuti macam ada hal penting jerk”
Encik Aizar menarik nafas dalam. Mengerah otak untukmencari ayat yang terbaik untuk menyampaikan berita ini kepada Auna Aulia.Berdoa semoga anak ini menerima apa yang akan mereka katakan.
“Sebenarnya begini. Semalam ada orang datang meminang Yaya. Dari keluarga yang baik-baik. Meminta kepada kami anak gadis kami. Abah tak sangka keluarga yang abah kagumi akan datang meminang bunga yang ada dalam jagaan abah ni.” Jelas Encik Aizar lagi.
Auna Aulia berdebar-debar. Adakah abahnya maksudkan dirinya. Adakah dia yang dipinang. “Apa maksud abah? Yaya takfaham” kata Auna Aulia ingin kepastian.
Puan Mardiah merenung Auna Aulia dalam. Satu-satunya anak gadisnya. Tiada yang lain. Kini bakal disunting oleh orang lain. Terlalu cepat masa berlalu. “Sebenarnya keluarga itu meminang Yaya untuk anak lelaki mereka.”
Arrrghh sudah. Auna Auliaterdiam. Dia telah dipinang. Oleh siapa adakah dia kenal. Dia termenung.
“Kami tidak memaksa Yaya, yaya berhak menentukan siapa yang terbaik untuk menjaga Yaya, walau siapa pun yangYaya pilih kami cuma berharap dia mampu menjaga Yaya seperti kami menjaga kamu.Mama, abah tak ada anak perempuan lain dan abang-abang kamu tak ada adik perempuan lain hanya kamu permata kami, jantung hati kami. Jadi kebahagian kamu adalah keutamaan kami..” kata Puan Mardiah.
“Kami tidak memilih yang sama ada kaya atau miskin pangkat dan kedudukan. Cukuplah bagi kami kalau dia mampu menjaga kamu, mengasihi kamu, melindungi kamu seperti mana kami mengasihi kamu.” Kata abah sebak.
Aazad Aakif dan Aazad Aamir hanya mendiamkan diri. Biarlah mama dan abahnya yang bercakap. Mereka akan bercak apbila perlu sahaja. Ruang tamu diselubungi suasana sunyi dan hiba.
“macam mana pulak Abang Aakif dan Abang Aamir, setuju ke denganpilihan mama dengan abah. Kena ke dengan kateria abang?” Tanya Auna Aulia
Aazad Aakif memandang Aazad Aamir sebelum menjawab “Kalau nak ikutkan tapisan SIRIM dan ISO semua, kami pasti dia memang yang terbaik. Tak ada keraguan lagi. Dari keluarga yang baik yang kaya dengan kasih sayang. Abang percaya dia mampu menjaga adik abang ni. Tak terkejut lah kalau dia sayang adik lebih dari kami. Tapi itulah yang kami harapkan.Kami tak ada adik perempuan lain lagi selain Yaya. Sakit Yaya maka sakitlah kami, gembira Yaya ertinya gembiralah kami.” terang Aazad Aakif.
“Abang Aamir macam mana pulak?”Auna Aulia bertanya akan pendapat abangnya lagi satu.
Aazad Aamir menghebuskan nafas halus. Tangannya menggosok tengkuk. Berfikir sebelum menjawab. Dia perlu berhati-hati dengan jawapan yangakan diberi. Riak Auna tidak berubah. Macam tak ada perasaan pun iya jugak. Itu yang dia risau. “Macam abang Aakif cakap tadi, dia pilihan terbaik kami. Kami hanya mahukan yang terbaik untuk Yaya. Jadi hanya yang terbaik saja lah yang dapat melepasi bodyguard yaya ni..” Aazad Aamir cuba berlawak. Auna Aulia masih macam tu jugak. Tak ada rasa.
“Mama macam mana? Mama setujuke?” Auna Aulia bertanya lagi. Dingin. Beku.
Dia perlu mendapatkan jawapan dari keluarganya. Dia bersyukur kerana ditakdirkan lahir sebagai anak mama dan abah,adik kepada abangnya yang berdua itu. Sedari kecil telah didik oleh abah dan mama supaya mementingkan keluarga. Mendahulukan keluarga. Andai dia ditakdirkan mati dan hidup semula dia hanya ingin meminta untuk tetap berada didalam keluarga ini.
Puan Mardiah memandang suaminya sebelum menjawab. Setelah melihat anggukan kepala suaminya baru dia bersuara.“mulanya mama terkejut dengan kedatangan mereka tapi setelah diterangkan hasrathati mereka mama jadi tertarik dengan tertib keluarga itu. Mama juga yakin pilihan kami tidak salah, mama setuju dengan pilihan ini, cuma kami tetap mendahulukan kebahagian Yaya dan persetujuan Yaya kami utamakan. Restu mama tetap ada disetiap langkah yang Yaya buat.” terang mama.
“Macam mana pulak dengan abah?Abah setuju ke dengan lelaki tu?”
Encik Aazad menadang tepat anaknya gadisnya. Tak sangka anak gadisnya sudah dewasa dan sudah pandai menarik sang kumbang. Pada pandangan matanya yaya masih anak kecilnya sahaja. “Abah tiada halangan dengan yang ini. Seperti yang abah cakap dari awal tadi kebahagian Yaya adalah keutamaan kami. Abah merestuinya.”
“Ini cincin tanda dan bertunang.”Puan Mardiah menunjukkan cincin emas putih bermata satu.
Sangat cantik cincinitu.
“Jika yaya bersetuju mereka ingin melangsungkan majlis akad nikah dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Mereka tidak mahu berlama-lama. Biarlah akad yang menghalalkan segala. majlis yang lain-lain tu akan di buat selepas itu nanti” terang Puan Mardiah.
Auna Aulia termenung. Bunga dari percakapan keluarganya mereka seperti sudah bersetuju dengan pinangan ini. Tapi tetap ingin mendengar pendapatnya. Wajah ahli keluarganya ditatap satu persatu.Apakah yang dia nantikan. Bukankah dia pernah berkata dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yang berani berhadapan dengan abah dan abang-abangnya. Yang berani meminta restu keluarganya. Berani meminta dirinya dari wali-walinya. Lelaki pilihan keluarganya adalah lelaki pilihannya juga. Auna Aulia termenung.
Suasana sana diruang tamu rumah tiga tingkat itu begitu sunyi. Hanya kedengaran bunyi aircond. Kalau jarum jatuh pun boleh dengar. Auna Aulia menapak dan duduk bersimpuh dihadapan mama dan abahnya. Tangan mereka dia raih. Di kucup lama. Setitik air mata jatuh ditangan tua itu. Kepalanya direbahkan di peha mama. Bersediakah dia untukpergi dari lindungan keluarga kecilnya ini. Bila terlafaznya akad maka terlepas sudah tugas wali-walinya. Dia adalah tanggungjawab suaminya. Bersediakan dia.
Auna Aulia menarik nafas dalam.Memenuhi setiap ruang didalam paru-parunya kerana keputusan yang akan diberikan sebentar lagi akan memberikesan kepada semua. “Abah, mama, abang Aakif, abang Aamir andai ini dirasakan jodoh yang terbaik untuk Yaya, Yaya terima peminang ini dengan rasa rendah hati. Jangan dirisau tentang Yaya kerana Yaya yakin dengan pilihan semua.Cukuplah doa dan restu dari semua. Hanya wali Yaya saja yang berhak keatas diri Yaya menentukan siapa dia jodoh terbaik Yaya. Yaya yakin dengan pilih ini. Terima kasih kerana tidak mengenepikan Yaya. Masih bertanya akan pendapat Yaya .Walaupun abah dan mama boleh membuat keputusan bagi pihak Yaya. Yaya terimadengan redha aturan jodoh ini” Auna Aulia memberikan keputusan. Semuamelepaskan nafas lega.
Auna Aulia dipeluk Puan Mardiahdan Encik Aizar. Masing-masing tersenyum senang. Terdengar bunyi sendu di bibir masing-masing. Jauh dari apa yang mereka sangkakan. Mereka sangka Auna Auliaakan menolak tak sangka pulak sebaliknya. Puan Mardiah menyarungkan cincin pemberian keluarga pihak lelaki.
*****************************
sekian untuk hari ni bleh.. enjoy..
Last edited by mrsT on 3-7-2013 03:53 PM
|