Post Last Edit by bunick at 18-8-2010 15:53
“Kia, kau tau tak abang ustaz kau yang jadi imam malam tadi. Aku rasa macam nak terjatuh cinta je dengar suara dia baca surah dalam solat tadi.” Chengkeh melentokkan kepalanya di bahu Kia.
“Amboi, habis tu Hadif Iman kau tu nak campak kat mana?” Miko baling kusyen kecil ke arah Chengkeh.
“Baguslah abang ustaz kau tu Kia. Dah la tolong bayarkan repair kereta kau, lepas tu ajak kita berbuka puasa kat rumah anak yatim. Lelaki beriman, handsome, ada kereta besar, penyayang…..Pakej lengkap tu Kia.” Bunick pulak jadi nasi tambah.
“Korang ni lebih-lebih la pulak. Entah-entah Jihad tu dah ada isteri. Lelaki sekarang ni bukan boleh percaya sangat.” Sanggah Kia.
“Kia, kalau dia dah ada isteri, dah tentu dia bawak isteri dia pergi sana. Aku confident ustaz tu bujang lagi!” Penuh yakin Bunick bersuara.
“Korang sibuk-sibuk ni kenapa? Tadi cakap nak pergi pasar Ramadhan Jalan TAR. Ni dah pukul berapa dah ni?” Kia alih topik yang sedang hangat itu.
“Baru pukul tiga, lepas solat Asar kita pergi la.” Miko melunjurkan kakinya di atas karpet.
“Lambat sangat la kalau pergi lepas Asar. Hari ni dah la hari Sabtu. Kita gerak sekarang la. Korang pergi siap cepat.” Kia dah jadi komandan askar dah.
“Sekarang ke Kia? Aku baru ingat nak melelapkan mata barang seminit dua…” Chengkeh yang sedang berbaring di atas sofa bersuara.
“Makruh tidur siang bulan puasa ni. Dah, bangun cepat! Semua orang kena siap dalam masa lima belas minit!”
Masing-masing bergegas bangun dan berlari naik ke bilik masing-masing. Sebelum Kak Long Kia mengamuk tak nak drive, baik mereka bertindak mengikut arahan.
Kia memandu perlahan memasuki parking berhadapan Complex Campbell. Nak parking kat Maju Junction, dia takut termuntah pulak bila berpusing kat dalam tu.
Masing-masing berjalan dengan penuh sopan santun menuju ke deretan kedai yang terdapat di sepanjang Jalan TAR itu. Mereka akan berbuka di gerai sekitar sini sahaja dan kemudian menunaikan solat Maghrib di surau SOGO. Aktiviti malam itu akan diteruskan dengan menjelajah segala gerai yang tercatuk di Jalan TAR ini.
Mereka berempat jalan berderet melintasi gerai-gerai menjual juadah berbuka puasa. Namun, perjalanan mereka terhalang bila Miko berhenti tanpa memberikan sebarang signal. Kia yang berjalan paling belakang mudah sahaja terdorong di belakang Chengkeh yang tinggi lampai itu bila kakinya terbrek kecemasan.
“Hi Alex..” terdengar suara Miko menyapa seorang lelaki Mat Salleh yang berdiri di hadapan mereka.
Wajah Bunick sudah merona merah, macam mana mamat orang putih ni boleh ada kat sini pulak? Entah-entah Miko yang bagitau dia? Cepat sahaja otak kiri Bunick membuat tuduhan melulu kepada Miko. Amboi, perasannya Bunick. Macam la Alex tu stalk dia. Biarlah dia nak pergi mana-mana pun….
“Hi girls….hi Bunick!” Pandangan Alex melekat pada wajah Bunick. Dia makin terpesona melihat pipi Bunick yang sudah memerah terkena sinaran matahari Kuala Lumpur di petang Sabtu.
“Hi Alex…” Perlahan saja Bunick membalas sapaan Alex. Dah macam orang hilang suara pulak Bunick ni.
“What are you doing here Alex?” Soal Miko.
“I’m looking for mentakab…” Yakin je Alex jawab.
“Mentakab? Here?” Tiba-tiba je Bunick dah dapat balik suara dia yang hilang tadi.
“Yeah, mentakab. Malaysian pizza with pink gravy…” Alex jawab sambil renung wajah Bunick. Tadi bukan main lagi Bunick malu, sekarang ni cepat je dia jawab bila Alex cakap dia tengah cari mentakab. Mungkin Bunick nak tolong tunjukkan kat mana gerai menjual mentakab yang sedap kat sini. Alex bermonolog sendirian.
“Alex, do you know that Mentakab is one of a place in Pahang state?” Miko soal Alex yang leka memerhatikan Bunick.
“No, I’m not going to Pahang. I’m looking for the stall selling the mentakab. I like it very much.”
“Alex, do you mean murtabak?” Bunick tanya Alex lagi sekali.
“Murtabak? Something like that la….” Alex garu kepala. Macam mana boleh salah sebut ni. Depan Bunick pulak tu…..
Anak dara berempat tu dah bantai gelak. Ada ke patut Alex tukar nama makanan dengan nama tempat tu. Memang kelakar lah Alex ni.
“Sorry Alex, it was so funny. How come murtabak can be Mentakab.” Miko masih lagi gelak.
Manakala Alex dah tersipu-sipu malu.
“Come, we show you the stall that sell the delicious murtabak in Kuala Lumpur.” Lebih-lebih pulak Miko ni promote kat Alex. Patutnya dia bagi Bunick je yang jadi tourist guide hari ni.
“Really Miko? I can join all of you?” Alex dah senyum lebar. Ada harapan lah dia nak dekat dengan Bunick hari ni. Tak sangka pulak kunjungan dia ke Jalan TAR hari ni membuahkan hasil yang tak disangka.
“Yeah sure. You can join us buka puasa also.” Pandai-pandai je Miko jawab bagi pihak kawan-kawannya. “Korang tak kisahkan?”
“Kitaorang okey je.” Chengkeh jawab sambil jeling kat Bunick.
Kia yang langsung tidak mengenali Alex hanya terpinga-pinga. What is going on here friends?
“So, shall we?” Alex dah lorongkan jalan untuk mereka berempat. Miko tarik tangan Chengkeh untuk jalan bersaing dengannya. Chengkeh pulak cepat-cepat tarik tangan Kia meninggalkan Bunick dengan Alex di belakang.
Bunick hanya memandang geram mereka bertiga. Aduh, apa aku nak cakap dengan Alex ni?
“Are you okay Bunick?” Alex tanya Bunick yang kelihatan agak gelisah.
“I’m okay Alex. How are you doing?”
“I’m fine but starving.”
“Starving?”
“Yup! I’m fasting...” meleret senyuman dari mulut Alex.
“Fasting?”
“Of course dear, fasting is compulsory for muslim right?”
“But you are not muslim. So, you don’t have to fasting.” Bunick pandang Alex yang masih tersenyum. Murah senyuman sungguh mamat orang putih ni. Dah la panggil aku dear tadi. Kalau dalama Bahasa Melayu kan ke sayang tu.....
“I’m muslim now. So I have to pray, fasting and recite Quran. Am I right Bunick?” Soalan Alex itu menghentikan langkah Bunick.
Sejak bila pulak mamat orang putih ni convert. Miko tak pernah cakap pun. “Since when Alex?”
“Three months ago. After I met u…..”
Alex masuk Islam lepas dia jumpa aku kat Sungai Lolo. Biar betul Alex ni. Nanti tak pasal-pasal aku berangan pulak. Hello cik kak, entah-entah Alex ni memang dah lama nak masuk Islam, kebetulan je dia peluk agama Islam lepas jumpa kau. Dah mulalah nak perasan tu…..
“You can call me Ariff now. Muhammad Ariff…” Alex tarik lengan baju Bunick supaya mereka terus berjalan.
“Nice name. But I still cant believe it Alex…” Bunick masih berada di awang-awangan. Nasib baik jugak Alex ni tak letak nama Mohd Ali, haruslah dia terbayangkan Mike Tyson kalau Alex guna nama tu.
“You have to believed it Bunick…”
“Alhamdulillah Alex, I’m happy that you willing to be a part of us.”
“Part of us? Meaning you and me?”
“No, no. I mean apart of muslim, Islam.” Cepat-cepat Bunick membetulkan ayatnya. Takut nanti Alex perasan pulak yang Bunick ni dah suka kat Muhammad Ariff.
“I hope there will be us….you and me.” Alex bisik kat telinga Bunick.
Aduh! Bunick macam nak pengsan bila dengar Alex cakap macam tu. Miko! Kia! Chengkeh! Tolong aku…..CPR!CPR! Aku dah lemas ni….. |