|
‘’Tidak. Tak ada apa yang hendak dikesalkan, Ija sempat merasai bahagia bersama abang meski sekejap, cukuplah tu buat kenangan…. Sekali lagi Ija mohon… lepaskan Ija.’’
‘’Tidak. Jangan harap!’’
‘’Sampai hati abang. Abang seronok melihat Ija menderita? Abang seronok menyiksa perasaan Ija?’’
Zikri diam. Sejenak dia menghela nafas dan berkata; ’’Apa orang cakap nanti. Tentu semua orang menuduh abang jahat kerana menceraikan Ija. Walaupun hakikatnya Ija yang minta dilepaskan.’’
’’Menceraikan Ija bererti abang telah membahagiakan Ija, membahagiakan isteri abang dan diri abang sendiri....’’
’’Jangan kata abang bahagia, Ija. Abang akan bertambah derita..’’ sayu kata-kata Zikri. Dia memandang wajah isteri yang telah lama derita itu, meraih jemarinya, meramas perlahan... sesuatu yang sungguh lama tidak dilakukannya kepada Ija.
’’Berjanjilah, jangan lagi meminta Ija dilepaskan, abang tidak sanggup. Abang akan cuba berlaku adil, abang akan berusaha...’’
’’Tidak!’’ Ija menarik tangannya dari genggaman Zikri. ’’Dulu, sewaktu ingin menikahi isteri abang di sana, abang menabur beribu janji yang lebih manis dari ini. Tapi satu pun abang tidak lunasinya. Tidak... Ija sudah tidak sanggup lagi. Tolonglah, lepaskan Ija... talonglah...,’’ Ija menggoncang peha Zikri bertalu-talu, lelaki yang sekian lama punyai sorot mata beku, suara yang sinis melukai, dan sikapnya yang pada banyak kesempatan seolah menganggapnya tidak pernah ada.
Zikri terpana seketika. Dia terkejut dengan perubahan Ija yang dulunya seorang manja, lemah lembut dan penurut, tidak suka membantah kini menjadi seorang yang keras hati. Dia tidak sanggup menceraikan Ija. Banyak kenangan indah bersama Ija yang tidak dapat dilepaskannya.
===================================================================================
Masa berjalan terlalu pantas. Hari ini Muhammad sudah berusia tiga tahun. Hari lahirnya akan disambut di rumah Uteh Som. Pagi-pagi lagi Uteh Som sungguh sibuk mengatur dan memasak itu ini buat menyambut hari lahir Muhammad yang pertama kali diadakan di rumahnya itu. Turut membantunya Ija dan Amir. Anak-anak murid qurannya dikerah semua hadir nanti baca asma ul husna beramai-ramai dan berzanji. Dibuat juga doa selamat sambil menjamu anak-anak muridnya serta jiran-jiran nanti. Amir pula membeli belon dan makanan ringan, dibungkus untuk diberi kepada budak-budak yang datang nanti.
’’Papa, nak gula-gula...’’ Muhammad meminta lagi setelah habis gula-gula di dalam mulutnya dikunyah.
’’Dah banyak Muhammad makan tau, nanti mama marahkan papa,’’ sambil itu dia tetap menghulur sebiji coklat kepada Muhammad yang sudah dibuang kulitnya, Amir memandang ke dapur mengintai Ija takut-takut perbuatannya itu dilihat Ija.
’’Mama bucuk,’’
’’Ya, mama bucuk... hehee..’’
’’Papa bucuk,’’ Muhammad tergelak menampakkan barisan giginya yang putih. Lesung pipit di pipi kanannya jelas kelihatan.
’’Papa wangi.’’
’’Muhammad wangi, papa bucuk.’’
’’Papa wangi macam Muhammad, mama saja yang bucuk.’’
’’Papa, mama bucuk,’’ Muhammad mencebik Amir sambil ketawa.
’’Tak nak bagi gula-gula,’’ ugutan dari Amir menghampakan Muhammad.
’’Papa wangi....’’ Muhammad menghulur tangan meminta habuan.
’’hahahaaa...’’ Amir meletakkan tiga biji gula-gula di atas tapak tangan Muhammad.
’’Hoii... papa ajar Muhammad rasuah? Muhammad, cukup makan gula-gula nanti sakit gigi,’’ Ija dari arah dapur mendengar semuanya perbualan Amir dan Muhammad muncul. Dia mengambil gula-gula di tangan Muhammad tapi dibaginya semula bila Muhammad merajuk gulingkan badannya atas lantai, tanda protes. Amir ketawa. Uteh Som muncul dari arah dapur turut tergelak sama. Dia memanggil Muhammad duduk di ribaannya. Muhammad akur dan menghulur gula-gula menyuruh Uteh Som membuka kulitnya.
Dari luar terdengar enjin kereta memasuki halaman rumah Uteh Som. Semua keluar menjenguk dan menjawab salam yang dibagi sebaik saja perempuan itu keluar dari kereta. Perutnya memboyot tinggi seperti kandungannya sudah cukup masa. Dari arah tempat memandu, seorang lelaki tegap bercermin mata cepat-cepat keluar memimpin isterinya yang sarat membawa perut yang besar itu.
’’Hati-hati naik tangga tu,’’ pesan Uteh Som sambil menurunkan sebelah kaki kanannya ke anak tangga mencapai tangan perempuan yang sarat kandungannya yang turut dipimpin suaminya itu. Tiba di atas dipeluknya Uteh dengan gembira sekali. Turut dipeluknya Ija sekali yang dari tadi tersenyum riang.
Lelaki tegap berkaca mata itu menyalami Amir dan mencuit pipi Muhammad yang berada di atas dukungan Amir. Muhammad turut mnghulur tangan untuk bersalam juga dan bila saja tangan lelaki tegap berkaca mata itu dihulur kepadanya, Muhammad mencium tangan tersebut. Lelaki tegap berkaca mata itu sekali lagi menggosok kepala Muhammad dan berkata, ’’Pintar dan kacak... macam ayahnya.’’
Amir tersenyum sambil memeluk Muhammad.
|
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih kepada yang memberi komen2...
bersemangat lak patek nak buat novel seterusnya tamat saja kisah ini... |
|
|
|
|
|
|
|
dan speti biasa ending stiap citer bintang slalu buat kita kena bpikir akan maksud ksudahan pjalanan citer yg dpersembahkan oleh bintang
suka tgk ija akhirnya dpt lepas dr ikatan zikri yg tak btangungjwb tu dan idup bahgia dgn muhammad dsamping amir & uteh som...dan tak lupa zila yg dah kawin upanya dan bbadan dua dah pun..... |
|
|
|
|
|
|
|
162# bintang
terima kasih kembali buat bintang jgk....
tak sabar dah ni nak ikuti kisah tbaru dari bintang lagi ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
abs dh ka??? sapa plak ppuan tu zila ka?? jeng3... |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni buat aku betul2 sebak, tahniah bintang... |
|
|
|
|
|
|
|
yg pregnant tu zila ke?
dh hbs dh menarik jln cite ni, sudahnya ija dgn amir :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kaypo at 7-8-2009 16:50
dan speti biasa ending stiap citer bintang slalu buat kita kena bpikir akan maksud ksudahan pjalanan citer yg dpersembahkan oleh bintang
suka tgk ija akhirnya dpt lepas dr ikatan zikri yg tak ...
juliet80 Post at 7-8-2009 15:53
betulke dah abis?..rasa belum lagi kan bintang...
betulke Zila yang datang...
sapa lelaki yg dtg tu...macam Zikri jer...
apa pun..cuma bintang jer ada jawapannya... |
|
|
|
|
|
|
|
upss...blum abis rupanya..bla endingnya nie bintang...hehehe..wat suspen ja.... |
|
|
|
|
|
|
|
’’Papa angkat je lah tu, bang..’’ cuit Zila kepada suaminya sedikit berbisik tapi masih didengari Amir.
Amir tersenyum sementara Farhan suami Zila sedikit terpinga.
‘’Masih macam tu juga ke, Mir..’’ Zila memperkatakan sesuatu yang tidak dimengertikan suaminya, teman sekuliahnya dulu yang kini sudah setahun lebih menjadi suaminya. Farhan membiarkan saja Zila berbual dengan Amir tanpa menyampuk sementara dia bermain-main dengan Muhammad.
‘’Masih.’’
‘’Kau tak pujuk dia ?’’
‘’Setiap detik bila ada kesempatan, tapi begitulah….’’ Amir mengeluh dalam.
‘’Jangan putus asa, Mir…. Dia masih fobia dengan perkahwinannya yang lalu tu… kau kena ambik masa dan sabar menanti….’’
‘’Aku akan sabar dan menunggu seribu tahun sekali pun.’’
‘’Wah… Begitu kau beritahunya ?’’
‘’ya….. malah Muhammad sering bertanya kenapa aku tidak ingin balik ke rumah ? Tidak ingin tidur bersama mama ?’’
‘’Kau jawab apa ?’’
‘’Sebab mama bucuk….hahahaaa.’’
‘’Hahahahaaa…..’’
Farhan turut gelak. Muhammad turut tergelak tanpa memahami apa butiran.
‘’Kau nampak sarat benar..’’
‘’Tunggu hari je ni, Mir,’’
‘’Berani kau ke mari…’’
‘’Tak apa. Doktor Amir ada…’’
Ketawa berderai lagi.
Di dapur Ija dan Uteh Som sedang menyediakan juadah di bantu beberapa tetangga yang datang. Sehingga petang merangkak ke penghujung, tetamu kanak-kanak pun bersurai sepenuhnya. Ija, Uteh Som dan Amir sibuk berkemas tatkala Muhammad memanggil Amir dengan kuat sekali.
‘’Papa… papaaa…..’’
Amir meluru keluar. ‘’Kenapa sayang,’’ Amir terkejut bila melihat Muhammad seperti ketakutan.
”Orang jahat..’’ adu Muhammad sambil menunjuk ke arah luar rumah.
Ija dan Uteh Som turut meluru keluar.
’’Assalamualaikum.’’
’’Waalaikumussalam,’’ serentak menjawab.
Semua berpaling di antara satu sama lain. Seorang lelaki berdiri di tepi anak tangga. Amir menjemput lelaki itu naik ke rumah. Lelaki itu menghulur tangannya untuk mengambil Muhammad di atas dukung Amir tapi Muhammad memeluk Amir kuat dan memalingkan mukanya.
”Ini abah sayang, bukan orang jahat,’’ sebak di dada ditahan namun semua orang dapat menyaksikan kesediha itu.
’’Seorang saja?’’ Amir bertanya.
”Ya.’’
’’Mila dan anak mana? Dengar kabar dah dua orang kan?’’
”Ya, dua orang. Keduanya-duanya berpenyakit sawan. Mila pula sering sakit-sakit selepas melahirkan anak nombor dua ni.’’
’’Kenapa tidak bawa mereka datang?’’ Ija mencelah duduk berhadapan dengan bekas suaminya itu.
’’Tak boleh, Ija. Mila tak tahu abang ke sini. Kalau dia tahu tentu dia meradang.. macam selalulah....'' dia tunduk menahan malu kepada Ija.
Uteh Som membawa sepinggan mee goreng, karipap dan secawan air teh. Dijemputnya Zikri makan. Zikri memandang Uteh Som seraya berkata; ’’Jangan susah-susah Uteh, saya datang nak jenguk Muhammad...’’
’’Bulan lepas Zikri dan datang Ija...’’ Uteh Som memandang Ija cuba memberitahu sesuatu.
‘’Puas saya cari, saya ingat Muhammad dan Ija ada di kampung. Bila Uteh kata Ija di Kuantan, saya cari di sana tapi tetap tak jumpa. Saya cuma ingat hari ni, hari lahir Muhammad... saya tak sangka dapat jumpa Muhammad di sini. Saya ingat nak serahkan hadiah ni kepada Uteh, biar Uteh saja yang bagi kepada Muhammad nanti...,’’ Zikri meletakkan bungkusan plastik yang dibawanya di atas meja kerana Muhammad masih lagi takut melihatnya. Dia kesal berbaur sedih, Muhammad tidak mengenalinya... dan cemburu kerana Muhammad begitu akrab dengan Amir malah menganggap Amir ayahnya.
Selepas semua yang terjadi dia baru dapat berfikir cinta saja tidak cukup untuk mempertahankan sebuah pernikahan. Masih banyak perkara lain yang dibutu*kan seperti ketulusan, pengertian, kasih sayang dan yang tidak kalah penting ialah kesabaran. Dia telah mengkhianati janjinya membina mahligai bersama Ija sehingga ke anak cucu, bercinta sehingga melewati usia tua. Apakah Tuhan telah menghukumnya dengan perasaan resah dan atas rasa bersalah yang sering menghantuinya ini?
Di dalam hati dia berhiba; Ija, biarlah aku mencintaimu di dalam sunyi.
Senja mula berlabuh. Dari arah sungai camar kian menjauh, menyisakan sunyi. Langit kian muram.
Seperti hari-hari yang lalu
Setiap langkah selalu meninggalkan jejaknya
Namun kebersamaan kita
Aku tak ingin seperti angin
Ada, namun seperti tak nyata
TAMAT.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau derang x diabaikan, agak2 dia berubah hati x??lagi jauh hati lagi ada...
kdg2 kena tgk situasi gak juw..
sesetengah keadaan memang salah perempuan...
sesetengah keadaan salah lelaki...
...
seroja23 Post at 7-8-2009 22:43
Then kena la belajar terima kesalahan memasing. Bukan pandai blame dan doakan keburukan orang aje...
Eh, lupa plak nak tanya, apsal ko semangat lebih-lebih ni ek? Macam ko plak yang teraniaya dalam citer ni...
Dulu pun aku pernah gak dengar kisah sedih sorang pompuan ni. Dia menangis-nangis la dok citer suami dia kongkong dia, suka pukul dia dan sebagainya... Bila check-check balik cerita sebenar, rupanya minah ni ada bela anak ikan dan ada skandal luar...
Penat aje aku buang air mata sebab pompuan nan sorang yang pandai buat kisah sedih... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by seroja23 at 7-8-2009 23:25
aku dh berhadapan dengan realitinya juw...
aku sebagai perempuan nak rasa perit hati seorang ija..
ko nak marah aku ke juw??
aku ada buat salah k ...
seroja23 Post at 7-8-2009 23:19
Ko ni apa masalahnya?
Aku masuk sini ada komen pasal ko ke? Atau pasal kehidupan peribadi ko ke?
Kalau korang tak suka aku komen kat sini, cakap aje la. Aku boleh bagi peluang untuk kalian semua bergembira dalam dunia fantasi cerpen ini dan terus bergembira mengutuk lelaki tanpa cermin diri sendiri.
Maybe hidup ini akan lebih aman dan bermakna kalau semua orang di sekeliling kita mengiyakan saja apa yang kita kata kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ni apa masalahnya?
Aku masuk sini ada komen pasal ko ke? Atau pasal kehidupan peribadi ko ke?
Kalau korang tak suka aku komen kat sini, cakap aje la. Aku boleh bagi peluang untuk kalian sem ...
juwaini Post at 7-8-2009 23:28
kelakar ko nehhh...
positif la juw...
derang mengutuk ZIKRI...
sikap ZIKRI,,,
ko kena tau situasi cerpen tuh...
so sesuai la nak kutuk lelaki yg seperti ZIKRI tu...
lain la kalau cerpen tu pasal lain...
sekalipun kalau dalam cerpen lain pompuan yg salah, mesti kena kutukan jugak..
emo la ko nehhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
177# seroja23
So, bagi la aku kebebasan untuk timbulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh side Ija plak. Tak boleh ke?
Aku emo ke ko yang emo? Yang ko nak kaitkan Zikri dengan aku tu apsal? Takde kena mengena dengan aku pun...
Tak ke tu saja jolok sarang tebuan namanya... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|