CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lavender_aqua

[KUIZ] SEMBANG SUKAN: EPL (98)

 Close [Copy link]
Post time 29-10-2013 07:04 PM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan (1) vs Pahang (0)
Std Shah Alam
8.45 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2013 08:26 AM | Show all posts
MsCinderella posted on 29-10-2013 04:53 PM
tp aqua dah tulis 20 so 20 saja la....

kalau perlis atau kedah masuk final baru syok bg 20 ...

20 cukup...

kalau kedah ka, perlis ka masuk final, 200 pun boleh...

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 08:57 AM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan   3    vs    1   Pahang
Std Shah Alam
8.45 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 09:07 AM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan   2    vs    1   Pahang

Std Shah Alam
8.45 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 09:57 AM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan (2) vs (2) Pahang (penalti Kelantan menang)
Std Shah Alam
8.45 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 10:13 PM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan (3) vs (1) Pahang
Std Shah Alam
8.45 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2013 10:58 PM | Show all posts











Last edited by MsCinderella on 30-10-2013 11:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 11:00 PM | Show all posts
Perlis juara Piala Malaysia kali ke-2



PEMAIN-pemain Perlis menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan Naza 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Perlis menjulang trofi kejohanan bola sepak Piala Malaysia buat kali kedua dalam sejarah pertandingan itu selepas menewaskan Negeri Sembilan Naza 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam ini.

Kali terakhir Perlis menjuarai kejohanan berprestij itu ialah pada kempen edisi 2004 dengan menewaskan Kedah 1-0 di stadium yang sama.

Dua gol skuad kendalian jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim itu dijaringkan oleh dua pemain import dari Zambia, Philimon Chipeta dan Zacharia Simukonda, masing-masing pada minit keempat dan 76.

Sementara gol NS Naza dijaringkan oleh penjaring terbanyak mereka dari Cameroon, Christian Bekamengo pada minit ke-82.

Di hadapan kira-kira 40,000 penonton, Chipeta menanduk masuk gol pembukaan hasil bola lontaran ke dalam oleh pemain tengah, Adrian Jurad Chamrong dari sebelah kiri gawang Negeri Sembilan.

Bola tandukan Chipeta mengenai tiang gol sebelum menerjah jaring, sekali gus menewaskan penjaga gol NS Naza, Azizon Kadir.

Lontaran bola oleh Adrian yang menghasilkan gol itu dianggap 'ulangan' kepada gol Perlis sewaktu menentang Kedah pada perlawanan akhir 2004 itu.

Semasa perlawanan tersebut, Adrian melontar bola ke tengah gawang Kedah yang terus menerjah jaring tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.

Adrian turut mencipta gol kedua skuad naib juara Piala FA itu musim ini. Bola sepakan percumanya dari jarak 30 meter terus ditanduk masuk Simukonda.

Bagi NS Naza, mereka terus kempunan untuk menjulang trofi kejohanan berprestij itu untuk tempoh setahun lagi setelah 58 tahun menunggu.

Kali terakhir Negeri Sembilan menjuarainya ialah pada 1948 ketika pertandingan itu masih dikenali dengan Piala Malaya. Mereka menewaskan Selangor pada perlawanan akhir.

Pada tahun itu, perlawanan akhir dilangsungkan dua kali. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan pertama di Seremban dan pada perlawanan kedua, Negeri Sembilan menang 2-1 di Kuala Lumpur untuk pasukan Rusa menjuarainya buat kali pertama.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz2jDYB71Lu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 11:05 PM | Show all posts
Penantian 83 tahun julang Piala Malaysia diakhiri dengan gol sendiri Kedah - Perlis juara bertuah

Oleh Zainu'l Azhar Ash'ari



JUARA BERSEJARAH... Pemain-pemain Perlis meraikan kejayaan memenangi Piala Malaysia 2004 bersama Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas pasukan itu menewaskan Kedah 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. - Gambar ZAKI AMIRUDDIN.

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Perlis mencatat sejarah apabila buat pertama kali dalam tempoh 83 tahun menjulang Piala Malaysia 2004 selepas menewaskan jirannya, Kedah 1-0 dalam perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam ini.

Agak menyedihkan bagi Kedah, gol minit ketujuh itu merupakan gol sendiri akibat kesilapan penjaga gol yang juga ketua pasukan, Megat Amir Faisal setelah terlepas bola lontaran jauh pemain Perlis Adrien Jurad Chamrong.

Ia sekali gus menghancurkan harapan Kedah untuk menjulang piala itu buat kali ketiga selepas menjuarainya pada 1990 dan 1993.

``Saya tidak akan lupa sepanjang hidup saya kesilapan yang berlaku itu.

``Saya memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Kedah, jurulatih dan rakan sepasukan,'' kata Megat Amir dengan nada sebak kepada pemberita selepas tamat permainan.


Gol tunggal itu sudah cukup untuk membuka lembaran baru kepada skuad Singa Utara selepas kegagalan untuk memenangi sebarang gelaran sebelum ini.

Bagaimanapun, pujian harus juga diberikan kepada Kedah yang membuat beberapa percubaan berbahaya.

Walau pun ketinggalan, Kedah bangkit mengatur serangan yang hampir memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-18 tetapi hampa apabila tandukan penyerangnya, Hasmawi Hassan tersasar. Dia ketika itu hanya berdepan dengan penjaga gol Perlis, Amran Omar.

Tanpa penyerang utama, Akmal Rizal Rakhli yang mengalami kecederaan, Kedah tetap mempamer semangat juang tinggi khususnya pada babak kedua apabila menguasai permainan untuk memaksa Perlis lebih banyak bertahan.

Gandingan penyerang Philimon Chipeta dan Lamin Conteh pula kurang menyerlah untuk menggugat pintu gol Kedah apabila mereka dibayangi pemain tinggi lampai Cornelius Bernard Hugging dan A. Victor.

Singa Utara mendapat kesempatan terbaik untuk menambah gol tetapi Yusri Che Lah yang mendapat hantaran Chipeta sekadar melepaskan rembatan liar pada minit ke-38.

Pencapaian terbaik Perlis itu disaksikan oleh kira-kira 80,000 penonton, terdiri daripada penyokong kedua-dua pasukan yang menghiasi stadium tersebut dengan lautan warna hijau kuning dan biru kuning.

Sebaik sahaja `orang paling penting' dalam perlawanan, pengadil Mat Lazim Awang Hamad meniup wisel penamat, pemain-pemain Perlis terus meraikan kejayaan dengan diiringi kibaran bendera biru kuning daripada penyokong Perlis.

Lebih manis kemenangan itu turut disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putera Jamalullail.

Pesta keraian Perlis bertambah meriah apabila tonggak Perlis kelahiran Kedah, Adrien Jurad diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Stadium menjadi lebih gamat lagi apabila Yang di-Pertuan Agong menyampaikan Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam arena bola sepak negara kepada ketua pasukan Perlis, Mohd. Khaironnisam Shahabuddin.

Turut menyaksikan aksi perlawanan akhir itu ialah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Perlis, Tengku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin.

Kejayaan Perlis itu adalah pencapaian terbaik Perlis yang sebelum ini ialah pernah beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA 2003 tetapi tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan.

Ternyata Perlis di bawah bimbingan jurulatih, Norizan Bakar menunjukkan peningkatan musim ini dengan menduduki tempat ketiga Liga Super berbanding Kedah di tangga tercorot dan akan beraksi dalam Liga Perdana pada tahun depan.

Sebelum melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, Perlis mencatat keputusan memberangsangkan dalam separuh akhir dengan menewaskan juara Liga Super 2004, Pahang dengan agregat 3-2. Perlis menang 2-0 dalam separuh akhir pertama dan tewas 1-2 pada saingan kedua.

Sementara itu, Kedah yang menerima sentuhan jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah gagal memburu gelaran ketiganya.

Kedah juga pernah beraksi dalam tujuh perlawanan akhir bermula pada 1987, 1988, 1989, 1990, 1992, 1993 dan tahun ini.

Namun, berbanding Perlis, Kedah mengumpul koleksi kejuaraan yang lengkap berbanding Perlis. Selain Piala Malaysia, Kedah pernah menjadi juara Piala FA 1996.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2jDYwqba2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 11:10 PM | Show all posts
Singa Afrika julang Perlis

Oleh: AMRAN MULUP, JOHARI SHAWAL dan NORZIE KHASBI


PENYERANG Perlis, Philimon Chipeta (kanan) menari sambil diraikan oleh rakan-rakannya selepas menjaringkan gol pertama pasukannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Tangan ajaib serta sentuhan Adrien Jurad Chamrong menjadi nadi buat Philimon Chipeta dan Zacharia Simukonda menjaringkan gol kemenangan membantu Perlis menjuarai Piala Malaysia Edisi Ke-38 menewaskan Negeri Sembilan Naza 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Buat Perlis kemenangan ini adalah buat kali kedua dalam sejarah mendakap piala paling berprestij dengan kemaraan ke perlawanan akhir buat kali ketiga berturut-turut, sekali gus memadamkan impian NS Naza mahu menamatkan kemarau 58 tahun menjulang piala tersebut pada 1948.

Di hadapan kira-kira 40,000 penyokong melihat kehebatan skuad Singa Utara yang juga naib juara Piala FA mendominasi perlawanan sejak dari babak bermula namun kebangkitan NS Naza di lewat permainan sudah terlambat.

Gol pertama Singa Utara hadir mengimbas situasi yang sama diilhamkan oleh Jurad Chamrong menerusi lontaran ke dalam dari jarak terus menerjah jaring ketika Perlis dinobatkan selaku juara Piala Malaysia pada 2004 menewaskan Kedah 1-0.

Kelibat Jurad Chamrong sekali lagi menepati sasaran apabila sepakan percuma pada minit ke-76 mudah ditanduk kencang oleh Simukonda memahatkan kemenangan paling manis buat Perlis bagi musim 2005-2006

Hanya tiga minit permainan bermula Perlis lebih pantas mencipta jaringan menerusi tandukan Philimon Chipeta menewaskan penjaga gol NS Naza, Azizon Abd. Kadir.

Berpunca daripada lontaran jauh ke dalam oleh Adrien Jurad Chamrong tepat ke arah Chipeta yang terus menanduk masuk mengenai tiang sebelum bola bergolek masuk menggegar jaring.

NS Naza yang tersentak dengan jaringan tersebut cuba mencari gol penyamaan menerusi gandingan Christian Bekamenga dan Buston Brown tetapi sukar menembusi benteng mantap skuad Singa Utara.

Sebaliknya Perlis jelas menonjol menguasai pentas saingan dengan kelincahan Chipeta dan Zacharia Simukonda sering mencemaskan benteng pertahanan lawan.

Pada minit ke-59 Chipeta sekali lagi hampir-hampir menambah gol kedua Perlis apabila sepakan kencangnya berjaya ditampan keluar oleh Azizon.

NS Naza berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-70 namun sepakan kencang Brown ditepis keluar oleh Tay Sin Kiat.

Pada minit ke-76 Perlis menambah cengkaman apabila giliran Simukonda menanduk masuk gol kedua namun NS Naza merapatkan jurang dengan gol dihasilkan pada minit ke-82 hasil jaringan Christian Bekamenga.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2jDaZWtYd
© Utusan Melayu (M) Bhd

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 02:09 AM | Show all posts
MsCinderella posted on 30-10-2013 10:58 PM

taim zaman kegemilangan kedah dedulu pemain nama radhi mat din paling popular...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 09:44 AM | Show all posts
sfhzuraz posted on 31-10-2013 02:09 AM
taim zaman kegemilangan kedah dedulu pemain nama radhi mat din paling popular...

teringat zaman kegemilangan kedah julang treble piala 2 tahun berturut2...
masa tu bawah azraai khor abdullah..
skrg nak tgk kedah masuk semi pun susah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 11:30 AM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan 2 vs Pahang 1
Std Shah Alam
8.45 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 11:41 AM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan   2   vs    1   Pahang
Std Shah Alam
8.45 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 04:18 PM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan  1 vs 1 Pahang
( Penalti : Kelantan 4 vs 3 Pahang)

std shah alam
8.45 mlm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 12:15 PM | Show all posts
Final Piala Malaysia

Kelantan 1 vs 1 Pahang (kelantan menang penalti)
Std Shah Alam
8.45 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 02:09 PM | Show all posts
EPL
2 Nov 2013


1. Newcastle vs Chelsea
8.45 mlm

2. Fulham vs M.Utd
11 mlm

3. Man City vs Norwich
11 mlm

4. Arsenal vs Liverpool
1.30 pg
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 02:18 PM | Show all posts
EPL
2 Nov 2013


1. Newcastle  0  vs   2  Chelsea
8.45 mlm

2. Fulham  1  vs   3  M.Utd
11 mlm

3. Man City  1  vs   0  Norwich
11 mlm

4. Arsenal   2  vs   1   Liverpool
1.30 pg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 02:53 PM | Show all posts
EPL
2 Nov 2013

Newcastle   1    vs    2   Chelsea
8.45 mlm

Fulham   0    vs    2   M.Utd
11 mlm

Man City    3   vs    0  Norwich
11 mlm

Arsenal   2    vs    1    Liverpool
1.30 pg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 03:19 PM | Show all posts
EPL
2 Nov 2013

Newcastle   1    vs    2   Chelsea
8.45 mlm

Fulham   0    vs    2   M.Utd
11 mlm

Man City    4   vs    1  Norwich
11 mlm

Arsenal   2    vs    2    Liverpool
1.30 pg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.678151 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list