CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013

[Copy link]
 Author| Post time 6-7-2012 08:42 AM | Show all posts
“Hoi! Harris! Mulai daripada sekarang….it’s a battle! Sapa yang dapat pikat hati Zulaikha dulu!” Jerit Amir yang masih tidak berpuas hati.

Harris hanya menoleh, mengangguk dan tersengih meninggalkan Amir yang berdiri di tengah-tengah panas tu sambil berkata dengan sinis, “Aku balik dulu! Ko jangan jemur badan sangat tengah-tengah panas tu! Nanti hitam. Ika tu putih…mana nak kat ko yang badan hitam tu nanti!”

Amir melihat-lihat tubuh dan lengannya yang sememangnya bewarna sawo matang seperti kebanyakan kulit Melayu tidak seperti Harris yang berkulit cerah.

^^^^^^^^

Malam itu Amir berbicara dengan neneknya Tengku Aishah dan juga ibunya; Puteri Sofea di ruang tamu. Puteri Sofea telah beberapa tahun menjanda semenjak Amir masih kecil lagi. Maka semenjak itu jugalah Tengku Aisyah tinggal bersama mereka.

Bapa kepada Megat Amir yang juga seorang usahawan berjaya telah meninggalkan isteri dan anaknya itu kerana mengejar cinta wanita Inggeris. Dalam setahun hanya sekali dua sahaja bertemu dengan Amir, itupun sekadar bertanya khabar dan memberi sedikit wang.

Amir adalah seorang anak lelaki yang ketandusan kasih sayang dari seorang ayah. Cuma semakin dia membesar, semakin dilupakan terus bapanya itu. Walaupun Puteri Sofea masih dalam lingkungan lewat tiga puluhan, tidaklah pula dia berminat untuk bersuami lagi. Segala tumpuan diberikan kepada anak tunggal dan ibunya sahaja. Harta sepencarian yang diterimanya setelah penceraian, memberikannya nafas baru dengan memulakan perusahaan batik yang memang merupakan kepakarannya sebelum berkahwin dahulu.

        “Ma…Amir kesian kat Ika tu Ma.” Secara tiba-tiba Harris memulakan topik.
        “Haa? Kesian?” Puteri Sofea menyambung lagi, “Kesian kenapa pulak?”.

Amir menceritakan segala hal Zulaikha kepada ibu dan neneknya yang turut memasang telinga.

^^^^^^^^

Sementara itu di waktu yang sama, Harris sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah di biliknya. Jam di meja menunjukkan sudah pukul sebelas malam. Sesekali dia berhenti menulis dan termenung seketika sambil pen yang dipegang itu dititik-titikkan ke bibirnya.

Dia sedang membayangkan semula perkara yang berlaku siang tadi. Memorinya asyik memutar-mutarkan kembali imej tubuh Zulaikha dipeluk oleh Amir di bawah teduhan pohon rhu di pantai. Dia semakin hilang tumpuan kepada kerja sekolahnya. Dia mengeluh dan bersandar kepada kerusi. Setelah beberapa minit kemudian Harris kembali menulis.

        “Haishhh…..chhkk! Salah pulak!” Tiba-tiba Harris mengeluh akibat membuat kesilapan dengan kerja penulisannya.

Dia tercari-cari sesuatu di atas meja. Sudah puas cari di atas meja, dia membuka lacinya pula dan dibelek-belek ke segenap ruang laci itu. Dicapai cecair pemadam pen. Setelah mencuba berkali-kali usahanya gagal untuk memadamkan kesalahan tulisannya dia menghentak meja dengan perlahan.

        “Haaaahhhh….habis pulak liquid paper nih?! Hari ni semua mende nak buat aku geram pahal nihhhhh..” Harris mengeluh.

Dia bersandar ke kerusi dan bermenung lagi. Jarinya yang dari tadi bermain dengan pen tiba-tiba terhenti. Dia mendapat idea. Harris bangun dan melangkah keluar menuju ke bilik Zulaikha yang hanya di sebelah biliknya sahaja.

Diketuk pintu bilik Zulaikha serta memanggil nama gadis itu. Namun tiada sebarang jawapan. Dia cuba pula memulas tombol pintu namun ianya berkunci dari dalam. Dia berputus asa.

Dengan longlai dia masuk kembali ke bilik tidurnya dan terus menuju ke bilik airnya. Baru hendak dicapai berus gigi, dia terpandang akan pintu masuk bilik air yang disebelah bilik Zulaikha tidak berkunci malah sedikit terbuka. Mereka berdua berkongsi bilik air yang mempunyai dua pintu masuk untuk kedua-dua bilik tidur serta boleh dikunci dari dalam dan juga dari sebelah luar bilik masing-masing.

Harris meletakkan kembali berus giginya. Dia perlahan-lahan membuka pintu yang di sebelah ruang bilik Zulaikha. Dia memanggil-manggil nama Zulaikha perlahan. Namun tidak berjawab. Suasana bilik itu agak malap. Hanya cahaya dari lampu tidur di sisi katil sahaja yang masih terpasang. Harris yang berdiri di tepi meja belajar bilik itu mendapati Zulaikha berada di atas katil sedang mengiring dan sedikit meniarap. Dia memanggil nama Zulaikha berulang kali cuba mendapatkan perhatian gadis itu. Dia mencari-cari cecair pemadam pen di atas meja belajar itu. Setelah dia dapat apa yang dicari, dia memandang kearah katil.

        “Ika…ni abang amik pinjam kejap liquid paper ye!”

Tiada jawapan dari Zulaikha. Dia hairan. Harris mula merapati katil itu. Matanya terlihat betis dan peha gebu Zulaikha yang terdedah. Diperhatikan wajah ZUlaikha. Rupa-rupanya gadis itu sudah pun tertidur dalam keadaan separuh mengiring dan meniarap. Dijari tangan kanannya sedang memegang pen manakala sebuah buku tebal berkulit warna maroon masih terbuka terletak di sisi mukanya yang disembamkan keatas bantal. Keadaan Zulaikha yang sebegitu jelas kelihatannya dia tertidur ketika sedang menulis. Sesekali Harris terdengar dengkuran kecil dari Zulaikha.

Gadis itu memakai baju tidur berbentuk t-shirt yang besar dan labuh sampai ke paras bawah lutut. Namun baju tidur itu tersingkap tinggi hingga ke paras pehanya. Harris hanya berdiri di hujung kaki katil memerhatikan kesemuanya. Dia menundukkan sedikit badannya memerhatikan dari betis kemudian peha Zulaikha dan terus keatas melihat ke celahan antara dua peha Zulaikha yang terbuka luas sehingga ternampaklah dia akan rahsia kewanitaan gadis remaja itu.

Harris segera berdiri tegak kembali. Wajahnya kelihatan terkejut. Mujur darah tidak mengalir keluar dari hidungnya

        “Huh! Tak pakai?” Harris berkata perlahan sambil menutup mulutnya sendiri dengan tapak tangannya.

Ditundukkan badannya sekali lagi memerhatikan tempat yang sama untuk memastikan apa yang telah dilihatnya tadi dan ianya memang benar kenyataan. Terus dia bangkit berdiri tegak kembali. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

Tangannya dengan cepat mencapai selimut yang masih berlipat di hujung kaki katil itu. Di bukanya lalu perlahan-lahan dia menyelimuti tubuh Zulaikha dengan kain selimut itu.

        “Tak senonoh tidur budak ni.” Harris berseloroh sambil memerhatikan wajah comel Zulaikha yang sedang nyenyak tidur itu.

Harris mengambil pen dari jari Zulaikha dan diletakkan di meja sisi. Dia juga mengambil buku tebal itu perlahan-lahan dari sisi muka Zulaikha agak gadis itu tidak terjaga. Harris membaca apa yang tertulis di atas mukasurat yang masih terbuka itu. Air mukanya segera berubah setelah membaca tulisan di muka surat itu.

Muka surat itu tidak mengandungi banyak perkataan dan tulisan, cuma;

“I never hate him before. Before today, I only thought he’s just a brilliant spoilt brat kid who thinks everything in this world are about him. He was so self-centered kind of person with ego-maniac on the top. But today I found that I was wrong! He’s lot more worse than that. I HATE HIM! I HATE HIM TO HIS DEATH! No! I’d rather die than seeing him. I wanna die now! Please Allah help me! Please let me just die if my life isn’t getting better! I can’t bare this pain in my heart forever like this.”

Harris terduduk di lantai. Dia menyandarkan belakang badannya ke sisi katil itu membelakangkan wajah Zulaikha. Dia mulai membaca jurnal perjalanan hidup Zulaikha itu dari awal sehinggalah ke mukasurat yang terbaharu itu. Sehingga pukul tiga pagi dia disitu membaca segala coretan Zulaikha. Tanpa disedari, ada genangan airmata di kelopak mata Harris. Cepat-cepat Harris memicit-micit kelopak matanya sambil mengerdipkan kelopak matanya itu berkali-kali supaya berhenti airmatanya berhenti mengalir. Dia menoleh memandang wajah Zulaikha.

        “Please don’t hate me that much Ika. I would do anything for you so you can live happily.” Harris berbisik perlahan di telinga Zulaikha.

Harris bangun berdiri. Dia mengucup pelipis Zulaikha yang kelihatan nyenyak tidur itu. Dia meletakkan kembali buku itu seperti keadaan asalnya tadi. Dan terus melangkah ke bilik tidurnya. Malam itu Harris tidak dapat melenakan tidurnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 08:55 AM | Show all posts
Reply 163# kambeng_masam

Beng.... sama tak dengan gambar depan?

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:00 AM | Show all posts
Oh.. by the way Amir & Harris....

Baik hangpa dua orang pi blajaq sunggoh-sunggoh baru pikiaq nak berbini.... kecik-kecik dah gatai!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 01:05 PM | Show all posts
Reply 165# Nicki_Meow


    Hahahhahaha.betul-betul.kecik-kecik berebut marka.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 01:06 PM | Show all posts
Hariss awak nampak apa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 01:18 PM | Show all posts
Hariss awak nampak apa tu.
freddianza Post at 6-7-2012 13:06


dabel check plak tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2012 01:19 PM | Show all posts
Reply 168# cmf_conan


    Agakla!!!!gila betulll!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 02:34 PM | Show all posts
Reply  kambeng_masam

Beng.... sama tak dengan gambar depan?
Nicki_Meow Post at 6-7-2012 08:55



    tu nicky ke kucen tu? hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2012 02:38 PM | Show all posts
Oh.. by the way Amir & Harris....

Baik hangpa dua orang pi blajaq sunggoh-sunggoh baru pikiaq nak ...
Nicki_Meow Post at 6-7-2012 09:00



    lelaki start menggatai sejak akil baligh lagihhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 02:46 PM | Show all posts
Hariss awak nampak apa tu.
freddianza Post at 6-7-2012 13:06



perkataan sopannya....nampak rahsia kewanitaan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 02:56 PM | Show all posts
Reply 172# kambeng_masam


    Hahahahahhaa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 04:03 PM | Show all posts
mcm2 la dorang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:30 PM | Show all posts
mane n3 ni...... lamenye tungguuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 09:42 AM | Show all posts
beng.. ooo..beng... sambung la.. opening cukup cantik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 01:51 AM | Show all posts
wasap posted on 2-8-2012 09:42 AM
beng.. ooo..beng... sambung la.. opening cukup cantik...

Burpp....alhamdulillah....baru abeh moreh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:00 AM | Show all posts
Ala Beng...ingatkan ada update....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2012 01:50 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 3-8-2012 09:00 AM
Ala Beng...ingatkan ada update....

@wasap

Keesokan paginya.
            “Awakberdua ni…aku dah pesan awal-awal dulu lagi. Jangan ambik anak angkat kalau takreti nak jaga macam anak sendiri!” berang Tengku Aisyah, bonda kepada DatinSuraya.

Tengku Sulaiman dan Datin Suraya salingberpandangan dan menunduk. Pagi itu sebelum menjelang waktu makan tengahari,mereka menerima kunjungan dari Puteri Sofea yang juga datang bersama denganbondanya Tengku Aisyah. Setelah mendengarkan kisah yang diadu oleh Amirsemalam, mereka berdua bergegas bertandang ke rumah itu ingin bertanyakan halyang sebenar. Namun begitu, bonda kepada kedua-dua wanita yang rupawan itubukannya datang dengan niat untuk bertanya.

            “Salahpaham aje tu mak…memang bukan salah Ika pun. Alahh…chkk! Hal kecik je ni..makjanganlah marah-marah. Mak tu pun bukan sihat sangat. Nanti tekanan darah tunaik lagi.” pujuk Datin Suraya sambil cuba mengalihkan topik.
            “Ye..memangaku darah tengah tinggi! Sebab awak berdua lah! Aku memang tak setuju dari dululagi awak ambik anak angkat! Sebab aku tau, takkan sama awak berdua ni layanbudak tu dengan anak-anak awak yang lain. Salah paham apa bendanya?! Hok kaki budak tu sampai merah menyala bercalar-balar kena rotan awak kata salah paham?!”jerkah Tengku Aisyah lagi.

Mendengarkan itu, Tengku Sulaiman mulaikelihatan tidak selesa. Dia hendak mencelah menjawab namun dipadamkan sahajahasrat itu. Tidak ada gunanya dia cuba menegakkan benang yang basah, keranasudah tentu itu akan menaikkan lagi kemarahan ibu mertuanya kelak.

Datin Suraya bersuara, “Yelah kitorang salahmak… orang pun menyesal buat macam tu. Orang janji, orang akan jaga Ika macamanak-anak orang yang lain. Kan bang?” Janji Datin Suraya kepada bondanyasambil mengajak suaminya ikut bersetuju.

Datin Suraya cuba melegakan kemarahan bondanyayang masih kelihatan marah.

            “Takpayah. Mulai daripada sekarang, Ika duduk dengan aku. Dia boleh teman aku.Dahlah awak berdua jarang bawak dia jumpa aku. Sekurang-kurangnya aku boleh bela dia macam cucu sendiri.” Tengku Aisyah berseloroh sambil menjeling kepadaPuteri Sofea seperti memberi isyarat meminta sokongan yang sudah disepakati awal-awal lagi.

Belum sempat Puteri Sofea bersuara Datin Suraya terlebih dahulu mencelah.

            “Takbolehlah macam tu mak! Orang kan dah janji jaga dia elok-elok nanti.” DatinSuraya resah sambil menggoyang-goyangkan peha bondanya.

            “YaMak Engku…patik pun janji.” Tengku Sulaiman juga menuruti isterinya merayu.
            “Bakpe?Awak tak percaya aku boleh jaga dia macam mana aku jaga awak dengan Sofea dulu?Kali ini Tengku Aisyah menyindir kepada Datin Suraya.

Dia menyambung lagi, “Sudah. Sofea, Awakpergi tolong kemas barang-barang Zulaikha, baju sekolah dia apa semer.. Diaduduk kat sini takde sapa yang nak sayang. Biar aku jaga. Aku nak bela diasayang dia macam cucu aku sendiri.” Wanita berusia lingkungan enam puluhandan berbadan besar itu menamatkan perbincangan.

Datin Suraya dan Tengku Sulaiman salingberpandangan. Datin Suraya resah dan sugul sahaja melihat adiknya Puteri Sofeamelintas dan berlalu menuju ke bilik Zulaikha.

            “Sofea!Jangan amik semua baju dengan barang-barang dia. Tinggal kat sini separuh.Nanti Ika balik jugak ke sini.” Datin Suraya yang muram berpesan kepadaPuteri Sofea seraya menjeling kepada bondanya.

                        ^^^^^^^^^^^^^^^^^

Zulaikha sudah pun berada di kerusi penumpang bahagianbelakang kereta bersama Tengku Aisyah tatkala Datin Suraya memberikan pelbagaipesanan kepadanya. Amir pula duduk di kerusi penumpang hadapan manakala PuteriSofea pula bersedia hendak memandu keretanya keluar dari perkarangan banglomewah itu. Jarak masa pemanduan antara rumahnya dengan banglo itu hanyamengambil masa lima belas minit. Namun jika diikutkan, jarak masa akan menjadilebih singkat lagi jika menaiki basikal melalui laluan denai berhampiran pantaiseperti yang selalu dilalui oleh Amir ketika bertandang ke banglo milik TengkuSulaiman itu.

Sesekali Zulaikha sempat menjeling memandangHarris yang sedari tadi merenungnya dengan perasaan tidak puas hati dari suatusudut ruangan porch itu. Mata mereka bertentangan seketika namun tiada sebarangkata-kata yang keluar dari kedua-duanya. Nadia dan Shaqirah pula sibuk hendakbersalaman dengan neneknya ketika itu juga sehingga menghalang pandangan antarakedua-dua remaja yang sedang berperang dingin itu. Zulaikha tidak inginbertentang mata dengan Harris dengan lebih lama. Dia hanya membiarkan sahajaHarris memerhatikannya.

Sebaik kereta itu berlalu meninggalkanperkarangan rumah, Shaqirah dengan tersenyum kecil menghampiri dan menepuk bahu Harris.

            “Sekarangbaru akak puas hati…hihihi.” Bisik Shaqirah kepada Harris dan terus berlalumasuk ke dalam rumah.
Harris hanya menjeling melihat kelibat kakaknyaitu dengan muka yang masam.

Nadia yang ketika itu bermuka muram menarik lenganHarris mengajaknya masuk ke dalam rumah. Namun jari-jemari adiknya itudilepaskan Harris dan terus melangkah menuju ke kolam hiasan ikan koi danmendiamkan dirinya di situ. Datin Suraya dan suaminya hanya melihat danmembiarkan sahaja. Buat masa ini hanya Shaqirah sahaja yang kelihatannya amatgembira dengan ketiadaan Zulaikha di dalam rumah itu.



^^^^^^^^^^^^


Sepanjang perjalanan kereta yang dipandu PuteriSofea meluncuri jalanraya, Zulaikha hanya berdiam diri.

            “Please don’t hate me that much Ika. I would do anything for you so you can livehappily

Masih terngiang-ngiang kata-kata itu di benak Zulaikha apabila teringatkan bisikan Harris di telinganya malam tadi. Dia terjaga ketika Harris sedang leka membaca jurnalnya malam tadi. Akan tetapi ketika itu dia sengaja berpura-pura tidur apabila sedar akan kehadiran Harris yang bersandar di katilnya. Namun begitu, entah bagaimana bisikan kata-kata Harris itu agak terkesan sedikit di permukaan hatinya yang keras selama ini.
Last edited by kambeng_masam on 6-11-2012 09:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 06:55 AM | Show all posts
sila sambung lg beng...
jgn la dok perap lama2 sangat

sian jugak Harrsi dan Zulaikha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 09:27 AM | Show all posts
sarizu posted on 4-8-2012 06:55 AM
sila sambung lg beng...
jgn la dok perap lama2 sangat

Sedang Zulaikha memikirkan runtuhnya keegoan Harris, Tengku Aisyah tiba-tiba memeluk dan mencium-cium pipinya. Tidak cukup dengan itu dia melagakan pula pipinya dengan pipi Zulaikha. Dia kelihatannya amat gembira sekali seperti biasa setiapkali bertemu dengan cucu kesayangannya itu.

    “Wan rindulah sangat kat cucu special wan nih.” Kata wanita tua itu tersenyum dan mencubit kedua-dua belah pipi Zulaikha dan menggoyangkan muka gadis itu ke kiri dan ke kanan sambil dirinya juga turut menggelengkan kepalanya.

    “Wan niiiiiiiii…..” Zulaikha merengek menahan perit di pipinya.
Zulaikha hanya berkerut dahi sambil menggosok-gosok pipinya yang kemerahan akibat dicubit serta dimuncungkan mulutnya.

    “Haaa..tak sayang akulah tu?!” Tengku Aisyah berseloroh menyedari Zulaikha seperti memprotes.

    “Wan tu cubit Ika kuat sangat….nak terkoyak dah pipi ni.” Zulaikha menjawab sambil bergurau.

    “Alahhhhh… cubit sikit nak terkoyak dah. Ni koyak! Ni koyak! Ni koyak!” Tengku Aisyah berkata sambil mencubit-cubit pula lengan, bahu dan peha Zulaikha sehingga membuatkan gadis itu kegelian dan ketawa.

Puteri Sofea yang sedang memandu memerhatikan telatah kedua-dua beranak yang sedang bergurau itu melalui cermin pandang belakang dan tersenyum. Amir juga tidak ketinggalan melihat keadaan di belakang yang riuh itu.

Walaupun Zulaikha amat tidak menyukai pipinya diperlakukan sebegitu semenjak dari dahulu lagi, namun dia tahu wanita tua itu amat menyayangi dan sering memanjakannya lebih dari adik-beradik angkatnya yang lain. Dia maklum akan kegarangan neneknya, sepertimana dia juga faham akan sikap penyayang wanita tua itu.

Memang pantang bagi Tengku Aisyah jikalau ada orang yang membantah arahan dan tegurannya. Jika kata-katanya dibantah, alamatnya akan bernanahlah telinga orang yang dihamunkan itu. Dan jika dia mempelawa seseorang akan sesuatu walaupun hanya sebiji gula-gula, janganlah berani-berani hendak menolak pelawaannya. Wanita berdarah bangsawan itu juga amat tegas dengan segala protokol budaya istana dan Melayu. Maka begitulah juga dengan anak-anak perempuannya yang sudah dididik dengan begitu tegas ketika mereka masih tinggal bersamanya dahulu. Kini Zulaikha akan tinggal bersamanya.

    “Ika pandai menjahit tak?” Soal Tengku Aisyah kepada Zulaikha’

Zulaikha hanya menggelengkan kepala sambil menjawab pendek, “Tak.”.

    “Mama tak ajar Ika?” Soal wanita itu lagi.

    “Tak ajar pun. Mama tu reti ke menjahit?” balas Zulaikha.

    “Ehhh…wan ajar mama awak dengan aunty awak ni dari kecik lagi tau! Menyembat, sulam semer. Orang perempuan kenalah tau semer tu barulah orang laki nak buat bini!” Tengku Aisyah menempelak.

    “Ika ni kecik lagilah wannn…bukan nak kawin lagi punnnn.” Zulaikha masih menjawab. Hanya dia sahaja yang berani menjawab sebegitu dengan Tengku Aisyah sedari kecil lagi.

    “Eh budak ini….aku dulu masa umur baya awak niiii dah reti menjahit, membasuh, memasak, kemas rumah, jaga adik-adik, menyangkul merumput semer tau dak? Aku ni mujur tak reti menukang je! Kalau tidak, tak payah mengupah orang datang menukang di rumah. Aku boleh buat segala macam. Silah aki awak dulu kawen dengan wan basuh kaki je dia, aku yang buat belake.” Panjang pula Tengku Aisyah membebel.

Zulaikha hanya tersengih-sengih melayan bebelan neneknya itu. Tahulah dia dari siapa sikap Harris itu diwarisinya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 10:05 AM | Show all posts
Menyembat, sulam semer. Orang perempuan kenalah tau semer tu barulah orang laki nak buat bini!


tau kawin la budak2 pompuan zaman lani...


Silah aki awak dulu kawen dengan wan basuh kaki je dia, aku yang buat belake.


suka la org laki zaman lani dpt bini mcm nih, dok goyang je la kejanya


beng yg tgh byk idea...silalah sambung lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.126009 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list