CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 29-12-2013 04:15 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu PBAKL tahun depan....nak borong buku JS.....Banyak yg tak beli lagi ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 01:25 PM | Show all posts
Novel Januari


Penulis: Jill Naura
ISBN: 978-967-0508-53-5
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia) / RM24.00 (Sabah/Sarawak)




Benarkah cinta itu buta dan membutakan?
Berkahwin dengan seorang yang ego tidak termasuk dalam perancangan masa depan Zhila. Tetapi dek kejadian yang tidak terduga, Zhila berkahwin dengan pengantin bidan terjun.
Fikhri yang kecewa dengan tingkah kekasihnya mula mencipta sandiwara bahawa dia akan berkahwin agar kekasihnya itu sedar dan mengaku silap sendiri. Rupa-rupanya sandiwara Fikhri menjadi kenyataan apabila dia betul-betul berkahwin!
Maka bermulalah kehidupan rumah tangga pasangan yang asing ini. Seperti permainan Tic Tac Toe, apabila seorang memulakan langkah, yang seorang lagi menghalang atau mulakan langkah baharu. Masing-masing mahu menang. Zhila yang menjadi menantu kesayangan tidak akan mengalah pada Fikhri yang pandai berhelah.
Siapakah yang akan menang dalam permainan ini atau kedua-duanya menyerah kalah pada cinta?
* * *
JILL NAURA mencuit hati pembaca dengan gaya penulisan yang santai dan kisah yang menghiburkan dalam Tic Tac Toe.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 08:52 PM | Show all posts
Lama x menjengah je sini

Selesai membaca lelaki januari-hafizah iszahanid

Best!!
Emo nak abiskan novel ni..kesian delaila..mmg simpati kt dia dpt suami x matang gitu..
Nasib baik ada encek jiran yg prihatin...
4 bintang utk novel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 04:24 PM | Show all posts
novel akan datang...februari 2014



Penulis: Syasyaja
ISBN: 978-967-0508-54-2
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia) / RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 29 Januari 2014


begini saja, kau tunggu di sana dan aku tunggu di sini

Airis cuma gadis biasa yang cuba untuk senyum kembali selepas luka dulu. Dalam mencari senyum yang hilang, dia berjumpa dengan dia si pencuri hati dan dia si pencair hati. Dia yang mana menjadi punca senyuman di bibir selama ini?
Luth sentiasa ada yang mengejar dirinya. Tapi dalam diam, dia hanya mengejar seorang itu. Ya, seorang itu sahaja. Namun, sekuat mana pun dia mengejar, keluarga tetap menjadi keutamaan.
Akid punya senyuman pencair hati gadis. Cukup dengan senyum, si gadis pasti miliknya. Dan dengan senyuman itu, dia mencuba nasib untuk mencuri hati gadis yang itu. Tapi dalam dia cuba memikat gadis itu, ada perkara lain yang dia jumpa. Antara Pencipta dan yang dicipta, yang mana satu dia perlu dahulukan?
Walaupun dia, dia dan dia berlainan karakter, tapi mereka menyembunyikan satu rasa... rasa ingin dicintai. Namun, adakah rasa itu berbalas oleh pihak yang satu lagi?
* * *
Nukilan kedua daripada SYASYAJA ini bercerita tentang mereka yang menyimpan rasa pada si dia dalam diam dengan bahasa yang santai dan menghiburkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 04:26 PM | Show all posts


Penulis: Eyla Myra
ISBN: 978-967-0508-55-9
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia) / RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 29 Januari 2014


Kenangan... mengapa begitu kejam kau menghiris jiwa?

Sebut aje tentang Faris Iskandar, Myra Isabella terus naik angin. Mana tidaknya, dia dengan mamat bajet maco itu tidak pernah kenal erti berdamai. Sikap Faris yang suka menyakat membuatkan Myra meluat.

“Nak duduk sini boleh?”
“Kalau aku kata tak boleh, kau nak buat apa?”
“Nama I Faris Iskandar. Nak berkenalan boleh?”
“Kau nak apa sebenarnya?”
“Nak you jadi girlfriend I. Boleh?”
Pelbagai cara dilakukan Faris untuk memenangi hati Myra. Namun, saat hati Myra mula terpaut, Faris pergi meninggalkannya. Pemergian yang membuatkan dia nanar.Apabila orang yang selalu dekat dengannya ‘menghulurkan tangan’ selepas pemergian Faris, Myra mula keliru dengan perasaannya sendiri. Mampukah dia melakar impian di pelangi harapan andai sebaris nama yang masih utuh terpahat di hati itu terus memayungi kenangan semalam?

Hidup ini harus berpijak di bumi realiti. Bukan sekadar mengulit fantasi mimpi.
* * *
EYLA MYRA meletakkan asas rasional dalam bercerita tentang kenangan dan harapan seorang Myra Isabella dalam Hatiku Tertinggal di Manchester, dengan bahasa yang santai
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 12:35 PM | Show all posts
baru beli 3 novel yang promo utk Jan....
1. Tic Tac Toe
2. Lelaki Januari
3. Sehiris Bulan

hope cerita ok la.
dah lama tak memborong buku sebab buhsan storyline asek kena kawin paksa je....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2014 02:01 PM | Show all posts
Dah abis baca buku Lelaki Januari - Hafizah Iszahanaid...  macam2 rasa ada...sakit marah geram benci... terutama sekali kat wairah n tentulah juga si ali syukri... memang sesuai ler dorang ni berjodohan berdua...sekor pompuan sengal sakit jiwa dengki iri hati n sekor lagi jantan sengal bodo piang tak tetap pendirian penting nafsu n diri sendiri... dua2 ni patut di humban ke gaung....  gerammm nih.. simpati sangat2 kat laila... dua kali hati dilukai... dua kali gak akhirnya bawa diri...  sedihhhhhh..
pada kaka cite ni bestttt sangat walaupun ending dia tak macam yang kaka nak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 01:32 AM | Show all posts
asyriqa posted on 31-1-2014 02:01 PM
Dah abis baca buku Lelaki Januari - Hafizah Iszahanaid...  macam2 rasa ada...sakit marah geram benci ...

Mmg best lelaki januari...masa baca dup dap dlm dada sbb geramkan Si wairah n ali sengal tu
Tp ending dia sweet aja..asalkan bkn dgn ali syukri...br puas hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 04:10 PM | Show all posts
adalia posted on 3-2-2014 01:32 AM
Mmg best lelaki januari...masa baca dup dap dlm dada sbb geramkan Si wairah n ali sengal tu
...

dh baca jg lelaki januari... si ali tu ntah apa2, x ttp pendirian betul.
tp x puashati juga endingnya skit sgt dgn 'jiran' tu.... heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 02:25 PM | Show all posts
Akan datang Mac ini...

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 08:57 PM | Show all posts
chit_ana posted on 20-9-2013 03:48 PM
AKAN TERBIT BULAN OKTOBER INI

citanaaaaaaaaaaaaaaa

uols dh baca blom Jurutera Hati Saya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 10:13 PM | Show all posts
mazz2009 posted on 5-2-2014 04:10 PM
dh baca jg lelaki januari... si ali tu ntah apa2, x ttp pendirian betul.
tp x puashati juga endin ...

Klu dipanjangkan sikit kisah laila dan 'jiran' tu br puas hati kan
Tp mmg best la novel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 11:46 PM | Show all posts
ShaCroft posted on 16-2-2014 08:57 PM
citanaaaaaaaaaaaaaaa

uols dh baca blom Jurutera Hati Saya tu?

beli pun tak

calling @cik_surie or @adalia
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 04:40 PM | Show all posts
chit_ana posted on 17-2-2014 11:46 PM
beli pun tak

calling @cik_surie or @adalia

Dh baca...best jugak..tp dh ingat2 lupa kisah camna...
heroin nk somi keja jurutera..2 watak hero...irfan n taufik..irfan kwn sejak sekolah..asyik bertekak ja...
Bercinta ngan taufik tp dihalang keluarga..so ending bleh teka dpt kt sapa..
3 1/2 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 10:31 AM | Show all posts
ShaCroft posted on 16-2-2014 08:57 PM
citanaaaaaaaaaaaaaaa

uols dh baca blom Jurutera Hati Saya tu?

not bad cite ni.....
pilihan nk jurutera je... mula2 dgn kwn pd irfan... lupa plk nme
tp aku rs mcm x logic plk family x terima sbb keje setiausaha
mybe nk buat sbb tu xleh khwin dgn 1st jurutera ni kan ...

aku layan jeee....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 04:59 PM | Show all posts


Tajuk : Kutunggu Pinanganmu
Penulis : Fisha
Terbitan : Jemari Seni
Harga : SM RM22.00 / SS RM25.00
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2014 05:00 PM | Show all posts


Tajuk : COOPER-K
Penulis : RodieR
Terbitan : Jemari Seni
Harga : SM 23.00 / SS RM26.00

Sinopsis :

Nama:
Amilia Aisya Abdul Aziz

No Kad Pengenalan/RN:
2007345678

Tarikh:
Suatu waktu dulu... kini... mungkin selamanya....

Diagnosis:
Penyakit Rindu

**
Rx 00000

Nama saya Khairul Fairuz Muhammad. Panggil Cooper. Nak panggil awak apa? Takkan hari-hari saya nak kena panggil Cik Amilia Aisya kut?
Khair
Pegawai Perubatan Wad 7

**

Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak terdaya lagi menahan perasaannya sendiri?

Dalam tenang yang lama dicari olehnya, Khair datang mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama? Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?

***

RodieR kembali lagi dengan santai bercerita tentang Amilia atau Mia dalam Cooper-K. Mari kita ikuti kisah menarik Mia yang ceria dan sentiasa gembira dalam Nyanyian Hati itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 04:01 PM | Show all posts
rukiaichigo posted on 26-12-2013 02:44 PM
Nak rekemen novel Aduhai Redza karya Qaisy....

ni daripada website Jemari Seni;

ako tgh baca buku ni...
love it.. masih lagi part diaorg kt sekolah...
hahaha...
sgt2 happy kot...
n i love watk sam...
buat masa ni la... suke sgt nk nyibuk kan??
hahahaa.... penyeri ok...
review pasal buku ni.. tunggu habis baca... insyaAllah by this week..
ako bgi review
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 06:59 PM | Show all posts
chit_ana posted on 23-3-2014 05:00 PM
Tajuk : COOPER-K
Penulis : RodieR
Terbitan : Jemari Seni

sukaaaaaaaaaaaaaa citer ni.... hehehehe





nota kaki:
tgh dok mencarik Vise Versa tp tak jumpa lg. esok akan mulakan misi mencarik lagi... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 03:42 AM | Show all posts


Rindu kerana kamu tiada di sisi

Semusim di Divonne. Itu janji Mira untuk menemani kakaknya yang sedang sarat menunggu hari melahirkan. Musim luruh di Divonne sangat mengujakan Mira yang tak pernah mengalaminya. Namun Mira rasa terganggu dengan kelibat jiran kakaknya yang kerap kali muncul secara tiba-tiba seperti hantu.
“Nama saya Marc Francois!”
Sepanjang berada di sana, Hantu Mi Suah itu benar-benar menghantui Mira. Tapi ‘hantu’ itu jugalah yang mewarnai hari-harinya. Musim luruh di Divonne telah mencuit hati Mira dengan rasa cinta. Namun, biar hati perempuannya mudah diusik, dia cuba menafikan rasa itu. Dia tidak mahu jadi seperti kakaknya.
Kerana tidak mahu keseorangan, Mira memberikan hatinya pada Isam, kawan lama yang setia menunggunya, yang disandarkan harapan agar menjadi pelindungnya.
Adakah kisah Mira dengan Marc Francois berakhir begitu sahaja? Tu me manques. Adakah kata-kata Marc lewat kiriman poskad kepada Mira ini punya maksud tersirat?
Dan dapatkah Isam membahagiakan Mira seperti yang diharapkan?
* * *
Kali ini IKA MADERA membawa kita bercuti di Divonne. Ayuh, nikmati ‘gaya santai’ musim luruh yang mempesonakan bersama Mira dalam Semusim di Divonne.



Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia) / RM25.00 (Sabah/Sarawak)

cinta itu bukan melemahkan tapi menguatkan
cinta itu bukan menyedihkan tapi menggembirakan
dan cinta itu bukan memiliki tapi membebaskan

Gara-gara takut keseorangan, Eshan telah menyahut cabaran abangnya, Ben yang mempermainkan dirinya. Dia dengan beraninya pergi meminta anak dara orang walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun! Dan disebabkan itu juga, dia segan untuk pulang ke kampung kerana takut terserempak dengan ‘tunangnya’.
Zaara pula punya cita-cita tinggi melangit. Hasrat di hati ingin jadi jutawan. Tapi SPM tak pernah lulus! Sudahlah begitu, disuruh pula berkahwin dengan orang yang ‘meminang’ dia dulu.
Sudah namanya jodoh, akhirnya Eshan dan Zaara berkahwin juga. Yang satu malu nak menyatakan sayang, yang satu pula konon tahu semua perkara. Apabila timbul salah sangka, mulalah yang seorang begitu dan seorang begini.
kerana cinta itu datang bersama tanggungjawab
* * *
NAURAH IMAN kembali lagi dengan kisah yang lebih santai dan dekat dengan pembaca. Kisah Zaara, si tauke laksa dan Eshan, si akauntan berjaya yang belajar untuk saling mengenali diri masing-masing.


Promosi novel adik-beradik serumah penerbitan .

Novel-novel ni terbitan Mei 2014.

Kalau nak cepat dan murah, boleh pesan melalui laman web Jemari Seni. Pos percuma untuk 2 buah novel & ke atas.


p/s: Nampak perkataan Divonne, automatik terus tanya pakcik google kat mana Divonne ni.

Last edited by aylanins on 15-8-2014 04:01 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.120426 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list