|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: HAPPY CHINESE NEW YEAR
[Copy link]
|
|
|
Page 9
Nak tepeks foodie dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menyambut bulan Ramadan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kontraktor rugi lebih RM300,000 diperdaya pegawai PTG palsu
Seremban: Hampir RM1 juta lesap dalam masa dua bulan dengan menggunakan modus operandi sama iaitu menyamar sebagai kakitangan jabatan kerajaan dan menawarkan tender pembekalan.
Dalam kejadian terbaru, seorang kontraktor mengalami kerugian lebih RM300,000 apabila diperdaya lelaki yang mengaku sebagai pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sindiket akan mengarahkan mangsa supaya mendapatkan bekalan barangan daripada pembekal tertentu sebelum mangsa membuat pembayaran.
"Kira-kira jam 9 pagi, 23 Januari lalu, pengadu menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Abdul Hadi daripada PTG Negeri Sembilan.
"Suspek dikatakan menawarkan satu tender pembekalan alat jana kuasa mudah alih atau genset kepada pengadu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Alzafny berkata, suspek dikatakan mengarahkan pengadu supaya membeli genset melalui sebuah syarikat pembekal yang dicadangkan suspek sendiri.
"Pengadu kemudiannya dipercayai berurusan dengan seorang lelaki bernama Daniel melalui telefon dan bersetuju untuk membeli sebanyak 16 unit genset.
"Berdasarkan arahan suspek, pengadu membuat 16 transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank berlainan bermula tarikh 23 Januari hingga 5 Februari lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM346,807," katanya.
Beliau berkata, suspek seterusnya memaklumkan bahawa semua genset berkenaan sudah dihantar ke PTG Negeri Sembilan secara berperingkat dari tarikh 26 Januari hingga 3 Februari.
"Bagaimanapun, pengadu pergi ke PTG Negeri Sembilan, di sini, kira-kira jam 9 pagi, 9 Februari lalu untuk membuat semakan dan mendapati bahawa tiada sebarang genset diterima serta tiada sebarang tender pernah ditawarkan.
"Selepas kejadian itu, kedua-dua suspek gagal dihubungi dan pengadu menyedari dirinya ditipu lalu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Menurutnya, terdapat tiga kes dengan modus operandi yang sama berlaku di Negeri Sembilan dari Disember 2025 sehingga Januari yang mengakibatkan kerugian RM934,376.
"Dalam kes lain, suspek turut menyamar sebagai pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Disiarkan pada: Februari 18, 2026 - HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini
Kuala Lumpur: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Semenanjung Malaysia dilaporkan lancar dan terkawal setakat 7.05 pagi, hari ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan itu membabitkan Lebuhraya Utara Selatan di bahagian utara, tengah dan selatan, termasuk semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.
"Secara keseluruhannya, aliran trafik di semua lebuh raya bertol membabitkan Lebuhraya Utara Selatan, di bahagian utara, tengah dan selatan masih bergerak lancar dan terkawal.
"Situasi sama juga bagi semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.
Begitu juga bagi lebuh raya menuju Pantai Timur iaitu Lebuhraya KL - Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2, trafik masih lagi bergerak lancar," katanya dalam kenyataan, pagi ini.
agaimanapun katanya, trafik dilaporkan perlahan di beberapa lokasi tertentu.
Menurut LLM, di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) arah selatan, aliran perlahan dari Kawasan Rehat Gelang Patah ke Bangunan CIQ Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.
"Selain itu, di Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE) arah selatan, trafik perlahan dari Bandar Dalam ke Plaza Tol Sentul Pasar," katanya.
Dalam pada itu, LLM berkata, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan sebaiknya selain memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan dalam keadaan baik.
"Pengguna juga diminta menyemak baki kad debit, kad Touch 'n Go atau e-dompet mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
"Orang ramai boleh mendapatkan info trafik terkini lebuh raya bertol seluruh negara menerusi talian Hotline TMC LLM 1-800-88-7752 yang beroperasi 24 jam," katanya.
Katanya, sebarang aduan kerosakan boleh dibuat menerusi aplikasi MYJalan dan aplikasi TUJU yang boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store.
Disiarkan pada: Februari 18, 2026 - HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

11 bahagian BERSATU Johor umum bubar
Kluang: Sebelas bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Johor hari ini mengumumkan pembubaran susulan kemelut dalaman yang melanda parti itu ketika ini.
Kesemua bahagian BERSATU negeri itu adalah Pontian, Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Johor Bahru, Pengerang, Labis, Tanjung Piai, Sri Gading, Ledang dan Pulai.
Pengumuman itu dibuat wakil ketua-ketua bahagian negeri diketuai Ketua Bahagian Pontian, Datuk Isa Abdul Hamid, susulan krisis kepimpinan parti yang didakwa semakin meruncing dan gagal ditangani secara berhemah oleh pucuk pimpinan.
Menurut Isa, pembubaran bahagian berlaku apabila lebih separuh jawatankuasa bahagian meletakkan jawatan sekali gus menyebabkan struktur kepimpinan bahagian tidak lagi dapat berfungsi.
"Kami amat kasih dan sayang kepada parti ini, namun di persimpangan ini kami terpaksa membuat keputusan berani dan bermaruah demi perjuangan agama, bangsa dan negara.
"Krisis kepimpinan yang berlarutan, termasuk pemecatan pemimpin kanan dan Ahli Parlimen, menyebabkan hala tuju parti semakin kabur serta kepercayaan ahli dan pengundi terhakis.
"Selain itu, ketidakupayaan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan BERSATU Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyatukan ketua-ketua si peringkat bahagian membuatkan kami hilang kepercayaan bersama parti lebih-lebih lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor," katanya pada sidang media yang turut dihadiri kira-kira 100 ahli termasuk Ketua Bahagian BERSATU negeri di Simpang Renggam di sini hari ini.
Isa berkata, dua bahagian iaitu Mersing dan Labis menghantar surat rasmi pembubaran bahagian masing-masing kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali manakala bahagian lain dalam masa terdekat.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi bahagian akan mengikuti jejak langkah 11 bahagian itu mengumumkan pembubaran sama.
Sementara itu, bekas Ketua Bahagian BERSATU Johor Bahru, Datuk Zulkifli Bujang yang dipecat parti ketika diminta mengulas mengenai mengenai hala tuju selepas ini menjelaskan bahawa kumpulan berkenaan tidak akan bergerak secara individu sebaliknya akan membuat keputusan secara konsensus sekiranya menerima sebarang tawaran daripada parti lain.
"Kami tidak bergerak bersendirian. Apa juga keputusan selepas ini akan dibuat secara bersama. Perjuangan kami tetap sama, cuma platform mungkin berbeza," katanya.
Terdahulu, BERSATU dilaporkan memecat
17 ahlinya termasuk beberapa pemimpin Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti merangkumi empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Hamzah, 16 pemimpin BERSATU dipecat mungkin tak sertai PAS
'Hamzah dipecat kerana sikap tak sabar ketuai BERSATU'
Disiarkan pada: Februari 18, 2026 - HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Wanita Rohingya dibunuh suami selamat dikebumikan bersama anak dalam kandungan
Kota Tinggi: Wanita etnik Rohingya yang sedang hamil dan meninggal dunia akibat dibunuh suaminya di sebuah rumah sewa dekat Kampung Makam di sini, Jumaat lalu, selamat dikebumikan bersama anak dalam kandungan, hari ini.
Mangsa yang berusia 34 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi, dihadiri lebih 50 orang daripada komuniti etnik itu.
Menurut Ketua Komuniti Rohingya Kota Tinggi, Zurahaque Jamaludin, 42, berkata jenazah wanita itu dituntut pihaknya dari Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, semalam, selepas selesai proses bedah siasat sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, bagi pengurusan jenazah sebelum dikebumikan.
"Arwah tidak ada keluarga di sini, jadi saya ambil tanggungjawab untuk uruskan dia. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Kira-kira jam 6.30 petang semalam, jenazah tiba di Kota Tinggi daripada HSI.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk polis yang membantu, kerana arwah tidak boleh dihantar pulang ke Myanmar kerana dia pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR)," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu di sini, hari ini.
Ditanya mengenai keadaan anak perempuan mangsa yang berusia empat tahun, Zurahaque berkata, kanak-kanak itu kini di bawah jagaan sementara pasangan suami isteri Rohingya yang tinggal di Taman Aman di sini.
Katanya, ahli keluarga mangsa akan mengambil hak penjagaan kanak-kanak itu selepas ini.
"Selepas polis serah anak arwah pada saya, saya berikan kepada pasangan yang berkeluarga untuk dijaga sementara.
"Saya difahamkan, sama ada nenek atau ibu saudaranya yang akan datang ambil nanti," katanya.
Menurut Zurahaque, keadaan anak sulung mangsa itu dalam keadaan baik walaupun menghidap masalah jantung.
Bagaimanapun, katanya, kanak-kanak itu masih belum mengetahui ibunya sudah meninggal dunia, namun tahu bahawa bapanya ditahan polis.
"Kalau tanya anak arwah, dia cakap ibu ada di hospital sahaja, dia tak tahu ibunya sudah meninggal dunia. Tetapi, kalau tanya bapanya, dia cakap bapa kena tangkap polis.
"Dia tak ada cerita pasal kejadian itu, kami pun tidak tanya kerana tak mahu dia sedih," katanya.
Zurahaque berkata, ini adalah kes bunuh yang pertama kali berlaku dalam komuniti etnik itu dan berharap ia tidak akan berulang lagi.
Katanya, dia menyerahkan sepenuhnya siasatan kes itu kepada polis.
"Selama ini, tidak ada kes begini berlaku dalam komuniti kami. Kami pun tak sangka boleh jadi begini. Biarlah pihak polis yang lakukan siasatan sewajarnya," katanya.
Jumaat lalu, media melaporkan seorang wanita yang hamil tujuh bulan ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dipercayai menggunakan lesung batu.
Mangsa wanita itu ditemui di dalam bilik rumah sewa mereka kira-kira jam 7 pagi oleh pemilik rumah selepas dipercayai dibunuh kira-kira jam 3 pagi.

hang sorang bahaya blk memalam
elok gerak siang
mlm td iols rumah 1.15am
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|