CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 29-5-2010 08:37 AM | Show all posts
bila nak sambung ni smiley..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2010 11:30 AM | Show all posts
gud morning... smiley tak cuti
smlm sibuk kemas rumah
malam nak letak n3 tp line asyik hang
.............................................................................................................
Haji Azmi terlantar di ICU dengan wayar berselirat di tubuh. Berbagai bunyi terbit dari mesin mesin yang membaca kadar degupan jantung, tekanan darah dan sebagainya. Pembedahannya selesai  tapi dia masih tidak sedarkan diri. Adham menopang kepala dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi mengusap lengan bapanya. Iskandar duduk di kerusi bertentangan dengan Adham. Masing masing membisu. Wajah kedua mereka sugul.

“ Mana Mama?” tanya Adham. Hairan betul. Tak nampak pun bayang Noraini. Lupakah dia yang tempat isteri di sisi suami. Tengok Najlah, begitu setia menunggu aku di luar. Di KLIA mereka di jemput oleh Abang Li pemandu Datuk Fuad dan terus ke IJN. Sudah sejam lebih Najlah duduk  di koridor ditemani ibubapanya dan saudara mara Haji Azmi.

“ Mama tak sihat.” Nada Iskandar mendatar. Matanya di larikan

“ Sakit apa? Teruk kah? Is she in hospital?” Walaupun Noraini mak tiri yang kerek tapi kena juga ambil tahu hal sakit pening dia.

“ Mama kat Hospital Universiti. Dia  macam kena hysteria. Sudah tiga hari dia di Wad Psikiatrik.” Iskandar mengulang cerita dari Kak Siah dan jiran sebelah rumah, Mrs Chong. Tiba tiba saja Noraini terjerit jerit macam kena sampuk. Bila  Haji Azmi cuba membantu dia tambah naik angin. Habis pinggan mangkuk di baling. Siapa yang dekat di belasahnya. Akhirnya mereka terpaksa memanggil polis dan ambulan.

Mata Adham terbeliak “ Haa? Bila? Kenapa dia jadi macam tu?”

“ Entahlah. Mungkin silap aku. Mama cuba carikan calon isteri untuk aku lagi sekali. Aku terpaksa menolak. Kau tahu kenapa kan? Aku sedang cuba untuk berubah tapi aku tak rasa aku boleh jadi suami yang baik sekarang. Aku perlukan masa. Tapi Mama tak faham dan dia terus mendesak. Setiap kali Mama telefon kita mesti bergaduh. Akhirnya, aku terpaksa berterus terang walaupun aku tahu hati Mama akan hancur.  ” Iskandar menekup wajahnya. Dia sedar dia lah punca semua masaalah. Sesalannya bertimbun. Sudahlah Mama marah menggila bila dengar yang Adham mengahwini Najlah. Aku pula menuang minyak ke api. Letupannya ibarat bom nuklear.

Adham menggeleng kepala. Lawyer haprak!“ Jadi, Papa pun kena heart attack sebab Abang lah?” Suaranya meninggi. Iskandar mengeluh

“ I… I don’t know” Wajahnya makin mendung. Mungkin juga, secara tak langsung. Papa bertambah stress dengan keadaan Mama.

Doktor bedah yang mengendalikan kes Haji Azmi datang untuk memeriksa keadaan pesakitnya.

“ Saya Dr Nik Rashid. Encik berdua ni anak Tuan Haji Azmi kah?” Doktor dalam linkungan empat puluhan itu membuka bicara. Adham dan Iskandar bangun dan memperkenalkan diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 11:33 AM | Show all posts
“ Macam mana dengan keadaan bapa saya?” tanya Iskandar.

“  He is going to be okay, Insyaallah. Tapi kita kena monitor dia di ICU untuk sehari lagi. Kalau tak ada apa apa masaalah dia akan di pindahkan ke wad biasa. Tapi dia perlu banyak berehat dan tak boleh stress. Kalau ada apa apa berita buruk tolong jangan beritahu dia dulu.” Doktor itu menerangkan yang Haji Azmi perlu di pantau rapi kerana dia juga mengidap darah tinggi. Dia menerangkan bacaan dan graf yang terpapar melalui mesin di sebelah katil Haji Azmi.

“ Your father tak akan sedar selama beberapa jam lagi. Anasthetic yang kami berikan sangat kuat. Saya cadang you all balik lah dulu dan berehat. Kalau ada apa apa kita akan telefon” Cadang Dr Nik

“ Macam mana dengan Papa kamu? Apa doctor kata?” tanya Datuk Fuad sebaik Adham dan Iskandar melepasi pintu ICU. Iskandar menjarakkan diri dari bapa mertua tak jadinya. Perasaan malu memasungnya bila berdepan dengan Datuk Fuad.

“ Operationnya berjaya. Tapi dia belum sedar lagi. Dia mungkin kena duduk di ICU sehari lagi.” Kata Adham.

“ Alhamdulillah” ucap semua yang berada di situ

“ Abang Is, apa khabar? Bila balik sini? ” Najlah rasa bersalah kalau tidak menegur abang ipar dan mantan tunangnya. Iskandar tersentak bila di tegur.

“ Dua hari lepas. I have to go back to London soon” Iskandar cuba senyum tapi otot mukanya tak menurut perintah. Hatinya tak dapat di pujuk. Balasan Allah di dunia sudah nampak. Balasan di akhirat pasti lebih teruk.

“ Yem nak tunggu lagi atau nak balik? “ tanya Datuk Fuad.

“ Yem nak balik sekejap. I need to take a bath”

“ Tahu pun. Dah bau macam anak kambing” seloroh Najlah sambil menutup hidung

“ Eleh, macam yang bercakap tu wangi sangat. Dia pun tak mandi dari semalam. Pandai nak kutuk orang. ” Dagu Najlah di cuit.



Mereka sekeluarga berpapasan ke tempat letak kereta. Iskandar mengikut arah yang bertentangan. Dari jauh dia memandang sayu ke arah keluarga bahagia itu. Betul kata orang, hidup bagaikan roda. Masa kecil Adham di sisihkan, sekarang giliran dia pula.

“ Yem dah dengar cerita pasal Mama?” Datin Ainul bersuara. Adham mengangguk

“ Iskandar ada cerita tadi. Tapi Is pun tak tahu the whole story. Dia cuma dengar dari Kak Siah dan jiran. Katanya Mama mengamuk sampai baling pinggan mangkuk”

“ Itu yang buat Papa kena heart attack. Papa terkejut bila Mama tiba tiba jadi ganas. Kak Siah kata Mama ada pergi jumpa bomoh. Tak tahulah apa tujuan nya tapi Kak Siah jumpa macam macam benda pelik dalam bilik dia. Ada serpihan kaca,  kain hitam, kain kuning. Ada serbuk dalam botol. Bau bukan main busuk lagi. Kak Siah pun dah balik kampung sebab takut tinggal seorang dalam rumah tu.” Datin Ainul bercerita.

Bulu roma Najlah berdiri. Muka nya  pucat. Auntie Noraini nak santau aku dengan Adham kah? “ Heee.. takutnya. Auntie Noraini tu tak takut kah buat benda khurafat. Syirik tu”

“ Itulah. Mak pun risau. Berani dia main bomoh bomoh ni. Kalau salah caranya, ilmu hitam boleh makan tuannya sendiri. Apa pun Yem dengan Lala kena jaga jaga. Baca Quran selalu. Ayat Quran tu pendinding dari syaitan.” Datin Ainul menepuk bahu anaknya.

“ Perempuan tu dah melampau!” bentak Datuk Fuad. “ Macam manalah Azmi boleh terjebak dengan dia dulu? Abang rasa dulu pun dia pakai bomoh untuk guna gunakan Azmi.”

“ Shhh…sudahlah Bang. Itu semua cerita lama. Tak payah lagi nak ungkit. Yang penting sekarang Azmi dah selamat”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 11:53 AM | Show all posts
Najlah menyisir rambut di meja solek sebaik keluar dari bilik air. Baju tidur sutera merah hingga ke paras lutut menyerlahkan kulitnya yang cerah dan tubuhnya yang langsing. Adham meletakkan novel Robert Ludlum di meja sisi. Dia tersenyum pada imbasan wajah Najlah di cermin. Najlah mengikat ponytail lalu menoleh.

“ Apa sengih sengih?”

“ Saja. Suka tengok you. Tak boleh kah?“

“ Tengok sajalah. Tak payah nak senyum gatal macam tu. I rasa you mesti  rindu zaman bujang bila you boleh menggoda perempuan. ”

“ Menggoda perempuan yang tak ada ikatan hukum nya haram. Gatal dengan isteri satu ibadat”

“Huh.. malas nak layan Imam tak pass sekolah agama ni. Kalau perdebatan topic macam ni mesti dia menang.” Gumam Najlah sambil membuka almari. Pakaian yang akan di pakai Adham ke pejabat di ambil. Kebanyakan pakaian Adham masih di rumah bujangnya. Di sini cuma ada stok untuk seminggu. Katanya malas nak pindahkan semua barang barangnya sehingga dapat rumah sendiri.

“ Okay tak kalau you pakai ni besok?” tanya Najlah sambil mengangkat kemeja berwarna ungu cair dan seluar slacks hitam.

Adham mengangguk. “ Nice. You pakai baju warna apa besok? Pakailah something purple juga”

“ Tak naklah. Macam poyo jer nak matching matching. Malu tau kena kutuk” Tadi kebetulan dia dan Adham sama sama memakai warna kelabu. Kemeja Adham dan baju kurung Najlah senada.  Sakan satu ofis menyakat mereka. Sejak bergelar pengantin baru setiap gerak geri mereka jadi tumpuan. Aiseyman… rasa macam artis pula.


“ Apa yang you mengelamun tu? Come here lah” Adham menepuk tilam.

“ I nak gosok baju you dulu.” Najlah membuka pintu. Sudah menjadi kebiasaan menggosok pakaiannya dan Adham. Tak sampai hati nak suruh Bibik. Kerja Bibik makin banyak sekarang sebab dah bertambah seorang lagi penghuni rumah ni.

Adham menggeleng. Bertuah aku dapat isteri solehah macam Najlah. Aku di layan macam VIP. Perkahwinan banyak merubah mereka berdua menjadi lebih matang.Masing masing cuba perbaiki diri. Tapi sekali sekala keluar sifat kanak kanak nakal dia.

“ Tak payahlah. Besok I boleh buat sendiri. I dah biasa hidup bujang.”

“ Tak boleh. I’m your wife. Ini kerja I. Nanti kena potong markah.”

“ You tak ikut cakap I lagi banyak markah kena potong. Come here lah sayang”

“ Besok kalau bangun lambat, I tak tahu. Pakailah baju berkedut ke ofis” rungut Najlah. Dia meniarap di sisi Adham sambil membelek majalah Harpers Bazaar.

“ Jom kita main game . How well do you know your partner?” Permainan yang mereka reka sendiri untuk mengenali satu sama lain. Ini rutin mereka setiap malam. Percintaan mereka terlalu pendek, tak sempat nak menyelami hati budi masing masing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 11:54 AM | Show all posts
“ Okay, you start dulu”

“ Apa makanan favourite I?” soal Adham

“ Masakan kampung. Gulai  ikan patin…emm… masak lemak ketam. Apa lagi? Roti canai”

“ TETTTT! “ Adham membuat huruf X dengan kedua jari telunjuk

“ Kenapa pula? Betul la jawapan I.”

“ I pandai buat roti canai tapi roti canai bukan my favourite food. I suka lontong. Cepat.. I nak denda. ”

“ Apa ni? Tak aci lah. Mana I tahu you suka lontong? Tak pernah tengok you makan pun” omel Najlah. Adham ni sengaja lah. Teruk aku kena cubit.

“ Betul lah I suka lontong. Lagi lagi kalau ada sambal paru. .”

Cehh… tak aci.  Sekali pun dia tak pernah kena denda. Aku dah berkali kali. Najlah mengomel dalam hati

“ Sekarang your turn pula” Adham yang tadi bersandar di kepala katil mengiringkan badan mengadap Najlah.

Najlah mengetuk jari di pelipis. “ Ha.. berapa tinggi I?”

Adham melarikan matanya ke tubuh Najlah. “ Just nice. Bila berdiri bibir I kat dahi you. Senang nak kiss, tak payah nak terbongkok bongkok. Kalau tidur pun senang I nak… ” Najlah menampar lengan Adham.

“ Ikut rules. Keep it clean. No 18 SX comments. Cepat , kalau tak kena denda”

“ I taulah. 165cm. You pakai baju saiz M, UK 8, USA4. ”

Najlah mengangguk dengan muncung. Pakcik ni mesti dah belek baju aku dalam closet. Adham tak pernah salah. Asyik aku saja yang kena denda.

“ Next question. Apa sports yang I suka?”

“ I tahu. Lari dalam guni. Batu seremban, Pukul berapa Datuk harimau. Ha…ha.ha.. janganlah!” Najlah terguling guling mengelak di geletek. Tubuh Adham di paut. “ Stop it. You suka futsal, tennis, bolasepak”

Telefon Adham yang berdering menghentikan gurau senda yang hampir menjadi perlawanan gusti. Najlah membetulkan baju tidur yang tersingkap.

Adham berbual sebentar sebelum memutuskan talian. “ Dr Nik call bagitahu progress Papa. He is a lot better. Mungkin dua tiga hari lagi boleh keluar”

“Nanti bila dia keluar, siapa nak jaga dia? Mama kat UH. Iskandar dah kena balik London. Takkan Kak Siah nak jaga Papa sorang sorang.” Najlah nampak risau. Kasihan Papa. Tapi kalau Mama ada rumah mungkin lebih bahaya. Beberapa hari lepas Datuk Harun Din di panggil untuk” membersihkan” rumah Papa dari segala “ anasir halus”. Kalau tidak semua takut nak masuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 11:57 AM | Show all posts
“ Apa kata kita jaga Papa? Kita pindah rumah sendiri, you berhenti kerja.” Duga Adham sambil menahan tawa bila mulut Najlah terlopong. Sebenarnya adik Papa , Auntie Aida sudah bersetuju untuk menjaga Papa sementelahan dia tinggal berdua dengan anak lelaki bujangnya di Klang. Suaminya sudah meninggal dan anaknya yang lain sudah berkeluarga. Tak jadi masaalah kalau dia pikul tanggungjawab menjaga abangnya.

“ Eh.. takkan I nak jaga. Mesti Papa segan. Bukan I tak sayang Papa tapi takut dia  tak selesa di rumah kita. Orang tua mesti nak tinggal di rumahnya sendiri”

“ You bagi alasan sebab tak nak berhenti kerja ya” teka Adham. “ Kalau bukan pasal Papa pun. I lebih suka kalau you tinggal di rumah. You boleh work from home as a freelance decorator”

Najlah memangku kepala sambil bersila. Dia berjeda “ You tak suka I kerja di ofis sama? Boring tengok muka I 24 jam?”

“ Bukan camtu. Kat ofis pun bukan kita selalu jumpa. Pergi kerja naik kereta lain lain. You sibuk dengan projek you, I dengan projek I. Tak pernah sekali pun kita keluar lunch bersama sejak kahwin. Kalau you tak kerja , I boleh bawa you keluar atau I balik rumah for lunch. Lepas kerja, you dah ada di rumah. Sekarang ni, kadang kadang you balik lagi lambat dari I.” Walaupun nadanya lembut, tapi Najlah dapat rasa yang Adham memang serius. Salah seorang harus beralah kalau tak nak isu ni menjadi duri dalam daging. Najlah sedar kekhilafannya. Sudah berapa kali dia kena tegur oleh Abah sebab balik lagi lewat dari Adham.

“Bukan I nak lawan cakap you tapi I lagi suka kerja di ofis. Kalau kerja freelance lagi penat. I kena follow up on payment dari client, kena pergi bank untuk bank in cheque. Semua admin work kena buat sendiri. Nak kena tipu pun senang. Kalau kerja dengan  Karyabina, orang pun fikir dua kali nak tipu. “ Najlah berhujah dengan bersungguh sungguh. Selain dari alasan yang di beri aku tak suka kerja dari rumah. Tak ada kawan nak borak borak, tak ada social life. Asyik tengok dinding dan lantai saja.

“ Kalau kita ada anak macam mana? Takkan nak biarkan dia dengan pembantu rumah? Bahaya. Macam macam kes I dengar pasal pembantu ni”

“ Wah… sangat express lah Inche Yem ni. Tak sampai sebulan pun kahwin dah fikir pasal anak “ Najlah ketawa terkekeh sambil meraba perutnya yang leper. Malam ni aku selamat. “Best friend” aku baru datang. Sebenarnya aku takut juga nak mengandung. Bukan sebab takut gemuk tapi takut alahan. Mana larat kalau asyik loya dan muntah memanjang. Nak bersalin lagi satu hal… ngerinya! Tapi siapa tak nak anak, penyambung zuriat, pengikat kasih sayang suami isteri.

“ Gelak pula dia. I’m serious. Kita kena fikir semua tu.” Adham menakup  tangan Najlah. “ You tak nak anak kah?”

“ Eh… nak, nak , nak.“ Najlah mengangguk berkali kali macam burung belatuk.” I suka babies… so cute. Geram tengok. Bau wangi pula tu macam baby powder”

Adham mengusap perut Najlah. “ I tak sabar nak jadi bapa tapi at the same time I tak nak share you. Kalau ada baby nanti mesti you have less time for me. I tak puas lagi manja manja dengan you”

“ Ala… .. you will always be my hot and handsome baby” Najlah membelai rambut Adham yang lurus dan lebat dengan sebelah tangan. Tangan yang lagi satu melingkar di pinggang Adham. “ Tapi please lah,  Bagi lah I kerja dua tiga tahun lagi, ya sayang?”

“ Jangan nak goda I. I tahu I kena puasa enam “

Najlah tersengih sebelum menahan kuap. Duvet yang kemas terlipat di hujung katil di tarik ke dada.

“ Nak tidur dah?” tanya Adham. Najlah mengangguk. Matanya mula kuyu.

“ Nite.. sayang” bisik mereka serentak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2010 01:01 PM | Show all posts
waahhhhh...bestnyer...sekali juna tepek n3...byk...tq tq tq
tapi macam tak cukup lagi jer...(demand sungguh aku nih...)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 01:04 PM | Show all posts
bestnya..tp nak lagi nak lagi he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 01:09 PM | Show all posts
diaorang dah bebaik...kesian lak kat iskandar..dah insaf.....Puan Noraini tu x betul ke...............
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 06:51 PM | Show all posts
bestnya... kenyang trus... trubat rindu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 07:36 PM | Show all posts
terkejut datin tu bila iskang bgtau hal sebenarnya..
semoga rumah tangga yem dan lala sentiasa aman bahgia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 08:01 PM | Show all posts
terkejut dgn kehidupan songsang iskandar...dgn bomoh2 lagi..
mana tak mental noraini tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 08:14 PM | Show all posts
puas hati banyak betul entry...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 08:19 PM | Show all posts
TQ banyak-banyak Smiley, jgn lupa sambung bila dah ada stok
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 09:40 PM | Show all posts
best2 smiley jgn lupa letak n3 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 11:25 PM | Show all posts
hahaha habis rahsia makcik noraini tu, bila jumpa segala tangkal kat rumah dia. semua ilmu dia tak menjadilah tu. Anyway sweet sangat si yem dan lala ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 11:44 PM | Show all posts
arjun.
dah habis stok utk mlm ni???
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 02:23 AM | Show all posts
Pagi semua, banyaknya n3. Thanks smiley. Busy2 pun sempat buat n3.

Sekarang tengah cuti panjang. Biasanya dkt office dah blh masuk sini. Sekarang kena tunggu waktu begini baru blh masuk, org dah tido dah.

Bling rumah baru hang dah jauh aku ketinggalan tak dapat nak kejar dah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 07:57 AM | Show all posts
Juna ...nak lagi................best
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 10:49 AM | Show all posts
arjun....!
aku memang tak puas dengan apa yang ko bagi.. next...next..next...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.099346 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list