CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 11-6-2014 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

"Tamar."

Suara datuk yang meninggi itu membunuh apa yang berlegar-legar dalam kepala. Ubah renungna mata kamu ke arah aku. Tetapi, belakang kamu mesti bertemu dengan belakang kamu, mulakan langkah dari kiri," lanjut datuk lagi. Sambil bercakap itu datuk tetap mengatur langkah silat. Apa yang datuk sebut, segera dipatuhi.

Suasana sebenarnya bertambah gawat dan cemas. Semua monyet yang bergayut di pokok kiri kanan jalan ghaib dengan serta merta kecuali monyet botak. Dari dan terus melompat ke atas jalan berdepan dengan datuk. Tubuhnya yang tadi kelihatan kecil terus bertukar menjadi besar, sebesar kambing jantan (runduk)

Dalam sekelip mata saja, monyet botak itu menyerang datuk. Mujur datuk dapat mengelak. belum pun sempat datuk mencari kedudukan yang selesa, bagi mengemaskan kedudukannya , monyet botak menyerang lagi. Monyet botak juga saya lihat memperagakan silat. Pertarungan antara manusia dengan binatang ini ternyata kemenangan berada di pihak datuk .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2014 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

Binatang mengunakan kekuatan sedangkan manusia mengunakan kekuatan dan akal. Tanpa menerima sebarang sepakkan datuk, penumbuk dari datuk, monyet botak keletihan. Datuk lebih banyak mengelak dan mengajak monyet botak menyerang dengan cara itu tenaga dan kekuatan monyet botak beransur lemah dan akhirnya keletihan, tergolek atas jalan.

"Selesai," jerit datuk

Saya dan si baju hitam segera kembali dalam keadaan asal (seperti sebelum didatangi monyet botak) untuk memulakan perjalanan menuju ketempat yang di hajati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

"Terlalu banyak halangannya," kata datu seperti merungut , masa itu saya dan si baju hitam sudah pun berjalan lebih dari dua puluh langkah mengekori datuk. Saya menoleh ke arah monyet botak yang terkapar di belakang. Saya dapati monyet itu sudah tiada di situ.

"Kamu menoleh ke arahnya dia sudah hilang," saya terkejut mendengar cakap datuk itu. Rupa-rupanya dia boleh mengesan apa yang saya lakukan. Walaupun dia tidak menoleh kearah saya. Inilah kebolehan datuk yang saya kagumi.

"Sebenarnya, sebelum kita mulakan langkah tadi si monyet tu dah ghaib. kamu tahu, itu monyet jadian. Mana ada monyet tak berbulu sekerat badan," lanjut datuk lagi. Saya dan baju hitam hanya anggukkan kepala. Demi keselamatan dan menghindarkan kebimbangan, jarak saya dengan si baju hitam sengaja saya dekatkan. Begitu juga dengan si baju hitam, dia sengaja mendekatkan dirinya dengan datuk sehingga menganggu langkah datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

"Siapa nama kamu?" soal datuk.

"Andi Kamarool, maafkan saya kerana tidak menerangkan nama saya kepada awak."

"Tak mengapa. orang yang bermusuh tidak akan memberitahu namanya kepada lawannya, sekarang kita dah bersahabat, wajarlah aku bertanya begitu, kamu ni, aku anggap macam cucu aku," begitu tenang datuk bersuara. Si baju hitam segera menoleh ke arah saya sambil menghadiahkan senyuman persahabatan.

"Sekarang cuba kamu ingat, sebelum kejadian monyet botak menyerang kita ada pertanyaan aku yang tak kamu jawab." saya jadi terkejut dengan pertanyaan yang datuk ajukan kepada si baju hitam. Pertanyaan diluar dugaan itu sebenarnya jawapan terhadap keraguan yang bersarang dalam hati saya.

Si baju hitam mengerutkan kening, dia cuba mengingati sesuatu. Dua tiga kali dia meraba dan menggaru batang leher. Kemudian dia tersengih. Barangkali dia sudah dapat mengingati, apa yang datuk maksudkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

"Saya ingat."

"Bagus, sekarang kamu jelaskan, aku nak dengar,"

Si baju hitam renung kiri kanan jalan. Tarik nafas dalam-dalam. Langkah kaki nya tetap macam tadi, debar di dada saya kian kencang, ingin mengetahui apa yang akan diucapkan oleh si baju hitam.

"Saya cuma nak tanya, kerana saya rasa pelik. Macam mana awak berdua boleh lalu ikut jalan ini?" jawapan dari si baju hitam membuat saya dan datuk tersentak. Kami saling pandang memandang. bermacam-macam persoalan dan tanggapan muncul dalam kepala saya, akibat jawapan dari si baju hitam. Agaknya, datuk juga terfikir seperti yang saya fikirkan. hati saya mula tidak aman.

"Kenapa kamu tanya hal macam itu, Andi?"

Si baju hitam tersenyum.

"Kenapa kamu tersenyum!" sergah datuk.

"Jalan ni sudah berbelas-belas tahun tidak di gunakan oleh orang-orang di sini. Ada jalan baru yang elok, tidak merbahaya, kenapa tak ikut jalan tu," suara si baju hitam lembut penuh sopan.

Datuk berhenti melangkah dan merenung ke arah saya. kerana datuk berhenti secara mengejut, si baju hitam jadi tercengang-cengang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

"Kenapa?" Tanyanya cemas.

"Tak ada apa-apa, cuma aku nak beritahu kamu. Sengaja kami pilih jalan ini, kami tak suka jalan baru, bagi kami jalan lama banyak kenangan dan seronok untuk kami lalui," datuk memberi alasan (sebenarnya datuk berbohong) sambil tersenyum ke arah saya dan si baju hitam.

"Begitu, tapi jalan lama merbahaya," tingkah si baju hitam.

"Merbahaya? Maksud kamu," saya lihat datuk gigit bibir. Si baju hitam renung ke langit, renung kiri dan kanan jalan. Macam ada sesuatu yang dicari dan di curigai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2014 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

Datuk dapat menangkap keresahan dalam diri si baju hitam. Dia pun menepuk bahu kanan si baju hitam sambil memberikan isyarat supaya meneruskan langkah yang berhenti. Saya tetap macam tadi, sentiasa cemas dan tidak mengizinkan saya berada dalam jarak agak jauh dengan si baju hitam. kalau boleh mahu rasanya jalan beriringan.

"Andi," suara datuk merendah.

"Iya, ada apa?"

"Kalau kamu rasa tak sedap hati, terus terang dengan aku, jangan simpan dalam hati," lanjut datuk kerana dia mula menyedari yang si baju hitam mula rasa gelisah. Sering sahaja merenung ke udara dan menoleh ke kiri dan ke kanan jalan. Kami terus melangkah, saya kira tidak berapa lama lagi sampailah ke tempat yang dituju.

"Saya nak beritahu satu hal...," si baju hitam bersuara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

"Apa dia?" Sanggah datuk .

"Sejak jalan ini tak digunakan oleh penduduk kampung, macam-macam cerita timbul. Jalan ni dijadikan laluan manusia yang mengamalkan ilmu batin. Pada mulanya dikuasai oleh Pawang Ali, bila Pawang Ali mati bertukar kepada Dukun Sumbing, orang Batak. Dukun sumbing muntah darah dan berak darah kerana kalah berlawanan ilmu kebatinan dengan Bomoh Munah Supandi," si baju hitam berhenti bercerita. Dia menarik nafas dalam-dalam dan berusaha mendekatkan tubuhnya dengan tubuh datuk. Langkah mereka hampir mahu berlaga.

"Itu saja ceritanya Andi."

"Ada lagi."

"Kalau ada teruskan."

"Selepas Dukun Sumbing mati, Bomoh Minah Supandi terpaksa berdepan dengan tiga orang bomoh lain. Semua bomoh tu dapat dikalahkannya. Bomoh yang kalah tu, dipotong lehernya. darahnya diambil untuk diminum oleh anak muridnya. Badan bomoh yang kalah tu dikerat dua belas dan di tanam di bawah busut jantan."

"Busut jantan tempat kamu melompat tadi," potong datuk.

"Iya."

"Kamu minum darah manusia?" Risik datuk lagi.

"Tidak, belum sampai giliran saya. Giliran saya ialah minum darah awak,"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

Saya terkejut mendengar cerita itu. darah saya tersirap dan badan saya mula mengigil. Hal-hal yang buruk mula terbayang dalam kepala saya. Patutlah, dia berusaha mendekatkan dirinya dengan datuk. Rupa-rupanya dia ada maksud untuk membunuh datuk.

Anehnya, datuk tidak merasa tergugat atau cemas dengan apa yang dituturkan oleh si baju hitam. Walaupun si baju hitam secara terang-terang menyatakan dia mahu minum darah datuk.

"Jadi, kamu sekarang mengidam darah aku," kata datuk sambil ketawa kecil. Saya cuma senyum tetapi, si baju hitam gelengkan kepala."

Tidak, saya tak berniat macam tu. Saya nak buang semua yang jahat."

"Bagus, kalau itu cita-cita kamu, sekarang jangan cerita atau sebut tentang hal bomoh tu. Kalau ada niat simpan saja dalam hati," cukup tenang datuk bersuara.

"Kenapa?" Si baju hitam ingin tahu.

"Sampai kerumah nanti, kau cerita," jawab datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

Saya mula terasa nyamuk menyerang telinga kanan saya. Semuanya itu tidak saya hiraukan, langkah kami semakin cepat. Masing-masing mahu sampai ke tempat yang di tuju. Hari bertambah samar, sayup-sayup terdengar suara ungka di kaki bukut memanggil kawan-kawan pulang.

"Kalau tak silap pengagak saya, kira lima rantai lagi sampailah kita ke kawasan kampung, cuba lihat tu ada asap orang kampung membakar sampah," si baju hitam bersuara.

Jari telunjuknya menuding ke arah kepulan asap yang nampak berbalam dalam suasana samar menjelang senjakala.

"Aku pun fikir macam tu juga," sahut datuk.

Dialog yang diucapkan oelh datuk dan si baju hitam amat mengembirakan hati saya. Tanda-tanda pengembaraan yang amat menyeksakan ini akan berakhir. Saya sudah tidak mampu mahu melangkah lebih jauh lagi.Sayup-sayup kedengaran bunyi terkukur dan merbuk peliharaan tingkah meningkah.

"Kita dah dekat nak sampai Tamar," datuk menoleh ke arah saya. Kata-kata itu saya sambut dengan kegembiraan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

Setelah melepasi dua kawasan yang berbukit kecil , kami berdepan dengan kawasan lapang yang agak tinggi, seluruh kawasan itu di tanam dengan pokok tebu, betik pisang, ubi kayu, ubi keledek dan berbagai-bagai lagi jenis tanaman yang biasa di tanam dalam kawasan berhampiran perkampungan.Setelah melalui kawasan tanaman tersebut, kami berdiri di hujung tanah tinggi merenung ke bawah, ke arah kawasan perkampungan yang agak luas. Kami dapat melihat masjid yang di kelilingi berbelas-belas rumah.

"Tamar."

"Iya tuk."

"Mari dekat aku, begitu juga aku Andi."

Saya segera mendekati datuk. Berdiri di sebelah kirinya dan si baju hitam berdiri di sebelah kanannya. Di wajah datuk terbayang kepuasan dan kebanggaan yang amat sangat.

"Kau lihat Tamar," datuk menuding jari telunjuknya ke arah kawasan perkampungan, " itulah kampung nenek moyang aku, di rumah besar sebelah kanan masjid itulah, aku dilahirkan," sambut datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

Aku renung ke arah masjid yang datuk maksudkan. Rumah besar di kanan masjid kelihatan masih kukuh. Ada kumpulan kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia belasan tahun bermain gasing.

"Ini juga kampung halaman saya tapi, sudah lama saya tinggalkan, saya tak tahu apa khabar emak dan bapa saya, adik beradik saya. Kaum keluarga saya," sampuk si baju hitam.

Mulut datuk terlopong, barangkali terkejut dengan pengakuan si baju hitam.

"Sejak bila kamu tak balik ke sana?" tanya datuk."Sejak saya jadi pengikut Minah Supandi."

"Hummm..." suara datuk terkulum, " agaknya aku kenal kedua orang tua kamu.

Orang tua kamu memang anak jadi kampung ni," sambung datuk lagi.

"Orang tua saya asal dari Sulawesi, di Ujung Padang, jelas si baju hitam.

"Tapi sudah lama menetap di situ."
"Agaknya begitulah," si baju hitam tersenyum.

"Tak kira di mana berasal sama ada dari Jawa, Sumatera, Tanah Melayu, Kalimantan kita semua adalah serumpun. Agama sama, ada budaya sama, bahasa pun hampir sama," ujar datuk sambil menatap sepasang biji mata si baju hitam. Datuk menepuk bahunya dua tiga kali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

Saya tersenyum, datuk sudah dapat menerima si baju hitam menjadi sebahagian dari kerabatnya. Semoga selepas ini, si baju hitam tidak akan memperlakukan atau memperlihatkan tindak-tanduk yang boleh membuat datuk dan saya merasa curiga terhadap dirinya.

"Mari kita ke sana,"Datuk menarik tangan saya dan si baju hitam.

Kami pun mula melangkah menurun cerun bukit dengan hati-hati. Di antara kami bertiga, ternyata langkah datuk sungguh bersemangat dan ancak sekali.Sebaik saja kami masuk ke kawasan kampung tercium bau sampah yang dibakar. Suara kanak-kanak jelas kedengaran begitu juga dengan suara burung terkukur dan merbuk peliharaan sahut-menyahut. Suara kerbau menguak dan suara lembu mengemuh. Kami terus masuk ke tengah kampung bagaikan pahlawan pulang dari medan juang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

"Assalamualaikum, mahu ke mana," seorang lelaki mncul dari rumpun pisang dengan parang panjang ditangan. matanya merenung wajah datuk."Mualaikum musaallam saya...," jawap datuk.

"Kamu Mat Diah," jerit lelaki itu memotong cakap datuk. Parang panjang dicampaknya ke tanah.

Dia menerpa lalu memeluk datuk dengan erat sekali, "kamu balik, patut dua hari lalu mata kanan aku sebelah atas berkedip pagi, berkedip petang rupanya nak tengok orang jauh," riang benar suara lelaki yang saya kira usianya jauh lebih tua dari datuk.

Kening dan rambutnya sudah putih. Begitu juga dengan janggut dan jambang tetapi, dia kelihatan gagah. Air mukanya bersih. Penglihatannya cukup terang, nada suaranya keras bertenaga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

Dari apa yang saya lihat ternyata orang tua itu, bukan tua sebarangan. Tua berisi ilmu dunia dan akhirat. Atur langkah dan gerak tangannya membayangkan yang dirinya memiliki ilmu mempertahankan diri yang tinggi.

"Kamu tak kenal aku? Belum pun sampai lapan puluh tahun dah lupa," sambung orang tua itu bila melihat datuk terkebil-kebil mecam mengingati sesuatu,"Saya ingat-ingat lupa, kalau tak silap saya Haji Bagus," kata datuk ragu-ragu.

Orang tua itu tersenyum.

"Betullah tu, kita ni saudara dua pupu dari sebelah ayah kamu," orang tua itu terus menepuk-nepuk bahu datuk, " mari ke rumah aku dulu, hari dah senja tak usah pergi ke rumah lama," sambung orang tua itu.

Dan datuk patuh dengan permintaannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
147 Di usik Penunggu Sungai

"Rumah pusaka tu, terbiar begitu saja ke abang aji, " datuk bertanya sebaik saja memijak anak tanga pertama rumah haji Bagus. Haji Bagus tidak menjawab. Dia hanya tersenyum saja dan menyuruh orang rumah membuat kopi. Dia juga memerintahkan telaga (tempat mandi) di kosongkan untuk memberi lalun kami bertiga mandi dulu. Maklumlah waktu maghrib hampir tiba.Kerana kedudukan masjid dengan rumah Haji Bagus tidak jauh, kami masih ada kesempatan untuk menikmati air kopi panas yang disediakan oelh orang rumah Haji Bagus.

"Saya bagi air suam," kata datuk sebaik Haji Bagus meletakkan cawan kopi di depannya.

Haji Bagus renung sepasang biji mata datuk dengan renungan yang luar biasa. Renungannya cukup tajam sampai ke jantung hati dan ruang fikir datuk. Lebih tepat dengan renungan makrifat.

"Saya ikhlas, saya tak berapa suka kopi, beri saya air suam," nada suara merendah.

Haji Bagus segera meletakkan cawan kopi ke dada talam kembali. Haji Bagus memegang pergelangan tangan datuk sebentar.

"Aku percaya dengan cakap kamu," kata Haji Bagus sambil tersenyum.

Dia segera menyuruh orang rumahnya membawa segelas air suam. Arahan Haji Bagus segera ditunaikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2014 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
148 - Membuang Ancak

Kononnya ada nelayan sungai yang memancing waktu malam terserempak dengan jembalang sungai menjilat dalam tulang-tulang dan memakan bunga yang terdapat dalam ancak di kawasan lubuk. Mereka melihat jembalang itu timbul di permukaan sungai dengan badan sebesar kerbau, mempunyai belalai macam gajah , kepalanya macam kepala sotong dan bermata satu yang memancarkan cahaya macam bara api menerangi keseluruhan bahagian lubuk. Sebahagian dari kulitnya mengerutu dan sebahagian lagi bersisik tenggiling.

Dari hujung belalai terkeluar lidah yang cukup panjang berwarna kehijau-hijauan. Dari bawah lidahnya menitik air liur yang menyerupai buih sabun. Lidah yang panjang itu terus menjilat-jilat tulang hinga nipis.

Masa jembalang sungai itu menjilat tulang, udang dan ikan berlompatan bagaikan bermain-main di sisinya yang jumlahnya cukup banyak. Semua ikan, udang dan ketam besar-besar belaka. Buaya pun menimbulkan badan seolah-olah menjaga keselamatan diri jembalang sungai. Air sungai segera berombak dan melimpah ke atas tebing.

Bila semua tulang dijilat, bunga dimakan, jembalang sungai terus mengibas-ngibas belalainya ke tepi sungai. Pokok dan tumbuhan yang kena libasan belalainya tunduk ke bumi. Sebelum menghilang diri dalam perut sungai si jembalang berpusing-pusing di lubuk menghempas-hempaskan badan di permukaan sungai hingga melahirkan gelombang yang besar mengkarakan kiri kanan tebing sungai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
148 - Membuang Ancak

“Begitulah ceritanya, entahkan benar, entahkan tidak. Saya sendiri pun tak tahu. Saya juga tidak berhajat untuk menyiasatnya. Buat apa cari penyakit,” kata Fuad Hassan denga nada suara yang melucukan. Datuk dan saya tersenyum panjang.

“Sekarang, semuanya sudah terang. Kamu sendiri dah dengar cerita dari Pak Cik Fuad. Lain kali, kalau tengok benda-benda ganjil, janganlah gatal tangan pergi mengusiknya,” ungkapan itu datuk tujukan kepada saya.

“Betul apa yang datuk kamu cakapkan tu, Tamar,” Fuad Hassan mencelah. Saya terdiam menelan air liur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
148 - Membuang Ancak

Bot terus membelah arus Sungai Batanghari tetapi, tidak selancar tadi. Barangkali, demi keselamatan perahu-perahu kecil milik orang kampung yang berada di dada sungai menyebabkan Nurul Hayat memperlahankan laju bot yang dikendalikannya.

Sampan yang dinaiki oleh pemancing nampak terumbang-ambing di sungai, dilambung oleh alun hasil dari gerakan bot yang kami naiki. Saya makin terhibur melihat pokok kelapa dan pepohon bacang yang sedang berbunga di sepanjang perkampungan di kiri kanan tebing.

“Pelik,” kata saya.

“Apa yang peliknya, Tamar?” Sahut Fuad Hassan yang mendengar keluhan saya.

“Siapalah yang buat kerja syirik, jamu hantu jembalang, hanyut ancak di sungai,” saya hadapkan pertanyaan itu kepada Fuad Hassan. Saya kira, dia wajar menjawapnya kerana dia tahu selok-belok, perangai dan budi bicara, adat dan pantang larang orang-orang yang mendiami perkampungan di sepanjang Sungai Batanghari.

Fuad Hassan ketawa kecil, dia menepuk bahu saya beberapa kali. Datuk hanya melihat saja gerak geri saya dan Fuad Hassan. Dengan tenang Fuad Hassan menarik dan melepaskan nafas. Dia merenung kearah tebing sebelah kiri. Saya masih menanti jawapan darinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
148 - Membuang Ancak

“Hanyut ancak atau sesajian di sungai, sudah menjadi kebiasaan kebanyakan penduduk di sini, lebih-lebih lagi kalau terjadi kemalangan di sungai, mati lemas, sampan karam, ditangkap buaya atau kampung dilanda banjir. Penduduk yang terbabit terus mengadakan jamuan atau sesajian,” begitu tenang Fuad Hassan memberi penjelasan.

Di bawah hembusan angin sungai, saya anggukkan kepala. Datuk tidak memberikan sebarang komentar.

“Sepatutnya, perkara semacam tu tak patut terjadi. Bertentangan dengan agama,” secara spontan terpancut ungkapan itu dari kedua belah bibir saya.

Fuad Hassan tersenyum, saya tak tahu sama ada semua itu tanda gembira atau senyum mengejek.

“Benar cakap kamu, memang tidak patut perkara macam itu dilakukan. Semua orang tahu. Cara itu salah tetapi, ada juga yang membuatnya. Ini menunjukkan yang mereka kurang mendalam pada ajaran agama Islam, mereka lebih percaya pada kuasa ghaib, hantu syaitan dan ancak,” saya kira Fuad Hassan melahirkan pendapat yang cukup jujur dan ikhlas.

“Kita harap lama-kelamaan perkara begini akan hilang. Diharapkan apa yang kita tengok dan lihat ini, adalah sisa sisanya yang akhirnya terus lenyap. Kita yang tahu harus membetulkan langkah mereka yang silap,” sahut datuk.

Fuad Hassan mengangguk , setuju dengan pendapat yang datuk hamburkan.

“Tak apalah, kita cuba menghapuskan kerja-kerja syaitan ni, kita datangkan tokoh tokoh agama yang handal, luas pengetahuannya tentang kemajuan zaman moden, boleh bercakap dalam dua tiga bahasa, orang-orang yang suka membuat kerja-kerja begini biasanya orang yang pandai bercakap, jumlahnya tak sebanyak mana tetapi boleh mempengaruhi penduduk kampung di pendalaman,” Fuad Hassan begitu ghairah apa yang tersirat dalam dirinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.130871 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list