ARTIKAL BERKAITAN
Abdul Khalid: “MB baru kena utamakan pentadbiran melebihi kepentingan diri, keluarga”Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 2 SEPT: Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Menteri Besar Selangor bukan satu tugas mudah tetapi menuntut banyak pengorbanan termasuk kepentingan terhadap diri sendiri dan keluarga. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, memberi keutamaan terhadap tanggungjawab seorang pentadbir kepada rakyat berbanding keluarga sendiri itu adalah selaras dengan konsep 3K iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keupayaan, ciri yang diperlukan oleh seorang Menteri Besar. “Saya ingat tiga konsep yang paling penting iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keupayaan. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin negeri Selangor ini mesti menerima hakikat ketelusan. “Maknanya rakyat boleh menyoal dan mengetahui tentang selok belok tentang perancangan dan perlaksanaan. Negeri Selangor sebelum 2008 melakukan usaha-usaha dan kerja secara rahsia tetapi untuk menentukan kejayaan Negeri Selangor itu, ketelusan itu diutamakan. Rakyat memantau pemimpin itu setiap masa. http://bm.selangorku.com/
|