Post Last Edit by bunick at 17-8-2010 09:14
Itu kejadian yang berlaku tiga hari lepas, namun sehingga kini Hijjaz masih belum dapat melupakan kejadian yang berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Sempat lagi pemilik nama Miko Hayati buat adegan sedih kat KL Sentral. Lepas tu tau pulak lari bila dia gertak sikit je. Tersungging senyum di bibir Hijjaz bila teringatkan kembali ‘isteri’ nya itu.
“Adik senyum sorang-sorang ni kenapa? Takkan dah jumpa Lailatul Qadar kot masa pergi terawih tadi?” Datin Suziah menegur Hijjaz yang tersenyum seorang diri. Dia meletakkan dulang yang berisi tiga biji mug di atas meja taman.
“Ish mak ni, buat adik terkejut je…” Hijjaz membetulkan duduknya. Kan dah kantoi dengan mak.
“Mak nak dapat menantu ke dik?”
“Ada pulak nak dapat menantu mak ni. Patutnya mak tanya abang dulu, bukan adik. Kan tak elok kalau adik langkah bendul…” Ye la tu Hijjaz, awak tu kan dah ada isteri. Dah ada anak kembar empat pun. Kali ni Hijjaz memang tak boleh tahan gelak bila teringatkan semula Miko isterinya tu.
“Takutlah mak tengok adik ni, tadi senyum sorang-sorang. La ni dah gelak pulak. Awat ni dik? Demam ka?” Datin Suziah meletakkan tangannya di dahi Hijjaz.
“Adik tak sihat ke?” Hadif yang tiba-tiba muncul turut bersuara.
“Entahlah adik kamu ni, kejap sengih, kejap gelak. Dari tadi dok merenyih sorang-sorang. Awat jadi lagu ni dik?”
“Ish mak ni, adik okey la. Kenapa mak panggil kami balik ni?” Hijjaz terus menanyakan tujuan mereka berdua dipanggil balik. Sejak ayah meninggal, jarang sekali mereka pulang ke rumah agam ini. Datin Suziah begitu sibuk dengan travel agency milik keluarga mereka. Itu belum masuk dengan masa yang terpaksa dihabiskan di pejabat arwah Datuk Suffian. Walaupun ada Pak Long yang menolong menguruskan syarikat itu, namun lambat laun syarikat itu harus diserahkan juga kepada pewaris sebenar.
“Mak nak habaq kat hangpa, Pak Long hangpa dah tak mau nak uruskan syarikat arwah ayah…” Datin Suziah berjeda seketika. “Jadi salah seorang dari kamu berdua kena ambil alih syarikat tu.”
“Pak Long dah tak nak uruskan syarikat kita ke mak?” Hadif memandang sekilas ke arah Hijjaz. Dia tau, Hijjaz tak akan berhenti dari menjadi pilot. Itu memang cita-citanya dari kecil lagi.
“Pak Long dah tak sihat sangat, mak pun tak sampai hati nak suruh dia terus act CEO kat pejabat tu. Lagi pun kamu berdua lebih berhak. Itu syarikat warisan arawah ayah, sampai bila kita nak harapkan kudrat orang lain untuk menguruskan peninggalan arwah ayah tu?”
“Adik minta maaf sangat-sangat mak, adik memang tak boleh tolong mak. Adik belum puas lagi kerja bawak kapal terbang tu. Mak cuba la pujuk Pak Long tu.” Hijjaz sudah menegakkan pendiriannya. Memang dari dulu lagi dia tidak berminat untuk masuk campur dalam urusan perniagaan keluarga mereka. Sewaktu arwah ayahnya masih hidup dulu, setiap kali musim cuti sekolah mereka akan dibawa ke pejabat. Kata arwah ayahnya, supaya mereka akan terdedah kepada dunia perniagaan sebelum betul-betul syarikat itu diwariskan kepada mereka. Namun, sebaik sahaja tamat belajar baik dia atau pun Hadif lebih senang memilih kerjaya mereka sendiri. Sementelah waktu itu, arwah ayah masih gagah memacu syarikat itu dengan dibantu oleh Pak Long. Sehinggalah arwah ayah meninggal setelah mendapat serangan angin ahmar, mereka masih meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Pak Long mereka untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh arwah ayah.
“Abang?” Lembut suara Datin Suziah menampan telinga Hadif.
“Abang akan resign. Tapi mak boleh bagi sebulan tak untuk abang settlekan kerja yang backlog kat pejabat?” Hadif mengalah juga akhirnya. Syarikat itu hasil titik peluh arwah ayah. Tidak wajar rasanya untuk dia lari dari tanggungjawab sebagai anak sulung Datuk Suffian. Dia menghela nafas berat. Dia suka menjadi penguatkuasa JPJ, tapi dia perlu melunaskan amanah arwah ayahnya. Mungkin ini bukan yang terbaiknya, tapi berkorban adalah cara yang terbaik untuk menggembirakan hati ibunya. Menjadi CEO kepada Suffian Holdings bukanlah cita-citanya, namun takdir telah menentukan dia bahawa nasibnya kini untuk bergelar CEO muda dalam masa sebulan sahaja lagi.
“Alhamdulillah, mak tau abang tak akan hampakan mak. Adik jangan bersenang lenang sangat, adik pun kena resign jugak lepas ni!”
“Mak, kan abang dah sanggup nak jadi CEO. Kenapa adik kena resign jugak?” Hijjaz sudah membentak. “Lagipun Hidayah pun boleh tolong abang.”
“Tak adil kalau abang je yang terpaksa berhenti kerja. Adik dengan abang kena sama-sama uruskan syarikat ayah tu. Itu amanat arwah. Hidayah tu belum habis belajar lagi dik, macam mana mak nak suruh dia kerja kat pejabat tu. Mak bagi tempoh setahun je lagi untuk adik. Lepas tu, mak sendiri yang akan taip resignation letter adik.” Putus Datin Suziah. Hijjaz ni tak boleh di bagi muka sangat. Dari kecil lagi dia lebih banyak menimbulkan masalah berbanding dengan Hadif. Dan sekarang pun Hadif juga yang akan mengalah.
“Setahun mak? Mana boleh macam tu mak. Adik nak lima tahun.”
“Ewah ewah budak bertuah ni, dia boleh tawar menawar pulak. Mak kata setahun. Full stop!”
“Adik kata lima tahun. Titik!”
“Adik, tak baik cakap macam tu dengan mak. Takpelah, adik kerjalah dulu dengan MAS, kalau abang rasa abang boleh handle syarikat tu abang tak akan minta adik resign kurang dari setahun. Tapi kalau abang tak larat nak uruskan syarikat tu sorang-sorang, you have to considered it okay?” Hadif pujuk Hijjaz yang nyata tidak bersetuju dengan arahan Datin Suziah.
“Okey, I’ll considered it.” Hijjaz diam seketika. Datin Suziah dan Hadif Iman tersenyum lega. “But only after five years.” Sambung Hijjaz Amin sambil tersenyum.
“Hijjaz Amin!” Datin Suziah sudah menjerit nyaring.
“Just kidding mak.” Hijaz Amin membuat isyarat peace kepada Datin Suziah.
“Main-main je adik ni. Bilalah nak matang macam abang.” Rungut Datin Suziah lagi. Pening kepalanya memikirkan perangai mereka berdua yang jauh berbeza.
“Dah la mak, takpayah pening-pening. Nanti tak pasal-pasal BP mak tinggi pulak.” Hadif mengurut perlahan belakang Datin Suziah.
“Macam mana tak pening abang, adik ni entah bila nak jadi dewasa. Perangai mengalahkan Hidayah yang kat kolej tu."
“Mak panggil Ucu ke?” Hidayah, adik bongsu kedua lelaki tampan itu muncul dari balik pintu.
“Perasan! Mana ada orang panggil Ucu pun.” Hijjaz jelirkan lidahnya pada Hidayah.
“Ucu tak cakap dengan adik lah!” Ucu jelir balik kat Hijjaz. Pelikkan bila Ucu pun panggil adik kat abang sendiri.
Alkisahnya umur adik dengan Ucu ni jauh beza, hampir sepuluh tahun. Disebabkan bertahun nama adik tu dipanggil, maka lidah masing-masih begitu degil untuk menukar nama panggilan Hijjaz biarpun ketika itu Datin Suziah sudah melahirkan Hidayah Amani. Maka, sehingga sekaranglah nama adik itu melekat pada Hijjaz, dan sekaligus Hidayah yang bongsu itu pun melentur lidahnya memanggil adik kepada abangnya sendiri. |