CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}

  [Copy link]
Post time 8-4-2013 07:58 PM | Show all posts
orangbesi posted on 7-4-2013 12:05 AM
ahhaaa
pasal ribut kes kat sp tu kaaa

oooooooooooooooooo... gitu ehhh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 08:09 PM | Show all posts
mizzacu posted on 8-4-2013 07:58 PM
oooooooooooooooooo... gitu ehhh..

tu yg masalah nya
kat malaysia ni - manusianya hebat2
benda yg sikit..ditambah2 di riuh ribut sekampung
sedangkan ngaku islam, beriman kepada ALLAH DAN RASULNYA
tapi dok tabur fitnah, suka mengumpat, perasan je yg lebih

jadi kita kena hati2 dalam perkara khabar2 angin ni
sedangkan DOSA FITNAH TU LEBIH BESAR DARI DOSA MEMBUNUH
jauhi prasangka.......
moga kita sentiasa selamat
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 08:14 PM | Show all posts
orangbesi posted on 8-4-2013 08:09 PM
tu yg masalah nya
kat malaysia ni - manusianya hebat2
benda yg sikit..ditambah2 di riuh ribut se ...

aminnnnn aminnnnn aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 08:15 PM | Show all posts
kes lahad datu tuuuu
setakat yg diketahui saja lah ya.....
keselamatan negara tuuu
tak leh cita manyak2......nanti mau kena makan free kat dalam

apa pun
dapatkan berita dari pelbagai pihak
kaji nya dan perhatikan baik2..............memang ada udang sebalik meee tuuuuuuu




Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 10:00 AM | Show all posts
hahahahahahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:07 PM | Show all posts
ahhhhhhh 2013 makin ke penghujung

Earth still aliveeeeeeeeeeeeee and survival
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2013 07:29 PM | Show all posts
2 buah komet yang berpotensi menyinari langit 2013

Ahli astronomi dunia sedang menanti penuh harapan terhadap 2 buah komet yang bakal bersinar terang di langit pada bulan Mac dan Oktober 2013 ini.
Saya sendiri yang mengikuti perbincangan hangat mailing list comet-ml, pun agak teruja menanti kehadiran komet-komet ini, kerana amat jarang sekali komet yang muncul di langit kita ini cerah dan mudah dilihat dengan mata.
Masih ingatkah Komet McNaught yang muncul dengan begitu cerah sekali pada tahun awal tahun 2007 lalu?Lihat sahaja foto-foto komet ini. Siapalah yang tidak seronok jika dapat lihat dengan mata kepala sendiri!
Namun, komet ini sejenis makhluk yang cukup sukar untuk mengagak kecerahannya. Ia terdiri daripada debu dan ais. Disebabkan ia amat jauh dan kecil, adalah hampir mustahil untuk kita di Bumi dapat mencongak jumlah sebenar ais dan debu, yang mana ia akan ada kesan secara langsung terhadap kecerahannya nanti.
Bagaimana pula dengan 2 komet yang akan muncul tahun 2013 ni nanti?
Komet yang pertama ialah Komet C/2011 L4 PanSTARRS.
Comet PanSTARRS on September 4, 2012 as seen from Puerto Rico. Credit: Efrain Morales/Jaicoa Observatory.
Petikan dari laman UniverseToday di bawah:
Comet C/2011 L4 PanSTARRS (or PanSTARRS for short), trying to ascertain just how bright this comet may become. It will come within 45 million kilometers (28 million miles) of the Sun on March 9, 2013, which is close enough for quite a bit of cometary ice to vaporize and form a bright coma and tail..
45 juta km dari matahari tu, sebenarnya meletakkan komet ini lebih dekat dengan matahari berbanding planet Utarid! Ini sungguh menarik sekali kerana selalunya apabila komet berada amat hampir dengan matahari, jumlah ais yang terpeluwap amat banyak, dan berpotensi menjadikannya amat cerah.
Bulan Mac tu pun tak lama lagi… tak sampai 3 bulan dari artikel ini ditulis. Oleh itu, tidak salah kita bersiap sedia dengan kamera dan sama-sama cuba menjejaki komet ini nanti.




Komet yang kedua pula ialah Komet C/2012 S1 (ISON) atau lebih senang kita panggil Komet ISON. Di bawah merupakan petikan laporan dari UniverseToday.


The comet, named Comet C/2012 S1 (ISON), as it was discovered by a Russian team at the International Scientific Optical Network (ISON), is currently about the distance of Jupiter’s orbit. But it is projected to come within less than 2 million km from the Sun at perihelion by November 28, 2013. Ernesto Guido and Giovanni Sostero from the Remanzacco Observatory in Italy, along with their colleague Nick Howes from the UK have imaged the comet with the RAS telescope in New Mexico, and say, “According to its orbit, this comet might become a naked-eye object in the period November 2013 – January 2014. And it might reach a negative magnitude at the end of November 2013.”

(Foto diatas diambil pada 22 Sep 2012 lepas)


Nov 2013 masih jauh lagi, hujung tahun nanti. Namun, jika kita lihat laporan di atas, komet ini akan berada kurang 2 juta km sahaja daripada matahari! Ini jauh lebih dekat daripada Komet PanSTARRS. Kecerahannya yang dikatakan mencapai nilai negatif dalam skala kecerahan objek-objek langit (maknanya amat terang lah tu!).
Oleh itu, kita sama-sama tunggu dengan penuh debaran dan berdoa agar dapat diberi peluang menyaksikan sendiri keindahan objek yang bernama komet ini.
Saya akan kemaskini dari semasa ke semasa maklumat komet ini di laman web ini, termasuk peta bintang untuk mencari kedudukan komet ini dari langit Malaysia,  InsyaAllah.


http://falakonline.net/semesta/2013/01/2-buah-komet-yang-berpotensi-menyinari-langit-2013/

Last edited by contactlens on 23-8-2013 07:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 07:34 PM | Show all posts
Komet PanSTARRS akhirnya menampakkan diri di langit Malaysia

Setelah berulang-alik dari KL ke Teluk Kemang, sebanyak 5 kali dalam masa seminggu, akhirnya semalam (8 Mac 2013), Komet PanSTARRS berjaya juga kelihatan dan dirakam.
Suasana yang pada mulanya tidak begitu baik, namun menjelang Maghrib, awan-awan mula beralih dari lokasi komet itu berada.
Saya rasakan keadaan ufuk yang kurang berjerebu atau haze-free, berbanding 4,5 hari lepas, membolehkan komet ini kelihatan jelas dengan contrast yang agak tinggi.
Foto di atas ialah antara 6 frame yang mengandungi komet tersebut. Saya terpaksa juga buat post-processing yang agak agresif bagi ‘menampakkan’ komet ini dengan lebih jelas.
Dalam sehari dua ini, ia akan berada pada puncak ketinggian di ufuk barat, sebelum ia mula kembali rendah ke ufuk sebelah kanan matahari. Oleh itu, masih ada peluang untuk mencari komet ini di langit Malaysia.
Foto di atas diambil oleh CK Lim, dari Perseid Telescopes di Pulau Pinang. Jauh lebih jelas suasanannya berbanding dari Teluk Kemang.

Foto ini pula dari Veerayen Mohanadas di Kulim, Kedah. Ia dipaparkan di laman web Spaceweather.com
Harris McHorror turut berjaya merakamnya di celah-celah awan semalam dari lokasi Papar, Sabah (Foto atas).

Pak Aziz (aka mymoon) turut berjaya merakamnya dari Teluk Kemang semalam. (Foto atas)
Nampaknya tarikh semalam merupakan tarikh keramat yang mana Komet PanSTARRS mula menonjolkan diri kepada langit Malaysia!

http://falakonline.net/semesta/2013/03/komet-panstarrs-akhirnya-menampakkan-diri-di-langit-malaysia/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2013 07:36 PM | Show all posts
Komet ISON diintai Hubble
Wow! Lihatlah sahaja foto Komet ISON yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble, pada 10 April lepas.
Photo Credit: NASA’s Hubble Space Telescope provides a close-up look of Comet ISON (C/2012 S1), as photographed on April 10, when the comet was slightly closer than Jupiter’s orbit at a distance of 386 million miles from the sun. Credit:NASA, ESA, J.-Y. Li (Planetary Science Institute), and the Hubble Comet ISON Imaging Science Team.


Walaupun komet ini berada pada jarak sejauh planet Musytari, iaitu pada kedudukan 634km JUTA km dari Bumi, ia sudah pun menunjukkan ciri-ciri yang begitu aktif.


Kiraan kasar oleh ahli astronomi, berdasarkan foto ini, menunjukkan nuklues Komet ISON ini mempunyai saiz sekitar 4-6 km sahaja.
Ini boleh dianggap kecil, dan tidak sepadan dengan tahap aktiviti yang sedang menggila sekarang.
Kenapa saya katakan ‘menggila’?.  Berdasarkan laporan saintis, koma (debu gas disekeliling nuklues) komet ini sudah pun lebih besar saiznya daripada benua Australia! Itu belum lagi panjang ekornya, yang dikatakan mencapai panjang 92,000km!


Komet ISON ini termasuk di dalam kumpulan komet yang dipanggil sungrazers. Apabila ia ‘corner baring’ ketika ia bergerak dan berpusing begitu hampir dengan matahari pada bulan November nanti, ais-aisnya akan meruap akibat suhu yang amat panas daripada matahari.

Rajah menunjukkan orbit komet ISON yang sungguh elips. Pada kedudukan perihelion, ia berada jauh ke dalam daripada orbit Utarid!
Andaikata ia ‘selamat’ iaitu tidak hancur sepenuhnya selepas pusingan maut itu tadi, diramalkan ia akan bersinar hampir 10 kali jauh lebih terang daripada cahaya Bulan purnama!


Jika dapat dilihat di langit ketika itu, ia akan kelihatan seperti sebuah bintang fuzzy yang terang menyinar disebalik langit biru waktu siang!
Walau apa pun, kita tunggu sahaja bulan-bulan mendatang, kerana sebagaimana diceritakan sebelum ini, komet ialah sebuah makhluk yang amat sukar diramal perubahannya. Ia mungkin menjadi terang penuh gilang gemilang atau sekadar setitik ‘bintang’ yang kelam sahaja!
Saya secara peribadi mendoakan agar komet ISON ini akan menjadi jauh lebih awesome berbanding komet PanSTARRS sebelum ini!

Sumber:


http://falakonline.net/semesta/2013/04/komet-ison-diintai-hubble/
Last edited by contactlens on 23-8-2013 07:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 07:45 PM | Show all posts
Prospek kurang memberangsangkan untuk Komet ISON
TERKINI

Komet C/2012 S1 ISON yang digelar sebagai “The Comet of The Century” dan dijangkakan akan menjadi secerah “Bulan Purnama”, nampak gayanya tidak akan mencapai jangkaan itu, jika kajian baru-baru ini diambil kira. Malah ia mungkin akan hancur SEBELUM ia mencapai kedudukan perihelion kelak (iaitu poin paling hampir dengan matahari).


Menurut ahli astronomi yang juga pakar komet, Dr. Ignacio Ferrin dari Institute of Physics of the University of Antioquia, di Medellín, Colombia, trend peningkatan kecerahan Komet ISON sejak 13 Jan 2013 lepas sehingga sekarang, menunjukkan ia kekal pada tahap yang sama.
Secara amnya, apabila sesebuah komet semakin menghampiri matahari, kecerahannya akan bertambah setiap hari.
“tidak mungkin komet ini akan menjadi seterang bulan purnama”, tegas beliau.

SEJARAH

Pada 2 September 2012 lepas, 2 orang ahli astronomi Rusia telah menemui Komet ISON. Apabila orbitnya dikira, ahli astronomi semua sedar bahawa pada 28 Nov 2013 nanti, komet ini akan melintasi matahari pada jarak 1.3 diameter matahari sahaja. Dalam erti kata lain, ia akan berada teramat hampir dengan matahari.

PERNAH BERLAKU

Perilaku Komet ISON ini serupa dengan apa yang berlaku dengan sebuah lagi komet sebelum ini, iaitu Komet C/2002 O4 Hönig, yang mana ia kekal pada kecerahan yang sama selama 52 hari sebelum ia hancur dan hilang dari pandangan.

Cuma di dalam kes Komet ISON, jumlah bilangan hari ia kekal dalam kecerahan yang sama, lebih lama iaitu 132 hari (sehingga artikel ini ditulis).





(Atas: Komet C/2002 O4 Hönig yang hancur ketika menghampiri perihelion)

TIDAK PASTI

Ketika ini, Komet ISON berada di belakang matahari, dan hilang dari pandangan kita di Bumi. Ahli astronomi masih tidak tahu keadaan sebenar komet ini sehinggalah ia keluar dan jauh dari silauan cahaya matahari dalam masa sebulan dua ini.


CABARAN

Jika Komet ISON tidak hancur sebelum ia mencapai perihelion nanti, ia masih lagi terpaksa melalui 2 lagi cabaran besar.

Pertama ialah suhu yang melampau, sekitar 2700 darjah celcius, apabila ia menghampiri matahari nanti. Pada tahap suhu ini, besi pun boleh cair, apatah lagi debu dan ais yang membentuk komet ini!

Kedua, komet ini akan melepasi suatu kawasan sempadan di matahari yang dipanggil Had Roche (Roche’s Limit). Sebarang objek yang melepasi sempadan ini akan mengalami kesan graviti matahari yang amat kuat dan boleh merobek-robek nukleus sesebuah komet!


HARAPAN

Saya secara peribadi mengharapkan Komet ISON akan bersinar terang nanti. Kali terakhir sebuah komet yang menyinari terang dan boleh dilihat jelas dari Malaysia ialah Komet Hale-Bopp pada tahun 1995. Jangka masa 18 tahun cukup lama untuk menunggu.

Ditambah lagi dengan ‘kekecewaan’ terhadap ‘prestasi’ Komet PanSTARR baru-baru ini yang tidak begitu gah dan hebat seperti yang diramalkan.

Namun, itulah keseronokan mencerap komet. Tidak ada yang pasti dan konklusif. Ia begitu dinamik dan sentiasa menyimpan rahsia serta mempu memeranjatkan kita di saat-saat yang tidak disangka-sangka.

Sumber


http://falakonline.net/semesta/2013/07/prospek-kurang-memberangsangkan-untuk-komet-ison/
Last edited by contactlens on 23-8-2013 07:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 07:54 PM | Show all posts
kalo komet ISON ni x lebur adakah ini bintang berekor yg macam di sebut dalam hadis nabi..

Dalam beberapa riwayat, antara tanda kedatangan al-Mahdi adalah munculnya bintang berekor (komet) yang sangat terang;

Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi.  Bintang itu berekor".  Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Sebenarnya pembahasan lengkap tentang bintang berekor sudah termaktub dalam kitab al-Jufr yang ditulis oleh Saidina Ali k.a.w. dan di dalam beberapa manuskrip yang lain.

Saidina Ali k.a.w. mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.  Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah.  Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar.  Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.  Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya.  Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat".

Last edited by contactlens on 23-8-2013 07:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 10:05 AM | Show all posts
Hizbullah (Libanon) ancam serang Makkah Madinah





FAIZ Syakir, salah seorang jurucakap Hizbullah (Libanon,bercakap secara langsung dalam sebuah rancangan tv di OTV.


“Hizbullah tidak akan dapat dimusnahkan. Hizbullah pasukan terkuat di kalangan negara-negara Arab. Lebih kuat daripada seluruh peradaban di dunia dari segi ekonomi, kekuatan militer dan sosial,” ujar Syakir, dan kemudian rakamannya juga beredar di youtube.


Kenyataan Syakir ini sehubungan dengan adanya ancaman Bandar bin Sultan—putera mahkota Raja Qatar yang akan menyerang Basyar al-Assad.

“Apa lagi yang kalian pikirkan? Kami tidak takut pada ancaman itu? Bahkan kami tidak takut pada Saudi, sekalipun dengan seluruh kekuatannya, dari raja hingga rakyat mereka yang terakhir. Mereka fikir, mereka siapa?”


“Jika mereka mengebom Gunung Qasiun di Damaskus, pusat kekuatan militer Basyar, maka kami akan menyerang Mekah di depan kepala mereka sendiri!”

Wartawan yang tersentak melontarkan pertanyaan, “Mekkah? Bukankah itu tempat suci bagi mereka ?”


“Biarkan saya berbicara. Saya tidak peduli lagi semuanya. Ini fakta. Kami akan memusnahkan Mekkah dan Madinah, juga Jeddah dan Riyadh, dengan semua yang ada di dalamnya, yang tinggal dalam kota-kota ini. Ini fakta dan strategi kami. Keberadaan kami lebih penting dari ‘batu-batu’ dan ‘bukit-bukit’ mereka.”


Wartawan yang masih dalam keadaan terkejut, kembali bertanya, “Siapa yang akan memusnahkan Mekkah? Iran? Suriah? Hizbullah? Tempat itu adalah tempat suci bagi mereka…”


“Saya tidak akan mengatakannya. Tapi jika mereka mengancam kami, kami tahu bagaimana membalas ancaman itu,” demikian Syakir.


[islampos/youtube]


http://islampos.com/jubir-hizbullah-jika-mereka-membom-gunung-qasiun-di-damaskus-kami-akan-serang-mekkah-74968/






Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 12:06 PM | Show all posts
Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi

“ Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka. (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)


“ Pada suatu hari tubuh Rasulullah SAW bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, yaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Ka'bah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Ka'bah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah SWT akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.(HR. Bukhary, Muslim)


“ Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Ka'bah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi. (HR. Muslim)

Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi. (HR. Muslim)

Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam (Palestine, Syiria, Jordan, dan Lebanon)  ke Baitullah (Ka'bah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka. (HR. Ahmad)

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

“Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

“Akan dibaiat seorang laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Ka'bah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud)

“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum (Romawi), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim 5161)




*kesimpulan aku dari hadis2 di atas

1. Makkah Madinah akan diserang oleh suatu kumpulan

2. Berlaku perselisihan selepas kamatian seorg pemimpin..mungkin perebutan kuasa di arab saudi @ kematian ketua2 negara arab yg sedang berperang sekarang

3.  Kumpulan yg di hantar menangkap imam mahdi adalah org islam dari syam (Palestine, Syiria, Jordan, dan Lebanon)x tau negara mana yg htr tgkp org tu..

4. imam mahdi akan mencari perlindungan/ lari ke baitullah (makkah) bersama kumpulan kecil (pengikut)..imam mahdi akn ke madinah dulu sblm lari ke makkah

5. imam mahdi akan di bai'at secara paksa oleh beberapa org penduduk Makkah sahaja..(yg bukan duk makkah tu tuggu je la kuar berita dulu baru join..tu pun kalo kuar bitanye mana la tau kot2 kalo komet ison tu jadi kuar pas tu jd bencana lak (kalo x jadi pape lg bagus).. tiba2 black out 1 dunia.. x leh nk forum dah )

6. Perang akan bermula di jazirah arab sebelum merebak ke negara lain...dan akan mengorbankan ramai umat islam..dan ramai org islam akn lari dan murtad dlm peperangan tu..

7. Perang mungkin mengambil masa bertahun2 sebelum turunya nabi Isa a.s. dan kuarnya Dajjal..

8. imam mahdi, nabi isa dan dajjal x kuar tiba2 lepas muncul suma tanda2 tu..ni bukan filem holiwud..jarak masa mahdi kena kejar..lari ke madinah/makkah..di bai'at secara paksa tu pun x tau bape lama..

9. ni cuma pandangan aku saja..bukan mesti betul..suma org ada pendapat masing2..aku saje je syer ape yg aku pk n baca

peta negeri syam hasi gugelan

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 01:55 AM | Show all posts
Rasa terpanggil nak naikkan balik thread ni.. harap forumer tegar thread ni dulu masih aktif..

@contactlens  @razhar  @laxmanall  @neofim  @ombak_rindu  @dina_alea  @sofiera  @perembes  dan yang lain2 yg tak disebutkan nama.. komen sikit kalo u all free..



Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lainnya dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Tidak akan terjadi kiamat hingga Romawi datang ke daerah Al-A'maq "

Dimanakan Al-A'maq? Al-A'maq atau Dabiq aialah daerah dekat Aleppo di Syria.

Dabiq = satu daerah di utara Syria.



Siapakah bangsa Romawi? Bangsa Romawi atau disebut kaum kuning saat ini adalah bangsa Eropah dan Amerika.

So, Romawi = Amerika.

Selanjutnya sila tonton video ini;

Klik sini. Tak reti nak paste video. huhu


Sekarang ni betul2 depan mata & telinga, Amerika nak serang Syria. What's next??

Syria, Mesir, Palestin dan negara Timur Tengah yg lain pun bergolak. Syiah makin berleluasa. And at the same time kebangkitan Islam makin terasa. Rasa macam makin hampir ke waktu itu.. huhu

Tanda2 kecil kiamat berlaku dalam tempoh yg panjang. Manakala tanda2 besar pulak berlaku dalam tempoh yg cepat, one after another seperti butiran tasbih yg berjatuhan setelah putus.

Kalau la semua ni betul2 berlaku tak lama lagi.. bersedia kah aku?



Last edited by manganini on 3-9-2013 02:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:16 AM | Show all posts
Ni copy paste dari FB:

RANCANGAN JAHAT SYIAH TERHADAP ISLAM

Iran-BERJAYA
Irak - BERJAYA
Azerbaijan - BERJAYA

Bahrain - GAGAL
Turki - GAGAL

Yaman - Dalam proses
Syria - Dalam proses
Mesir - Dalam proses

Malaysia - Akan datang
Indonesia - Akan datang
Singapura - Akan datang



Pernahkah terpikir kalau Malaysia yg 'aman damai' ni jadi mcm Syria?
takut tak, takut tak..ke tak takut.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
manganini posted on 3-9-2013 02:16 AM
Ni copy paste dari FB:

RANCANGAN JAHAT SYIAH TERHADAP ISLAM

sy ada sesuatu nk syer..bkn tntg syiah tp lbh kpd tnda2 kmnculan imam mahdi..mudah2an kita lbh takut dan giat mmbuat persiapan mghadapi musibah dan kematian yg bila2 masa saja akn tiba..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 11:58 AM | Show all posts
contactlens posted on 3-9-2013 07:29 AM
sy ada sesuatu nk syer..bkn tntg syiah tp lbh kpd tnda2 kmnculan imam mahdi..mudah2an kita lbh tak ...

Silakan-silakan, segera maklumkan. ....Macam tak lama lagi

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 05:28 PM | Show all posts
menarik tetiba datang rasa keinsafan....
ya Allah kuatkan imanku .....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 05:40 PM | Show all posts
contactlens posted on 3-9-2013 07:29 AM
sy ada sesuatu nk syer..bkn tntg syiah tp lbh kpd tnda2 kmnculan imam mahdi..mudah2an kita lbh tak ...

silakan share apa2 je yg berkaitan.. jom diskusi2..
..

saya pun ada something nak share, cuma takut tak sesuai ditulis secara terbuka kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 05:45 PM | Show all posts
postingberkaitan "pemuda yg bermimpi Rasulullah" dlm blog yg sy jumpa niagak berterabur...jadi sy ambil sebhagian dan susun semula mngikut kesesuaian..

Saya mengenal Muhamad awal tahun ini (2013)walaupun sebenarnya saya telah mencarinya sejak tahun lepas (2012). Di takdirkanTuhan, kami bertemu. Dia pun kemudian mengaku bahawa dialah pemilik dua mimpi yang saya cari-cari selama ini.

Beliau orang biasa, dari kampong biasa dan dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Ayah & ibunya telah meninggal dunia. Ayahnya dahulu seorang pegawai kerajaan. Ibunya pula seorang surirumah sepenuhmasa.



Muhamad ini enam beradek. Seorang daripadanya telah meninggal. Dia anak yang kelima. Pada saya, dia hanya manusia biasa.Tidak ada apa-apa keistimewaannya. Kakek buyut (moyang)nya dari sebelah ibunya berasal dari ArabYaman. Entah dia ahlul bait atautidak, saya pun tak pasti. Dia pun tak mengabarkannya.



DIA HANYA MANUSIA BIASA


Dia pun tak mempunyai apa-apa gelaran di depannamanya. Tak ada sebutan habib, syeikh, sayyid atau lainnya. Namanya bermuladengan Muhamad. Itu sahaja.



Kenapa saya menganggap dia bakal Imam Mahdi? Semuanya berdasarkankepada 2 mimpinya yang hebat.

Saya mulakan kisah kali ini dengan kisah pribadinya bermimpi bertemu RasulullahSAW pada usia 13 tahun. Selepas saya memberi tafsirannya, saya menyuruh diabeterusan mencari guru-guru lain  untuk mentafsir mimpi itu danmimpi-mimpi lain yang berkaitan.


berikut ialah mimpi beliau


MIMPIPERTAMA
Assalamu’alaikum, maaf pernah tahu tafsirmimpi bertemu rosululloh sedang duduk di kursi raja dan saya memeluk beliau.?


MIMPI KEDUA

saya mimpi memakai jubah dan surban biru milik bapak dari Syekh AbdulQadir ra, dan saya dipanggil ke masjid beliau katanya, setelah sampai ternyatamasjid nya bapak dari syeh Abdul Qadir ra,tersebut mirip masjid nabawi.(masihdi mimpi),
Semalam, Selasa 19/8/2013, Muhamadmenceritakan kepulangannya balik ke kampong. Dia menceritakan kisah mimpinyaberjumpa Rasulullah SAW kepada seseorang yang pada anggapannya, adalah seorangwali. Mari dengarkan.



Assalamualaikum bah, saya di XXXXX  ketemu lagi dengan yang saya sebut insya Alloh beliau waliyulloh yang menyuruh saya puasa, saya baru cerita mimpi bertemu rasul itu, saya disuruh bertanya kepada orang yang pernah mimpi bertemu rasul,saya di suruh bertanya begini, apa ciri khusus pada rasululloh waktu kita temui di mimpi, katanya biasanya ciri khusus itu pasti ditemui sama oleh sesama orangyang pernah mimpi bertemu rasululloh.


Apakah ciri khusus pada rasululloh itu bah?



Sayamelayaninya dengan sikap seorang bapa. Padanya saya berikan kata-kata lembuttetapi tegas seperti berikut .

Sepatutnyakamu sudah tahu sejak dahulu tentang itu. Tetapi kamu memang seorang tawadhuk. Cirikhusus itu ada 2 perkara. Paling utama (tersirat)  ialah kamu merasatenang dan sejuk saat menemuinya, manakala ciri khusus yang kedua(tersurat)  ialah baginda berada di kerusi raja di dalam mimpimu.  Bilakamu datang memeluk baginda di kursi raja, bererti kamu juga bakal menjadiraja.



Cirikhusus pertama itu sama pada semua keadaan, tetapi ciri khusus kedua  ituberbeza-beza menurut mimpi yang kita alami. Ada masanya, kita akan melihat baginda sedang berperang, bersampan, berkhutbah atau sebagainya. Ada masanya juga kita dapat melihat mata baginda, gigi baginda, lidah baginda atau apa sahaja. Itulah ciri khusus yang patut menjadi focus sesuatu tafsiran mengenai baginda.



Iya bah terima kasih, kalo kata dia ciri khusus pada diri rasul saat kita temui itu.Saya tidak sebutkan, maka dari itu, saya disuruh tanyakan pada yang pernah bertemu rasul dalam mimpi. Saya di suruh banyakin istighfar untuk keseimbangan katanya



Ciri spesifik pada diri rasul dalam mimpi itu ada katanya, tetapi dia gak berani tunjukkan karena bukan bagiannya dia katanya, ya saya nurut saja, saya tanya kan ke abah


Wallohua'lam

Last edited by contactlens on 3-9-2013 05:51 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.177310 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list