|
smlm dh g tgk karak...
ok la....
taklah tahap nk mengutuk..
just tak lah menyengat sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
kita dah tengok jugekkkk.....tapi awal2 tu saspen gak aaaa.......hehehhehehhee.nasib baik tak tercampak pop corn.
anyway, good attempt la.......can do better next time.... |
|
|
|
|
|
|
|
nama pun dah hantu.....hhahahahha...leher dia tergeliat, mulut semua dah keras..tu yang dia kaku tuh ...
cmf_kikey Post at 7-6-2011 08:36 
ntah nape lah iols tgk yusry cam xbp kesah sgt asal filem karak nih.
asyik lisa..lisa..lisa.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka KRU sejak dari dulu, membesar dgn lagu2 diorg,
Harap sangat KRU ada sediakan access untuk s ...
qiela04 Post at 23-5-2011 10:45 
google ja.. almost smua lagu dorg cam leh di download. adalah 1 2 xada.
tp kebanyakannya ada.
erm, yg VC pulok, kat youtube ada. search saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
google ja.. almost smua lagu dorg cam leh di download. adalah 1 2 xada.
tp kebanyakannya ada.
er ...
zila_hakimie Post at 7-6-2011 15:05 
kat utube tu.....banyak VC ada.......VC konsert2 derang pun ada...best layan tuh |
|
|
|
|
|
|
|
KRU Umum Bersara Buat Persembahan
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
KRU
CYBERJAYA: Kumpulan adik beradik, KRU, iaitu Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry, membuat keputusan muktamad untuk tidak lagi mengadakan pertunjukan pentas selepas 19 tahun terlibat dalam dunia seni.
Menurut abang sulungnya Norman, keputusan itu dibuat kerana mereka merasakan tibalah masanya untuk memberi peluang kepada artis-artis baru lain menonjol selain terpaksa memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.
"Nak ikutkan memang dah lama kami berhenti daripada membuat persembahan, cuma ini adalah pengumuman secara rasmi daripada kami.
"Keputusan ini juga dibuat kerana kami ingin memberi ruang kepada penyanyi-penyanyi baru pula dan kami sebagai orang lama, akan membantu mereka untuk sama-sama memperjuangkan industri muzik tempatan," katanya.
Selain itu kata Edry pula, dengan kesibukan mengendalikan syarikat KRU Studios, mereka juga tidak mampu lagi mengadakan konsert-konsert jelajah seperti yang pernah dilakukan dahulu.
"Justeru itu jika dahulu kami perjuangkan untuk KRU dan keluarga, kini sudah tiba masanya kami berbakti memperjuangkan industri seni demi masyarakat pula berdasarkan pengalaman yang ada," ujar Edry.
Tambah Edry, walaupun tidak lagi mengadakan persembahan pentas, KRU tetap akan mengeluarkan single lagu terbaru pada masa akan datang.
Pada Isnin lalu, KRU telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 19 tahun di KRU Studios di sini dan turut mengumumkan judul filem baru yang bakal diterbitkan syarikat berkenaan.
Enam filem tersebut adalah Cinta Kura-Kura, King Kapchai, 29 Februari, Ular serta dua filem antarabangsa, Vikingdom dan Ribbit.
Sementara itu Yusry pula berkata, dia gembira kini KRU Studios semakin produktif dalam penerbitan filem dan cuba menembusi pasaran antarabangsa.
"Alhamdulillah, kami cuba menerbitkan filem-filem yang berkualiti buat industri filem kita.
"Setakat ini, antara enam filem tersebut, Vikingdom menggunakan kos bajet yang paling besar, malah lebih mahal daripada filem Hikayat Merong Mahawangsa (RM8 juta)," katanya.
Bagaimanapun, selepas kejayaan filem Karak yang meraih kutipan sebanyak RM3.8 juta (masih ditayangkan) setakat ini, filem Cinta Kura-Kura bakal menyusul pula dan dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.
kredit : mStar online |
|
|
|
|
|
|
|
Perhubungan matang Yusry, Lisa

CINTA antara Yusry KRU dan Lisa Surihani bukan lagi rahsia, malah mereka juga enggan menyembunyikan rasa hati dan bunga cinta yang sedang mekar di hati masing-masing daripada pandangan orang ramai.
Kini, di mana ada Yusry pastinya kelibat Lisa akan kelihatan, sama juga halnya yang berlaku ketika tayangan perdana filem Karak dan juga terbaru sambutan ulang tahun KRU yang ke-19 yang berlangsung di ibu pejabat KRU di Cyberjaya pada Isnin lalu.
Mereka duduk semeja bersama ibu Lisa Surihani dan juga keluarga Yusry yang lain. Sinar mata bahagia yang terpancar menjelaskan mereka dalam lamunan cinta meskipun usia percintaan baru menjangkau angka tiga bulan.
Yusry dan Lisa yang ditemui sejurus majlis tamat tidak langsung melarikan diri, malah turut sudi memenuhi permintaan pihak media untuk bergambar berdua buat pertama kalinya dalam satu sesi fotografi segera.
Bagaimanapun, Yusry enggan hubungannya dengan Lisa dilabelkan sebagai pasangan kekasih kerana menganggap perhubungan mereka perhubungan yang matang. Ia bukan lagi umpama cinta monyet ketika zaman remaja.
"Memang kami berkawan lebih daripada biasa, tetapi saya tidak mahu kami digelar pasangan kekasih kerana perhubungan kami adalah matang. Kalau sebut kekasih, saya rasa seperti cinta monyet atau zaman muda-muda dulu yang pernah saya alami. Lainlah kalau sudah bertunang atau berkahwin.
"Apa yang boleh saya cakapkan, saya serius dengan hubungan ini dan kami bercinta cara orang dewasa, bukan lagi seperti orang yang ingin mencuba nasib dalam perhubungan. Kami memang serius," jawab Yusry.
Lisa pula yang duduk disebelah Yusry yang sebelum ini sering memberi jawapan selamat mengenai hubungannya dengan Yusry turut mengakui, perhubungannya dengan Yusry adalah lebih daripada kawan biasa dan dia senang ketika bersama Yusry.
"Status hubungan itu tidak perlulah nak jelaskan, harap berikan kami ruang sebelum kami boleh berikan jawapan yang konkrit. Sebenarnya bila saya disoal mengenai Yusry sebelum ini, bukan saya tidak mahu menjawab tetapi tidak manis untuk seorang perempuan yang mula bercakap mengenai hubungan, biarlah lelaki yang memulakannya dulu," ujar Lisa.
Celah Yusry, apa sahaja kenyataan yang terluncur daripada mulutnya sebelum ini, semuanya telah dibincang terlebih dahulu bersama Lisa.
"Sebelum saya keluarkan kenyataan, kami berbincang terlebih dahulu dan apa sahaja yang saya katakan sebelum ini hasil perbincangan saya dengannya," kata Yusry.
Apabila disoal sejauh mana hubungan mereka kini, jawab Yusry, mereka berdua telah mengenali keluarga masing-masing, sungguhpun begitu masih terlalu awal untuk menjangkakan pengakhiran pada hubungan mereka.
揔ami berdua umpama hidup di bawah mikroskop, ke mana sahaja kami pergi dan lakukan, akan menjadi bahan perhatian bualan, kami terima kerana itu jalan hidup yang kami pilih. Sebagai manusia saya sendiri tidak tahu sejauh mana, hubungan kami boleh pergi.

YUSRY dan Lisa tidak menyorokkan rasa hati mereka kepada umum.
揔ami dalam proses mengenal hati budi, tetapi orang sudah bertanya bila nak bertunang dan berkahwin. Mana saya boleh jawab kerana saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami boleh pergi.
揝aya pun tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana biasanya tiga bulan pertama dalam hubungan semuanya indah-indah belaka, jika hubungan kami tidak menjadi, yang jadi mangsanya adalah kami berdua. Sebab itu saya perlu berjaga-jaga dengan apa yang saya perkatakan," luah Yusry lagi.
Lisa juga bersetuju dengan pendapat Yusry. Dia juga enggan menghebohkan hubungan mereka kerana sedar mereka baru sahaja dalam peringkat awal hubungan. Malah, jika terlalu banyak cerita cinta mereka disiarkan di media, Lisa bimbang akan wujud persepsi orang ramai kepadanya.
揝aya kalau boleh tidak mahu heboh-heboh, nanti orang cakap apa pula sedangkan kamu baru sahaja berkawan. Tetapi saya hormati pihak media yang bertanya, jadi saya hanya jawab yang termampu. Kami tidak mahu jadi hipokrit, |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_kikey at 8-6-2011 08:32
19 tahun dalam industri hiburan
Oleh Rozdan Mazalan

Tiga beradik meniup lilin sempena 19 tahun KRU dalam industri seni.
KRU bangga dan puas, tetapi perjuangan belum lagi berhenti
HAMPIR dua dekad lalu, trio adik beradik yang memperkenalkan diri mereka sebagai KRU menjadikan tempat letak kereta sebagai studio latihan. Di situlah tempat mereka gigih berlatih menari dan menyanyi untuk menempatkan diri mereka sebaris penyanyi popular ketika itu.
Kini selepas 19 tahun, siapa sangka di atas tanah seluas 15.39 ekar di Cyberjaya berdiri gagahnya KRU Studios, dilengkapi pelbagai peralatan canggih setanding studio muzik dan filem dari Hollywood.
Segala perkara membabitkan industri hiburan seperti, muzik, filem dan animasi boleh direalisasikan di situ. Mereka tidak berhenti setakat itu sahaja, tetapi terus merangka pelan jangka panjang mengukuhkan lagi empayar yang dibina hasil titik peluh tiga beradik.
Mereka meraikan ulang tahun ke-19 KRU dalam industri hiburan pada Isnin lalu di Cyberjaya, sebagai perkongsian kejayaan yang sudah dilalui hampir dua dekad lamanya.
Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman berkata, tumpuan utama mereka pada masa depan adalah pengeluaran produk berkualiti yang dapat menjana kepada kepesatan industri seni tanah air.
揔ami bersyukur dengan pencapaian KRU. Namun kalau ditanya mengenai kepuasan, sudah tentu ia belum sampai ke kemuncaknya. Masih jauh dan kami harus terus memandang ke hadapan meneroka benda dan perkara baru yang mendatang.
揔ami tidak pernah menyangka KRU berkembang seperti hari ini, sudah jauh kami berjalan dan dalam perjalanan kami yang daripada tidak ada apa-apa 19 tahun lalu, pelbagai cabaran sudah kami lalui - turun naiknya KRU, ada individu yang ingin menjatuhkan kami, konsert diharamkan dan kontroversi demi kontroversi, kami lalui pengalaman yang cukup luar biasa.
揟anyalah mana-mana individu yang pernah melalui perjalanan seperti kami. Untuk mencapai kepercayaan seperti hari ini menjadikan ia suatu kejayaan kepada kami. Jika dulu kejayaan yang kami cari adalah untuk diri sendiri dan keluarga tetapi hari ini, kami bertanggungjawab untuk memberikan sesuatu yang bernilai untuk masyarakat.
揌arapan kami cukup tinggi bukan saja muzik tetapi filem yang tidak akan membuat sekadar melepaskan batuk di tangga saja,?katanya.
Diakui juga, kejayaan yang dikecapi bukan kerana minat dalam bidang seni yang dikongsi mereka bersama, namun menjadi bonus kepada mereka kerana dilahirkan sebagai adik-beradik.
揝ejak kecil kami sudah dididik oleh ibu bapa kami untuk sentiasa bersama, bermain bola, video game bersama dan apa saja sering bersama. Itu adalah asas kami, namun apabila kami sedar harus membina kejayaan, dari situlah kami terus menumpukan karier itu.
揝ecara tidak langsung juga, kami turut menyedari kelebihan berbeza pada kami. Edry dengan muziknya, Yusry dengan filemnya dan saya perniagaannya. Secara keseluruhannya apabila digabungkan kepakaran itu maka lahirlah KRU Studios hingga sekarang,?kata Norman lagi.
Serasi pendorong kejayaan
BAGI Yusry yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif KRU Studios berkata, kelebihan yang dimiliki mereka tiga beradik adalah penemuan yang serasi.
Jika kami bukan adik-beradik sekalipun, kami tetap memerlukan antara satu sama lain. Ini kerana kelebihan yang ada pada Norman dan Edry tiada pada diri saya, begitu juga dengan kelebihan yang saya ada, sedikit sebanyak tiada kepada mereka. Jadi kami memang sudah ditakdirkan untuk bersama membangunkan empayar KRU ini,?katanya.
Tidak lupa juga, Edry turut mengakui pandangan kedua-dua abangnya yang melihat keserasian mereka tiga beradik menjadi bonus kejayaan mereka hingga hari ini.
揝ebenarnya sukar berkecimpung dalam satu industri membabitkan adik-beradik, kerana hubungan kami masing-masing bukanlah terlalu formal kerana kami masih adik-beradik. Kadang-kadang komen antara kami cukup tajam dan lebih tajam daripada mata pisau.
揘amun sekiranya kami bukan adik-beradik pun, masing-masing harus harus ada sifat profesional secara individu dan komited untuk berkerja.
揂dik-beradik itu bonus kepada kami untuk menyatukan kami selama ini. Apa yang penting kami harus sama-sama membantu antara satu sama lain, seperti sekiranya saya bosan, abang-abang saya mengembalikan semula semangat saya, begitu juga dengan mereka,?katanya.
Pada majlis yang dihadiri hampir 300 tetamu itu, mereka turut mengumumkan beberapa kejayaan yang sudah dikecapi KRU Studios, baik dalam bidang filem mahupun muzik.
Begitu juga dengan perancangan menerbitkan enam filem tahun ini membabitkan dua filem bertaraf antarabangsa seperti Vikingdom dan Rabbit. Empat filem tempatan seperti Cinta Kura-Kura, King Kapchai, 29 Februari dan Ular.
kredit : Berita Harian online |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm .. penampilan Lisa lebih sopan dari Norman's wife .. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm .. penampilan Lisa lebih sopan dari Norman's wife ..
haiku Post at 8-6-2011 11:19 
haaaaaaaaaaa...nak cakap gak tu, tapi tak sampai ati... |
|
|
|
|
|
|
|
INTERAKSI: KRU hasilkan Cicak-Man 3D
PENCAPAIAN trio beradik, Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry dalam bidang hiburan tempatan memang tidak dapat disangkal. Bermula karier nyanyian menerusi album pertama, Canggih pada 1992, mereka terus cemerlang membina jenama KRU.
Usaha KRU berterusan apabila mereka bertapak di bawah jenama KRU Studios yang terbabit menghasilkan pelbagai filem antaranya Cicak-Man, Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).
KRU membuktikan fokus mereka terhadap bidang pembuatan filem membuahkan hasil apabila Magika menang tujuh anugerah termasuk Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 tahun lalu.
Begitu juga, HMM mencatat kutipan sebanyak RM6.6 juta diikuti Karak yang masih ditayangkan, terkini meraih kutipan sebanyak RM3.8 juta.
Meraikan segala kejayaan KRU dalam bidang perfileman dan muzik, KRU menyambut ulang tahun ke-19 pada tahun ini. Ikuti temubual wartawan Rap, ELRAFAEI SAPI ([email protected]) bersama Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Halim, kelmarin.
RAP: Tahniah atas kejayaan. Apakah yang dapat anda simpulkan?
NORMAN: Apa yang boleh saya cakap, perjalanan kami untuk mencapai kejayaan ini suatu yang luar biasa. Ini merujuk pada aspek pengalaman yang diraih, menang anugerah dan perkembangan perniagaan kami sendiri.
Kejayaan selama ini sebenarnya memberi kekuatan pada kami untuk terus maju ke depan dan mengerat pertalian anggota keluarga kami. Antara pencapaian muzik atau filem, sukar untuk saya katakan yang mana paling berjaya.
Suatu masa dulu, kami bermula sebagai penyanyi dan menjadi produser. Empat tahun pertama kami dalam bidang muzik ketika itu adalah mahu memberi tumpuan kepada karier sendiri.
Sehingga KRU Records ditubuhkan pada 1996 yang kini dikenali KRU Studios, kami mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan. Dari syarikat sendiri, kami teruskan aktiviti seperti penerbitan album artis lain dan mengadakan konsert jelajah hingga ke luar negara.
Bagi kami, anugerah yang pernah diterima tidak lagi memberi makna. Bukan maksud kami tidak hargai pencapaian lalu tetapi kami berpegang, anugerah lalu menjadi tapak ke depan. Kami tidak mahu hanya berbangga dengan kejayaan lalu sebalik?nya terus berusaha agar lebih berjaya.
Kami memang tidak sangka sampai ke tahap ini. Bukan niat mendabik dada tetapi pencapaian kami suatu yang jarang untuk diraih.
Kami sedar dengan usaha kami bermula dari bawah hingga mencapai tahap sekarang. Untuk terus berjaya, kami membuat perancangan jangka pendek dan panjang tetapi setiap kejayaan jangka panjang bergantung pada pelan jangka pendek untuk dilaksanakan dengan berjaya.
RAP: Seperti mana diketahui umum, HMM diterbitkan untuk pasaran antarabangsa. Bagaimana KRU melihat pencapaian HMM?
NORMAN: Sejak 23 Mei lalu, HMM mula dipasarkan dalam format DVD dan 憊ideo on demand |
|
|
|
|
|
|
|
haaaaaaaaaaa...nak cakap gak tu, tapi tak sampai ati...
cmf_kikey Post at 8-6-2011 11:35 
Terpaksa jgk cakap coz dah bnyk kali tengok cara berpakaian
his wife yang tak bersesuaian dgn usia & status ..
Bukannya mengharapkan bertudung litup ..
Cukup sekadar sopan & sejuk mata memandang. |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa jgk cakap coz dah bnyk kali tengok cara berpakaian
his wife yang tak bersesuaian dgn ...
haiku Post at 8-6-2011 11:54 
Tulah, sebagai wife to a prominent figure macam Norman tu, kena jugaklah jaga cara pemakaian.....ada tu baju macam ala2 bini tarzan pun ada..adeiiii, tak sesuai la sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
kumpulan adik beradik yg serba boleh.....menyanyi, berlakon, mengarah, compose lagu, produce talent2 baru etc.......... |
|
|
|
|
|
|
|
yusry baru tweet 5minit lepas
Baru habis recording lagu baru "3 kata" with KRU. Tonight preview film "King Kapchai
yeyy. lagu baru |
|
|
|
|
|
|
|

norman nih, dh 2 org lain pakai ala2 formal, dia pulok dress gtu..
yusry pulok nmpk macam org direct selling..
edry yg smart n okeh sket..
isk. sadis sungguh |
|
|
|
|
|
|
| |
|