CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adabintang

[KUIZ] TeKa FlOrAFaUnA +KrEdiT

[Copy link]
Post time 10-7-2013 12:38 PM | Show all posts
soalan 11

~tempat akarnya bertumbuh sedikit pelik
~ banyak khasiat
apakah tumbuhan yg dimaksudkan?
(jawapan mesti disertakan gambar dan sedikit info)


akar patawali
Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar.Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu.Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas.Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.
kegunaan:                                
untuk perubatan, batannya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat.Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).Malah diFilipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental.Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut).Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2013 10:08 AM | Show all posts
tari posted on 10-7-2013 12:38 PM
soalan 11

~tempat akarnya bertumbuh sedikit pelik

bukan.. yg ni akar dari daun

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 11:02 AM | Show all posts
soalan 11

~tempat akarnya bertumbuh sedikit pelik
~ banyak khasiat
apakah tumbuhan yg dimaksudkan?
(jawapan mesti disertakan gambar dan sedikit info)


pokok setawar

Nama Botani : Kalanchoe pinnata (Lam.) Pers.
Famili : Crassulaceae

Pokok setawar merupakan tumbuhan renek yang biasa dijumpai ditanam sebagai pokok hiasan. Mengikut kajian, daun setawar mengandungi saponin, flavonoid dan tanin. Setawar membiak melalui tiga kaedah iaitu anak yang bercambah melalui bahagian tepi daun yang matang, biji benih dan keratan batang. Pokok setawar sangat lasak dalam keadaan cuaca kering kerana daunnya mengandungi banyak air.

Daun setawar boleh digunakan untuk meredakan kepanasan badan akibat demam panas. Daunnya diramas di dalam air, gunakan air tersebut untuk membasahkan kepala. Setawar juga  mempunyai ciri anti bakteria. Ia boleh digunakan untuk mengelak dan mencegah keradangan kulit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 11:05 AM | Show all posts
adabintang posted on 10-7-2013 12:17 PM
~akarnye tumbuh bukan dari tempat biase

hehe... teringat masa sekolah, letak daun dlm buku, nanti keluar akar.
lupa nama daun tu, ni percubaan ke 3


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 11:58 AM | Show all posts
tari posted on 11-7-2013 11:05 AM
hehe... teringat masa sekolah, letak daun dlm buku, nanti keluar akar.
lupa nama daun tu, ni p ...

yeahh.. itu lah yg dicari

kan.. akarnye kan pelik

letak lam buku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 11:59 AM | Show all posts
tari posted on 11-7-2013 11:02 AM
soalan 11

~tempat akarnya bertumbuh sedikit pelik



pokok setawar



~betul~


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2013 12:04 PM | Show all posts
soalan 12



~ namakan sejenis tumbuhan yg mempunyai bentuk yg lebih kurang sama seperti daun di atas.
~ sertakan gambarnya
~ seterusnya nyatakan khasiatnya


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 01:26 PM | Show all posts
adabintang posted on 11-7-2013 12:04 PM
soalan 12

soalan 12



~ namakan sejenis tumbuhan yg mempunyai bentuk yg lebih kurang sama seperti daun di atas.
~ daun kaduk
~ sertakan gambarnya


~ seterusnya nyatakan khasiatnya
Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluargaPiperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuhmelintang di daratan (terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabangpanjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhanbahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantinaberasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli, lembut  dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daunkira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm panjang.
Daunnyaberwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, Daunbahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daunagak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujurhampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus(petiol) berukuran  2.5-5 cm panjang
Pokok kaduk mudah dibezakan melaluicabang  ranting buah yang merentasi tanahtanpa akar (procumbent) yang besar, gempal, berbuah manis bila matang. Buahberry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan rasanya manis. Rasamanis dari buah ini sama seperti dengan buah masak  berduri Elaeocarpus (Elaeocarpus serrate). Rasa daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun bau nya masihsedikit tajam.Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halamanrumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai diantara kita yang sedar bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasansemata-mata, ia lebih dari itu.
Carapembiakannya melalui anak benih atau keratan batang. Air rebusan dari akar pokok ini dapat melawaskan kencing dan mujarab untuk merawat demam malaria dan bagi melegakanbatuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
PENGEDARAN SECARA GEOGRAFI
Pokok kaduk mudah ditemui dibeberapa bahagian China Selatan, Fujian, Guangdong, Guangxi, Guizhou, Hainan,Xizang, Yunnan, atau di negara-negara Asia seperti Kemboja, India, Indonesia,Laos, Malaysia, Filipina, Vietnam dan sejauh kepulauan Andaman.
PENGGUNAANDALAM MASAKAN
Daun kaduk biasanya dijualsecaraikatan dan dimakan secara ulaman.
• Dalam masakan Thai (Thaicuisine), daun kaduk digunakan sebagai pembalut miang-kham,sejenis makanan ringan (snek) tradisional, ia juga merupakan salah satudaripada bahan untuk kariKaeng-khaedari Thailand Utara.
• Dalam masakan Laos (Laotiancuisine), ia adalah sebahagian daripada ramuan salad.
• Dalam masakan Melayu (Malaycuisine), ia diracik untuk dimakan sebagai ulaman,jenis salad orang Melayu.
PENGGUNAANDALAM PERUBATAN TRADISIONAL
Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatantradisional di Asia. Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksidanaringenin.Amides dari buahpokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosisdan anti-plasmodial.
Daun kaduk diguna dengan cara meminumjus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam,batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabilapleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy)dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untukmerawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daunkaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, Keradangan pleura, lapisanparu-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyahuntuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduksebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena danvitamin C. Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif,ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhantumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.
PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN
Seorang penyelidik Universiti SainsMalaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokokkaduk yang tumbuh meliar di hutan. Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM,Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalangpembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.
“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalangdengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, ia itu daripadadaun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri," Beliau berkata,kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekatlemak dalam badan.“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluhdarah baru yang menjadi punca utama obesiti,” Prof Dr Zhari berkata, berbeza produklain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan ia itu pembentukan sellemak dalam badan.
7Khasiat Daun Kaduk:
Selain pucuknya yang sering dibuat ulamdan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkanterhadapnya adalah merawat;
- sembelit
-sakitgigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang

Selain daripada 4 penyakit di atas,masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranyaberbeza.
1. Melawaskan kencing - Rebusdaun kaduk bersama akarnya dan diminum.
2. Merawat demam Malaria-rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
3. Melegakan selsema, sakit pinggang,sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
Langkah-langkah merawat ketiga-tigadiatas:
       i.           Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
      ii.           Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
    iii.           Rebus kesemua sehingga mendidih.
    iv.           Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
      v.           Air rebusan diminum perlahan-lahan.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi denganair ramasan daun kaduk.
       i.           Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
      ii.           Ramas-ramaskan daun tersebut.
    iii.           Kemudian, campurkan kesemua daun ramasankedalam sebaldi air.
Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruhbadan.
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leherdengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.
       i.           Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
      ii.           Kisar daun hingga halus dengan mencampursedikit air.
    iii.           Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.
6. Panau- Sapu bahagian yangditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
       i.           Ambil beberapa helai daun kaduk.
      ii.           Tumbuk sampai lumat.
    iii.           Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badanyang berpanau.
7. Sebagai bahan dalam masakan,ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2013 02:18 PM | Show all posts
tari posted on 11-7-2013 01:26 PM
soalan 12



~betul~

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:57 AM | Show all posts
adabintang posted on 11-7-2013 02:18 PM
~betul~

tq ADAbintang....
nak lagi soklan.. hehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 11:20 AM | Show all posts
soalan 13



daun di atas menyerupai daun sejenis tumbuhan

[berikan nama tumbuhan itu]
[sertakan gambarnya]
[sertakan gambar bunga kepada tumbuhan itu]



Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 10:45 AM | Show all posts
adabintang posted on 12-7-2013 11:20 AM
soalan 13

soalan 13



daun di atas menyerupai daun sejenis tumbuhan

[berikan nama tumbuhan itu]
~
Tagates 'Marigold' (Bunga Tahi Ayam)

[sertakan gambarnya]



[sertakan gambar bunga kepada tumbuhan itu]


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 09:27 AM | Show all posts
tari posted on 14-7-2013 10:45 AM
soalan 13







~betul~

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 03:26 PM | Show all posts
adabintang posted on 15-7-2013 09:27 AM
~betul~

hoyehhh... tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 09:21 AM | Show all posts
soalan 14





[berikan sedikit maklumat tentang haiwan ini]
[sertakan 2 nama haiwan yg sama dengan kumpulan haiwan ini]

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 06:22 AM | Show all posts
soalan 14





[berikan sedikit maklumat tentang haiwan ini]
Gorila adalah jenis primata yang terbesar. Makanan gorila terdiri dari sayur-sayuran, walaupun kadang juga makan serangga. Karena itu gorila dapat digolongkan sebagai binatang omnivora. Gorila berasal dari hutan tropis di Afrika. 97-98% DNA gorila identik dengan DNA manusia. Gorila adalah spesies kedua setelah simpanse yang terdekat dengan manusia. Ada dua spesies dalam genus gorila, yaitu gorila timur (eastern gorila) dan gorilla barat (western gorila).

Dibandingkan bentuk tubuh manusia, gorilla mempunyai tangan dan kaki yang panjang, dimana tangannya lebih panjang dari kaki. Dada gorila besar dan sebagian besar tubuhnya berbulu, kecuali jari-jemari, wajah, ketiak, telapak kaki dan telapak tangan. Kepala gorila besar, matanya kecil dan berwarna kecoklatan. Gorila tidak mempunyai ekor. Setiap ekor gorila mempunyai hidung yang unik, seperti manusia yang mempunyai sidik jari yang unik. Gigi gorila dewasa berjumlah 32.
Panca indra gorila hampir serupa dengan manusia. Tubuh gorila jantan hampir dua kali besarnya dibandingkan gorila betina. Gorila kebanyakan makan tumbuh-tumbuhan. Setiap hari gorila butu* sekitar 25 kilogram makanan yang teriri dari daun-daunan, bunga-bungan, biji-bijian, batang dan tangkai pohon, dan kuncup bunga. Kadang-kadang, gorila juga makan semut dan sejenis rayap. Karean mendapat cairan cukup dari makanannya, gorila sangat jarang minum.


[sertakan 2 nama haiwan yg sama dengan kumpulan haiwan ini]

~ orang utan
~  chimpanzee



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 08:57 AM | Show all posts
moneng n uppppp
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 02:57 PM | Show all posts
soalan 14





[berikan sedikit maklumat tentang haiwan ini]

- Gorilla hidup di kawasan hutan hujan tropika dan sangat sesuai mengembangkan habitatnya dengan suhu dan iklim khatulistiwa.

- Haiwan ini hidup berkelompok di satu tempat. Biasanya, terdapat beberapa keluarga dalam kelompok berkenaan yang terdiri daripada Gorilla jantan, Gorilla betina dan anak-anak Gorilla.

- Gorilla merupakan makhluk yang pemalu tetapi mempertahankan keluarganya dengan kekerasan.

- Gorilla haiwan yang mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti serangan virus dan sebagainya. Perubahan cuaca yang ekstrem juga akan mengakibatkan kematian pada Gorilla besar-besaran.


[sertakan 2 nama haiwan yg sama dengan kumpulan haiwan ini]


chimpanzee


Orang Utan




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 01:12 PM | Show all posts
soalan 15



sedap dibuat laksa!

[berikan salah satu nama tumbuhan yang menyerupai pokok tumbuhan ini]
[sertakan gambarnya]
[sertakan gambar bunga kepada tumbuhan itu]

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 02:41 PM | Show all posts
soalan 15

[berikan salah satu nama tumbuhan yang menyerupai pokok tumbuhan ini]
[sertakan gambarnya]
[sertakan gambar bunga kepada tumbuhan itu]


Pokok Lempoyang






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.932454 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list