sebetulnya pengalaman saya
Padang je yang macam itu dan memang terjadi pon kat saya, dia tanya tiket balik ada atau tak
lain-lain tempat di Indonesia.. tak da lagi mereka mintak pada saya tiket balik
jadi kalau ada kawan-kawan yang hendak/akan ke sana
boleh la prepared awal-awal..
mungkin boleh jadi kena
mungkin tak kena..
ha3. pernah pergi padang/bukit tinggi ni padatahun 2013 dulu...ambil supir aldi.
tak pulak kena mcm tu..ingatkan nak repeat tempat yg belum pi...nak pi Acheh takut gempa bumi pulak,
hmm tak tahu pulak destination ke mana next year jika ada rezeki nanti...
Boleh tak rekomen pada saya hotel yg ok & iternary tpt yg wajib pegi
Hotel dulu saya duduk hotel ini-Hotel Bonda sebab nak aircond.
tempat wajib pergi. antaranya
1.china town,old harbour,siti nurbaya bridge dan padang beach
2.air terjun lembah anai
3.pusat dokumentasi dan Informasi kebudayaan minangkabau
4.puteri minang shopping centre jual kain
5.pandai sikek-kain sulam/telekong/ukiran kayu
6.sulaiman lindungan bulan
7. pasar atas/yenie border/jam gadang/ramayana shopping mall
8.tabek pateh-kopi dan kerepek
9.restoran pondok flora
10.istana lindungan bulan
11.istano besar pagaruyung
12. danau singkarak
13. sulaiman mahkota minang
14.pasar aur kuning
15.benteng fort de knok
16. jenjang 40
17.panorama ngarai sianok
18. lobang jepang
19. kelok 44
dan beberapa lagi forumer lain ingin tambah
sebenarnya tak berani nak suggest supir walaupun dulu saya sekeluarga pi dgn aldi ni,
sebab banyak sangat sekarng pro dan kontra...lagi pun dah lama pi dgn dia tahun 2013
walaubagaimana nanti cari nombor telefon dia jika ada dalam simpanan lagi.
jika dapat nanti saya PM
day 1
touchdown BIM 230pm local time
memang masa nak cop imigresen tu dia tanya tiket balik
nasib baik dah prepare siap2
settle semua urusan dalam sejam
makan di lamun ombak sebab paling dekat dengan airport
ptg tu dibawa jalan2 keliling kota padang
tempat2 tourist yg standard
dinner di kedai ikan bakar tepi pantai padang (lupa nama kedai)
tapi tak nmpk pun pantai dia sebab gelap
malam tido di HW Hotel
day 2
padang-padang panjang-maninjau
pagi amek gamba kat pantai padang
singgah rumah rumah adat di padang panjang
bole try pakaian pengantin minangkabau dengan bayaran idr25k sorang
singgah di pandai sikek beli kain sulam
kedai yang dibawa: satu karya, linduang bulan & mayang taurai
rege harus dibargain
lunch di pak datuk
beli bika talago
malam check in di nuansa maninjau
untuk yang nak rasa berehat atas bukit tepi tasik, try la nuansa maninjau
tapi memang takde apa kat situ
guest pun tak ramai
sunyi pulak tu kalau hari weekday
purely berehat
day 3
keluk 44
mula dari corner 44 tau
then turun ke corner 1
yang best nya, sepanjang keluk 44 tu ada signboard asmaulhusna
tapi tak turun abis pun
sebab ada yang tak tahan
puncak lawang tengok orang proses gula tebu n kacang goreng tradisional
bole la kalo nak beli gula n kacang n kerepek kat tempat tu
guide cakap saja bawak tempat ni sebab nak bantu industri kampung diorang
kota gadang tempat silverware
cincin rantai accessories
lunch di sederhana bukittinggi
pasar atas, jam gadang (sila tengok betul2 jam pukul 4 kat jam gadang tu)
malam tido di kharisma hotel
kat bandar bukittinggi ada banyak bole dibeli kalau rasa bosan makan masakan minang
texas, kfc, murtabak mesir, murtabak bandung, roti bakar bandung, kedai runcit jual megi pun ada
opposite hotel ada butik eiger untuk sapa yang minat
murah weh
day 4
sulam putri minang
datang pagi dapat rege pecah telur
singgah tasik singkarak
berenti minum je
kat situ ada jual ikan bilis kalau nak bawak balik
lepas tu ke istana besar pagaruyung
lunch di pondok flora
kedai makan atas bendang/kolam ikan
ambik nasi n bagi ikan makan
berebut ikan tu
solat jumaat di masjid berhampiran
otw balik singgah kilang kopi
singgah hajah rosma
mahal sikit hajah rosma ni
mintak diskaun pun dapat sikit je
balik ke bandar bukittinggi
terus ke pasar atas
day 5
check out then terus ke BIM
maybe ada yang dah pernah mention dalam thread
sekadar mengingat
lepas kita drop check in baggage, kena naik escalator untuk ke imigresen clearance
tapi elok je sebelah kiri escalator ada kaunter imigresen
jangan ambik pedulik orang kat kaunter tu
jalan terus je ke kaunter international
kitorang kena masa nak balik tu
asalnya nak tanya mana kaunter air asia
sekali pergi kat kaunter tu
dia mintak passport
lepas tu dia mintak donasi
selagi tak hulur donasi (baca duit pau), memang dia pegang passport
sah sah kena pau
memang tak guna imigresen indon ni
lupa pulak nak rekod video haritu
* lubang jepang, fort de kock, muzium hamka memang tak pergi sebab tak sempat
* servis guide yang diguna Pak Anang (guide) & Febri (driver van) daripada agent Raun Sumatra
* dua-dua bagus khidmat mereka
saya pergi 4 hari 3 mlm
ada ambil travel ajen ke..
hotel booking mcm mna?
1st time nk ke sini..jd haru sikit
klau Bandung dah biasa..
Harap dpt bantu saya..