|
Terbaharu daripada Jemari Seni September ini...
Tajuk: Kau Belacan, Aku Keju!
Penulis: Ayuna Asma
Harga: RM23.00sm / RM26.00ss
Terbitan: Jemari Seni
Sinopsis:
“Tak ada maknanya aku nak kahwin bagai. Selagi tak ada perempuan yang berjaya membuat tempat ni bergetar, tak ada makna aku nak kahwin.” Kata Faeq sambil menunjuk ke arah dadanya.
“Pigi dah! Banyak kau punya bergetar, Paet! Meh aku ketuk dada kau tu dengan tukul, kita tengok itu tukul ada kasi getar itu dada atau tak!”
“I akan terus berusaha untuk menggetarkan jantung you, Yuna. Kalau perlu guna vibrate handphone untuk menggetarkan jantung you tu pun I sanggup.”
“I tak buta, Khai. I nampak keikhlasan you. Tapi, Khai... hati ni langsung tak bergetar apabila nampak you. I sendiri tak tahu kenapa.”
Semasa menjalani praktikum, Ayuna mengenali Faeq. Sikap mereka yang berlawanan menyebabkan berlakunya banyak pertelingkahan. Namun tanpa mereka sedar, setiap pertelingkahan antara mereka menjadikan mereka lebih rapat.
“Kiranya orang ni dah berjaya buat hati kau bergetarlah ni?” Zarra mengusik Ayuna.“Jahat kau ni, Zarra! Tapi yes, definitely dia dah berjaya menggetarkan hati aku tanpa aku sedar.”
Sekembalinya daripada praktikum, perkahwinannya dengan Khairy seakan telah diatur, sedangkan hatinya telah ‘dicuri’ oleh Faeq tanpa sedar. Apakah pilihan Ayuna? Menerima rancangan yang telah diatur, atau menunggu orang yang belum pasti?
***
Kau Belacan, Aku Keju! ditulis dengan bahasa santai yang memikat hati. AYUNA ASMA berjaya menjiwai kehidupan seorang guru yang sanggup berkhidmat di mana sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaharu daripada Jemari Seni September...
Tajuk: Tunggu Aira di Kota Bandung
Penulis: Nirrosette
Harga: RM20.00sm / RM23.00ss (Pesanan Online mulai 2 September 2013)
Terbitan: Jemari Seni.
Sinopsis:
waktu seakan terhenti ketika mata kamu singgah menyapa hati
Perkenalan Aira dengan cinta pertamanya buat dia terasa seperti di awang-awangan. Indahnya. Manisnya. Bahagianya. Baru saja rasa itu ingin ditelan, terasa pula pahitnya. Jejaka yang didamba rupanya sudah berpunya!
Lalu Aira cuba mencari bahagianya sendiri. Sangkanya bahagia itu telah ditemui, tapi luka lama datang menyapa kembali. Aduh, bagaimana lagi harus dia lakukan? Namun dia tekad, bahagia sudah ada di depan mata. Tak perlu lagi dicari.
Kisah cinta Aira terlalu banyak likunya. Dukanya. Tangisnya. Bilamana yang hilang tak terganti lagi, biarkan saja yang pergi terus menjauh. Sesungguhnya Dia lebih tahu segala-galanya.
andai maafmu bisa menghapus air mata duka
mungkin saja
aku bisa lupakan semua
|
|
|
|
|
|
|
|
salam merdeka....
last monday, ako bru khatam anthem... ako start baca bulan 4 ari tu~
hurm.... it takes me 4 months to finish this book...
well... ini just my pendapat jer r~
ako minat tulisan hlovate... but with this book... i don't know~
may be dah xde feel kot nk menghabiskan pembacaan dgn
speed 240km/j.... sumtimes baru nk start engine, 4-5 lines, dah katup balik...
may be ako busy dgn keje... drive sana-sini...gi site, meeting segala n balik umah dah penat
ingat nk cri bantal je tp ako usaha gak bagi habiskan buku ni... n this is my review:
1. bgi ako dash punye character... it just so-so.... budak2 yg dah dibesarkan di banyak negara, then hilang budaya... just nk cari tanah untuk berakar jer... xsempat nk berakar tumbuh pucuk bagai, dah kena pindah tempat lain... it just lame...character dash yg dilukis oleh hlovate ni mcm xkuat sgt utk ako menghayati hati n perasaan watak... mcm ada byk lagi lubang2 yg perlu disimen lagi... xmcm character2 yg sebelum ni... like Trisy n Jade (my Favorite.. and always be), Ana n Along...Hang Jebat N Hang Lekiu...
2. bab permulaan.... starting yg agak buat ako pening dan bosan... if ako jenis yg leh baca skip2 jump sana sini... mmg ako buat... but ako jenis yg kena baca dari A-Z xleh nk pusing2... makanya berbulan r ako pit stop zmn dash kt skolah... balik2 cite kena denda ngan lee, main music segala... mmg bosan yang amat...
3. watak2 cite lain... it's nice to hear another story about Jade n TRisy again... i Really love it... but somtimes ako rasa watak2 ni xmemberi kesan kepada Dash... hanya sikit jer r... contoh:seolah2 perwatakan Trisy xmemberi imapak pon dalam corak pemakaian Dash bile dia jumpa SiKembar Rusia, when one of them said "it's about wrapping or covering?"
4. the ending... everything mcm nk wrap cepat2 dan that's it... sgt bosan weh... i don't like this story line... entah nape...i feel this will be the worst writing from hlovate... i'm sorry guys... this just inside me talking about the book...
Hlovate: klu awak baca ni... please... please please... don't stop writing... i know you can do it better than this... just like you wrote the story of Jade n TRisy... i really love them... because Rooftop Rant is an epic.... but for this Dash story , i cant accept this as your masterpiece... i'm sorry...
p/s: kan best klu JS boleh kluarkan komik about JAde n Trisy... i love to have it....
p/p/s: hlovate kalau da kluar kan story baru, i still support you... i will read everything that you wrote... |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
sy br je berjinak2 ngan novel dari JS ni..
banyak dah baca review novel..ramai yg ckp novel Noor Suraya ngan Nazurah Aisyah best..
so, minggu lepas dah ajak hubby g borong novel...
antara novel yg dibeli:
Nazurah Aisyah
1.Lili buat Najah
2.Bening Merah Jingga
3.Bukan Hanya Ada Kita
Noor Suraya
1.Surat Ungu untuk NUha
baru nak baca buku2 ni..hope kena ngan selera
|
|
|
|
|
|
|
|
murninurani posted on 2-9-2013 03:57 PM
salam...
sy br je berjinak2 ngan novel dari JS ni..
selamat membaca murni...harap awak suka! |
|
|
|
|
|
|
|
nazurah posted on 3-9-2013 08:44 AM
selamat membaca murni...harap awak suka!
nak sign untuk semua novel..hehe
baru start baca bukan hanya ada kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
terbeli Contengan Jalanan semalam setelah bertahun duk cilok adik aku nyer novel je.
mmg buku dia terbalik kuang cam tu ek?
lagi satu, boleh baca mana2 dulu ke atau kena start dari Ked's ke apa ntah tu...
kang silap start... spoil mood lak |
|
|
|
|
|
|
|
EXLESSIA posted on 3-9-2013 10:27 AM
terbeli Contengan Jalanan semalam setelah bertahun duk cilok adik aku nyer novel je.
mmg buku dia t ...
Rasanya ko patut mulakan dengan kisah Fend dulu, then baru K2. Sebab kisah K2 nanti ada termasuk citer Fend
|
|
|
|
|
|
|
|
honey_d7881 posted on 4-9-2013 03:21 PM
Rasanya ko patut mulakan dengan kisah Fend dulu, then baru K2. Sebab kisah K2 nanti ada termasuk c ...
oo.. gitu ek...
noted with thanks
ntah bila la aku nak start baca ni! |
|
|
|
|
|
|
|
honey_d7881 posted on 4-9-2013 04:33 PM
Small matter my friend
Kalau aku, baca novel ikut mood. Skrang mood aku memang menca ...
mood aku kelaut sokmo... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
honey_d7881 posted on 4-9-2013 04:33 PM
Small matter my friend
Kalau aku, baca novel ikut mood. Skrang mood aku memang menca ...
Saya pun sama juga. Lagi lagi kalau cerita nye bagus cepat cepat nak tau kesudahan novel tersebut. Sekarang sedang membaca Pudina Cinta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sandal Bunga Bunga - Faziela
5 tahun bercinta, Zahran buat keputusan untuk tinggalkan semua bila Deena memilih lelaki lain sebagai tunangnya. Pulangnya ke Malaysia untuk melupakan segala-galanya. Hidup perlu diteruskan dengan membuka lembaran baru. Naqib pula meninggalkan Izza untuk perempuan lain setelah 8 tahun mereka bercinta. Kisah mereka sama. Dikhianati orang yang tersayang buat hati mereka sakit. Mereka bertemu bila Zahran mencari bilik air di tempat kerja Izza. Sikap sombong Zahran yang langsung tidak mahu senyum atau berterima kasih pada Izza buat Zahran dilabel sebagai lelaki tidak beradab. Zahran tahu silapnya yang tidak berterima kasih pada Izza, namun sakit perut yang dialami buat dia lupa apa yang patut dibuat. Berjanji pada diri sendiri jika gadis itu dijumpainya lagi selepas ini, pasti ucapan terima kasih akan dilafazkan.
Kemalangan kecil yang berlaku di hadapan rumah keluarga Izza, membawa mereka berdua ke satu lagi peringkat bila ibu masing-masing berhajat untuk menjodohkan mereka. Zahran menerima Izza seadanya dan begitu juga sebaliknya. Bercinta selepas berkahwin, manisnya tetap ada. Sikap Zahran yang bertolak ansur dengan Izza tentang urusan rumah tangga buat perkahwinan mereka berjalan lancar. Zahran membawa Izza masuk ke dalam dunia aktiviti lasak yang diminatinya selama ini. Apa yang dilakukan untuk menggembirakan Izza dengan caranya yang tersendiri. Kenangan yang akan diingati oleh Izza sampai bila-bila.
Deena yang masih mengharapkan Zahran pulang ke Malaysia dengan harapan hubungan mereka dapat disambung semula. Namun Zahran terus menjauhkan diri daripadanya hingga Deena membuat keputusan gila. Ugutan demi ugutan diberi pada Izza sehingga akhirnya Izza berjaya diculik dan didera sepuas-puas hatinya sehingga kandungan Izza tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada itu, hidup Izza berubah sehingga tiada seorang pun yang ingin dijumpainya termasuk Zahran.
Novel ke2 selepas Si Mangkuk Tingkat. Aku suka sebab jalan cerita, bahasa yang digunakan santai. Sweet jugak bila suami isteri ber I, You. Padahal kalau ikut realiti, aku macam tak gemar bila suami isteri membahasakan diri diaorang macam tu. Tapi dalam novel nie, rasa macam kena pulak. Hehehehe... Apa yang aku perasan ada part yang sama lebih kurang macam Si Mangkuk Tingkat. Jodoh atas pilihan orang tua dan sikap dendam orang ketiga mengakibatkan salah seorang hero atau heroin menjadi mangsa. Kalau korang nak cerita yang relax, santai, sweet, sedikit extreme, aku rasa buku nie bolehlah jadi koleksi korang. Tetiba terasa macam nak buat jugak aktiviti bungy jump macam yang Zahran dan Izza buat di New Zealand |
|
|
|
|
|
|
|
honey_d7881 posted on 5-9-2013 06:09 PM
Sandal Bunga Bunga - Faziela
5 tahun bercinta, Zahran buat keputusan untuk tinggalkan semua bila ...
Baru jugak habis baca novel ni...memang best!
|
|
|
|
|
|
|
|
honey_d7881 posted on 5-9-2013 06:09 PM
Sandal Bunga Bunga - Faziela
5 tahun bercinta, Zahran buat keputusan untuk tinggalkan semua bila ...
dah lama pinjam buku ni..
honey komen citer ni best.. saya pun bca, dh hbs baca pn semlm...
|
|
|
|
|
|
|
|
ct8076 posted on 11-9-2013 11:10 AM
dah lama pinjam buku ni..
honey komen citer ni best.. saya pun bca, dh hbs baca pn semlm... :2lo ...
Ok kan citer dia? Comel kan
|
|
|
|
|
|
|
|
honey_d7881 posted on 11-9-2013 12:59 PM
Ok kan citer dia? Comel kan
citer yg comel + ada ganas skit.. seram gak kat deena tu ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|