|
juz nak share artikel ni...
Sebarkan Bahagia Di Alam Maya
04/25/2014 09:30:00 AM | Faris Othman
Rasa bahagia, gembira, suka hingga mencetus gelak ketawa terbahak-bahak, atau paling kurang pun senyum manis penuh makna adalah salah satu nikmat hidup paling sukar dinilaikan harganya. Mana mungkin bahagia ini bertanda harga tersusun di rak pasar raya waima semahal mana sekalipun harganya, takkan sekali-kali kelapangan dada bersifat abstrak boleh diperdagangkan bak barangan.Namun bahagia itu epidemik, bagaikan virus, tapi dengan kesan positif walaupun di alam maya. Menurut satu kajian oleh Universiti of California, membaca sesuatu yang menggembirakan di laman sosial boleh turut membuatkan kita merasakan yang sama, seringkas itu! Meskipun membaca sesuatu unsur negatif turut memberi kesan sama namun ianya tidak sekuat impak positif.
Mekanisme yang digunakan adalah apabila responden membaca kemaskini tentang cuaca yang buruk, mereka yang tinggal berbatu-batu jauhnya akan turut terkesan dengan kemaskini itu meskipun tidak mengalami cuaca serupa.Walaubagaimanapun, untuk menggembirakan orang di alam maya bukan sekadar membuat kemaskini dengan vibe positif, kerajinan menekan butang like sebagai tanda setuju pada status Facebook ataupun membuat double tap pada gambar selfie rakan Instagram pun dikira cukup untuk make someone’s day.
Untuk kekal bahagia juga, jauhi senario yang kerap dilihat di laman sosial Twitter - sindir-menyindir tanpa menyebut nama secara spesifik atau dipanggil unmention. Lantaran tidak ditujukan untuk orang yang spesifik, pihak lain yang turut mengikuti akaun si penyindir akan turut sama terasa disindir maka kitaran unmention ini akan berlaku, apa yang lebih teruk mungkin akan mencucuh api pergaduhan virtual.Bayangkan, di alam realiti tiada masalah langsung dalam hubungan interpersonal namun disebabkan permainan teknologi yang dimainkan dengan cara yang tidak matang, mengeruhkan hubungan sedia ada. Siapa yang bersalah? Adakah kita tegar mengatakan teknologi penyebabnya walhal angkara kesilapan sendiri? Ingat, membuat orang terasa hati bukanlah sesuatu yang patut di alam nyata mahupun dalam talian.
Jadi apa tunggu lagi, kekal positif untuk menyebarkan bahagia, jauhkan sama sekali benci kerana hidup ini terlalu singkat untuk walau sekelumit benci, percayalah.
Sumber: Lyubomirsky, S, Sheldon, K M, Schkade, D, Pursuing happiness: The architecture of sustainable change, 06-01-2005
Credits: gua.com.my
Last edited by achik2009 on 26-4-2014 10:22 AM
|
|