CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

kawin kawin corner : any thing pasal kawin

 Close [Copy link]
matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 25-1-2006 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-1-2006 08:55 AM

consider kaya lah tu



kaya ngan budi bahasa aje.......not more than that.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 25-1-2006 12:45 PM | Show all posts
Read my blog la..ada crite pasal kawin2..huhuhu
Reply

Use magic Report

IntanBiduri This user has been deleted
Post time 25-1-2006 12:54 PM | Show all posts
siapa nak kawin??? you ke?? please invite hor...:stp:
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 25-1-2006 01:06 PM | Show all posts
Haiyo...stakat crite2 je la....pasal kos perkawinan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis_Venus at 25-1-2006 01:06 PM
Haiyo...stakat crite2 je la....pasal kos perkawinan...



kalau betul pun apa salahnya .... :cak:
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 25-1-2006 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by faiza at 25-1-2006 07:12 PM



kalau betul pun apa salahnya .... :cak:



ntah, kalu betul bole mintak kak temah tlg andamkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 25-1-2006 08:51 PM | Show all posts
Seru blum sampai daaaaaaaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2006 12:35 PM | Show all posts
masuk sokkabar melayu front page wei..

Singapura : 28 Januari 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
KAHWIN TAK JADI: MAK PENGANTIN TUNTUT GANTI RUGI $130,000 Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

KAD undangan telah dicetak, mak andam dan tukang masak telah ditempah. Malah, tarikh nikah pun telah ditetapkan.

Tetapi tiga minggu sebelum majlis walimatul urus dilangsungkan, bakal pengantin lelaki batalkan perkahwinannya.

Ekoran daripada itu, mak pengantin membatalkan majlis perkahwinan ketiga-tiga anak perempuannya serentak yang sepatutnya dilangsungkan pada 18 Disember 2004.

Ibu pengantin, Cik Rahiman Begam Maideen, yang mendakwa mengalami kerugian besar dan menanggung malu, tidak berdiam diri.

Beliau menuntut ganti rugi lebih $130,000 daripada Encik Nasharudin Munir Ahmad kerana membatalkan niat menjadi raja sehari dengan anak bongsunya, Cik Norazlyn Ismail.

Dalam afidavit kes yang didengar di Mahkamah Rendah Rabu lalu, Cik Rahiman, yang diwakili peguam, Encik Ravendra Krishnasamy, berkata Encik Nasharudin, 27 tahun, telah melamar anaknya, Norazlyn, 21 tahun, pada November 2004 dan menyarankan agar majlis perkahwinan dipercepat.

Beliau kemudian menempah kad undangan dan pakej perkahwinan daripada Lagun Sari Indonesia Seafood Restaurant bagi majlis yang juga melibatkan dua lagi anak perempuannya di Kelab Masyarakat Ulu Pandan.

Menyusuli itu, Encik Nasharudin, seorang askar berpangkat sarjan kedua, dan Cik Norazlyn, mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) pada 20 November tahun itu.

Tetapi, pada 28 November, Encik Nasharudin menyatakan hasrat membatalkan perkahwinan menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Cik Norazlyn.

Dalam afidavitnya, Cik Rahiman berkata: 'Disebabkan defendan memungkiri janji untuk bernikah, saya tidak punya pilihan tetapi membatalkan juga perkahwinan anak kedua dan ketiga saya kerana pakej perkahwinan yang telah ditempah adalah untuk tiga perkahwinan dan saya tidak dapat meneruskannya tanpa pasangan ketiga!'

Encik Nasharudin, yang diwakili peguam, Encik Mustafa Abu Bakar, dalam afidavitnya pula mendakwa beliau telah memaklumkan kepada Cik Norazlyn yang beliau memerlukan masa setahun untuk mengumpul wang, termasuk hantaran $10,000 kerana gajinya cuma $1,900 sebulan.

'Saya tak mampu buat majlis perkahwinan besar-besaran seperti yang diinginkan ibu plaintif,' tambah Encik Nasharudin.

Beliau hanya mahu majlis perkahwinan yang ringkas kerana telah terlanjur.

Perbicaraan disambung pada tarikh yang akan ditetapkan mahkamah kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2006 12:35 PM | Show all posts
LANJUT USIA TIDAK HALANG IKATAN JIWA
Pasangan tua nikah di Masjid Darussalam

Oleh
Suryani Omar

MEREKA mungkin sudah berusia 70-an tahun. Namun, usia yang lanjut bukanlah penghalang bagi Encik Ahmad Kasban dan Cik Salmah Hussein untuk diijabkabulkan.

Dalam suasana sederhana tetapi meriah, Encik Ahmad, 77 tahun, dan Cik Salmah, 72 tahun, bernikah di Masjid Darussalam di Clementi kelmarin malam.

Upacara akad nikah dilangsungkan selepas solat isyak oleh kadi, Ustaz Salim Jasman, dan disaksikan keluarga terdekat serta jemaah Masjid Darussalam.

Mengenakan kebaya, Cik Salmah duduk sambil tertunduk malu di pelamin sementara upacara akad nikah dijalankan.

Pasangan tersebut, yang berpakaian sedondon dalam baju Melayu hitam, telah berkenalan sejak dua bulan lalu.

Kedua-dua mereka mengaku kesepian setelah pasangan masing-masing meninggal dunia sekitar lima tahun lalu.

'Blok kami bersebelahan. Saya di Blok 367 Clementi Avenue 2 dan Cik Salmah di Blok 366. Kadang-kadang kalau nak pergi masjid atau ke kedai, ternampak dia.

'Kami berkenalan menerusi anak angkat dia,' cerita Encik Ahmad, seorang askar pesara.

Encik Ahmad sering ke Masjid Darussalam untuk berjemaah dan flat mereka terletak bersebelahan masjid.

Ditanya mengapa beliau ingin mendirikan rumah tangga walaupun sudah lanjut usia, Encik Ahmad berkata beliau inginkan teman hidup untuk meniti hari-hari senja bersama.

'Saya boleh pimpin isteri saya, dan dia boleh pimpin saya,' katanya ringkas.

Hidup menduda, makan minumnya tidak terjaga kerana Encik Ahmad tinggal sendirian di flat sewanya setelah isteri keduanya meninggal lima tahun lalu.

Ayah tujuh anak itu sudah lama bercerai dengan isteri pertamanya.

'Dulu, makan minum tak tentu arah. Sekarang, ada orang yang jaga makan minum saya, hidup pun tak sunyi,' tambah Encik Ahmad, yang bercucu lima, sambil memandang isterinya.

Cik Salmah, ibu 11 anak dan 30 cucu, yang kini tinggal bersama anak angkatnya, pula mencelah: 'Tak payahlah nak risaukan anak-anak... sekarang ada suami, tak keseorangan. Lagipun, ada orang yang jamin.'

Beliau akan berpindah ke flat suaminya selepas upacara akad nikah itu.

Keceriaan memang jelas terpancar, bukan sahaja di raut wajah pasangan mempelai itu tetapi juga anggota keluarga yang hadir kelmarin.

'Bapak dah bertahun-tahun sendirian. Saya gembira sekarang ada orang yang akan bersamanya dan menjaganya,' kata anak angkat Encik Ahmad, Cik Detilamo Karim, 54 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2006 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 28-1-2006 12:35 PM
masuk sokkabar melayu front page wei..

Singapura : 28 Januari 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
KAHWIN TAK JADI: MAK PENGANTIN TUNTUT GANTI RUGI $130,000 Oleh
Chairul Fahmy Hussa ...


Ini kita jadikan iktibar untuk calon bakalm "Mak Pengantin" & "Bakal Pengantin"
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2006 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 28-1-2006 12:35 PM
masuk sokkabar melayu front page wei..

Singapura : 28 Januari 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
KAHWIN TAK JADI: MAK PENGANTIN TUNTUT GANTI RUGI $130,000 Oleh
Chairul Fahmy Hussa ...



lawak ah mak pengantin... badut
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2006 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 28-1-2006 01:02 PM



lawak ah mak pengantin... badut


Tu ah....apa aje....tak pasal2 anak2 jadi mangsa....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 28-1-2006 01:07 PM


Tu ah....apa aje....tak pasal2 anak2 jadi mangsa....

anak dah terlanjur.. nak hantaran sampai $10K... tempah lagun sari... dia mimpi apa malam semalam?... bangang
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 28-1-2006 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 28-1-2006 01:10 PM

anak dah terlanjur.. nak hantaran sampai $10K... tempah lagun sari... dia mimpi apa malam semalam?... bangang

Tu pasallllllllllllll........gilaaaaaaaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2006 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 28-1-2006 01:10 PM

anak dah terlanjur.. nak hantaran sampai $10K... tempah lagun sari... dia mimpi apa malam semalam?... bangang


Dia tak tau agaknya anak dia dah terlanjur. Ni dah kes sue baru sebelah lelaki citer semua. Yg heran apasal lagi 2 pasang pengantin tak boleh teruskan aje perkahwinan diorang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2006 12:12 AM | Show all posts
tadi baru aku dapat tengok dj TG nya gambar kawin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2006 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 29-1-2006 12:12 AM
tadi baru aku dapat tengok dj TG nya gambar kawin...


Post sini ah Kak B.....my fren kata dulu si TG ni ngan Fauziah Latiff....entah betul ke tidak....
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 29-1-2006 01:13 AM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 28-1-2006 11:38 PM


Dia tak tau agaknya anak dia dah terlanjur. Ni dah kes sue baru sebelah lelaki citer semua. Yg heran apasal lagi 2 pasang pengantin tak boleh teruskan aje perkahwinan diorang?

I was asking my mum the same thing....yg lagi 2 tu blhla d truskan je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2006 01:22 AM | Show all posts
Originally posted by Gadis_Venus at 29-1-2006 01:13 AM

I was asking my mum the same thing....yg lagi 2 tu blhla d truskan je...


Makcik ni mencari kesempatan dalam kesempitan agaknya....macam Dep cakap, nanti yg bakal pengantin lelaki yg 2 tu sue makcik tu balik, pasal batalkan majlis, baru padan muka dia....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2006 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 28-1-2006 01:02 PM



lawak ah mak pengantin... badut




mak dia ajak masuk porum cari best ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.314531 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list