|
[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...
[Copy link]
|
|
TAHUKAH ANDA❓
Salah satu manfaat Takaful dalam Medical Card adalah manfaat Pre & Post Claim..
Pre & Post Claim maksudnya, claim consultancy atau clinical bill yang tidak warded, juga dipanggil outpatient treatment sebelum dan selepas warded.
Client boleh membuat tuntutan balik dengan Prudential untuk *90 hari sebelum dan selepas keluar dari hospital(mengikut syarat dalam polisi). Menarik bukan? 😃😃
*Nota cpmbk: MOHON SEMAK POLISI MASING-MASING UNTUK JUMLAH HARI RAWATAN PRE & POST HOSPITAL. SETIAP SYARIKAT TAKAFUL ATAU INSURANS MENAWARKAN JUMLAH HARI YANG PELBAGAI UNTUK RAWATAN PRE & POST HOSPITAL |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang anda sihat, anda tolak Takaful. Tak minat, tak penting, tak perlu, macam-macam alasan anda bagi.
Tetapi anda perlu tahu, bilamana anda sudah sakit atau ditimpa kemalangan dan baru berminat nak ambil Takaful, pada masa itu syarikat sudah tidak berminat menerima anda sebagai pencarum.
Fakta ;
Sepanjang pengalaman saya sebagai Takaful consultant ni, mereka yang sudah sakit akan sanggup bayar berapa pun sebulan kerana baru sedar nilai yang mereka bayar itu jauh lebih rendah berbanding bil hospital mereka. Tetapi malangnya, mereka sudah terlambat.
#takaful
#hibah
#cpmbk
#askcpmbkfortakaful
#TabungWanita
#planpenggantiantakaful |
|
|
|
|
|
|
|
Medical Kad Bukan Macam Kad Keahlian Hotel
Sesetengah orang sangka medical kad ni ibarat kad keahlian hotel. Asalkan dah beli kad, maka dia anggap boleh masuk hospital bila-bila, dengan segala kos ditanggung 100% percuma
Sebenarnya tidak, tuan puan. Ada syarat dan terma yang perlu dipenuhi terlebih dulu, kalau nak sykt Takaful tanggung kos rawatan anda
1) Bukan penyakit atau keadaan fizikal sedia-ada
2) Kalau sakit biasa, cover kalau wujud selepas 30 hari dan mesti masuk wad minima 12 jam
3) Kalau accident, boleh cover selepas polisi diluluskan. Pesakit luar pun boleh claim
4) Kemudahan cashless bermula selepas 30 hari
5) Penyakit Tertentu yang disenaraikan, cover kalau wujud selepas 120 hari
6) Apa-apa claim yang meragukan kurang 2 tahun, sykt berhak suruh anda bayar dulu, claim kemudian sementara siasatan dilakukan
Perlu faham, kalau kemasukan hospital anda kena pay and claim kemudian, itu bukan bermakna claim reject. Itu sekadar Guarantee Letter (GL) yang ditolak. Submit claim bersama reimbursement form dan medical report sementara claim anda disiasat
Dalam kebanyakan kes, bukan sykt Takaful yang menipu pelanggan, tapi pelanggan yang cuba tipu ejen atau sykt takaful dengan sembunyikan sejarah kesihatan mereka.
Kredit: Kad hospital swasta.
@ipes2 |
|
|
|
|
|
|
|
1. Kad perubatan tempoh menunggu adalah 30hari sahaja untuk kes non specific illness seperti AGE dan bronchopneumonia
2. 120hari adalah untuk kes specific seperti kenser, CVA, serangan jantung, dan batu karang.
3. Kemudahan GL hanya boleh digunakan selepas 90 hari.
4. Jika berlaku kemasukkan kedalam wad sebelum tempoh 90 hari adalah berdasarkan 'pay and claim'.
5. Contoh kes non specific, Jika terkena keracunan makanan selepas 30hari tetapi sebelum 90hari, kad perubatan boleh digunakan untuk kemasukkan kedalam hosp swasta dengan syarat 'pay and claim'.
6. Tak ramai yang berani ambil risiko untuk 'pay and claim' kerana kekangan kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
JANGAN buat perbandingan lama sangat sampai 3-4 tahun tak habis-habis minta quotation tapi tak sign-up sebarang polisi. Sakit, mati, lumpuh tidak menunggu kita ada polisi takaful baru datang menyinggah. Mereka datang tanpa memberi salam. |
|
|
|
|
|
|
|
10 Bahasa Takaful yang patut korang faham. No.9 paling penting!
====================================
1. Sum covered
Pampasan kematian atau hilang upaya
2. Contribution/ Simpanan
Jumlah pembayaran yang harus dibayar oleh pemegang sijil/certificate
3. TPD (Total Permanent Disablement)
Hilang upaya kekal
4. Lapse ♂
Polisi yang tidak boleh dituntut jika berlaku sebarang kemalangan,kesakitan atau kematian kerana contribution tidak dibayar.Ia juga dipaggil sijil luput.
5. PA (personal accident)
Takaful kemalangan/ kematian kerana kemalangan
6. 36 Criticall illneses
36 penyakit kritikal ialah penyakit yang boleh membawa kematian.Senarai standard & digunakan oleh semua syarikat takaful
7. Specified illneses
Penyakit spesifik ini juga standard dan digunakan oleh semua syarikat takaful.
8. ILP (Investment Linked Plan)
Pelan takaful yang berkait dengan pelaburan.Ia adalah pelan takaful yang merangkumi 3 dalam 1,Perlindungan+Kad Perubatan+Simpanan.
9. Call aku atau ajen korang sekarang untuk ketahui lebih lanjut pasal takaful ni.
10. Policy Surrender
Penyerahan semula sijil atau kontrak kepada syarikat takaful.Dalam kata lain membatalkan sijil
Ramai lagi bangsa kita yang tak reti bahasa nak langgan takaful ni.
Tapi itula, selagi bahasa takaful ni korang tak faham, selagi tula aku takkan putus asa nak jumpa korang
Berminat, mesej je. Senang kan?
Kredit: fiuz Hafiz saini
#takaful
#SIXMA
#hibah
#cpmbk
#celiktakaful |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangilah saya sebab saya agent takaful
*ramai orang BENCI dan TAK SUKA pada agent insurans/ takaful. Tetapi ramai dah mula SAYANG bila dia di timpa MUSIBAH kerana satu-satu nya orang yang boleh tolong tika tu adalah Agent Insurans/ takaful.
*ramai orang akan LARI bila jumpa dengan agent tetapi tak kurang juga yang KEJAR agent bila dah jatuh sakit..
*ramai orang pandang NEGATIF pada agent insurans tetapi akan mula POSITIF bila diri ditimpa bencana..
P/s : RAMAI YANG TAK SUKA KERJA MACAM KAMI .. Tetapi RAMAI YANG INGINKAN KEJAYAAN SEPERTI KAMI.. |
|
|
|
|
|
|
|
Impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah
Kalau dahulu saya jual insurans baby dalam perut memandangkan tiada lagi takaful operator perkenalkan takaful baby dalam perut. Sekarang nie... Takaful baby dalam perut sudah ada di pasaran. Mama dan abah dah boleh mula mencarum takaful dalam perut nie.
Apa yang best takaful baby dalam perut nie, ia cover 17 penyakit konginental seperti jantung berlubang, Cerebral palsy, syndrome down, cleft lip with/without cleft palate ( macam anak Lan solo pernah kena) dan banyak lagi Wei. Jenuh nak menaip.
Jugak cover penyakit berjangkit seperti HFMD (dah menular dah ia), Inlfuenza A (sesiapa yang mencarum PruBsn Takaful ada promosi diskaun Kat hospital Columbia Asia. Pi kontak depa). Measles, Rabies, thypoid fever, Chigukunya fever, Malaria, dan hmmmm banyak Wei.
Sesiapa nak tahu lebih lanjut mai PM saya. Tak rugi kalau dengar kita bercerita.
Dan akhir sekali, ia cover jugak ibu yang mengandung. Apa? Nak tahu?
Mai PM saya.
0192853910 |
|
|
|
|
|
|
|
TAKAFUL ADALAH PERLINDUNGAN DAN SESETENGAH KES TAKAFUL INI BOLEH MELINDUNGI PUSAKA.
Contoh
Si mati mempunyai kereta yang perlu dibayar setiap bulan sebanyak RM 650 (sudah pasti bukan kereta mewah kan).
Setelah permohonan di Pejabat Pesaka Kecil selesai, waris perlu menunggu 5 bulan untuk dapatkan tarikh bicara.
Selama tempoh 5 bulan sebelum Tabung Haji atau KWSP dapat dikeluarkan, kereta perlu dibayar supaya tidak diambil tindakan (tarik).
Semasa waris-waris berbincang untuk permohonan pusaka, kereta telah diputuskan diambil oleh isteri si mati.
Dengan adanya pampasan takaful yang diberikan si mati kepada isterinya, pembayaran ini dapat dijalankan walaupun menunggu 5 bulan sebelum harta pusaka dapat dicairkan.
Situasi ini tidak mungkin berjalan :
1. Tidak ada perbincangan langsung sebelum kes didaftar ke Pejabat Pesaka Kecil.
2. Waris tidak faham bahawa kereta berhutang lebih banyak risiko berbanding sekiranya tidak diserahkan kepada seorang. Bahkan kereta tidak boleh ada 2 nama.
3. Waris lain ingin bahagian dari harta takaful disebabkan si isteri mengambil semua bahagian kereta sedangkan jika dikira, bahagian hutang kereta lebih besar berbanding yang telah dibayar.
4. Kereta diberikan juga kepada waris di bawah umur sedangkan jika tidak mahu dilepaskan, tebus bayar perlu dilakukan dalam sesetengah kes dalam perintah pembahagian.
5. Isteri mempunyai pampasan takaful yang mencukupi untuk kelangsungan asas hidupnya. Contoh si mati (suami) bergaji RM ,1,800. Dia perlu mempunyai pampasan sebanyak...
RM 1,800 x 12 bulan x 10 tahun (kalau nak ambil 5 tahun pun boleh) = RM216,000. Leb8h kurang tabarru' bulanan RM 50.
#celikpusaka |
|
|
|
|
|
|
|
DALAM RAMAI RAMAI KAWAN
Kita mungkin ramai kawan engineer,doktor,lawyer, cikgu,akauntan,itu ini dan sebagainya. Bila kita mati kelak,mereka semua akan hadir dari jauh dan dekat. Jangan lupa berkawan dengan ejen takaful. Meskipun kerjaya mereka tidak se gah orang lain, in shaa Allah,mereka akan datang ziarah anda dan keluarga bukan dengan tgn kosong.Just pastikan ambik polisi secukupnya. Otherwise ejen pun dtg ziarah jela. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbk at 30-9-2018 09:04 AM
Pernahkah anda membaca kisah seorang anak yang menerima surat dari LHDN untuk menuntut bayaran hutang cukai dari Allahyarham? Bunyi macam kejam bukan? Itulah hakikatnya. Kalau kita lihat gambar piramid tue, diharap kita akan lebih memahami.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ISTERI DAN ANAK
Dulu kita hidup sendiri, duit semua untuk diri sendiri. Jadi mana fikir pasal insurans ni. Tapi percayalah, bila dah ada tanggungan anda akan mula garu kepala. Bukan sebab anda tak mampu tanggung mereka, tapi anda fikir apa akan jadi dengan mereka bila anda tiada atau tiba-tiba kehilangan kerja.
Maka sebab itulah insurans itu perlu. Kita bayar bulan-bulan itu bukan untuk kita tetapi untuk mereka. Kita tidak mahu mereka susah kerana kita. Terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja dan sumber pendapatan keluarga hanya daripada kita seorang.
Kalau anda mati, boleh juga isteri anda kahwin lain, ada suami baru untuk sara dia dan anak anda. Tapi kalau anda lumpuh? Kalau anda koma? Isteri yang bekerja pun terpaksa berhenti kerja nak jaga anda, suap makan, basuh kencing berak anda. Mana lagi nak datang duit? Harap ihsan keluarga terdekat dan bantuan jabatan masyarakat? Hutang yang ada sebelum ni macam mana? Bil air, elektrik, Astro, Unifi, bil telefon? Hutang kad kredit? Siapa nak bayar?
Mari kita buat pengiraan mudah. Contoh jika gaji anda RM5,000 sebulan. Bermakna setahun gaji anda RM60,000. Nampak banyak, nampak kaya. Tapi daripada RM5,000 itu sebenarnya lepas tolak hutang tolak komitmen, anda rasa berapa je yang tinggal untuk belanja. Jadi bayangkan jika apa-apa terjadi pada anda. Hilang RM750 sebulan pun dah menggelupur. Inikan pula RM60,000 setahun hilang dari pendapatan sedangkan keluarga anda sebelum ini berbelanja dan urusan kewangan keluarga adalah berdasarkan keyakinan yang anda punya wang sebanyak itu. Mana isteri anda nak cari duit untuk ganti RM60,000?
Maka di sinilah perlunya insurans atau wang pampasan. Jika anda ambil pampasan RM60,000 bermakna anda beri masa setahun pada anda dan keluarga untuk buat percaturan. Jika pampasan RM300,000 bermakna anda dan keluarga boleh duduk goyang kaki selama 5 tahun dengan cara hidup dan belanjawan yang sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbk at 20-11-2018 10:03 AM
Sharing is caring |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tahun baru buat forumers board Takaful. Moga tahun ini makin ramai yang dikurniakan kesedaran untuk mencipta #Tabungkeluarga agar ada backup plan jika dilanda musibah. Jika bajet yang amat ketat, saya sarankan ciptalah #Tabungsendiri agar orang yang kita sayangi boleh meneruskan hidup dengan Aman dan damai tanpa dibebani masalah kewangan. Moga tahun baru ini dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Takaful perlindungan nie akan cover atau ganti balik income loss (pendapatan) Kita jika Kita dilanda musibah seperti didiagnose penyakit kritikal atau mengalami total permanent disability. Bolehlah ringankan beban kewangan kita. Bila dilanda musibah cth sakit, banyak jugak duit nak pakai. Kalau kad perubatan hanya cover kos hospital saja. Pendapatan yang hilang, kad perubatan x cover. Kalau meninggal Takaful perlindungan akan diberikan pada pewaris untuk meringankan beban kewangan dan perbelanjaan. |
|
|
|
|
|
|
|
#TabungTakaful
NASIHAT TAKAFUL
Takaful nie mudah
Kalau anda rasa Takaful ni penting untuk keluarga dan hidup anda, dapat meringankan beban masalah kewangan bila terjadi apa-apa, pasti anda akan terus membayarnya
Tapi kalau anda percaya ada orang lain akan kasi duit 1 JUTA free-free kepada anda atau anak isteri bila sakit Kritikal, hilang upaya atau meninggal dunia awal, maka tak sambung bayar dan nak berhenti sekerat jalan pun, buatlah
At the end of the day, the choices we make, will determine what will happen to us and those around us.
#cpmbk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbk at 16-5-2019 04:18 PM
Norman Ridzuan
14 May at 12:09
Kepada sahabat- sahabat yang ada medical card personal tapi belum pernah guna (claim),
Mai nak share sikit apa yang kita kena buat sebelum terus guna Medical Card tu. Mungkin ejen-ejen pernah bagitau.Tapi takpa manusia mudah lupa, jom kita revise balik😀
1. Sebelum terus ke hospital pakar, seeloknya ke klinik dulu
" Eh kenapa pulak dah ambil medical card suruh kita ke klinik pulak? Dah tu apa function medical card?"
Ok macam ni,tujuan ke klinik dulu adalah untuk memastikan keadaan kita memang perlu admit wad.
Jika kita terus pergi ke hospital pakar, dan doktor pakar sahkan kita tak perlu admit,so terpaksa keluar duit poket sendiri untuk bayar bil yang mana selalunya lebih mahal daripada klinik biasa. Nurse procedure punya caj pon dah mahal, apatah lagi consultation doktor dan ubat-ubatan.
Dan medical card kebiasaannya hanya boleh digunakan bila kita confirm warded lebih dari 6 jam. Selain itu lebih baik rujuk kepada ejen atau pihak insuran/takaful terlebih dahulu tentang coverage.
Kemalangan pula ada 2 jenis. Ada yang boleh dirawat sebagai outpatient. Ada yang memerlukan admission wad. Jadi jika outpatient, Pay dulu dan bagi resit kepada ejen untuk Claim.
2. Jika doktor tanya, JAWAB DENGAN JELAS.
Jika kita mengalami masalah kesihatan. Pasti ada simptom-simptomnya. Kat bahagian mana, bila mula rasa perubahan.
Jika baru kena, jawab baru kena.Contohnya,sebab jatuh ka,sebab dilanggar atau lain-lain.
Kalau kita jawab tak tahu, doktor mungkin akan tulis UNKNOWN, maka proses penyiasatan oleh syarikat
insuran/takaful akan menjadi lebih panjang.
Walau pun kita sudah sign up 2,3 tahun, boleh jadi kita sudah ada sakit berkenaan sebelum kita sign up takaful lagi.
Jadi jawapan kita ketika bertemu doktor sangatlah penting.
3. Jika doktor klinik beritahu perlu warded, MINTA REFERRAL LETTER.
Jika doktor di klinik maklum kena warded, mintak terus refered letter untuk ke hospital panel. Beritahu doktor nak guna medical card.
4. Tolong SIMPAN RESIT KLINIK.
Kadangkala berlaku kes, 2, 3 kali kita terpaksa berulang alik ke klinik dan kemudian baru warded.
Jika admission warded itu sama berkaitan dengan rawatan di klinik-klinik sebelum ini maka bil-bil sebelum ini boleh claim dengan syarikat takaful/ insuran.
5. Jika rawatan disebabkan oleh kemalangan minta doktor tulis diagnose sikit kat belakang resit.
Sesetengah insuran takaful ada manfaat claim balik bil disebabkan kemalangan.
Biasanya untuk kes kemalangan seperti kena minyak panas, jahitan luka dan sebagainya yang tidak perlu warded di hospital.
Untuk claim memerlukan diagnos doktor yang ditulis dibelakang resit seperti berikut:
* Cause Of Accident
* Date & Time
* Treatment
* Sign & Stamp doktor yang merawat
Harap serba sedikit dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.
Last but not least. Call ejen anda jika apa2 berlaku. Kalau ejen anda tak angkat call, call ejen lain pon tak menjadi masalah.
😎
credit: #NR
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mbk replied at 2-1-2019 10:30 AM
Takaful perlindungan nie akan cover atau ganti balik income loss (pendapatan) Kita jika Kita dilanda ...
Saya mmg tgh survey insurance lain ni..sbb serik guna prudential takaful (masih active) tp ada tunggakan sbb process terminate leceh. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Ramadhan Al Mubarak untuk board insurans. Moga Ramadhan ini memberi kesyukuran dan sinar buat kita semua. Sekarang nie Takaful atau insurans boleh mohon secara online. Consult dengan ejen terdekat anda atau wasap.my/+60192853910/mohontakaful |
|
|
|
|
|
|
| |
|