Ku pohon doa restu untuk perwira ku
Ku datang kepada mu dalam impian rindu
Ku utuskan bingkisan kasih murni cinta
Mengiring pertemuan di fajar hari raya
Jiwa mu nan perkasa tabah dan setia
Sedia pertahankan tanahair tercinta
Selamat kau berjuang duhai perwira ku
Menanti kau pulang menunaikan janji mu
( korus )
Tiada ku kesalkan perpisahan ini
Ku rela kau berkorban demi untuk pertiwi
Semoga kau bahagia di hari raya
Waspadalah selalu oh kasih…
Kiranya ‘dah suratan kita berjauhan
( Ku ) hadapi dugaan cinta mekar suci
Betapa ku merasa tanpa kau di sisi
Hari raya yang indah namun kesepian
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahnya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayangmu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganmu
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir dirimu di dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakinku takkan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Wajahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa dirimu.. woo..
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu.. wooo…
Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara
Cinta datang sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Buana cerah bercahaya
Seluruh alam bergembira
Oh...indah kurasa
Nikmatnya hari raya
Tua dan muda
Miskin kaya
Kecil dan besar
Pun serupa
Oh...tiada berbeza
Sama disisiNya
Indah terasa indah
Pagi hari yg mulia
Gema takbir bergema
Memuji Tuhan yg Esa
Salam mengucap salam
Tulus jujur penuh mesra
Memohon keampunan
Di hari mulia
Selamat selamat
Selamat hari raya
Hari yg bahagia
Hari yg mulia
Hari kemenangan
Tiap umat manusia
Hari yg sempurna
Sebulan berpuasa
Berlalu sudah bulan puasa
Masa untuk bersuka-ria
Oh yeah
Raikan hari raya
Kawan-kawan semuanya happy
Kekasih pulang dari oversea
Oh yeah
Samalah kita nanti
Mungkin dahulu terasa sepi
Hanya keluarga yang menemani
Tapi sekarang tidak lagi
Korus
Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna ku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya
Ku jatuh cinta di hari raya
Cinta di hari raya
Cinta di hari raya
Semangat kita nak bangun pagi
Pakai cantik-cantik hari ini
Oh yeah
Nak jumpa somebody
Rumahku dihiasi indah
Senyum sehingga hujung telinga
Oh yeah
Tunggu kekasih hati
Syawal kali ini ku tak sabar
Hati terasa berdebar-debar
Oh yeah
Diri sudah berpunya
Ulang korus
Cinta di hari raya
Cinta di hari raya
Cinta di hari raya
Dihening pagi mulia ku melayari sepi
Sementara tangisan menitis tak kusedari
Terbawa angan mengetuk daun pintumu kasih
Memohon maaf sekian kali
Setelah jauh terpisah baru aku mengerti
Sungguh sinar ku tercari-cari selama ini
Terlalu hampir hingga mengabur mata hati
Tanpamu tak bisa aku berdiri
Mengecap segala keindahan alam fana ini
Apalah lagi hendak untuk menyelam cinta ilahi
Ketika takbir hari raya
Seluruh umat bergembira
Terbawa angan mengetuk daun pintumu kasih
Memohon maaf sekian kali
Mengecap segala keindahan alam fana ini
Apalah lagi hendak untuk menyelam cinta ilahi
Ketika takbir hari raya
Seluruh umat bergembira
Tersentuh jiwa sedang lara
Dibelai rindu tak terkata
Di hari raya . . . ohh
Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim
Wayusallimu wayubaarik alaik
Wayusallimu wayubaarik alaik
Allahhummasollialaa. Muhammad
Allahhummasollialaa. Muhammad
Bermula satu suara
Memuji nama baginda
Menyeru setiap umat
Menyampai seluruh alam
Jadi utusan setiap insan
Zaman-berzaman
Kitab warisan
Jadi
pegangan
Terdengar sayup suara
Bergetar tubuh terasa
Memuji tuhan yang Esa
Memberi rahmat seluruh alam
Nabi junjungan telah sampaikan
Satu seruan
Kitab warisan
Jadi amalan
Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim
Wayusallimu wayubaarik alaik
Wayusallimu wayubaarik alaik
Allahhummasollialaa Muhammad
Allahhummasollialaa Muhammad.
malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
sebab kau dan aku
sayangnya kau tiada disisiku
masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
mengubah yang tersurat dalam hidupmu
kau pergi tak kembali selamanya c/o
walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh
di alam abadi di pusaramu hanya doa yang ku iringkan
dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga dalam hidupku segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
takdir telah tertulis untuk diriku ulang c/o
hari kian silih berganti
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kepekatan malam ku
ku lihat lambaian mu dari syurgawi
memanggilku
Bila sendirian dalam syurga tak bermakna
Harum suasana tak upaya bercanda
Pada siapa ku bentangkan tikar cinta
Aku Adam tanpa cinta tak ke mana
Tuhan terima kasih kerana kau menghayati
Hawa nan di beri syurga makin berseri
Ku bukakan pintu cinta yang menanti
Ku hamparkan rasa rindu di tapak kaki
Hawa kemarilah ku tunjukkan syurga ku
Sabar kau kan tahu diri ini syurgamu
Aaaa kita kan bersatu
Aaaa beradu
Syurga tanpa Hawa bagai cinta tak bertuan
Hawa dalam syurga cinta bagai tak keruan
Ciptaan Mu paling mistik ku tertawan
Aku hamba dalam cinta rekaan
Tuhan mengapakah ku keliru di sini
Hawa dirusuk ku bagai duri di hati
Aaaa manakah syurga ku
Hawa dalam syurga atau syurga dalam Hawa
Cinta tanpa Hawa di syurgakah tempatnya
Aaaa cinta yang berhawa
Aaaa sengsara
Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... Ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu
Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau rubah
Cara....hidupmu....
Bila hadir kasih sayang
Tanda cinta sudah berakar
Terkadang pudar hidup ku
Terkadang semangat gelora
Rasa cinta kepada keindahan
Yang ada yang tetap pada kejadian
Berdiri di atas kehendak keamanan
Kedamaian....
Cinta menciptakan rindu
Duka membuat kita sembuh
Semangat terbakar hangus
Itu mesti terus
* :
Kerana cinta dunia pun berperang
Itu cinta sesat di perjalanan
Demi cinta kita terlupa dunia
Kesesatan....
** :
Marilah kita bersama terus bercinta
Menjadi cermin untuk manusia
Hentikan tangisan rindukan ketenangan
Cinta ini penuh keindahan
Kasih dan sayang....
( Ulang Rangkap * dan ** )
Nanana nananana nana nana nana....
Cinta ini penuh.... keindahan.. ooo..
Bercinta...