|
[Tempatan]
Wanita Sembahyang Tepi Jalan Jadi Viral!
[Copy link]
|
|
Kalau dia solat sbb nak kejar waktu tu logik la jgk. Tp ni siap baca quran ha. |
|
|
|
|
|
|
|
siti_kus posted on 18-5-2014 12:26 PM
Kalau dia solat sbb nak kejar waktu tu logik la jgk. Tp ni siap baca quran ha.
sial memalukan agama je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.
Macam sinonim dgn hasrat pendemo2 tu plak...ke kebetulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn benarkan sukati semayang merata nanti gama lain buat tiru jgn baru nak melatah |
|
|
|
|
|
|
|
manusia ada macam macam masalah kadang mental kurang stabil |
|
|
|
|
|
|
|
rotansemambu posted on 18-5-2014 01:44 PM
jgn benarkan sukati semayang merata nanti gama lain buat tiru jgn baru nak melatah
tak pa..masa tu dah teruk...kena amik permit utk solat tengah jalan, highway, tepi longkang atau disebelah kandang babi sekali pun..
Malaysia ni kena macam tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
rotansemambu posted on 18-5-2014 01:45 PM
manusia ada macam macam masalah kadang mental kurang stabil
ya...saya setuju tu...masalah mental ni ada dimana2 sekarang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada seorang pun ahli keluarga wanita bersolat atas jejambat melawatnya
T K Letchumy Tamboo, Astro Awani | Kemas kini: Mei 18, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 18, 2014 13:04 MYT)
KUALA LUMPUR: Tiada seorang pun ahli keluarga wanita yang dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka semalam, telah datang melawatnya setakat ini.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pekerja di Wad Psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur yang enggan dinamakan.
Menurutnya, sejak dimasukkan ke wad itu, wanita tersebut tidak menerima sebarang pengunjung dan pekerja-pekerja wad tersebut telah menerima arahan dari pihak Hospital untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat tentang wanita itu kepada pihak media.
Wanita itu menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat itu, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.
Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak semalam.
MStar melaporkan bahawa maklumat awal mendapati wanita yang bernama Anita Shiar, 27, itu mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.
Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... melawatnya-36057?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
Darurat.Mocet tu nk pg surau masjid waktu dh nk abes tu |
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 18-5-2014 06:41 AM
Dia xde pengenalan diri
Nak balik duit x cukup2 lagi
Tp dh rindu pd keluarga kt sbrg sana x boleh ...
haha setakat ni komen ko yg paling bagus
ada benarnya kan..
balik free
|
|
|
|
|
|
|
|
ryshaNur posted on 18-5-2014 03:10 PM
haha setakat ni komen ko yg paling bagus
ada benarnya kan..
balik free
Baik ngaku nak balik kampung
Buat alasan mimpi bagai
Mimpi suruh solat kat tepi jalan yang bahaya buat apa
Kalau tengah padang k
Tepi jalan yang ruang rizabnya luas k
Tak pela juga |
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 17-5-2014 07:58 PM
dia dapat ketenangan kot kalau beribadat kat situ...Islam tak larang pon...lagi pon dia solat bentan ...
Ko kata islam tak larang buat camtu? Akai ada tak? Sama jer badigol cam orang tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma nk tau satu je.....dia solat ngadap kiblat tak?
Tp kalau betul ppuan ni x waras,mmg patut la. |
|
|
|
|
|
|
|
Sah Gile
Ade Allah suruh sembahyang kat tempat merbahaya? Ape le kene dengan pompuan ni.
Hati aku cenderung ngatekan yang dia PATI/PADI. Telekung dia tu rasenye bukan taste orang tempatan ade bunge2 pink gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 posted on 18-5-2014 04:54 PM
Ade Allah suruh sembahyang kat tempat merbahaya? Ape le kene dengan pompuan ni.
Hati aku cenderu ...
Dah ada kt blkg2 bgtau mmg minah indon.. Mimpi katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan tepi jalan dol...ni tengah jalan... |
|
|
|
|
|
|
|
aje giler .. bukan tak de tpt yg lebih seswai.. jalan turun sikit je hiway tu ,...ada bgnan .. ada stesen lrt ke.
mmg elok la nak menjaga waktu solat .. tapi tak la sampai cenggini. jgn sampai menbahayakan diri . kot dia bw kete n kete rosak .. tak leh tinggal dia solat tepi jalan logik gak .. ni nampak macam jalan kaki je
|
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 18-5-2014 05:06 PM
Dah ada kt blkg2 bgtau mmg minah indon.. Mimpi katanya...
minah indon tarak permit...
lepas ni solat dalam lokap...
|
|
|
|
|
|
|
|
lavauntung posted on 18-5-2014 05:35 PM
minah indon tarak permit...
lepas ni solat dalam lokap...
Solat atas katil spital..hihihi
Punca wanita solat atas jejambat terjawab
‘Hidayah’ untuk berubah menjadi punca seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gambar berkenaan mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari Sabtu menjadi viral apabila dia yang lengkap bertelekung sedang membaca al-Quran di atas sejadah di tepi jalan.
Wanita yang dikenali Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik lalu bertindak bersembahyang di merata tempat.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan lapor mStar Online.
Wanita tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
Jurucakap HKL mengesahkan wanita itu kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|