|
[Tempatan]
Wanita Kematian Suami Susukan Anak Dengan Air Gula UPDATE 201114 #239!
[Copy link]
|
|
mesmerize posted on 5-11-2014 07:56 PM ![](static/image/common/back.gif)
oloh ciannya. bak mai address meh ai sponsor susu formula utk budak2 tu every month
rumah pun takde ..
berteduh kat memana dan ja
|
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 posted on 6-11-2014 03:11 AM ![](static/image/common/back.gif)
simpati sekali dua jalanlah, kalau tetiap hari kena simpati
dengan orang yang sama, simpati pun h ...
tak payah orang lain lah
dengan adik beradik sedara mara sendiri pun
kalau dok simpati memanjang tapi tak usaha ..
lama2 simpati makin kurang dan kurang
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang camni patut dijadikan bini no.3.. Betul tak Ustaz Derus.....????? ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Loxlaxman posted on 5-11-2014 11:15 AM ![](static/image/common/back.gif)
Rambut anak dia yang besar sikit tu macam rambut abe Lox kecik kecik ..
patutlah abam lox terkenang-kenang.. ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ditahan, tiga beranak ini ditemui sedang meminta sedekah di kawasan sekitar.
KOTA BHARU - Demi memastikan kebajikan lebih terjamin, dua kanak-kanak yang kisahnya mendapat perhatian ramai kerana hanya diberi minum air kosong bercampur gula terpaksa 'dipisahkan' dengan ibu mereka buat sementara waktu.
Misi Sinar Harian bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk menyelamatkan dua kanak-kanak itu berjaya selepas ibu tunggal berusia 35 tahun, disyaki penagih dadah ditahan dalam satu serbuan di hadapan mahkamah, di sini, jam 7 petang kelmarin.
Susulan tangkapan tersebut, dua anak perempuannya, masing-masing berusia 3 dan 5 tahun diserahkan kepada JKM Kelantan untuk diberikan perlindungan sementara.
Pengarah JKM negeri, Nik Omar Ab Rahman berkata, pihaknya akan merujuk adik-beradik itu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh berikutan kanak-kanak berusia 5 tahun itu juga dikatakan menghidap penyakit usus.
“Pihak kami akan menjalankan prosedur seperti biasa untuk melihat tahap kesihatan mereka. Secara fizikal, tiada ada kesan penderaan ditemui, namun mungkin berlaku pengabaian atau ketidakupayaan ibu menjalankan tugas menjaga kedua-dua anaknya,” katanya.
Ditempatkan sementara di Rumah Kanak-kanak Mini
Menurutnya, dua kanak-kanak itu akan ditempatkan sementara di Rumah Kanak-kanak Mini, di sini, sebelum mendapatkan perintah selanjutnya daripada pihak mahkamah.
“Mereka akan berada dalam jagaan sementara JKM, maksima selama tempoh sebulan dan JKM akan tunggu perintah serta proses di mahkamah selepas ini.
"Laporan pegawai pelindung juga akan dirujuk untuk mempertimbangkan langkah sesuai yang akan diambil bagi kes ini,” katanya.
Ketika ditemu bual Sinar Harian sebelum ini, w anita terbabit mengaku sudah 'bersih' daripada najis dadah, namun semasa ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu, kelmarin, mendapati dia memiliki pil kuda.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati, wanita terbabit positif dadah jenis metamphetamine atau pil kuda.
“Suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 12(2) kerana menagih dan memiliki dadah,” katanya.
Banyak terima bantuan
Sementara itu, Ketua Cawangan Pas Sri Cemerlang, Nordin Abdul Rahman berkata, ibu tunggal yang hidup bergelandangan bersama dua anaknya itu bukan tidak pernah dibantu, malah mendapat banyak sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk wakil rakyat di kawasan terbabit.
"Keadaan mereka sentiasa berada di bawah pemerhatian pihak berkenaan di kawasan tersebut.
"Malah, mereka juga pernah dibantu oleh ahli perniagaan yang menyampaikan pelbagai sumbangan, antaranya menyediakan bekalan elektrik dan air di rumah sewa mereka sebelum ini, serta menerima pelbagai barangan keperluan asas," katanya.
Malangnya, dakwa Nordin, bantuan yang diberikan sebelum ini dipercayai dijual semula dan digunakan untuk membeli dadah.
“Perkara itu yang mendukacitakan kami sebagai pemberi sumbangan dan sebab itu anak-anaknya patut dibantu, dan diserahkan kepada JKM supaya kebajikan mereka lebih terjaga.
"Ibunya pula boleh dihantar ke mana-mana pusat pemulihan untuk memulihkan ketagihan dadah yang dialami,” katanya.
Sinar Harian juga difahamkan, sewa rumah yang didiami tiga beranak itu tertunggak sejak dua tahun lalu dan pemiliknya terpaksa merobohkan rumah tersebut berikutan lokasinya menjadi port penagih dadah.
Beri makanan berkhasiat
Kisah tiga beranak itu juga turut menarik perhatian pakar pemakanan dan perubatan yang memberi saranan perlunya kanak-kanak diberi makanan lebih berkhasiat bagi mendapatkan tenaga berbanding hanya susu formula.
Perunding Laktasi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Zaharah Sulaiman berkata, ibu kanak-kanak tersebut tidak perlu membeli susu formula untuk memberikan makanan yang boleh membekalkan tenaga kepada anaknya, sebaliknya banyak lagi sumber makanan yang boleh membekalkan tenaga.
Katanya, buah-buahan segar, sayur-sayuran, sumber protein yang boleh didapati daripada ikan, kekacang serta makanan ruji iaitu nasi dan roti mempunyai kekayaan nutrisi, berbanding susu formula.
“Terdapat juga sumber makanan berkhasiat yang jarang diberikan kepada kanak-kanak kerana tanggapan boleh menyebabkan perut masuk angin seperti labu dan keledek,
sedangkan makanan itu sangat kaya dengan kadar karbohidrat yang tinggi serta vitamin A untuk kesihatan mata,” katanya.
Tambahnya, kepercayaan perlunya memberikan susu formula kepada kanak-kanak adalah satu salah faham dalam masyarakat yang perlu diperbetulkan.
“Amat merunsingkan jika masyarakat kita merasakan kanak-kanak hanya akan cukup keperluan nutrisi apabila diberikan susu formula.
“Kefahaman ini sepatutnya diperbetulkan. Keperluan pemakanan kanak-kanak boleh diperoleh daripada sumber semula jadi yang segar dan lebih berkhasiat,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/ibu-anak-terpaksa-pisah-1.333299
|
|
|
|
|
|
|
|
patut la kena halau
Sinar Harian juga difahamkan, sewa rumah yang didiami tiga beranak itu tertunggak sejak dua tahun lalu dan pemiliknya terpaksa merobohkan rumah tersebut berikutan lokasinya menjadi port penagih dadah.
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 14-11-2014 05:10 AM ![](static/image/common/back.gif)
patut la kena halau
rupanya itu cerita sebenar.tapi bagus jugak keluar paper sebab anak2 dia dapat tempat yang mungkin lebih sihat untuk membesar berbanding jadi mangsa 'penghisapan dadah' ibu.gitewwww
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 14-11-2014 12:57 PM Sebelum ditahan, tiga beranak ini ditemui sedang meminta sedekah di kawasan sekitar.
Terimakasih untuk update ni ![](static/image/smiley/default/flower.gif)
orang macam ni la yang membuatkan orang lain yang betul2 perlu bantuan menjadi susah mendapatkan bantuan yang sepatutnya
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka sape yg suka jump to conclusion..ppuan penagih rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 14-11-2014 12:57 PM
Sebelum ditahan, tiga beranak ini ditemui sedang meminta sedekah di kawasan sekitar.
huhu tulah pelik ank umur 3-5 tahun dah blh mkn nasi tp mak gigih bg air gula konon tak mampu beli susu tepung.
budak dah besar tak perlu susu tepung lg dah..
alasan sungguh, rupanya menagih aduhhhh sian ank2 xdpt mkn mknn seimbang sbb mak nk beli dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 14-11-2014 01:14 PM ![](static/image/common/back.gif)
rupanya itu cerita sebenar.tapi bagus jugak keluar paper sebab anak2 dia dapat tempat yang mungkin ...
harap tak HIV+...![](static/image/smiley/default/sad.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
arasham posted on 14-11-2014 05:16 AM ![](static/image/common/back.gif)
harap tak HIV+...
kalau amik pil kuda ada kemungkinan tak cumanya kalau dia ada unsafe sex untuk dapatkan duit mungkin la kan.Akibat pil kuda hilang pertimbangan seorang wanita sampaikan mendahulukan duit yang ada untuk dadah kemudian baru fikir anak |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 14-11-2014 01:19 PM ![](static/image/common/back.gif)
kalau amik pil kuda ada kemungkinan tak cumanya kalau dia ada unsafe sex untuk dapatkan duit mungk ...
saya fikir mcm tu lah, tambahan pula rumahnya pernah jadi port penagih![](static/image/smiley/default/sad.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 14-11-2014 01:14 PM ![](static/image/common/back.gif)
rupanya itu cerita sebenar.tapi bagus jugak keluar paper sebab anak2 dia dapat tempat yang mungkin ...
tu la kan ..
ada juga hikmah
sebab tu hari tu ader gak nyembang dengan kawan
duit rm300 patut nya cukup kalau sekadar untuk budak2 tu makan
mana la nak cukup .. rupa2 nya untuk tanggung ketagihan dia tu
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 14-11-2014 05:14 AM ![](static/image/common/back.gif)
Terimakasih untuk update ni
orang macam ni la yang membuatkan orang lain yang betul2 ...
Thanx jugak sebab uols slalu updatekan info dalam thread ![](static/image/smiley/default/flower.gif)
Betul.hanya sebab kes 'cry wolf' gini nanti orang jadi serik nak tolong |
|
|
|
|
|
|
|
kuda ku lari gagah berani |
|
|
|
|
|
|
|
bila kita kata mula la keluar ayat tak kena batang hidung sendiri
klu tak nampak jugak, tak tau la ![](static/image/smiley/default/icon_rolleyes.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Penagih rupanya.... Guna ank nk raih simpati..duit org bg hbis dibeli dadah.... |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 14-11-2014 12:57 PM
Sebelum ditahan, tiga beranak ini ditemui sedang meminta sedekah di kawasan sekitar.
Orang pantai timur dgn dadah x dapat dipisahkan...teruk betul.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|