|

HIBURAN»Selebriti
Isnin, 8 Januari 2018 | 10:01pm

Neelofa mula tugas bersama AirAsiaOleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, hari ini memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia.
Bintang jelita yang turut dikenali sebagai usahawan berjaya itu, berbuat demikian dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan itu di ibu pejabat AirAsia dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Pembabitan Neelofa bersama syarikat penerbangan tambah rendah terbaik dunia itu selaras pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes, pada 8 Disember lalu, yang menganggap pelantikan beliau sebagai antara usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenamanya.
Selepas acara berakhir, Neelofa yang kelihatan begitu tenang sepanjang hampir lima jam mesyuarat berlangsung, sempat meluangkan masa beramah mesra dengan hampir keseluruhan ahli keluarga besar syarikat penerbangan terbabit.
Ditanya perasaannya julung kali membabitkan diri dalam EGM syarikat yang diasaskan 24 tahun lalu itu, Neelofa berkata, ia pastinya pengalaman sungguh menakjubkan.
Sempat membuat sedikit ulang kaji mengenai AirAsia dan dunia penerbangan, beliau ternyata mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran dan tugas baharunya itu.
"AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya kini semakin yakin, mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang. AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat bersemangat dan kreatif.
"Pastinya, pengalaman ini saya akan simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain juga. Tirai 2018 dibuka dengan jayanya," kata Neelofa, 28.
Sebulan lalu, AirAsia mengumumkan pelantikan pelakon terkenal itu sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutifnya. Pelantikan itu diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah.
Tony dalam kenyataan yang dikeluarkan ketika itu berkata, pihaknya gembira dan mengalu-alukan pelantikan pengacara program Meletop berkenaan.
"Pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama akan menjadi sesuatu yang tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami ketika sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital.
"Neelofa juga seorang yang sangat pintar, muda dan bebas - menepati apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik, dipercayai dan dihormati di dunia.
"Reputasinya sebagai antara usahawan wanita terkemuka di negara ini, selain tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan menjadi inspirasi kepada kami," katanya.
1153 dibaca
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks @washere2 for the update. Mmg kalau thread yg takde caci maki or provoke ni mmg ssh nk bnyk follower or view kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by washere2 at 9-1-2018 06:22 PM
ShiLiu replied at 9-1-2018 08:47 AM
Thanks @washere2 for the update. Mmg kalau thread yg takde caci maki or provoke ni mmg ssh nk bnyk f ...
Tak kisah. Suka share news lofa. Of course tak ada sambutan klu niat utk mencaci. Tentu sakit mata & hati membaca dimana2 lebih2 lagi media arus perdana kerap siar cerita2 lofa yg di mata hati yg bersih patut timbul rasa kagum, tak mungkin dicapai pd kebykan org di usia 28thn. Mencaci ke thp melulu pun ada. Habis lumat caci di Ig Meletop ckp last wk pakai kain/skirt singkat nampak betis, hari ni lofa post siap fokus kat but dia yg tutup kaki. Sampai tak boleh beza dah diorg ni warna but leather dgn warna kulit |
|
|
|
|
|
|
|
washere2 replied at 9-1-2018 06:12 PM
Tak kisah. Suka share news lofa. Of course tak ada sambutan klu niat utk mencaci. Tentu sakit ma ...
Betul sgt tu..I yg baca psl her achievement pn tumpang bangga. Cuma tak sanggup baca kat iG meletop. Seremmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
such an idol this lady on her achievements. |
|
|
|
|
|
|
|
washere2 replied at 9-1-2018 06:12 PM
Tak kisah. Suka share news lofa. Of course tak ada sambutan klu niat utk mencaci. Tentu sakit ma ...
I ada je follow thread ni. Tak kisah lah kan kita2 je. Asalkan bila baca posts kat sini, tenang2.... |
|
|
|
|
|
|
|
 PELAKON dan pengacara Neelofa hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia, selepas menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan itu di Ibu Pejabat AirAsia, KLIA, Sepang, pagi semalam. Pembabitan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, selaras dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada 8 Disember lalu yang menganggap perlantikan wanita cantik itu sebagai satu usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenama syarikat tambang murah terbaik dunia itu.
Berkongsi perasaannya, Neelofa berkata, ini pertama kali dia membabitkan diri dalam EGM AirAsia dan pastinya ia satu pengalaman yang sungguh menakjubkan.
“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya yakin mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang. “AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat dedikasi dan kreatif. Pastinya pengalaman ini akan saya simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain,” katanya. Neelofa akui tiada masalah menyesuaikan diri dalam persekitaran dan tugas barunya itu. Selesai majlis, Neelofa kelihatan begitu tenang sepanjang hampir lima jam mesyuarat dijalankan. Malah Neelofa sempat meluangkan masa beramah mesra dengan hampir keseluruhan ahli keluarga besar AirAsia.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 5:23 PM

By Aref Omar - January 9, 2018 @ 1:14pm
KUALA LUMPUR: Popular TV host and actress Noor Neelofa Mohd Noor sure is flying high in 2018, both literally and figuratively.
One of her recent pictures on her Instagram account see’s the successful 28-year-old entrepreneur comfortably floating in a hot air balloon in the skies over Dubai.
In a tweet from her personal Twitter account yesterday, Neelofa wrote: “5.4 million on Instagram! What a way to start my 2018! Here’s to more adventures and successes this year, with you guys! Thank you guys!”
An earlier tweet on Sunday also saw her gush about her new role as a non-executive independent director for AirAsia. In it she wrote: “New year, new role! Started my first day with @AirAsia with the first meeting of 2018 this morning! I am blown away by how wonderful everyone is! So thrilled to be a part of the World’s Best Low Cost Airline!” A news report by BH Online yesterday highlighted the beautiful starlet’s first day on the job as she officially took on the position by attending an extraordinary general meeting in AirAsia’s headquarters at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) in Sepang. Neelofa was said to have been calm and composed after the five-hour meeting had ended. “Air Asia has been really warm and welcoming towards me. All of the ideas and views from the various individuals that were present were taken into consideration. This made me even more confident of the fact that AirAsia certainly has the capability to rise up and stand tall, like it currently does, on an international platform,” she said. Her appointment was announced by the company’s group CEO and co-founder, Tan Sri Tony Fernandes on Dec 8. The popular host of Meletop added that the company, which has been around for the past 24 years, is peopled by highly creative, inspired and motivated individuals. “I’m certain that the experiences that I gain from this endeavor will be shared and utilised for the betterment of myself, my businesses and for other people as well. 2018 has certainly unveiled itself in the most triumphant way possible so far,” she said.
       
|
|
|
|
|
|
|
|
lam x jenguk sini.....mmmmuuaaaaahhhh
 |
|
|
|
|
|
|
|
si comel lote yg successfull

|
|
|
|
|
|
|
|
Neelofa buka tirai 2018 dengan jaya [size=0.75]09 Januari 2018 5:04 PM [size=0.75] KUALA LUMPUR 9 Jan.- Pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa berkongsi keterujaannya apabila memulakan tugasnya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia semalam.
Neelofa, 29, menyifatkan pengalaman pertama kali menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa kumpulan syarikat penerbangan itu di Ibu Pejabat AirAsia, KLIA sebagai sesuatu yang menakjubkan. “Pastinya satu pengalaman yang sungguh menakjubkan. Saya sempat membuat sedikit kajian mengenai AirAsia dan dunia penerbangan, Alhamdulillah, tuhan mempermudahkan urusan menyesuaikan diri dalam persekitaran dan tugas baru itu.

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya lebih yakin mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang. “AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat sungguh berdedikasi dan kreatif! Pastinya, pengalaman ini Lofa akan simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain. Tirai 2018 dibuka dengan jayanya,” katanya. - UTUSAN ONLINE
[size=0.75]
[size=0.75] Neelofa terima anugerah
[size=0.75]12 Januari 2018 12:09 PM [size=0.75] [size=0.75]KUALA LUMPUR 12 Jan.- Pengacara popular dan ikon usahawan, Neelofa membuka tirai 2018 dengan menerima Anugerah Grandeur and Elegante Antarabangsa di atas kejayaannya mengemudi jenama Naelofar Hijab.Neelofa, 29, berkata, penghargaan tersebut amat bermakna dan membuka lebih banyak platform untuk membawa jenamanya ke peringkat yang lebih tinggi.“Tahniah kepada semua yang selama ini membantu saya dalam melebar luaskan lagi jenama Naelofar Hijab. “Ini bukan titik terakhir sebaliknya membuka lebih banyak pintu untuk saya meneroka lebih banyak peluang yang ada,” katanya kepada UTUSAN ONLINE. Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka negara itu juga mengiktiraf beberapa usahawan dan personaliti dalam serta luar negara. - UTUSAN ONLINE [size=0.75] Neelofa mahu buka pusat al-Quran
[size=0.75]12 Januari 2018 5:24 PM [size=0.75] [size=0.75]KUALA LUMPUR 12 Jan.- Pengacara dan usahawan terkemuka, Neelofa menyimpan hasrat untuk membuka sebuah pusat al-Quran yang sudah lama diimpikan. Jelas Neelofa, 28, sedari dahulu dia sememangnya mahu membuka pusat al-Quran namun bukan dalam masa terdekat.“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu. “Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian tersebut. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” katanya kepada UTUSAN ONLINE. Beliau ditemui ketika menghadiri pentas akhir Pencarian Gadis Panca-NR 2017 di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah love for the great achievements in january..more to come for sure |
|
|
|
|
|
|
|
  
Neelofa Simpan Hasrat Buka Pusat Pengajian Al-Quran
[size=11.008px]Oleh: [size=11.008px]NUR ASYIKIN MAYUDIN
[size=11.008px][email protected]
Sabtu, 13 Januari 2018 6:25 AM
 Neelofa tidak akan meninggalkan dunia seni selepas berjaya sebagai usahawan.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
PENGACARA dan pelakon popular, Noor Neelofa menyimpan hasrat untuk membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran. Bagaimanapun, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 29, berkata dia mahu memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum menunaikan hasrat itu. "Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu. "Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” kata Neelofa kepada mStar Online.

Neelofa Neelofa ditemui ketika menghadiri pentas akhir Pencarian Gadis Panca-NR 2017 di Ibu Pejabat Utusan Malaysia, Kuala Lumpur pada Jumaat. Dalam pada itu, pelakon drama Red Velvet ini mahu memberi fokus utama dalam perancangan perniagaan tudungnya, Naelofa Hijab dan komitmennya terhadap syarikat penerbangan Air Asia. Namun, ia tidak bermakna Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia ini mahu meninggalkan dunia seni. "Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi. "Tapi itu tidak bermakna saya tinggalkan dunia seni. Jika ada tawaran yang bagus dan baik, Insya-Allah saya akan terima,” ujarnya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... R5bVpEGJqkP27xbU.99
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow..more to come. I’m sure |
|
|
|
|
|
|
| |
|