CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: darlingangel

Jemari Seni

 Close [Copy link]
Post time 29-4-2008 06:34 AM | Show all posts
huk aloh, sungguh tidak bermoral dan kurang sopan pula rasanya diriku ini.
Cik Nazurah, akan ku baca buku mu itu dengan tekun dan sabar. Aku memanglah pembaca yang sangat lembab. Ambik masa lebih seminggu untuk satu satu buku. Macam aku baca Labyrinth, Zahrah de Tigris, Lima Tahun 5 bulan jugalah.

nah bunga untuk cik nazurah :flower: :flower: :flower:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 07:48 AM | Show all posts

Reply #2166 gegulagetah's post

ish gegula getah.. kan akak tulis tu pendapat akak
ramai dalam thread ni kata LBN tu best..

akak pulak, walaupun buku ni a tad slow for me.. ending LBN ni memang tersangatlah superb.. gerenti tangkap leleh. masa tu akak rasa naz betul-betul menulis watak-watak itu sebagai manusia, segar dengan drama kehidupan.. ending mmg excellent!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:48 AM | Show all posts
terima kasih semua...

sy ambil setiap pendapat dan komen yang diberi dengan hati terbuka. sy tak mahu terus melompat ke atas dan terus duduk di puncak. Biarlah sy daki tangga demi tangga untuk sampai ke atas, sekurang-kurangnya perjalanan sy dalam dunia penulisan ini lebih lama. Daripada terus menuju ke puncak dan kemudiannya jatuh tergolek...lebih sukar rasanya.

Ditegur begini lebih baik...mudah-mudahan sy diberi ilham untuk menulis dengan lebih cermat, tersusun dan kemas. Terima kasih lagi sekali pada semua...

Sy berbesar hati bila ditegur, sekurang-kurangnya sy tidak perasan bagus. Arr... takde orang bagi komen tak sedap, semuanya sedap belaka. Lalu jadilah sy manusia terawang-awang, lupa di mana sepatutnya sy berada.

Menulis bagi sy ibarat meluahkan perasaan. Ya, meluahkan isi hati... maka dengan itu ianya pasti tidak dapat memenuhi kehendak setiap individu. ada yang suka dan ada yang kurang gemar. Dan saya sendiri sebagai mahluk Allah yang serba kekurangan mengakui kelemahan dan kekurangan diri, Insya Allah sy akan berusaha untuk memperbaikinya pada masa akan datang.

sy rasa bersalah seandainya membuat penerbit sy rugi, malah sangat-sangat bersalah kalau pembeli buku sy rugi atau tak berbaloi baca buku sy... maafkan sy...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:59 AM | Show all posts

Reply #2168 nazurah's post

naz, give and take la readers kan
this is only your first novel

malahan akak pernah baca pak a samad said pun first novel hanya beberapa muka n tidak dikembangkan dgn elok

let your writings improved slowly
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:48 AM | Show all posts
naz...

buku dah aku khatam 2 minggu lepas. nanti aku komen ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by sixret at 28/4/08 11:00 PM
aku berminat nak beli buku dejavu utk budget bulan Mei...boleh sesape bagitau tema buku dan plot cerita skit...baca kat laman js..cam cite misteri...


nanti kita suruh mardhiah12 review.. dia ada buku dejavu tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2008 11:07 PM | Show all posts

Reply #2171 limau_nipis's post

yup cik limau...nanti kita paksa dia tulis review.

cik mar...please review atas pemintaan ramai
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:49 PM | Show all posts
Aha! Akhirnya aku khatam Tentang.. Dhiya karya Syud. Seronok membacanya tapi biasalah aku kan pembaca yang lembab. Namun, dengan sukacitanya aku katakan yang aku sudah khatam buku tu :victory:

Jalan cerita memang ringkas ala-ala 'tak kenal maka tak cinta'. Aku suka watak Lisa yang 'blur' atau sengaja mem'blur'kan dirinya sendiri.  Jalinan beberapa sub-plot pun tidak mengganggu 'flow' malah menambahkan perisa pada novel ini. Syud banyak juga menggunakan teknik 'flashback' jadi memang bagi aku, aku kena beri lebih perhatian masa membaca buku ini sebab kadang-kadang boleh terkeliru sedikit, tapi masih ok lagi sebab Syud nak letak elemen saspen, buat pembaca tertanya-tanya sedikit. Tapi tak lama, baca lebih sikit, persoalan itu akan terjawab.

Syud juga tak mewarnakan fizikal watak-watak dalam novel dengan terang. Aku suka! Sebab pembaca akan bermain-main dengan imaginasi sendiri untuk menggambarkan bagaimana agaknya rupa si Lisa dan Azril yang sebenar walaupun adik sepupu Lisa membayangkan wajah Azril seperti Jiro. (sorry aku ni bukan kenal sangat nama pelakon) jadi aku menggunakan khidmat imaginasi aku sendiri membayangkan wajah si Azril ni. Latar cerita di sekitar JB buat aku terbayang-bayang bandar pintu selatan yang dah aku tinggalkan lebih 4 tahun. Oh! Rindu dengan Vivo di Angsana! Makan tak hengat dunia.

Aku suka buku ni sebab kisahnya taklah terlalu 'lovey-dovey, simple yet romantic'. Cinta itu datang bukan dengan pandangan pertama tapi dipupuk perlahan demi perlahan. Macam Syud cakaplah (melalui watak-wataknya) - 'kenapa asyik teringatkan dia, sebab memang tak mahu lupakan dia' (lebih kuranglah ni). Aku suka juga cara Syud mengupas sikap lelaki. Memang begitulah lumrahnya lelaki ni. Dia baik dengan perempuan bukan semata-mata dia sukakan perempuan tu, tapi ada sebab lain - macam dia rasa selesa dengan perempuan tu dan boleh dijadikan teman saja.

Penggunaan dialog juga baik walau diselit banyak penggunaan bahasa Inggeris dengan'grammar' yang baik. Aku 'turn off' sikit kalau novel Melayu yang guna ayat Bahasa Inggeris tapi 'grammar' tunggang langgang, macam ada satu penulis yang sangatlah popularnya tapi aku tak suka baca buku-buku tulisannya sebab penggunaan bahasa Inggeris yang lintang pukang. Bukan setakat 'grammar', ejaan pun banyak salah. Huh! Peringatan untuk penulis-penulis novel tanah air, kalau tak tahu berbahasa inggeris, belajarlah. Kalau malas belajar, tulis saja semua ayat-ayat dalam bahasa Melayu tak kiralah dialek apa pun hehehe :cool:

Masih ada kelemahannya dalam novel Tentang... Dhiya tapi aku masih boleh terimalah. Rasa puas juga dapat selesaikan bacaan novel ini walaupun sebenarnya aku tak sepatutnya baca novel sekarang (huh! Kerja melambak-lambak sebenarnya). Apapun tahniah pada Syud kerana berjaya membuatkan aku menghabiskan membaca buku ini kurang dari seminggu (belum pecah rekod lagi ni sebenarnya :bg: ). Berapa bintang aku nak bagi ek? Aku tak reti nak bagi bintang tapi aku bagi 'two thumbs up for one of the best Malay novels I've read so far' :victory:  Erk ni bukan ibu jari.. tapi tak pe la kan?

Untuk Syud, teruskan berkarya. Aku tunggu karya-karya kau seterusnya. Harap-harap tak adalah 'writer's block' la kan hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #2161 gegulagetah's post

sampai kini saya masih belum baca lagi..
nak tunggu mood sampai agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 25-4-2008 12:00 AM
sy rasa pada mereka yg mengikuti cerita ini ditulis sejak mula lagi kat Writer's Room, kebanyakan mereka tahu dari mana datangnya watak Najah dalam cerita ini. Coz kat sana, sambil menulis sambil bersembang dengan gang2 kat situ, so depa tahu la... hehehe... Dan pastinya, Najah itu bukan fantasi atau rekaan semata...
  ...


naz, dah baca LBN..

rabu mlm, smbil tido kan si kecik, aku baca LBN.. smpaii la ke 1 pagi..huhuhuhu.. esok pagi mata ku bngkak sbb air mata macam paip bocor..laju beno kluonye..

so smlm aku stop baca LBN, sbb nk redakn kebengkakan mata ku itu dahulu. mlm kang baru smbung baca. ada tak smpai separuh je lagi nk abis.

kiranya watak najah tu ada la ye? aaii.. bestnya laaa kalo dpt org mcm najah tu..romantikk. dlm mesia ni aku rasa payah nk jumpa org mcm najah tu. that y mcm cik limau kata, mcm tak real, sbb susah nk jumpa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 12:31 AM | Show all posts

Balas #2173 sixret\ catat

baca buku dejavu pun tak lagi, nak suh review dahhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 12:30 PM | Show all posts

Zahrah de Tigris



Tajuk Buku: Zahrah de Tigris
Penulis: Khairyn Othman
Penerbit: Jemari Seni
Genre : Adventure-Spiritual
Mukasurat : 501 halaman
Dibeli Di: KLIBF 2008 (dipinjam dari adik)
Harga: RM 20.00

Ini bukan cerita biasa. Ini bukan cerita stereotype yang selalu kita jumpa di pasaran.

Ini cerita tentang kehidupan, dan ini cerita kehidupan seorang perempuan Melayu, bergelar Nisa di bumi Iraq. Kisah ini diselang selikan dengan tulisan Nisa di blog [blog ini sekarang menjadi tempat Khairyn Othman, penulis novel tersebut bercerita tentang kehidupannya sekarang ini].

Nisa' merupakan seorang gadis yang menyambung pelajaran di Glasgow, dan dengan sifat degil & tegar, beliau terus berhijrah ke Iraq untuk bertugas di sana. Memang, niat asal Nisa kerana rambang mata dengan duit yang ditawarkan. Kira-kira RM 12,000 sebulan. Lagi, dengan keadaan keluarga Nisa' yang sederhana, Nisa' memang amat memerlukan duit tersebut untuk membantu keluarganya di Malaysia.

Dalam diam, Nisa' berdo'a dan berharap ibu bapanya sentiasa memaafkan dia yang tidak terus pulang ke Malaysia tamat pengajian ijazahnya di Glasgow, malahan Nisa' selalu berharap agar ibu bapanya merestui pemergiannya ke sebuah negara yang dilanda peperangan.

Berada di Iraq, banyak menginsafkan Nisa'. Kemudahan di sana sangat daif. Walaupun Iraq merupakan antara negara pengeluar minyak terbesar di dunia, akibat peperangan, mereka seolah-olah hidup merempat di bumi sendiri. Hendak beli petrol pun payah, perlu beratur panjang. Hairan, kelihtan seperti semuanya disonglap Amerika.

Kemudahan elektrik juga hanya bergantung pada generator, yang disambung pada rumah sewanya dalam masa beberapa jam sehari. Maka, Nisa' dan teman serumahnya akan sibuk melakukan aktiviti melibatkan penggunaan barang-barang elektrik hanya dalam tempohj 3,4 jam itu sahaja. Air? Banyak, tetapi perlu bergilir-gilir menimba dari tangki di bumbung.

Dalam pemerhatian Nisa' sebagai seorang guru, dirinya yang emosional, sentiasa tersentuh hati melihat keadaan di Iraq. Keadaan yang serba daif, malahan tidur malanya dipenuhi buni bom mortar atau bedilan dari Tentera Bersekutu. Kanak-kanak yang bersekolah dicampur di dalam satu bangunan, tidak kira usia, dan hanya satu atau dua kelas dijalankan kerana tidak ramai ibu bapa yang berani menghgantar anak mereka ke sekolah. Masakan tidak, bedilan penuh di sana sini, ibarat nyawa di hujung tanduk.

Kemudian sekolah tempat dia ditempatkan diletupkan pula oleh Tentera Bersekutu. Sukar, sukar benar. Walaupun hatinya meronta-ronta untuk mengahar atas dasar perkemanusiaan, dan sikap pelajar-pelajarnya yang sangat aktif bertanya walaupun hidup dalam keadaan daif, Nisa' terpaksa memilih pekerjaan lain.

Dia akhirnya bekerja sebagai seorang jurubahasa. Setahun di sana, Nisa' sudah memahirkan diri di dalam bahasa Arab lughah Iraq. Maka, menjafi jurubahasa di hospital, kerap dia diminta menterjemahkan kata-kata penduduk tempatan di sana kepada para doktor. Nisa' selalu digandingkan Dr Patrick Deveruex, seorang Perancis yang menyertai misi bantuan tanpa sempadan. Dr Patrick yang sentiasa mengusik Nisa, merupakan seorang paeditrician yang gemar menghiburkan anak-anak dengan lagu 'Aloutte'.


    Aloutte, gentille aloutte
    Aloutte je te plumerai
    Aloutte, gentille aloutte
    Aloutte je te plumerai
    Je te plummerai la tete
    Je te plummerai la tete
    Et la tete, et la tete
    Aloutte, aloutte
    Ooooo
    Aloutte, gentille aloutte



Sebagai orang luar, Nisa turut melihat berapa ramai penduduk tempatan yang menjadi pencuri kerana kesempitan hidup. Mereka menyangka dengan jatuhnya Saddam, mungkin boleh jadi aman, tetapi sebaliknya. Keadaan menjadi kucar kacir. Barang-barang mentah di pasar turut berlipat ganda naik harganya dan selalunya barang-barang mentah tersebut, sudah hampir busuk akibat terlampau lama berada di sempadan Iraq diperiksa tentera bersekutu.

Begitu juga keadaan hidup di rumah sendiri tidak selamat. Berada di sana, setiap rumah membuat bilik kebal bawah tanah, tetapi apabila ada peristiwa bilik kebal tersebut dibom peluru berpanmdu, Nisa' sendiri merasakan di mana-mana pun tidak selamat. Rumah yang masih elok, dibina dinding kebal dari besi menyebabkan penginap rumah tersebut pun, tidak dapat bernyawa dengan selesa. Maklumlah dengan keadaan kusam, gelap, panas.

Nisa' turut kembali menjadi seorang guru apabila permohonannya diterima di sekolah lain. Dan usaha Nisa' berterusan dengan kudratnya memujuk ibu bapa kanak-kanak untuk hadir ke sekolah. Mengingatkan wajah cilik mereka, Nisa' terasa sedih dan merasakan hatinya berat di Iraq walaupun berulang kali dipujuk rayu untuk pulang oleh ibu bapanya.

Nisa' kemudiannya, berganding dengan Maryam, seorang mualaf yang menjadi sahabat baiknya. Kemudian ada peristiwa mengejutkan, taktala Maryam diculik dan sesuatu berlaku kepadanya, membuatkan Nisa' patah hati dan pulang ke Malaysia. Begitu juga berita tentang Dr Patrick yang membuatkan Nisa' nekad kembali ke Malaysia walaupun hatinya separuh sudah di Iraq.

Kau tahu, aku membaca novel ini benar-benar terasa insaf, seolah-olah berada di bumi Iraq sendiri yang dilanda perang. Aku mengalirkan aiir mata, anak aku tengok pun hairan, diambilnya sapu tangannya dan dilap hujung mataku yang penuh dengan air mata. Mataku berkaca-kaca

Satu sahaja aku boleh katakan, buku ini memang superb!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 01:36 PM | Show all posts

Reply #2175 gegulagetah's post

good review:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 01:38 PM | Show all posts

Reply #2185 mardhiah12's post

good review:victory:  
buku ni dah de dlm koleksi cuma x baca lagi je.lepas baca review cik mar...terus rasa cam nak baca

cik mar...take your time utk baca buku dejavu tu kay...kitorang tungguuuu..;)
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 07:18 PM | Show all posts

Balas #2187 sixret\ catat

wokwy...next in line nampaknya.. ada request gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 10:17 AM | Show all posts
ok Naz, seperti yang aku janjikan. komen tentang LBN.

pendapat aku bila dah abis baca LBN ni lebih kurang sama dengan pendapat cik Limau nipis kita.
bila baca aku dah excited sebab mcm best je cite2 kahwin rahsia ni bagai tapi bila saat si tasha ni kerja dengan najah dah kurang best kat situ. tak tahulah kalau aku silap atau apa tapi dari uk sampai msia mrk memang rahsiakan perkahwinan tapi tak nampak rahsia bila tasha start keja. malah macam nak menunjuk2 pula yang mrk tu couple. cth: letak gambar atas meja. mcm tak lojik je sebab tasha dahlah berkongsi bilik dgn....( sapatah lupa). 1st day kerja dah makan dengan najah. cara najah pun pegang2 di tasha. memang tak nampak mana yang rahsianya hubungan mrk ni.
sikap najah pun bercakap berbabylah, sayanglah. watak tak macam real. romantik memang tak dapat dinafikan tapi setakat itu saja. tak berkesan di jiwa. aku rasa hubungan mrk tidak sedalam, seakrab, sehati dan sejiwa spt yg ingin digambarkan.
aku konfius jugak dengan mak di najah ni. sebab apa dia menghalang sgt2 najah kahwin dengan tasha. apa alasan dia? bagi aku adik beradik dan bapak najah baik budi pekerti dia. mak dia pun sebenarnya baik tapi bila dia bencikan sgt2 tasha tu mcm terkonfius sikit. yelah...atas alasan apa?
itu antara yg aku nampaklah. tapi part akhir memang memukau. aku pun menitis air mata jugak baca.
secara kesimpulan untuk novel pertama bolehlah. tak terlalu mengecewakan. bioleh diperbaiki. kadangkala kesilapan yang kita rasa remeh dan kecil tu sebenarnya point yang penting.
harap naz dapat terima komen aku ya. ini hanya pendapat aku sahaja.peace

[ Last edited by  khaly at 4-5-2008 10:20 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2008 09:54 AM | Show all posts

Reply #2185 mardhiah12's post

Novel ini memang superb!Saya membacanya tahun lepas.Semasa memabca novel ni saya teringat "Dunia Jam 10" TV1 setiap kali mempaparkan kisah perang Teluk. Setelah membaca novel ni saya lebih faham dgn nama2 tempat dan kejadian yg berlaku. Saya membaca dari bab pertama hingga akhir tanpa berhenti...kerana hati ingin tahu apa yg berlaku seterusnya... Masih terasa pilu bila bayangkan suami2 kehilang isteri & anak didlm satu letupan di bawah tanah.Setelah tamat saya berasa bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang hidup dlm aman damai.
Penulis memang berbakat tak sabar nak menuggu novel seterusnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:32 AM | Show all posts


****:handshake: :handshake:
Tentang..Dhiya oleh Syud, merungkai citra diri seorang Dhiya Nurlisa(DN) si yatim piatu yg sukar dijangka sikap n tindakannya....bagi yg tidak mengenalinya metafora seorang Dhiya aka Lisa  begitu kabur sirnanya  namun bagi yg mengenalinya, rapat dengannya  personifikasi si pelangi nan indah terserlah pada dirinya.....

Syud begitu bersahaja dlm membina watak DN...sebagai remaja juga pelajar/bekas pelajar IPT(mungkin??) status ini dimanipulasikan sepenuhnya oleh Syud utk merangka, membina & melengkapkan watak seorg DN yg penuh ranjau, sedikit misteri tapi sgt menarik.Perkembangan diri DN dari seorang pelajar hinggalah ke dunia pekerjaan dipancarkan dengan cukup tulus tapi santai oleh Syud yang mengikat pembaca untuk terus mengekori langkah DN dlm TD sehingga ke noktah terakhir.Kaedah yg sama juga diterapkan oleh Syud pada watak Azril aka Tau Fu Fa...pertembungan antara 2 watak yg punya sejarah peribadi yg pilu yg diungkai secara teknik imbas kembali oleh Syud tapi bijak menyembunyikan citra diri masing2 dengan pameran warna warni wajah nan bersahaja....walau sering bertingkah, berselisih hingga mengundang rasa tidak selesa antara mereka...rasa itulah akhirnya memerangkap mereka ke lembah hubungan perasaan...walau cuba dinafi, ditolak...tapi apalah daya jika sudah tertulis antara mereka akhirnya tetap akan bersama..Tinta hidup seorng DN sudah tersurat bersama seorng Azril Mustaufi.Perkembangan watak utama digarap secara kronologi oleh Syud..tidak ketinggalan watak2 pelengkap cerita yang lain..kewujudaan mereka-mereka ini selain mewarnai TD juga mengukuhkan lagi plot cerita ini.

Sebagai penulis baru buah tangan sulung dari Syud ini boleh dibanggakan....secarik kelemahan memang wujud ,tidak dinafikan...ia adalah lumrah dlm kehidupan manusia tidak kira di mana; nyata mahupun fantasi ...janganlah mengharapkan kesempurnaan dari seorg yg masih hijau seperti Syud...berikan masa juga peluang utk Syud, insyaallah dia pasti gah suatu hari nanti..

p.s : Syud...saya lihat bayangan, saya lihat metafora juga personifikasi Johanna 5T5B- Hlovate dlm diri Dhiya Nurlisa...suatu kebetulan kah?






[ Last edited by  aprilsnow at 6-5-2008 11:28 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 12:11 PM | Show all posts
nenek pon dah baca LBN.

eheheh untuk percubaan pertama kira okeylah. sebak la gak membacanya.

cumanya citer ni dah jadik cliche sangat apabila.

1. orang kaya. nak kawinkan dengan anak kawan baiknya. tak boleh terima kalau anak pilih sendiri isteri sendiri.

2. watak si farah tu pon terlalu dan terlalu sangat clichenya. musti anak orang kaya tu mengada-ngada. garang. tak mature. kesian kat anak org kaya yang ada di luar sana. agaknya adakah perangai dorang tu mcm tu?

hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 01:15 PM | Show all posts

Reply #2191 aprilsnow's post

aku tunggu je sapa nak bg review
pasal buku sulung syud nie

cunlah review hang kuc

buku nie best & aku dah baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.377009 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list