|
mawar65 posted on 26-8-2013 08:06 AM ![](static/image/common/back.gif)
igt kotot penah mkn...
bkn mknn yg pemes kt johor ker tu??
waalaikummussalam war....
morning...
itu kt jb yg popular tuh war...
org kta sdp tp xtaulaa...
![](http://farm6.staticflickr.com/5444/9074746386_1cd054657a.jpg)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang pool, toskan dan ramas hingga hancur
1 tin kecil baked beans (cm guna cap ayam)
200 gram daging lembu kisar
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar ketumbar serbuk
1 kiub daging (optional)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Roti paun atau roti perancis, potong, sapu sedikit majerin dan panggang sekejap
Telur, digoreng mata kerbau secukupnya
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, dididadu
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua
Minyak sapi cair
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
- Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair).
- Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....Sedap dimakan suam..
|
|