Originally posted by meow_tompok at 14-1-2008 03:42 PM
terima kasih doktor atas link2 yg doktor kasik.
tapi aku masih berasakan lelaki makhluk yg tak berguna.
nie semua salah forumer kat bod family discussion.
forumer tu ckp : segala masalah dl ...
Maaf kerana lambat menjawab soalan ini.
Tapi oleh kerana meow begitu mudah untuk percaya dengan kata-kata orang..
Meow perlu pergi berjumpa dengan pakar otak untuk cek kepala otak meow yang senang sangat kena pengaruh tu..
Originally posted by Sayang_dia at 14-1-2008 08:14 PM
aku baru putus cinta..
ada lah dlm 3bulan dah..
dalam pada 3bulan tu lah aku dok tunggu dia..
tp dia buat dek je..walhal dia tau aku masih syg kat dia..
La ni aku nak move on...
aku nak be ...
Tinggi merimbun pohon tualang,
Tempat berdendang anak kedidi,
Apa kau nanti kasih yang hilang,
Bukakan hati pada yang sudi.
Dik, jangan seksa diri membenci cinta.
Kerana cinta Allah, kita tercipta di dunia.
Kerana cinta ayah dan bonda, kita terlahir ke dunia.
Kerana cinta mereka juga, kita dibesar menjadi manusia berguna.
Bukan semua pencinta itu kejam..
Carilah cinta sejati. Andai tidak kau ketemu, yakin lah dan berserahlah pada cinta-Nya yang satu..
hoh cuba kasi ayat yg straight 2 the point je...
ni cam ayat copy paste jer...
arrghhh
aku cuma benci pada cinta lelaki....
lelaki yg xtau nak mghargai wanita...
Demmmmm!
kapel2 ni buang masa sungguh....
dah penat dahhhhh...
skang aku kena jadi kejam
Originally posted by Sayang_dia at 14-1-2008 08:28 PM
hoh cuba kasi ayat yg straight 2 the point je...
ni cam ayat copy paste jer...
arrghhh
aku cuma benci pada cinta lelaki....
lelaki yg xtau nak mghargai wanita...
Demmmmm!
kapel2 ni ...
Copy paste? Kalau copy paste, Kaunselor Juwaini dah letak kredit pada penulis asal dah. Spontan la tu..
Betul ke lelaki tak tau menghargai perempuan? Atau perempuan itu sendiri tidak melayani laki tu sebaiknya?
Sebab tu bila dilanda krisis dalam perhubungan, kita perlu berterus terang dan bersifat terbuka.
Masing-masing kena luahkan apa yang tersimpan. Awak sayang lagi kat dia, tapi awak menunggu dia kembali pada awak. In your dream la dik...
Tanya la mana-mana pasangan bahagia pun, kunci utama kebahagiaan adalah terus-terang tatkala konflik..
tu lah yg aku nak buat skang...
lebih baik aku libatkan dr dlm aktiviti sukarelawan...
kanak2 xreti nak myakitkan hati kita..
xreti nak buat kita kecewa....
alahai penat laa incik kaunselor....
Terus - Teranggg...
nak terus camne...
kalo xmo buka mulut bercakap!
asyik kita je nak mula dl..malu lah..i ppuan
silap SEKALI jer terus dumppp aku cam org bodooo...
mana ada manusia sempurna beb!
Originally posted by Sayang_dia at 14-1-2008 08:38 PM
alahai penat laa incik kaunselor....
Terus - Teranggg...
nak terus camne...
kalo xmo buka mulut bercakap!
asyik kita je nak mula dl..malu lah..i ppuan silap SEKALI jer terus dumppp aku c ...
ntah laaaaa...aku pon xtau salah apa..
rentetan dr peristiwa aku merajuk dgn dia...tu 1st time aku merajuk..
dgn cuma mgeluarkan beberapa patah sms shj.. tp ntah laa
tp dia kata aku ni cam xleh trima dia seadaanyer...
Originally posted by Sayang_dia at 14-1-2008 08:44 PM
ntah laaaaa...aku pon xtau salah apa..
rentetan dr peristiwa aku merajuk dgn dia...tu 1st time aku merajuk..
dgn cuma mgeluarkan beberapa patah sms shj.. tp ntah laa
tp dia kata ...
Uhmm.. laki ni nampak aje brutal. Sebenarnya dorang ni sensitif dan nak dimanjai..
Bukan semua yang kita nampak adalah sama dengan apa yang ada dalam hati..