|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 25-10-2018 10:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
TMJ - JANGAN ULANGI PERISTIWA HITAM
Tamrin Tun Ghafar
Rabu - 24/10/18
( 1 - 25 )
1. Hari ini sepuluh tahun yang lalu iaitu pada 24hb. Oktober 2008 genap sudah berlakunya satu peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seorang ahli keluarga Raja.
2. Sama ada ia telah diselesaikan atau sebaliknya, yang penting ia telah berlaku.
3. Pada tarikh tersebut, Tengku Nadzimuddin, anak kepada Tengku Mudzaffar dan Tengku Dara Naquiah telah dibelasah dengan teruk oleh Raja Muda Johor yang kini bergelar Tengku Mahkota Johor atau TMJ dan pengawal - pengawal peribadi yang terdiri dari anggota Askar Timbalan Setia atau lebih dikenali sebagai Johor Military Force ( JMF ).
4. Jika tidak silap Ketua Polis Negara atau IGP ketika peristiwa itu berlaku ialah Tan Sri Musa Hassan.
5. Mengapa beliau dan Ketua Polis Negeri Johor ketika itu menutup kes yang begitu jelas salah dari Akta Undang-Undang Jenayah?
6. Tindakan mereka menutup kes sebegini tak ubah seperti ‘Menutup Bangkai Dengan Nyiru’, ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’ dan ‘Pilih Bulu’; itulah imej buruk polis ketika itu.
7. Kerajaan dan rakyat hari ini menuntut Pasukan Polis dari Ketua sehingga ke pangkat 'private' melaksanakan undang - undang dengan tulus dan berhemah tinggi TANPA kira pangkat dan kedudukan, ini termasuk tindakan terhadap mana - mana ahli keluarga Raja jika mereka melakukan kesalahan; ‘semoga pisang tidak berbuah dua kali’.
8. Jika kes seorang ahli keluarga Raja pun boleh ditutup oleh polis, apatah lagi kes-kes jenayah yang membabitkan antara Sultan atau ahli keluarga mereka dengan rakyat biasa.
9. Beberapa perkara yang menyebabkan mereka ( polis ) tidak berbuat demikian jika ia melibatkan keluarga Raja ialah :-
i. Mereka mungkin sudah termakan budi dengan anugerah dan gelaran yang telah diberi oleh mana - mana Sultan.
ii. Yang masih belum menerima sebarang pingat dan bintang, mereka tidak mahu dilihat sebagai 'menentang arus' dalam menjalankan tugas.
iii. Yang sedihnya ada di antara mereka yang menganggap seolah-olah Sultan dan keluarga mereka adalah keturunan dewa-dewa yang diturunkan dari langit bagi menjadi payung atau pelindung rakyat???
iv. Terdapat begitu ramai anggota polis hari ini yang TIDAK FAHAM Perlembagaan dan Undang - Undang.
10. Amalan menggampu berlebih - lebihan dengan menyembah dan mencium tangan Sultan dan anak - anak mereka harus DIBERHENTIKAN serta merta oleh semua rakyat terutama ahli politik dan yang berjawatan; lagi pun Sultan BUKAN Tuhan atau Malaikat yang di turunkan khas dari langit; cukuplah penghormatan kepada Sultan dan keluarga mereka dengan menundukkan sedikit kepala dan bersalam tangan.
11. JANGAN BIARKAN SULTAN DAN KELUARGA MEREKA BERMAHARAJALELA DENGAN MELAKUKAN APA SAHAJA TANPA MENGHORMATI PERLEMBAGAAN DAN UNDANG - UNDANG DAN TANPA MENGAMBIL KIRA PERASAAN ORANG LAIN.
12. Kepada Sultan Johor , sebelum nasi menjadi bubur didiklah anak emasnya , Tengku Mahkota itu yang bakal menggantikannya agar bersopan santun, berbudi pekerti yang baik dan tahu menghormati orang lain terutama mereka yang jauh lebih dewasa daripadanya; JANGAN ULANGI PERISTIWA HITAM SEPERTI MANA YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH ARWAH DATUK, BAPA DAN BELIAU SENDIRI.
13. Kepada semua Raja dan keluarga mereka pula, belajar dan fahamilah sejarah negara terutama yang melibatkan Perlembagaan dan mengapa pindaan terhadapnya TERPAKSA dilakukan.
14. JANGAN SEWENANG - WENANG MENUDING JARI.
15. Sebenarnya kezaliman dan tindak tanduk merekalah yang telah MEMAKSA Kerajaan UMNO/ BN yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu untuk meminda Perlembagaan negara.
16. Pindaan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan rakyat daripada terus dizalimi oleh Sultan Johor dan ahli keluarganya dan dalam masa yang sama dapat menyelamatkan Institusi Raja Berpelembagaan.
17. Jika tidak mahu berterima kasih apatah lagi memohon maaf kepada Tun Mahathir oleh kerana sikap sombong diri yang merasakan kedudukan mereka sebagai Sultan dan keluarga Raja tidak perlu merendah diri memohon maaf kepada insan yang telah berjaya menyelamatkan mereka dari dibuang oleh rakyat ketika itu, sekurang - kurangnya kikislah sifat dan sikap membenci dan bermusuhan terhadap beliau.
18. Malangnya semasa Perlembagaan dipinda hampir kesemua Sultan yang ada sekarang masih dibangku sekolah lagi , apatah lagi anak-anak mereka mungkin masih menyusu atau belum dilahirkan lagi.
19. Atas alasan hendak menjaga kepentingan rakyat negeri kononnya, kebelakangan ini rakyat menyaksikan bagaimana melampaunya sikap mereka terhadap Perdana Menteri.
20. Tidak boleh dibayangkan apakah jenis tindak balas rakyat terhadap Raja dan keluarga apabila kesabaran mereka mencecah tahap maksima jika Sultan terus dengan perangai buruk mereka dan Tun Mahathir pula membiarkan sahaja situasi itu berlaku tanpa melakukan pindaan kepada Perlembagaan?
21. Semoga apa yang dilakukan oleh rakyat Perancis , Russia , Mesir , Iran , Indonesia dan yang terbaru di Nepal tidak akan berlaku terhadap Sultan dan keluarga mereka di negara ini.
22. Ubahlah sikap dari yang buruk kepada yang baik, dari bermegah - megah dengan kekayaan dan kemewahan kepada merendah diri dan dari sikap membenci kepada menghormati.
23. ‘Ular Menyusup Di Akar Tidak Akan Hilang Bisanya’, ‘Ikut Resam Padi, Semakin Berisi Semakin Tunduk.’
24. Hanya amalan yang baik sahaja yang akan menyelamatkan kita di sana nanti. Saya yakin jika Sultan rajin menasihatkan rakyatnya, Bangsa Johor, maka beliau juga perlu menasihatkan anaknya terlebih dahulu - ‘Bapa Borek, Anak Rintik.’
25. Semoga Raja dan rakyat jelata dapat mentelaah pandangan ikhlas saya ini.
Terima Kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 21-11-2018 12:51 PM
Wajar kekal hukuman mati
Komentar
Nasri Jamaludin
17 November 2018 1:30 AM
PADA minggu ini, ‘meriah’ di laman sosial dan media lain yang membahaskan keputusan Jemaah Menteri yang memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Ke-seksaan. Hukuman itu diganti dengan penjara seumur hidup.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menyata-kan keputusan itu yang dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu turut merangkumi Akta Senjata Api (Pe-nalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961 dan Akta Angkatan Tentera 1972.
Turut dinyatakan ialah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Keputusan itu telah lama diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan badan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam), Majlis Peguam, Lawyers for Liberty dan Amnesty International yang menganggap perkara itu sebagai melanggar hak asasi manusia.
Menurut Jabatan Penjara Malaysia, terdapat 1,279 banduan yang sedang menunggu hukuman mati setakat 11 Oktober 2018. Ia me-rangkumi 710 warga Malaysia dan 569 warga -asing dan 1,136 lelaki serta 143 perempuan.
Sejumlah 932 daripada mereka dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 317 lagi kerana kesalahan bunuh.
Antara alasan pihak yang menentang keputusan itu ialah ia tidak memberi keadilan kepada keluarga mangsa yang meratapi kehilangan orang tersayang.
Selain itu, hukuman penjara selama 30 tahun jika dilaksanakan akan memberikan tanggungan beban kewangan yang besar kepada pihak kerajaan terutamanya dari segi makanan pesalah ketika di penjara.
Penulis melihat kewajaran pengekalan hukuman itu dari sudut keluarga mangsa yang berdepan kes anak atau ahli keluarga dibunuh dengan kejam. Salah satu kes tersebut ialah pembunuhan Shafiqah Mohamad Borhan, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah (P) Sultan Ibrahim pada 27 Januari 2006 yang ditemui di dalam longkang Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.
Pelaku iaitu Abu Bakar Musa telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan merogol dan membunuh Shafiqah oleh Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada tahun 2009. Kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Abu Bakar turut dihukum penjara 20 tahun dengan 15 kali sebatan selepas didapati bersalah merogol mangsa.
Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh, Mohd. Borhan Awang pernah menyatakan kesyukurannya kerana pembunuh dan perogol anaknya mendapat pembalasan atas perbuatan kejam itu.
Bahkan, setelah tiga tahun kejadian itu berlalu, ibu mangsa masih lagi dalam keadaan terkejut dan trauma dengan peristiwa hitam itu.
Sementara itu, seorang remaja perempuan, Nurrahayu Qomarodin ber-usia 16 tahun yang ditemui mati dalam keadaan tragis dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dike-rat dan dibakar di Masai, Johor Bahru yang berlaku pada tahun 2011. Kejadian itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya. Pelaku merupakan seorang pe-ngawal keselamatan yang dikenali Qomarodin dan telah dijatuhi hukuman gantung oleh mahkamah pada tahun 2012. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa dah jadi kes CEO Cradle Fund Nazrin Hassan ? |
|
|
|
|
|
|
|
tunku nadzimuddin ni suami sarimah ibrahim kah?
wooww dia gaduh dengan tunku mail ke?
nape xtau pun kes ni..
thanks syd..
|
|
|
|
|
|
|
|
havoc lah dulu
tmj tu ganas
yang laki sarimah tu kerabat nismilan lembik
bayangkan laaa
kaw-kaw kan?
ni sat, i tepek news tu kat bawah.
nanti free, bacalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perang Besar Dua Keluarga Diraja
Khamis, 17 September 2009 12:00 AM
Oleh: AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.
"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.
"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.
Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.
Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.
"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.
Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.
Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.
"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.
"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.
Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.
"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.
"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.
Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-11-2018 11:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
blinkmos replied at 29-11-2018 10:56 AM
ganasnya.. senang2 je acu pistol kat muka org.. gangster tamil betul...
then takde apa2 tindakan. ...
Sejarah latar blkg pun tahu |
|
|
|
|
|
|
|
ya. nanti masukkan.
tapi tak lah segera.
|
|
|
|
|
|
|
|
i baru nak balik ke pangkal jalan neh
baru jumpa jalan pulang.
gittew
|
|
|
|
|
|
|
|
ok. nak mula letak neh.
sorry lambat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penuntut UPNM mati didera انا لله وانا اليه راجعون
MyMetroUtama
Share
Kalidevi Mogan Kumarappa
[email protected]
SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.
Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
Mengesahkan kejadian itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya menyatakan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.
“Innalillah... sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.
“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, " katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 12:42 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu;
Then;
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm kemana investigations kisah ni syd?
suicide pacts ni tak lah common sangat
wanita berumur dengan anak2, even less so rasanya
the choice of method pon menyangsikan ie terjun sungai
would have been faster for them to just go infront of the train rather than riding it a the way to the mo's birthplace, only to walk up a road with a river next to it. kinda bizzare
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2018 01:13 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ipes2 replied at 1-12-2018 01:03 AM
Hmmm kemana investigations kisah ni syd?
suicide pacts ni tak lah common sangat
wanita berumur d ...
Nanti i cari.
I pun dah terlupa plak akan kisah ni |
|
|
|
|
|
|
|
gambar terkini tu masing2 nampak sihat. berjaya mengembangkan badan
|
|
|
|
|
|
|
|
mcmn dgn kes di perlis tu@Syd anak dia terlibat ka..atau memang kes lain |
|
|
|
|
|
|
|
itulah.
lom ada lagi update mana-mana tulis kat paper.
sian la famili tu.
anak dia pulak boleh pulak kena tangkap kat mamak tengah lepak minum teh tarik.
pijak kang.
cc @ipes2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|