CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LelaRentaka7

ALL ABOUT PULAU LANGKAWI PART 7

[Copy link]
Post time 9-7-2021 12:58 PM | Show all posts
Last sekali pegi langkawi pada 13/9/2020 dulu.  4 malam di sana.  dah booking semua cantik.. tiba2 Kota Setar pkpd.. termasuklah Jetty Ferry...  hati dah tak best dah..fikir nak cancel jer.. tp husband nak jugak sbb dia kata dah stress sngt.  So terpaksa book flight dr Penang ke Langkawi (1/2 jam jer dlm flight pun).  tp masa tu dlam flight pun dlm 10 org jer....   masa tu sedih nya tengok suasana di Langkawi.. sunyi jer... kedai bukak sbb dah boleh berniaga tp tak ada orang.. pelancung tak ada.. mgkn sbb jetty tutup... masa tu sy ingat lg.. booking kereta Myvi RM50 sehari.. tp  sy di bagi Honda City... terkejut saya masa dia bg Honda..   kami bermalam di Cenang 4 mlm.... malam2 jalan la kat luar... sunyi jer.. pekedai2 masing2 dok menung jer...Cenang yg kita biasa kenal kan ker happening giler.. berbeza sangt masa tu... kami pergi ke tempat cable car pun sunyi..gallery 3D pun sunyi...  jenuh la nak habiskan 4 malam tu...  Coklat ?.. tak banyak pilihan.. banyak shelves yg kosong.. sy diberitahu yg supplies tak dapat masuk sbb covid.   Tapi baru2 ni tengok video keadaan cenang lagi teruk suasananya... dah mcm pekan tinggal.. sbb kedai2 tak boleh bukak & daun2 kering memenuhi jalan....    so sad.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 04:40 PM | Show all posts
tempat makan mana lagi yg ada di langkawi.? plan 5H4M
since breakfast package dgn hotel...
untuk lunch dan dinner...bawa anak2 kecik..

Cili kampung restorang (yg ni nak skip...sbb ase pun org N9 )
Umbut by The Kelapa
Laman padi (ini pun best dah penah try)
Kak yan nasi campur
Nasi dagang pak malau (breakfast - terbaik)
Warung upih
Scarborough Fish & Chips (x sure halal ke? tgk review ada serve alcohol)
Warung roti canai penarak ( blh try)
Smilling buffolo cafe
Shell Out pantai cenang
Selera Pantai Penarak
PIA the padi (penah pegi..makan ramai2 baru best..sbb menu byk juga)
Pantai kok Hafiz rojak dan laksa ikan sekoq (sedap lagi dari laksa tepi airport tu)
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_htc replied at 8-11-2021 04:40 PM
tempat makan mana lagi yg ada di langkawi.? plan 5H4M
since breakfast package dgn hotel...
untuk lun ...

Chuols stay area mana? Nnt ai gugel tmpat2 uols list tu, ai stay pantai tengah.
Ai masuk benang ni sbb plan nak pi langkawi  for new year. Ai tgk weather forecast mcm akan hujan je slalu hujung2 tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 01:07 PM | Show all posts
hungryhenry replied at 12-11-2021 08:36 AM
Chuols stay area mana? Nnt ai gugel tmpat2 uols list tu, ai stay pantai tengah.
Ai masuk benang n ...

Stay kat pantai chenang...Hotel betul2 dpn laman padi..lps checkin jln kaki je nak lunch kat kerisik restaurant (laman padi)..hari pertama plan amik grab car je...
hujan eh...berhuhuhu jela nnt

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
5H 4m di langkawi masuk benang ni nak cari panduan

So far ada recommended spa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Any recommendation for spa kat LGK?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2021 03:21 PM | Show all posts
hungryhenry replied at 27-11-2021 02:04 PM
Any recommendation for spa kat LGK?

I know yg dekat chenang je.

Rate sederhana: Tanamera (same building dgn Chenang Plaza Hotel)
Rate mahal: alun2 (opposite casa del mar)
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:13 AM | Show all posts
hungryhenry replied at 27-11-2021 02:04 PM
Any recommendation for spa kat LGK?

heavenly spa by the westin langkawi

memang berbaloi la sis dengan harganya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2021 01:03 AM | Show all posts
Edited by muntahijo at 23-12-2021 01:07 AM

Aku baru balik dari Langkawi.
Tak banyak itinerary pun lebih pada menyopping.

1st day arrival -turun kat aiport ambik kereta. Kami pilih avanza sbb ada 8 org. Deposit 150. Harga kereta 4 ratus lebih untuk 4 hari.
Check in kat Villa Bouganvillea, Sari Village. (*nanti aku citer sikit pasal villa ni).Lepas tu pergi cari coklat kat HIG.
Makan malam seafood kat warung upih ikan bakar. Biashe2 jek rasa.

2nd day breakfast kat warung tepi jalan jek otw to skycab.
Beratur pehhh nak naik skycab. Kalau nak potong queue (VIP)kena byr extra rm50 seorang.Seram sejuk kat atas. Tinggi. Cantik pemandangan. Kena banyak berjalan dan beratur. Makan tengahari kat Restaurant Kerisik Langkawi. Sedap jugak lah. Dua dulang dlm RM100 lebih.
Dlm dulang ada nasi, ayam goreng, sambal udang dan daging.
Balik villa, mandi dan bersiap pergi Sunnset Dinner Cruise experience.
Boat cruise dengan skycab serta makan malam ni pakej. RM180 seorang.
Ramai orang jugak la. *Nanti citer pasal boat cruise ni kemudian. Dinner skali kat sini.

3rd day, free and easy. Breakfast kat kedai mamak kat chenang sebab nakkan teh tarik sedap.
Pergi mandi laut kat chenang tapi sekejap jek sbb hujan pulak. Sambung shopping coklat dengan pinggan mangkuk lebih kurang.
Pergi lunch kat Restoran Kak Yan Nasi Campur. (*nanti citer pasal ni)
Balik, mandi swimming pool. Hari hujan jadi kitaorang banyak lepak kat villa. Kemas untuk balik.
Malam dinner kat rumah jek masak megi malas nak keluar.

4th day. Keluar pagi, bgtau staff villa  nak checkout. Breakfast  kat kedai biashe jek otw to airport. Naik ketebang balik KL.

p/s harga yang disebut kat sini, harga cuti sekolah. mahal sket la dari hari2 biasa.


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 01:20 AM | Show all posts
Edited by muntahijo at 23-12-2021 01:44 AM





Villa Bouganvillea.

Jumpa villa ni kat air bnb. Owner dia omputih. Walaupun pernah pergi Langkawi sebelum ni, tak pernah tau pasal Sari Village ni.Terpesona dengan gambar pemandangan villa ni. Aku pilih 2-3 villa lain juga selain villa ni and tanya adik aku, nak yang mana. Dia pun suka Villa Bouganvillea ni.  Tapi kat review ada cakap, dari parking nak sampai ke villa kena jalan dalam 10 minit. Adik aku ok, aku pun booklah. Jadik kitaorng dah bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

Beberapa hari sebelum pergi, owner whatsapp, suruh aku bacer email. Dalam email tu ada  nama staff  dia kat villa dan direction untuk ke villa. Agak pelik di situ. Aku tanya dia, boleh jumpa kat waze ke.Dia kata boleh tapi direction yang dia bagi lagi senang jumpa. Kitaorang pun pergi la cari. Tak guna pun direction dia bagi, guna waze jugak. Kami terlepas simpang 2 kali.Pusing balik. Rupanya  jalan yang menuju ke villa tu bukit tinggi, curam dan sempit, dalam hutan kecil. Sebelum sampai jalan tu ada construction buat jalan. Jalan masuk tu dua hala. Kena hon takut orang dari atas tak tau ada kereta.

Sampai jek kat parking, ada mat saleh yang memang nak keluar bagi kami parking sebab tempat lain dah penuh. Ramah jugak lah bertegur sapa. Kami pun keluarkan beg masing2. Tak sabar nak tengok villa tu. Tapi tak semudah itu yea. Perjalanan kami menuju ke villa dengan beg yang berat, agak mencabar. Kami kena turun entah berapa puluh ke ratus steps..lupa pulak nak kira.Hambek kau. Tersadai bila sampai. Rasa macam nak tercabut lutut.

Tapi kan, villa tu cantik. Cantik bagi orang yang suka nature. Tiang dia batu tapi atas dinding semua kayu. Villa tu dibuat kat bukit menghadap laut mcm dalam gambar kat airbnb jugak.Keliling memang pokok2 dan ada monyet.Tapi sepanjang kami tinggal di situ, tak ada yang menganggu.  Villa tu ada 3 tingkat. Setiap tingkat ada beranda dengan  ruang tengah untuk lepak. Bilik tingkat tiga ada dua- satu bilik master ada queen bed. Besar bilik dia. Menghadap laut. Cantik sangat pemandangan.Bilik ke dua, ke tiga dan ke empat masing2 ada dua katil. Cukup2 untuk kami berlapan. Harga dalam 6 ratus lebih semalam. Ada dapur untuk masak, fridge. Ada beer pulak dalam fridge, jenuh pesan dengan budak2 jangan minum.  Dalam bilik semua ada aircond. Dekat ruang tengah masing2 ada kipas. Tv takde tapi ada wifi. Elok masa kami datang tu wifi wayar kena gigit dek monyet. Staff kat situ fix kan, tengok2 dh ok.

Berbalik pada pemandangan dari villa tu, sebelah kanan kelihatan ada sebuah resort usang. Di depannya ada banyak kapal layar. Aku tertanya-tanya, tu Awana Porto Malai ke yang satu ketika begitu gah. Cek kat google, rupanya betul. Walaupun masih ada aktiviti di situ, tapi nampak lah resort tu dh buruk dan tak happening macam dulu. Oh lupa nak bagitau, disebabkan villa yang kami duduk tu dibuat dari kayu, bising lah bunyi tapak kaki budak2 belari. Siapa yang tidor bilik bawah sekali tu agak terganggu jugaklah.

Pepagi aku bangun, aku turun kat bawah resort tu, ada laut. Ada jeti yang dah tinggal separuh kat situ. Cahaya matahari pagi naik sebelah kiri, redup jek sebab cuaca. Tenang kawasan tu.

Keesokkan hari kena menongkah naik ke car park. Berapa kali berhenti nak menyampai ke atas. Tapi bila hari keempat, dah hilang rasa penat sebab dah biasa. Bagus jugak kan.Tu jek pasal Villa Bouganvillea. Rupanya villa lain kat sini lain2 owner. Pepandai la cari online yea kalau berminat. Yang penting kena ada sepasang kaki yang kuat dan driving skill yang bagus. Kalau calang2 orang nak bawak avanza naik bukit tu tak lepas. Adik ipar aku kena gostan dulu kereta pastu baru tekan minyak naik. Hehe satu hal la pulak. Itu jek review pasal villa ni. Semuga membantu.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 01:27 PM | Show all posts
Sunset dinner cruise experience

Aku tak tau la kenapa adik aku pilih ni. Nak merasa la kot. Memasing pakai topi besar feeling2 mem besar hahaha. Kami pun pergilah kat pelabuhan dia. Nak tau kat mana? Dekat jek rupanya dengan villa yang kitaorang sewa. Resort yang kita nampak dari villa tu la, kat Awana Porto Malai. Buruk barak dah rupa dia. Tapi nampak masih ada guest jugak lah kat resort tu.

Sampai kat situ, kena beratur. Register pastu pakai wristband dia. Tunggu boat datang. Lebihkurang 20 orang dalam satu boat, tak termasuk krew dia. Dalam 20 orang tu, terdiri dari 2-3 keluarga Melayu seperti kami dengan anak-anak, ada yang kecil, ada yang bersekolah rendah. 2-3 pasang honeymooners. Yang selebihnya beberapa orang  non muslim yang terdiri dari kaum india (dalam 10 orang). Sebabnya nak bagitau, group kami ni tak sesuai untuk disatukan dalam satu kapal.

Plannya kami kena duduk dlm bot ni bersama-sama untuk menikmati sunset dan makan malam. Mula-mula jek dah hujan. Tak jumpa lah matahari. Lepas tu yang honeymooners ber "PDA" maklumla masing2 baru kawin kan. Yang non muslim duduk minum bertin-tin. Kami yang family ni duduk tercanguk memerhati. Anak2 bertanya pasal alkohol lah pasal berciumlah. Bukan bisik2 yea. Satu kapal boleh dengar. Jadiknya masing2 tak comfortable. Yang non muslim tak dapat lepas laku sebab orang dok perati, yang nak beromen terbantut dengar soalan anak2.Yang kami dok termenung tengok laut nak elak tengok diaorang.

Mujur la ada dinner. Ada jugak aktiviti makan. Makanan dia nasi, kari ayam, tah aku lupa dah apa lagi. Boleh lah, kalau dah lapar tu makan jugak.Dari pukul 5pm sampai kul 7.45 pm. Boat tu pusing2 kat kawasan2 pulau berdekatan. Disebabkan hujan tak nampaklah cantik matahari atau kawasan tu.7.45 pm kami sampai ke jeti Awana semula. Sebelum keluar, crew dia bawak tabung besar untuk guest bagi tips.  Bagi jugakla, sebab crew dia baik2 semua.

Kalau dia nak improve service, dia kena study guest yang nak naik bot tu. Tak boleh satu kan kot group keluarga dengan yang lain2 tu. Masing2 tak enjoy. Tapi kalau tak gitu, tak tahu pulak kan apa sunset cruise ni. Boleh la buat tambah pengalaman.Tapi klau ikut aku, aku pilih island hopping jek. Lagi best.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 01:29 PM | Show all posts
Restoran Kak Yan Nasi Campur.

Sapa lah yang rekemen pergi sini yea. Terima kasih banyak lah. Kalau lama sikit kat Langkawi, hari2 kami makan tengahari kat sini. Sebabnya, lauk dia banyak giler, kena pegi banyak kali baru boleh dapat rasa semua. Lepas tu semua sedap2. Makanan laut dia fresh. Dan paling penting, murah. Kami berlapan makan nasi hidang,  sup ayam ada 3 ketul ayam dipotong beso2, sambal udang sedang 8 ekor, 2 jenis ikan bakar, ulam2, kerang rebus. Masing2 ambik air bewarna RM1.50 satu. Semua ni tak sampai RM100 pun. Tempat lain yang kami pergi bil mesti cecah atas RM100 walau makan biasa2 jek. (lunch dengan dinner la). Aku doakan semuga  Kak Yan murah rezeki dan  perniagaannya terus maju. Amin.

p/s aku ni syok sendiri jek tulis panjang2 kat dlm ni.  Saja nak rakam pengalaman tengah mood menulis ada. Sekian sahaja. Semuga enjoy melancung. SOP jaga yea.


Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 03:25 PM | Show all posts
Bestnya tq kongsi pengalaman. Dah book nak pegi Langkawi bulan Mac 2022 ni. Harap takde lah PKP. Dah jenuh pinda tarikh.
Flight dah book, hotel pun dah book..cuma nak booking kereta je lagi. Kalau ada contact silakan share dan terima kasih.
Lambat lagi nak pegi, sempatlah buat itenary buat satu keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 03:20 PM | Show all posts
nak cita pengalaman g langkawi bulan dobelas ritu.
stay dekat pelangi beach. dh ada buffet breakfast tapi dia dah prepare siap siap, xleh amik sendri. check in lama gila, dok tercongok kitorang kat lobby tu, xde dapat welcome drink pun. org lain dpt je. ha gitu aku komplen.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sapa2 ada contact no utk mangrove kilim x,sebelum ni amik dgn pak li tp dah xde dpt contact
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 03:42 PM | Show all posts
muntahijo replied at 23-12-2021 01:27 PM
Sunset dinner cruise experience

Aku tak tau la kenapa adik aku pilih ni. Nak merasa la kot. Memasin ...

Iolz setuju.

campur2 ni,mula2 rasa serabut sgt
rezeki kami dpt tgk matahari sekejap dan pelangi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
suziela123 replied at 16-1-2022 04:30 PM
Ada sapa2 ada contact no utk mangrove kilim x,sebelum ni amik dgn pak li tp dah xde dpt contact

Hari tu my family beli thru shopee je. Private boat 2hrs dlm RM 180. Kalau yang pak li tu berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 01:03 PM | Show all posts
sranua replied at 28-12-2021 03:25 PM
Bestnya tq kongsi pengalaman. Dah book nak pegi Langkawi bulan Mac 2022 ni. Harap takde lah PKP. Dah ...

samalah..sy pun pegi bulan Mac 2022 tapi awal bulan.

flight-settle
hotel-dah bayar 50% deposit
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi forumers,
sapa2 leh share contact kereta sewa tak. Yg paste dekat depan byk dah tak ada..
tq
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 04:52 PM | Show all posts
Mdtaib replied at 10-2-2022 02:00 PM
Hi forumers,
sapa2 leh share contact kereta sewa tak. Yg paste dekat depan byk dah tak ada..
tq

cuba nombor ni 0126035806 from Lydia Car Hire Langkawi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.102534 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list