Post time 21-1-2020 04:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pembunuhan Paranormal Charles Walton
Charles Walton berasal daripada sebuah perkampungan kecil Lower Quinton di Warwickshire, England. Dia didapati dibunuh pada malam Valentine, 14 Februari 1945 dalam keadaan agak misteri di sebuah ladang kecil yang dikenali sebagai The Firs, yang terletak di lereng Meon Hill.
Seorang ketua Inspektor tempatan, Robert Fabian ditugaskan untuk memimpin siasatan kematian Walton. Pun begitu, siasatan itu melalui jalan buntu apabila Robert dan pasukannya gagal mengumpulkan bukti yang mencukupi sekaligus pembunuh Walton tidak dapat dikenal pasti.
Kes ini telah mendapat perhatian yang sangat besar pada umum kerana ada yang percaya kematian Walton berkait rapat dengan ritual sihir "korban darah" dan Walton juga disyaki sebagai salah seorang ahli sihir di daerah itu. Walaubagaimanapun, diketahui bahawa suspek utama dalam kes ini adalah pengurus ladang The Firs, seorang lelaki yang bernama Alfred John Potter di mana tempat Walton bekerja pada hari dia meninggal dunia. Secara tidak langsung kes pembunuhan ini adalah pembunuhan tertua dalam rekod perbendaharaan Warwickshire dinihari.
Pada 14 Februari 1945 Walton meninggalkan rumahnya bersama perkakas tani, serampang tanah dan sebilah sabit kembar - sabit bermata dua dengan kelebihan pemegang lurus dan mata bilah yang tajam serta dua bilahnya cekung ke kiri dan ke kanan. Dia dilihat kali terakhir oleh dua orang saksi yang telah melintasi ladang untuk ke gereja antara jam 9 pagi hingga 9.30 pagi. Ini adalah penemuan terakhir Walton didapati masih hidup yang sempat direkodkan.
Walton dijangka pulang ke rumah pada pukul 4 petang. Namun ketika isterinya, Edith tiba ke rumah pada kira-kira pukul 6 petang, dia dapati Walton masih belum pulang. Tabiat Walton yang terkadang menjengah pub untuk minum selepas bekerja tidak sedikit pun menenangkan kegusaran hati Edith ketika itu.
Edith bergegas berjumpa dengan jirannya, seorang pekerja pertanian yang dikenali sebagai Harry Beasley menetap di 16 Lower Quinton. Mereka pergi bersama-sama ke ladang The Firs lantas bertanyakan akan hal ini kepada Alfred Potter. Potter mendakwa melihat Walton kali terakhir memotong pagar hidup di bukit yang berhampiran. Ketiga-tiga mereka berangkat ke arah tempat terakhir Walton dilihat dan malangnya Walton telah dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa.
Pemandangan di tempat kejadian ketika itu sangat mengejutkan mereka bertiga. Kepalanya dihentak dengan tongkatnya sendiri. Sabit berkembar yang dibawanya untuk kerja-kerja pemotongan terbenam di lehernya. Serampang tanah pula terpacak ke lehernya hingga mata serampang itu cecah ke tanah. Melihat keadaan suami yang disayangi dalam keadaan mengerikan, Edith pengsan ....
Fakta pertama yang aneh mengenai kes ini adalah persamaan kes pembunuhan Ann Tennant yang berusia lapan puluh tahun, seorang penduduk di Long Compton, kira-kira lima belas batu dari Lower Quinton. Tujuh puluh tahun sebelum kejadian ini, pada tahun 1875, Ann telah dibunuh dengan serampang tanah oleh seorang yang bernama James Heywood, atas dasar bahawa dia adalah penyihir yang memiliki kemampuan paranormal. Semakan rekod lampau mendapati bahawa kaedah pembunuhan Ann adalah sama dengan kes Walton ini.
Fakta aneh kedua, Detektif Superintendan Alex Spooner, Ketua Warwickshire CID, dikatakan telah menarik perhatian penyiasat pada sebuah buku yang ditulis pada tahun 1840 tetapi diterbitkan pada tahun 1929 berjudul Folklore, Old Customs and Superstitions in Shakespeare Land, yang ditulis oleh Rev James Harvey Bloom, Rector of Whitchurch.
Buku itu menceritakan tentang kejadian paranormal di mana, pada tahun 1885, seorang lelaki tukang bajak yang bernama Charles Walton telah bertemu dengan hantu anjing hitam ketika perjalanan pulang dari kerja beberapa malam berturut-turut. Ketika itu, anjing tersebut telah ditemani oleh seorang wanita yang tidak berkepala. Dan pada malam itu juga Walton telah dikejutkan dengan kematian kakaknya secara tiba-tiba. Bagaimana nama dan cerita tentang Charles Walton ditulis dengan tepat di dalam buku tersebut?
Fakta aneh yang ketiga ialah apabila Ann Tennant dibunuh dengan cara yang sama seperti Charles Walton, pada tahun 1875.
Pada 15 September 1875, kira-kira jam 8 malam, Ann Tennant meninggalkan rumahnya di Long Compton untuk membeli sebuku roti. Dalam perjalanan, dia bertemu dengan beberapa pekerja-pekerja yang pulang daripada penuaian benih di ladang. Salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki tempatan, James Heywood, yang telah mengenali keluarga Ann selama bertahun-tahun lamanya. Heywood adalah seorang pemuda yang bodoh alang dan dikenali oleh penduduk setempat sebagai "lelaki lurus bendul". Namun pada tarikh itu, kelakuan Heywood sangat ekstrem dan ganjil, ada yang mengatakan puncanya disebabkan dia telah minum beberapa gelas cider. Tanpa amaran Heywood menyerang Ann Tennant dengan serampang tanahnya, dibenamkan mata serampang itu ke leher, kaki dan kepala Ann.
Seorang petani tempatan bernama Taylor mendengar kekecohan yang berlaku lantas segera berlari mendapatkan Ann. Dia menghalang Heywood daripada meloloskan diri sehinggalah seorang konstabel tiba di tempat kejadian. Jasad Ann serta merta dibawa ke rumah anak perempuannya namun meninggal dunia akibat kecederaan serius (kepala dan leher) sekitar pukul 11.15 malam itu.
Heywood mendakwa Ann adalah salah seorang ahli sihir dan dia berkeras mengatakan terdapat ahli sihir lain di Long Compton di mana dia berniat untuk berurusan dengan mereka melalui cara yang sama. Pun begitu, Heywood didapati tidak bersalah atas dasar penyakit mental yang dialaminya dan dia menghabiskan sisa hidupnya di rumah sakit jiwa Broadmoor. Heywood telah meninggal dunia ketika berusia 58 tahun iaitu pada tahun 1890.
Malah selepas kejadian itu berlalu (kematian Walton), penghuni Quinton mendakwa bahawa kemunculan hantu anjing hitam di kawasan penempatan tersebut adalah satu petanda kematian. Dikatakan juga, sejurus selepas pembunuhan Walton, seekor anjing hitam ditemui tergantung di sebatang pokok berhampiran dengan tempat kejadian, manakala salah seorang polis yang menyiasat akan kes ini, menulis mengenai pertemuannya dengan seekor anjing hitam yang berkeliaran pada waktu senja di Meon Hill. Anjing hitam itu melewatinya dan tidak lama kemudian dia bertemu seorang budak lelaki yang berjalan ke arah yang sama. Lalu dia bertanyakan kepada budak lelaki itu samada dia sedang mencari anjingnya atau sebaliknya, mengejutkan ketika Fabian menyebutkan warna haiwan itu, wajah budak lelaki tersebut berubah pucat dan dia segera melarikan diri ke arah bertentangan.
Fakta Sisipan
Semasa pihak polis tiba di kediaman Walton untuk menjalankan siasatan secara terperinci, mereka mendapati di belakang kediaman tersebut punya sebuah taman yang dipenuhi katak Natterjack nan besar. Khabar angin mengatakan bahawa Walton, 75, sedang membiakkan makhluk itu untuk tujuan yang jahat. Katak Natterjack atau dikenali sebagai Katak Yang Berjalan adalah figura yang masyhur dalam sejarah sihir Inggeris. Sebenarnya, pada abad keenam belas katak-katak itu juga dikumpulkan dan dibakar sebagai "familiars of witches" dan "emissaries of the Evil One".
Wilayah Cotswolds, dan wilayah Warwickshire khususnya, telah dipenuhi dengan kepercayaan supernatural yang kuat sejak azali lagi. Di sebalik landskap dan topografi yang indah serata terkandung tanah tanih yang subur, wilayah-wilayah ini tidak dapat lari daripada kisah-kisah yang melibatkan ahli sihir, penunggang kuda tanpa kepala, roh wanita berbaju putih, kemunculan anjing hitam yang misteri dan kewujudan pelbagai entiti syaitan. Ia juga merupakan kawasan di mana kepercayaan dan tradisi orang terdahulu yang telah lama dibuang di tempat lain di Britain namun masih bersisa di sini.
Meon Hill, sebuah bukit bulat di pinggir rabung Cotswold, terletak di kawasan yang dipenuhi dengan hamburan Neolitik dan Zaman Gangsa serta peninggalan sisa-sisa budaya dari Zaman Besi dan Rom. Dari zaman penghuninya yang masih berfikiran purba, dan sepanjang zaman itu, seluruh kawasan tersebut telah dikaitkan dengan kuasa-kuasa jahat, supernatural - di mana burung-burung di situ tidak pernah berkicauan dan ada yang menggelarkan Meon Hill sebagai pintu masuk ke neraka.
Post time 23-1-2020 02:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 23-1-2020 02:09 PM
dani cerita2 tu saya taip sekali jalan je dari pembacaan saya.kalau ada typo tu sorry lah ya.memang saya tak check pun.pandai2 lah korang teka perkataan dia.haha
no worries. ai paham jah isi cerita KILL sumbangkan 4 cerita pun ai dah happy sgt.
typo tu biasa. ai pun sama, kekadang tersilap taip nama, tersilap translate hahaha. yg penting mesej cerita sampai kat pembaca
anyways thanks again. lain kali kalau ada masa share lah lg
Post time 25-1-2020 02:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sempena CNY ni saya sponsor 2 cerita lagi dalam thread masyhur ni .
Matthew Chase
Seorang pemuda yang mengeluarkan beratus-ratus dolar dengan kad ATMnya, kemudian dia hilang secara tiba-tiba.
Matthew Chase
Pada 8 Jun 1988, di Los Angeles, Matthew Chase, 22 tahun pulang daripada makan malam bersama rakan sebiliknya, Teresa Dahl. Malam itu, Chase teringat bahawa dia perlu mendepositkan cek gajinya. Teresa memberikan kebenaran kepada Matt untuk menggunakan kereta dan meminta Matt membelikannya beberapa pek makanan kucing ketika kembali nanti.
" Sepatutnya Matt hanya mengambil masa kira-kira 10 ke 15 minit untuk selesaikan hal di bank. Bank itu tidak jauh daripada kediaman kami kira-kira dua blok dari sini. Dan sebelum ni Matt hanya berjalan kaki untuk ke sana. Dan petang itu Matt memandu kereta saya, saya rasa 15 minit sudah mencukupi untuk itu ", kata Teresa.
Namun pada keesokan harinya, Matt masih belum jua pulang ke rumah. Teresa dan rakan sebilik mereka yang lain, Steve, telah membuat satu panggilan di bank tersebut. Mereka menyamar sebagai Matt. Mereka ingin mengetahui adakah Matt menggunakan kad banknya malam tadi. Bank memberitau Matt telah mengeluarkan wangnya beberapa kali. Teresa dan Steve tidak sedap hati lalu mereka membuat laporan polis. Scott Burkhart dari Jabatan Polis Los Angeles adalah penyiasat utama mengenai kes itu :
" Kes ini memerlukan siasatan yang mendalam. Dan ia mungkin juga tidak berakhir dengan satu berita baik seperti yang diharapkan. Apabila kami menyemak rekod bank, ia menunjukkan Matt berjaya mendepositkan cek gajinya dan mengeluarkan wang tunai, selepas itu kembali ke cawangan yang sama kira-kira 30 minit kemudian, dan cuba mengeluarkan 280 dolar -- dia sendiri tahu amaun itu besar dari jumlah wang tunai yang diterima setiap hari. Jadi kami merumuskan satu teori dalam kes ini, samada Matt dipaksa untuk mengeluarkan sejumlah wang di ATM atau sebagai isyarat kepada bank ke komputer sebagai meminta pertolongan ", jelas Scott.
Adakah Matt dipaksa untuk membuat pengeluaran wang?
Rakaman CCTV Bank
Pada malam yang sama, dua lagi cubaan dibuat untuk mengeluarkan sejumlah wang tunai. Yang pertama ialah 200 dolar. Urusan itu ditolak kerana baki yang tidak mencukupi. Seminit kemudian, 100 dolar pula diminta. Oleh kerana cek gaji Matt belum diproses sepenuhnya ke akaun, urusan ini juga ditolak. Hanya sebelas minit kemudian, kad itu digunakan di cawangan lain di kawasan kejiranan yang berbeza. Sekali lagi, pengeluaran itu tidak berjaya. Pun begitu menurut Burkhart, kali ini CCTV menunjukkan seorang lelaki pelik berdiri di bahu kanan Matt :
"Dari penelitian imej CCTV, individu yang berdiri di sebelah Matt agak pendek, kurus dan secara keseluruhannya, dia tidak sepatutnya berdiri sebegitu hampir dengan Matt. Tiada siapa yang akan membiarkan seseorang berdiri dekat dengannya semasa mereka menggunakan mesin ATM di mana mereka dapat melihat nombor PIN ", ujar Scott.
Lakaran pertama wajah suspek
" Kami mengesyaki bahawa Matt mungkin telah diculik oleh lelaki tersebut, semasa dia melakukan transaksi yang pertama. Penjenayah tersebut mungkin berlakon mengatakan Matt tersalah tekan butang amaun dengan harapan dapat menarik perhatian Matt. Selepas itu, sepanjang sehari setengah terdapat 5 percubaan transaksi. Ketika itu semua gaji Matt telah habis dikeluarkan, dengan pengeluaran sebanyak 400 dolar. Akhirnya kad itu dirampas mesin. Kad tersebut kami ambil dan buat siasatan malangnya tiada apa-apa penemuan atau kesan cap jari yang dijumpai. Kami percaya kad itu dibersihkan selepas digunakan atau penjenayah itu menggunakan sarung tangan ", jelas Scott.
Lakaran kedua wajah suspek
Adakah bandana ini milik penculik Matt?
Apabila mendengar kehilangan anaknya, ibu dan ayah Matt meninggalkan Oregon untuk mencari anak lelaki mereka dan kereta yang dipandunya ke bank pada malam itu. Menurut bapa Matt, Frank Chase, mereka pada mulanya berharap :
" Pada mulanya kami fikir, kami berjaya menemukan tempat di mana Matt disorok, malangnya selepas 3 malam pencarian, kami menemui jalan buntu, kami menjadi sangat kecewa ", ujar Frank.
Polis tidak menemui apa-apa setakat ini. Mungkin ketika ini Matt dicederakan atau diseksa mungkin lebih buruk lagi, dibunuh !!! Tidak terkecuali, rakan sebilik Matt, Steve Dahl, mula mengedarkan gambarnya kepada penduduk tempatan atas misi menyelamat :
" Saya bertanyakan beberapa orang di sana, dan beberapa orang sukarelawan yang bekerja di tengah malam. Mereka memberi respon bahawa mereka pernah melihat Matt beberapa kali makan di sini. Mereka menggambarkan rupa dan bentuk fizikal Matt dengan tepat. Dan ini sesuatu yang positif buat kami, kami fikir pencarian kami semakin dekat dengan Matt ketika itu ", jelas Steve.
Pada 27 Jun, hampir tiga minggu selepas kehilangan Matt, kereta yang dipandunya akhirnya ditemui. Menurut Scott Burkhart, kereta tersebut dijumpai berada berdekatan dengan tempat Matt hilang :
"Apabila kami menemukan kereta tersebut, kami terus membuat pengecaman nombor plat .... Ya ini adalah kereta milik Teresa. Lalu kami membuat pemeriksaan tinggalan cap jari di seluruh bahagian kereta itu. Namun tiada penemuan cap jari direkodkan ", jelas Scott.
Pun begitu, polis hanya mendapat satu petunjuk di dalam kereta iaitu sehelai bandana biru. Bandana itu bukan milik Matt atau Teresa. Penyiasat percaya bahawa bandana biru mungkin milik si penculik.
Tiga bulan selepas kehilangannya, mayat Matt Chase ditemui di sebuah jurang berdekatan Pasadena. Terdapat beberapa kedan tembakan pada tubuh Matt. Pada 2018, LAPD menutup kes Matthew. Seorang ahli keluarga Matt memberikan kenyataan bahawa, mereka sangat yakin pembunuh Matthew adalah David "Bear" Meza, yang meninggal dunia sejurus mayat Matthew ditemukan. Walaupun masih terdapat kemungkinan bahawa jenayah ini bukan hanya Meza sahaja yang terlibat, namun keluarga itu akur tentang penutupan kes Matt oleh pihak berkuasa.
Post time 25-1-2020 02:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kes Okamoto Yang Memeningkan
Pada 1 Mei 2006, lima mayat ditemui oleh ibu kepada Yamauchi di sebuah pangsapuri satu bilik di Hiratsuka, kawasan Kanagawa. Mayat pertama yang ditemui ialah Minehiro Yamauchi yang berusia 35 tahun. Yamauchi didapati tergantung daripada bukaan loteng dan mayat kedua, kakak sepupunya, Rikako Okamoto, ditemui terbaring di atas futon (tilam toto). Dua mayat bayi dan seorang anak kecil dibalut dengan plastik hitam serta diletakkan di dalam dua buah kotak kadbod secara berasingan . Ketika itu polis tidak mengetahui siapakah identiti tiga anak tersebut, mereka berpendapat bahawa Yamauchi terlebih dahulu membunuh Okamoto lantas membunuh diri. Bagaimanapun, ibu kepada Okamoto, Chizuko, juga disyaki dan ditahan dua hari selepas mayat-mayat itu dijumpai.
Dari bilik forensik, polis mendapati Rikako, 19 tahun, telah dibunuh pada 12 Oktober 2005 iaitu sejam selepas dia mengadu tentang hubungan dingin dia dan ibunya di blognya sendiri. " Semuanya tak kena pada tahun ni, adaaaaa je salah, aku bosanlahh !!! ", tulisnya. Sebelum ini Rikako menulis di blognya tentang ibunya yang "bersikap pelik". Di bilik soal siasat pula, Chizuko mendakwa bahawa Yamauchi membunuh Rikako dan ketiga anak itu, kemudian mengantung dirinya sendiri.
Pun begitu, akhirnya Chizuko mengaku telah mencekik Rikako sendiri namun dia berkeras tidak mengetahui apa-apa tentang kematian Yamauchi dan ketiga-tiga anak itu. Polis mengesyaki anak lelaki itu mungkin anak lelaki Chizuko iaitu Toshihide yang dilaporkan hilang pada 1984 dan ketika peristiwa tersebut dia baru menjangkau usia enam tahun. Sejak itu, Toshihide tidak pernah dijumpai manakala Chizuko menegaskan bahawa anaknya itu diculik oleh agen rahsia Korea Utara dan pihak berkuasa tidak membantu dalam pencarian anaknya dahulu.
Chizuko memberitahu juga pihak polis bahawa dia ingin membunuh diri sejurus membunuh anaknya. Sebelum itu, pada akhir 1990 an (selepas kehilangan Toshihide), Chizuko mula meminjam wang tunai daripada rakan-rakan kononnya ingin menyelesaikan sewa rumahnya yang tertunggak selama dua tahun dan kemudian dia berpindah ke hiratsuka bersama Rikako.
Pada 23 Disember 2007, Chizuko dihukum penjara selama 12 tahun untuk pembunuhan Rikako. Polis tidak cukup bukti untuk menyabitkan kesalahan membunuh Yamauchi dan ketiga-tiga anak itu ke atas Chizuko Okamoto. Yamauchi dipercayai mati pada Mac 2006. Sehingga kini ketiga-tiga anak tersebut masih belum dikenalpasti identitinya.
Jadi persoalannya di sini ....
Macam mana Yamauchi dan Chizuko boleh tinggal dalam rumah yang ada mayat selama 4 bulan? Tak busuk ke? Kejiranan tak bau ke? Betul ke statement Chizuko kat polis tu? Macam tak boleh pakai je .... Mayat Rikako Okamoto atas futon kot, tanpa ditutup apa2 pun .... Anak kau pernah kena culik dengan ejen korea utara???? Ke kau yang bunuh dia sebab kau sakit mental, sorok mayat anak kau pehtu kau create cerita untuk kau hebahkan pada jiran sambil membawang polis tak membantu dalam pencarian anak kau. Dua bayi tu siapa punya pulak? Pening peninggg.
Post time 25-1-2020 02:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dani-rox replied at 25-9-2016 01:12 AM
Kes Pembunuhan Empat Sekeluarga di Setagaya, Jepun
dani, kenapa pembunuhan miyazawa family tu tak leh settle hingga dinihari?sebab kat jepun dan korea selatan diorang nak lupus orang pakai khidmat hitman dari puak joseonjok.diorang ni etnik korea yang bermastautin kat China.small groups of south and north korea.diorang ni ramai jadi balaci2 kkangpae dan yakuza, lagi pun nak upah diorang ni tak mahal.saya dapat info ni dari filem Yellow Sea.cerita ni based on true story kat korea selatan.diorang cerita secara detail pasal puak ni, jenis bangsa hybrid yang kasar, lasak, hati kering dan boleh menyeberangi yellow sea (laut yang memisahkan korea utara, selatan dan tanah besar china) dengan hanya berenang je.gila tak gila lah.
to sis dani.. tqvm .. saya dua hari khatam stories sis..best sgt bace sbb maybe dari cara u tulis n u olah..saya langsung tak skip setiap ayat..diselangi dengan gambar so saya dapat imagine the case..dari pemerhatian saya, sis hadam betul2 setiap story case bukan translate gitu je,,
semoga sis dani dimurahkan rezeki n sihat supaya dapat citekan lagi kes2 misteri ni..very informative!!
ohh mcm gangster upahan PATI kat sini la konsepnya. pas bunuh org senang2 lari ikut jln tikus ke negara asal.
oleh kerana takda rekod kemasukan dan dna utk dibandingkan, maka pembunuh keluarga Miyazawa terlepas begitu saja.