CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kinijee

GULONG NG PALAD [MONDAY - FRIDAY 12.30PM TV2]

[Copy link]
Post time 13-2-2007 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by marissa_jc at 13-2-2007 11:23 AM
kalau i jadi luisa, siap suruh pn menang ambil balik anak nya carding.  nak sgt carding kahwin dgn mimi, nah ambil lah.  at least kehidupan luisa tak mendera macam ni.  asyik menangis.


Tak payah bagi Menang ambik anak dia si Carding tu. Luisa bungkus jer dalam karung guni, poskan jer ke rumah Menang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by azazral at 13-2-2007 06:37 PM
GNP dah start zaman2 bosan

aku tgk pun .. sbb nak tgk scene totoy n jojo..!!
saling dah jarang plak kuar..  


for me pulak i love all except Jojo & Totoy's scene .. kalau boleh nak fast forward
it was something like Cara & Gian in IMBY
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by HeavenLeigh at 13-2-2007 10:56 PM
Tak payah bagi Menang ambik anak dia si Carding tu. Luisa bungkus jer dalam karung guni, poskan jer ke rumah Menang.


kalau POS laju kena kira by Kg, mahal tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 11:21 PM | Show all posts

Reply #1619 Nisda_'s post

nasaan si Tomas mati ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 12:03 AM | Show all posts

Reply #1624 Anfield08's post

sa railway po..

tmpt luisa n carding slalu main time kecik2 plak tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:06 AM | Show all posts

Reply #1625 eskremVanila's post

salamat po.  i can imagine betapa sedih nya scene tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2007 01:23 AM | Show all posts


~SINOPSIS EPISODE 24~TUESDAY FEB 13 2007~


~Recap: Si Mimi bukan main seronok lagi bergembira bersama si Carding. Dia pun memulakan drama sebabak dia dan berpura-pura lemas dan si Carding kena selamatkan dia. Masa tu si Luisa pun sampai dan si Menang senasaja suruh si Luisa keluar ke pool. Masa tulah si Carding kantoi dengan Luisa. Luisa nampak macam si Carding sedang kiss si Mimi, tapi rupaya si Carding buat cpr kat Mimi.

~Luisa kata Carding sedang cuba sembunyikan sesuatu sejak dia balik. Dia nampak sendiri Carding was kissing Mimi. Carding then bagi tau Luisa yang dia cuba selamatkan Mimi dari lemas. Luisa terdiam bila Carding kata dia cemburu buta. Then carding tunjuk pula gambar Luisa dengan Diego. Luisa kata tak ada apa-apa masalah dengan gambar tu sebab dia dan diego bukan berpelukan, cuma bersembang. Luisa kata dia dah berkahwin dan tak akan sesekali berlaku curang pada Carding dan dia tahu Carding pun tak akan berlaku curang pada dia. Carding rasa bersalah dan terus mengajak Luisa masuk semula ke dalam. Luisa akhirnya kena akur juga dengan permintaan Carding itu.

~Tomas pula berjanji akan belikan Peping hadiah sekiranya dia dapat markah baik dalam peperiksaanya.

~Malam itu, Luisa sedang berdiri di tepi kolam bila Mimi datang menyapa. Luisa minta maaf pada Mimi tanpa usul periksa tuduh Mimi dan Carding yang bukan-bukan. Mimi kata dia dan Carding hanya berkawan saja dan Luisa boleh percayakan dia dalam hal ini. Luisa pulak pandang Carding yang kat dalam rumah sedang bersembang dengan Carmen.

~Carding pulang ke kolej dan dia diberitahu oleh Alex dia terpilih mewakili varsity dalam basketball. Yang melebih-lebih teruja si si Mimi gedix.   

~Si Nene pulang ke rumah dengan muka masam dan dia tak perasan yang Mark mengekori dia. Mark terkejut bila tengok Edad ada kat situ. Edad pula berpesan pada Nene supaya tolong ajar si Peping. Tomas balik ntah dari mana dan dia tegur si Peping rajin baca buku. Dia janji akan beli hadiah untuk Peping if he gets good marks.

~Malam itu, Luisa cuba nak bagi baju yang siap dijahit pada Diego sambil dicover line oleh Belen sebab Tekla penyibuk ada kat situ. Diego bagi pada luisa baju yang baru dan dia hendak Luisa jahit cepat sebab bukas dia hendak ke Manila.

~Tomas pula getting sentimentel bila dia keluarkan semula cradle lama si Luisa. Umiyak si Tomas bila dia teringat kembali saat-saat Luisa dilahirkan dan kegembiraan dia bersama keluarganya.     

~Menang dan David hendak ke Palawan dan dia sempat berpesan pada Luisa supaya berhati-hati sebab dia dah lantik si Tekla jadi spy 007 tak bertauliah.   

~Edad tanya apa yang Tomas sedang buat. Tomas kata dia nak baiki semula cradle tu untuk diserah pada Luisa sebab Tilde kata Luisa mungkin mengandung. Tomas kata pada Edad dia tak akan melepaskan peluang untuk melihat cucu pertama mereka dilahirkan.

~Belen tahu masalah dan kesengsaraan yang Menang buat pada Luisa. Then Belen bagi buku cerita pada Tekla supaya dia sibuk baca buku dan tak kisah pasal Luisa. Luisa berpura-pura sakit kepala dan kemudian Belen pun suruh dia pergi keluar sementara si Tekla tu occupied dengan buku ceritanya.   

~Luisa keluar untuk serahkan baju pada Diego dan dia siap tanya perjalanan ke Manila berapa lama. Diego kata perjalanan ke sana 3 jam sahaja. Rupaya dalam diam si Luisa buat kezutan pada Carding bila dia sampai ke Manila. Carding terkejut lihat Luisa datang dan yang lebih terkejut lagi of course si Mimi gedix.

~Luisa beritahu Carding dia akan balik malam itu jugak dan Mimi macam bengang sebab Carding tak jadi pergi tengok pameran dengan dia. Mimi tanya Luisa ada masalah ke dan Luisa kata dia rindu pada Carding. Carding kata ini pertama kali Luisa sampai ke Manila, so dia nak bawa Luisa berjalan-jalan. Luisa heran kenapa si Carding tak kenalkan Luisa sebagai isterinya dan Carding bagi alasan bodoh kata dia tak teringat.

~Si Totoy memuji Tomas pandai main seruling dan Tomas kata mari dia ajarkan Totoy. Nene dan Peping pula dapat markah baik dalam exam mereka dan Peping tuntut hadiah yang dijanjikan Tomas. Nene kata dia nak pakaian untuk pertandingan tarian dan cuba cover line bila Tomas kata dia nak pergi tengok Nene menari. Nene kata tarian itu untuk students sahaja.

~ Si Mimi gedix marah sebab Carding tak balik-balik lagi, then dia paksa Alex supaya telefon Carding kata coach suruh dia balik sekarang. Alex tak nak tapi Mimi janji akan buat apa saja untuk Alex sebab dia tahu Aex suka kan dia.

~Si Tomas pulak menari bersama nene dengan seronoknya.

~luia dan Carding sedang shopping barang Tomas sempena birthday dia when Carding dapat call suruh dia balik ke kolej jam tu jugak.

~Tomas bersiap konon nak pergi kerja dan sempat berpesan pada Totoy supaya menjaga Edad dan adik-adiknya yang lain. Edad pula berpesan pada Tomas supaya jangan lupa pasal birthday dia malam nanti dan tanya apa yang Tomas mahu. Tomas kata Edad tahu apa yang dia mahukan dan dia sempat memeluk Edad sambil berkata mahal na mahal kita Edad. Edad rasa semacam dan heran dengan perubahan tingkah laku Tomas.

~Edad pergi ke rumah Menang untuk jemput Luisa tapi Belen kata dia ke Manila jumpa Carding dan akan balik malam itu juga. Edad pesan pada Belen supaya beritahu Luisa suruh dia datang ke rumah malam nanti sebab ada jamuan nak sambut birthday Tomas.

~  Carding dan Luisa berjalan beriringan masuk ke kelab tempat parti varsity Carding diadakan dan rupanya Diego nampak.

~Si Tomas rupanya pergi jumpa doktor dan beritahu dia dah ubah fikiran dan nak jalani pembedahan. Doktor kata dia dah berbincang dengan pihak hospital dan Tomas dibenarkan bayar secara ansuran. Tapi dia kena bayar juga  wang pendahuluan dulu.

~Si Luisa rasa tak selesa dengan tempat itu tapi Cading kata itu majlis kasual saja.   

~Edad dan anak-anak sibuk buat persiapan birthday Tomas. Tomas pulak pergi cari Donya Carmen tapi di beritahu Trisha yang Carmen ke Palawan kasamanya si Menang.

~Si Carding happy tak hingat Luisa ada kat situ. Dia dok sibuk menari dengan si Mimi gedix.

~Luisa ambil kesempatan untuk call Belen dan Belen bagi tau yang petang tadi Edad ada datang dan suruh Luisa pergi ke rumah untuk birthday party Tomas. Luisa sangat happy dan dia terus ajak Carding hantar dia ke bus terminal sebab she wanted to catch the last bus back.

~Rakan-rakan Carding halang dia dari keluar dan Luisa kena balik sendiri. Terpinga-pinga si Luisa kat luar tu dan jalan sorang-sorang cari haluan ke bus terminal.  (Giler ke hapa si Carding ni biar Luisa balik sorang-sorang).
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:26 AM | Show all posts
con't

~Dalam perjalanan, si Luisa kena kacau dengan samseng-sameng kampung dusun. Nasib baik si Diego ada kat situ dan tolong dia. Diego tanya mana si Carding. Luisa bagi alasan dia yang nak balik sendiri. Si Diego kata kalau Carding benar-benar cinta sama Luisa, dia tak akan jadi bodoh suruh Luisa balik sendiri tengah malam macam ni.

~Si Tomas sempat singgah kedai beli buah, bunga dan hadiah Peping sebelum balik. Edad and family menuggu Tomas yang nampaknya macam dah lewat. Si Tomas jalan perlahan-lahan tetiba dia rasa dadanya sakit. Peping pulak heran dan tanya Edad kenapa Tomas tak sampai lagi. Edad kata kejap lagi Tomas balik.

~Si Tomas rupanya kena serang sakit jantung dan terus rebah di tengah landasan. Masa itu jugak Tomas tetiba teringat ahli keluarganya. Tomas tak sempat bangun bila keretapi malam yang melalui landasan itu terus menggilis Tomas.

~Serentak itu juga, pinggan di tangan Edad terlepas lalu jatuh pecah.

~Si Carding sibuk cari Luisa. Rakan-rakan dia tanya itu girlfriend Carding ker. Dia kata bukan tapi mereka tak percaya sebab girlfriend Carding keliling pinggang. Diego sempat belikan makanan untuk Luisa dan mereka sempat naik bus terakhir itu.

~Nene kata dia dan Peping sangat lapar dan nak makan tapi kena marah dengan Totoy. Totoy heran kenapa Tomas tak balik lagi dan dia kata nak keluar cari Tomas. Edad kata tak perlu.

~Luisa dan Diego naik bus dan bertolak bila si Carding terhegeh-hegeh baru nak sampai.

~Sedang Edad nak bersiap dengan anak-anaknya, ada ketukan di pintu. Peping sangkakan itu Tomas tapi beberapa orang datang beritahu Edad mereka bawa berita tak baik pasal Tomas. Tomas kemalangan dan Edad tak percaya.

~Totoy dan Edad ke hospital untuk mengecam mayat Tomas. Edad masih lagi tak dapat terima kenyataan yang tu mayat Tomas sehinggalah dia nampak kasut dan cincin kawin Tomas. Dia menangis terkejut bercampur sedih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2007 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by Anfield08 at 13-2-2007 11:19 PM


for me pulak i love all except Jojo & Totoy's scene .. kalau boleh nak fast forward
it was something like Cara & Gian in IMBY


Korek ka dyan. Agree with you there.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by Anfield08 at 13-2-2007 11:20 PM


kalau POS laju kena kira by Kg, mahal tu


Tak pe, suruh jer Luisa claim kat Menang later, or charge jer kat si Mimi gedix tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:33 AM | Show all posts

Reply #1628 HeavenLeigh's post

thoms dah mati...sian bapa luisa..   bencinyer ngn carding yg xd pendirian...baik luisa ngan diego...bg je ah mimi gedix tu kat carding..:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:35 AM | Show all posts



~COMING SOON~

Part 1



Part 2



Part 3

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:36 AM | Show all posts
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7


[ Last edited by  HeavenLeigh at 15-2-2007 11:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:56 AM | Show all posts

Reply #1633 HeavenLeigh's post

berpura2 betul si menang ni...meluat...mintk2 dier kalah pilihanraya tu...muahaha...:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 03:10 AM | Show all posts
Tay Tomas kena gilis ketapi ? Oh no .... tragic nye.  kejamnye scripwriter !!:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 03:11 AM | Show all posts
Originally posted by juju_amin84 at 14-2-2007 01:56 AM
mintk2 dier kalah pilihanraya tu...muahaha...:@ :@


jom kita kempen tak mo undi Menang

[ Last edited by  Anfield08 at 14-2-2007 03:12 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2007 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by Anfield08 at 14-2-2007 03:11 AM


jom kita kempen tak mo undi Menang


Hehehehe. I'm starting to miss Saling.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 08:47 AM | Show all posts
Aiyo Luisa, ko nangis pun still maintain cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 08:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by HeavenLeigh at 14-2-2007 08:47 AM
Aiyo Luisa, ko nangis pun still maintain cantik.


tu lah pasal ... stengah orang walau tak nangis tetap tak cantik

[ Last edited by  Anfield08 at 14-2-2007 09:10 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.478891 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list