iols dah berjaya khatam kisah cinta dari episod 1 sampai 7.. sumpah best! Dan iols rasa lakonan faz sangat baik!
Pujian iols bukan sebab thread ni hanya untuk hepi2 dan nak positive comment je, tapi ini adalah REALITI walaupun kita banyak berFANTASI dengan kisah cinta deols, tapi GASAKLAH khenn
Suka tengok KIMIA antara sam dan faz. Nak2 part bila faz kene naik kereta buruk SAM, ekon rosak bagai then berebut bilik hotel
Dan sepanjang iols marathon KISAH CINTA hari ni, iols kagum giler dengan kecantikan fazura. Cantik sangat2! Dan marilah kita2 disini yang jugak peminat FAZ mendoakan agar kecantikan luaran faz seiring dengan kecantikan akhlaknya. Begitu jugaklah dengan akhlak kita selaku fan mahupun haters
tedia, iols dah buat karangan.. sorrylah uols. Iols baru sempat tengok KISAH CINTA.. masih dalam mud tersengih2 sambil perasan diri segojes fazura, boleyyy
aina_shaira posted on 23-6-2013 06:38 AM
takde ke sinopsis cite kisah cinta nie? nak tahu jalan cerita nya
Iols cilok khas untuk uols..
Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang. Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.
Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku. Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak.
Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.
Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.
Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah. Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal?
Gnola83 posted on 24-6-2013 12:49 AM
iols dah berjaya khatam kisah cinta dari episod 1 sampai 7.. sumpah best! Dan iols rasa lakonan faz ...
dan fazura ada juga membuat kemunculan dlm OME! boh!
dah bagi aku x der nmpk fake pung... tapi yg kelakar dlm citer tue ada sorang jer yg x suka.. yg laing suka belaka tertiba si fazura wat enterframe dlm citer diorang.... dan si Izara Aishah jer yg x suka kehadiran si fazura nie huhuhuhu... kelakau gilers....
Gnola83 posted on 24-6-2013 12:49 AM
iols dah berjaya khatam kisah cinta dari episod 1 sampai 7.. sumpah best! Dan iols rasa lakonan faz ...
Smlm aiols ulang lagi eps 6 tu part yg sam kena pukul n depa g hotel yg sam terckp sebab sy sayang awak! Kekek ulg 2 3 x ..rase cm nk tgk je lagi ni..hahahaha..gilos dah kemaruk ngn fazzy couple ni..for surw la manisnya cinta ni mmg akan ku pergi tgk bwk husbnd!! Hahahaah merana la husb ai nnt tgk ceta cinta
aina_shaira posted on 24-6-2013 07:06 AM
thanks, ada tak sinpsis filem MANISNYA CINTA???
berdasarkan novel uolss...novel manisnya cinta sejibik jln ceta dlm novel tu..ttg pilot nyamar jd pemandu bas kekekke Last edited by rosannazmia on 24-6-2013 07:22 AM
Gnola83 posted on 24-6-2013 02:53 AM
iols suka episod neh.. episod 2 ni syok, kelakar giler sam dengan memek muka selambanya *iols se ...
x kuar noks!!nway ai sbb dh abis kan merems dari 1-7 now ai ulang part2 diorang jer..kekekek..semuaaaa ai suka tp yg spesel tula bab kat hotel tu kekeke..masa faz tiup kepala si sam..heheheeh tu satu lagi adegan yg ahhhh...
aina_shaira posted on 24-6-2013 07:28 AM
maksudnya movie manisnya cinta ni jalan ceritanya sama dgn drama kisah cinta ke?
Dear , kisah cinta drama bersiri.. die ade thread sendiri kt board TV sana .. manisnya cinta filem yg adaptasi dari novel .. br abis shooting di turki ari tu ... tayangan mungkin early 2014 . . heee
ikinbest posted on 24-6-2013 08:27 AM
sweetnyer sam n faz dlm gambo nih .. satu donat kongsi due orang ... heeee
uolss ai rasa kan x boleh lawan gambar candid ni..walauponnnnnnnnnnnnnnn muka sam x nampak kan tp ya allahh!!sweetnyee..nak make up pon pegang2 tangan ..aishhhh berdebor tgk!
!
rosannazmia posted on 24-6-2013 12:10 PM
uolss ai rasa kan x boleh lawan gambar candid ni..walauponnnnnnnnnnnnnnn muka sam x nampak kan tp ...
hahah... legend gambar ni ... Faz terkantoi pegang tangan SAM ek ... rasanyer cast n crew production sume da tau kot diorang punya lovey dovey .. saje x nk public kan cite nih kot ... hehehe