CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Kahwin

[Copy link]
 Author| Post time 20-6-2012 09:46 AM | Show all posts
lagi2. Lama sungguh nak tunggu penghujung cerita ni. Ada gaduh2 lagi la lepas ni..
muaz04 Post at 18-6-2012 10:39


dah nk habis dh cite ni...tp bab ni x de gaduh2...
bab lepas ni ada gaduh2 mnja je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2012 09:46 AM | Show all posts
nak lg...heeee
nhid_tam Post at 19-6-2012 20:53


nah! bg sket lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2012 09:50 AM | Show all posts
Episod 24

Lima bulan berlalu, Anis disahkan mengandung. Alhamdulillah. Walaupun mengalami alahan, tetapi tidaklah seteruk mana. Kehidupannya dapat diteruskan sebagaimana biasa.  
Rakan-rakan sepejabat meraikan kedatangan ‘orang baru’ di kalangan mereka dengan gembira sekali. Kadang-kadang dia dilayan secara berlebihan baiknya, malah aura positif itu turut meresapi Hisyam, sehingga dia menghadiahkannya sebuah buku tentang kehamilan. Dia menerima seadanya sebagai menghormati sebuah persahabatan.

“Anis, saya tumpang gembira. Semoga awak sentiasa sihat sepanjang kehamilan.”

Dari pandangan matanya, Anis tahu Hisyam sudah dapat menerima hakikat bahawa hubungan mereka sekarang ini terjalin atas nama persahabatan. Tidak lebih dari itu. Dia sudah mampu membina kehidupan yang lebih baik kini. Anis dapat merasakannya apabila Hisyam tidak lagi mengalami masalah kemurungan, malah sentiasa bersemangat apabila hadir ke pejabat.

“Terima kasih, mmm...awak punya bila lagi?” gatal pula mulut ni nak bertanya. Anis duduk bertentangan Hisyam di meja mesyuarat sementara menunggu yang lain masuk. “Jangan tunggu lama-lama, membazir umur saja. Takkan sampai sekarang pun tak de yang melekat di hati? Jangan tutup pintu hati tu, buka luas-luas untuk cari kebahagiaan, insyaAllah akan jumpalah suri hati yang akan sudi hidup bersama awak hingga ke akhir hayat nanti. Tapi kalau dah ada...cepat-cepatlah hantar rombongan meminang...kahwin...dapat anak, seronok nanti.”

Sekarang bicaranya tentu saja akan menyebut perihal anak, Anis sangat teruja walaupun usia kandungannya kini baru saja mencecah sebulan. Pastinya dia sudah tidak sabar-sabar untuk bergelar seorang ibu.

“Inilah yang saya nak tanya dengan awak ni,” suara Hisyam teruja tetapi seolah berbisik kepadanya. “Tapi awak jangan ketawakan saya pulak... Saya nak tanya pendapat awak perihal masalah berat saya ni.”

Anis mengerutkan dahi, tentunya dia tidak faham apa kena dengan Hisyam hari ni. Lain benar raut wajahnya, ada garis senyuman tetapi serius. Namun, sebenarnya dia juga sangat berminat dengan keseriusan itu, Hisyam dah nak kahwin?

“Apa yang awak nak tahu, Hisyam?” Anis sebenarnya yang sudah tidak sabar untuk meneroka fikiran temannya itu kala ini. Kepalanya seolah-olah sudah lebih ke hadapan dari badannya yang sedang duduk. “Apa masalah yang berat sangat tu?”

Hisyam tidak terus menjawab, jemarinya mengetuk-ngetuk meja beberapa kali. Dia sebenarnya sudah rimas dengan permasalahan yang diciptanya sendiri.

“Saya sebenarnya bermasalah dengan perasaan sendiri... Saya dapat rasakannya sesuatu yang indah, tetapi seolah-olah ia berada di awang-awangan... Saya rasa...saya jatuh cinta sekali lagi,” Hisyam menarik nafas dalam-dalam.

Anis tersenyum panjang, bangga dengan apa yang dialami Hisyam kini. Betullah telah hatinya, sahabatnya itu telah berubah, malah lebih baik dari jangkaan hatinya. Patutlah kelihatan bersemangat lain macam saja kebelakangan ini.

“So, tunggu apa lagi?” Anis teruja.

Dia sudah membayangkan seorang gadis cantik yang akan setia disisi Hisyam menemani kehidupannya dimasa hadapan. Bertuahlah perempuan itu, bukan sekadar mendapat seorang suami yang boleh memberinya kemewahan, malah lebih jauh dari itu, dia percaya Hisyam seorang lelaki yang penuh dengan aura kasih-sayang. Berbahagialah hendaknya hati-hati yang sedang berbunga indah ini.

“Dia mungkin tidak sepertimana yang awak sedang bayangkan... lebih dari itu, dia baru saja putus cinta... saya percaya jika saya melamarnya sekarang, amat sukar untuk dia berikan jawapan sepertimana saya inginkan,” Hisyam berkata perlahan.

Giliran Anis pula menarik nafas, putus cinta memang sesuatu yang menyakitkan. Lihat saja Hisyam tempohari, bagaikan mati bini lagaknya. Namun impian yang baik tidak harus terhenti begitu saja, seharusnya ada usaha untuk merealisasikannya.

“Jika boleh saya bantu, saya memang sangat mahu menghulurkan sebarang bantuan yang awak perlukan. Kitakan sahabat, mungkin saya boleh tolong apa yang patut...? Saya pun nak tengok awak kahwin, hidup bahagia dengan gadis pilihan, malah akan berbahagia dengan hadirnya anak-anak nanti. Pentingnya sekarang, awak berdoalah, mudah-mudahan kali ini ianya benar-benar berjodohan. Awak jangan risaulah, awakkan lelaki yang baik...insyaAllah niat yang baik akan dipermudahkan Allah.”

Anis cuba menyalur semangat kepada Hisyam, tetapi sebenarnya dia sendiri tidak tahu bentuk pertolongan bagaimanakah yang boleh diberinya? Gadis itupun dia tidak kenal. Pulak tu kalaulah Hisyam hanya bertepuk sebelah tangan macamana? Tidakkah ia akan menyukarkan keadaan?

“Saya yakin awaklah orangnya yang akan bantu saya, Anis,” mata Hisyam bercahaya. “Awak memang sahabat yang baik, sentiasa memberikan harapan kepada saya untuk terus maju ke hadapan. Saya bangun dari kelalaian tempohari juga kerana nasihat-nasihat awak selama ini. Dan kali ini...saya betul-betul mahu awak menguruskan jodoh saya.”

Hisyam begitu yakin dengan kata-katanya. Dia bangun, berdiri disisi tingkap melihat panorama hutan batu di hadapannya. Kali ini dia meletakkan keyakinan penuh bahawa Anis akan menolongnya mendapatkan pujaan hatinya sejak kebelakangan ini.

“Saya memang mahu membantu, tapi bagaimana ya? Lagi pun, siapa gadis pujaan awak tu pun saya langsung tak kenal,” Anis bersuara ragu-ragu. “So, ada eloknyalah kalau awak bagitau saya dulu siapa gerangan si gadis yang bertuah ni...?”

Hisyam berpaling kepadanya, memberikan sebuah senyuman yang sungguh bermakna. Dia kembali duduk menghadap Anis.

“Akma.”

Itulah sepatah kata yang dia dengar dengan jelas dari mulut Hisyam.

“Akma? Kak Akma? Kak Akma yang...,”

“Betullah tu...,” Hisyam tersenyum lebar sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Mata Anis membulat, sungguh dia tidak sangka. Lama dia berdiam diri. Kepalanya ligat berputar, entah apa yang difikirkan. Akhirnya tawanya meletus. Bukan sekadar dia sungguh tidak percaya, tetapi baru semalam Akma membebel kepadanya. Kata Akma, “Hisyam tu sungguh la mengada-ngada, tahu la anak Bos. Tapi semua kerja nak disuruh kita yang buat, macam tak de manusia lain kat dalam office ni. Kalau ada elaun tambahan jadi PA tak bertauliah tak pe la jugak, ini sampai makan minum kat office pun nak disuruh kita yang carikan. Menyampah!”

Nah! Menyampah buat bakal suami ya! Tawa Anis belum surut. Rupanya sudah ada taman dalam hati Hisyam ya. Tak tahu pulak dia kenapa Hisyam boleh jatuh hati dengan Akma tu. Memang tidak dinafikan Akma mempunyai seraut wajah yang lembut dan masih muda sebenarnya, baru saja berusia 33 tahun. Namun kehidupan sebagai ibu tunggal yang mendewasakan peribadinya.

Anis memang tahu Akma sudah putus hubungan dengan kekasih mayanya sejak dua bulan lalu. Alasannya, ibu si pujaan hati menolaknya mentah-mentah kerana berstatus J. Hisyam memang tak kesah ke? Tunggulah, lain kali nak tanya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 10:07 AM | Show all posts
Episod 24

Tunggulah, lain kali nak tanya...
sarizu Post at 20-6-2012 09:50


Errr... tanya cepat sikit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2012 12:12 PM | Show all posts
Errr... tanya cepat sikit....
Nicki_Meow Post at 20-6-2012 10:07


tengah meeting ni
















lepas metg byk kje lain nk buat...tangguh la dlu soklan nk tya tu byk2 hari...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 03:51 PM | Show all posts
Anis jadi org tgh lak ke?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2012 04:10 PM | Show all posts
best2. Lama tak dgr cerita Iddin. Ape cerita dia sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 09:10 AM | Show all posts
wah...ada perkembangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 08:17 PM | Show all posts
iddin  n  anis sihat ker...?

bila nak on air lagi..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 08:58 PM | Show all posts
Anis jadi org tgh lak ke?...
shahrinas Post at 20-6-2012 15:51


ha'ah, tolong menolong nk bina masjid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 09:00 PM | Show all posts
best2. Lama tak dgr cerita Iddin. Ape cerita dia sekarang?
muaz04 Post at 20-6-2012 16:10


iddin dah datang ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 09:02 PM | Show all posts
wah...ada perkembangan
yaya4075 Post at 21-6-2012 09:10


kali ni lg positif...enjoy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 09:04 PM | Show all posts
iddin  n  anis sihat ker...?

bila nak on air lagi..??
ismaha Post at 25-6-2012 20:17


insyaAllah sihat2 je...bahagia la skrg ni kekdahnya...

ok, bleh ready dh ni...jp lg nk on
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 09:11 PM | Show all posts
insyaAllah sihat2 je...bahagia la skrg ni kekdahnya...

ok, bleh ready dh ni...jp lg  ...
sarizu Post at 25-6-2012 21:04



   oky2....siap depan lapy dh neh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 09:25 PM | Show all posts
Episod 25

“Abang ni jangan la nak fikir ke situ pulak...ayang ni kan sahabat diaorang, lagi-lagi Kak Akma tu, siankan dia, muda-muda lagi dah jadi ibu tunggal,” Anis merengek manja di sisi suami. “Hisyam sekarang ni dah tak macam dulu lah. Ayang nak sangat bantu dia temukan jodoh, pulak tu dengan Kak Akma... So, abang jangan la cemburu ek, kita sama-sama bantu diaorang bina masjid. Abang jangan risaulah, perut ayang ni dah makin buncit dah...ada lagi ke orang berkenan? Kalau berkenan jugak buta la mata orang tu!”

Iddin pandang Anis yang duduk disisi baringannya.

“Alah lelaki sekarang ni bukannya boleh percaya, lagi bini orang lagi dia suka, lagi buncit lagi nak dikata seksi,” Iddin masih tegas dengan pendapatnya.

“Abang ni...cuba la positif sikit...mana ada Hisyam tu usha ayang lagi sekarang ni... Ayang dah tanya dengan Kak Akma tu. Dia pun cakap yang Hisyam tu memang ada gatal-gatal sikit dengan dia. Gatal-gatal berlapik la...bukan menggatal yang tak tentu pasal tu.”

“Ha kan! Memang gatal la tu,” sambung Iddin serius.

“Bukannya menggatal dengan ayang lah. Gatal nak kawin apa salahnya? Abang dulu pun ada jugak menggatal dengan ayang kan? Kalau tak gatal mana jadi kawin. Ni tengok, abang punya terlebih menggatal la ni perut ayang yang jadi mangsa,” Anis pertahankan pendiriannya.

“Ooo...dah pandai menjawab sekarang ya...,” Iddin tolak Anis ke katil. “Kalau abang gatal sorang tak jadi tau.” Anis digeletek sakan.

“Baby...tolong ibu...baba gatalll...,” suara Anis tersekat-sekat menahan geli.

“Lagi gatal lagi best tau!” Mereka gelak sakan!

Anis tahu sangat yang suaminya masih cemburukan Hisyam, apatah lagi sejak kebelakangan ini apabila mereka kerap berhubung. Namun dia masih tahu menjaga batas perhubungan dan kehormatannya sebagai isteri. Tidak sukar untuk menjernihkan keadaan, tentu saja dia tidak akan berahsia dengan suaminya tentang apa saja yang dia lakukan selama ini. Lebih-lebih lagi apabila Hisyam sendiri tahu batas perhubungan mereka sebagai sahabat. Syukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan.  

Akma pula agak tertekan dengan keadaan. Bukan dia tidak sukakan Hisyam, namun taraf kehidupan mereka sangat jauh berbeza. Bukan satu dua perkara yang membezakan mereka, tapi mungkin sepuluh dua puluh perkara yang akan menjarakkan penyatuan mereka.

Anis sebagai orang tengah sememangnya banyak memberikan pandangan kepada kedua-dua belah pihak. Ada juga yang diterima dengan lapang dada, dan ada juga yang tiada kata putusnya.



“Adik akak ni dah jadi macam mak nenek dah...,” itulah jawapan Akma apabila Anis sibuk menasihatinya tentang masa depan. “InsyaAllah cu akan fikirkan apa yang nenek pot pet pot petkan sekejap tadi.”

“Dah separuh kering air liur ni tau!” Anis cubit paha Akma.

“Sakittt la nek!” Akma mengaduh panjang.

Anis ketawa riang.

Seketika, mereka sama-sama diam. Masing-masing meneruskan suapan makan tengahari, namun fikiran Akma sedang ligat berpusing.

Akma masih sangsi dengan lamaran yang diterimanya seminggu yang lalu, bagaikan jantungnya jatuh tertiarap ke lantai menerima seutas jam tangan Dior daripada Hisyam. Dia pucat, menggelabah usah ceritalah. Memang nasib masih menyebelahinya, walau degup jantungnya bagaikan terhenti seketika, umurnya masih panjang untuk menjaga sepasang zuriat talian hayatnya selama ini. Alhamdulillah, anak-anaknya itu masih punya ibu untuk memeluk mereka saban malam.

Dia memang tidak tahu apa tujuan Hisyam memanggilnya ke bilik kerjanya pada hari itu. Katanya ada hal yang nak dibincangkan. Dalam kepalanya tentulah hal remeh temeh yang seperti selalunya Hisyam lakukan kepadanya. Nak suruh ambil fail yang ada kat luar pun nak kena menghadap dia dulu, nak suruh carikan makan tengaharinya pun nak kena masuk bilik dulu, nak jumpa orang lain pun nak kena dia jugak yang masuk bilik tu dulu dan keluar tolong panggilkan manusia tu! Sesekala terfikir jugak dia, mereng ke bos aku ni? Tak ke semua tu boleh call je dan bagi arahan?

“Tengahari ni awak lunch dengan saya!” Gulp! Akma telan liur mendengar arahan daripada Hisyam. Rasanya memang dia tak salah dengar. Tapi kenapa? Bertahun dia kerja kat sini tak pernah pulak dia jadi orang penting nak temankan bos pergi makan sama-sama. Tolong belikan lunch untuk bos ada la.

“Awak dengar tak?” Akma angguk.

“Awak faham arahan saya?” Akma angguk lagi.

Diam.

“Ok, jom!”

“Hah! Eh...apa? Apa Encik Hisyam cakap?” Akma kalut.

“Kita cakap nanti. Sekarang ikut saya.” Suara Hisyam tegas. Entah hantu apa yang dibela bosnya, Akma bagaikan redha saja mengekor langkah Hisyam kala itu.

Entah berapa lama Hisyam memandu, akhirnya mereka tiba di pinggiran tasik. Akma buntu, entah dimana dia sekarang langsung tiada pedoman untuk dia meneka. Masakan tidak, hidupnya sudah lama terkurung dengan dunianya sendiri, pergi kerja dan pulang uruskan anak-anak. Tiada masa untuknya berpeleseran tidak tentu hala.

“Kita kat mana ni Encik Hisyam? Hah? Encik Hisyam nak buat apa dengan saya? Tolong saya Encik Hisyam, hantar saya balik ke pejabat.”

Hisyam diam, tidak menjawab. Dia pun sebenarnya kelu. Tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Dia berpaling, raut wajah lembut Akma ditatap. Sebuah senyuman dihadiahkan. Dia tidak mahu menambahkan resah Akma yang semakin tidak keruan dilihatnya. Dia juga tidak mahu merosakkan saat penuh bermakna ini.

Sudah berminggu-minggu dia merancang semua ini.

“Jom kita duduk di meja sana. Kita makan kat sana, saya dah belikan lunch kita hari ni,” Hisyam bersuara ramah.

“Sampai ke sini Encik Hisyam ajak saya makan...,” Akma acuh tak acuh.

Memang dia pelik dengan apa yang dilakukannya hari ini. Memang tak pernah-pernah Akma makan berdua dengan bos sepanjang tempoh dia bekerja selama ini.

“Tunggu apa lagi? Jomlah,” Hisyam keluar dari kereta, mengambil bekalan makanan di tempat duduk belakang dan terus berjalan menuju ke gazebo di tepi tasik yang redup diteduhi sebuah pokok besar yang rendang.

Akma beku di tempat duduk. Baru sekarang dia seolah-olah tersedar dengan tingkah lakunya. Sangat tidak sopan andainya tiba-tiba saja ada rakan sepejabat yang melihat mereka berdua kala ini. Hah, janda gatal! Nak dicop macam tu? Akma geleng kepala!  

Dia nampak Hisyam melambai-lambai kearahnya. Nak buat macamana ni? Walau apa soalan dan jawapan yang bersimpang-siur di dalam kepalanya, dengan langkah yang berat dia mengatur langkah menuju ke gazebo yang menempatkan meja ala Jepun untuk kemudahan pengunjung makan-makan santai di sana. Jalannya saja yang lembap, tapi otaknya? Ligat! Terasa makin membahang, makin berpeluh!

Akma bersimpuh di hadapan meja Jepun, jua di hadapan Hisyam yang sedang memandang gerak-gerinya sejak tadi. Apa kena dengan Hisyam ni??? Eiii...nak balikkk...

“Awak selesa duduk macam ni?” tanya Hisyam sambil tangannya menghulurkan satu bekas polestrin putih kecil kepada Anis. Ai, makan burger je ke? Mahu saja Anis mengeluh tapi sabar je lah...

“Maaflah, saya tak tahu nak beli apa tadi, ini yang paling sesuai kot.”

Akma buat tak tahu. Kalau dia tahu datang sini setakat nak makan burger, tak de maknanya dia nak ikut sampai sini. Tengok muka mamak kat kedai makan belakang office tu lagi bagus!

“Bukak lah,” Hisyam persila.

Akma buka, ikut perintah kekdahnya. Dup! Jantungnya bagaikan ke bawah, darah berhenti mengalir, memang dia tahu wajahnya kini memutih pucat. Tangannya terketa-ketar. Lidahnya kelu. Pastinya, dia terasa mahu menangis.

“Saya mahu melamar awak, Akma.”

Perlahan suara Hisyam di telinganya. Ya, memang Hisyam bukan berikannya polestrin berisi burger, tetapi berisi bantal kecil dipeluk seutas jam tangan Dior putih mutiara yang terletak elok cantik di dalamnya.

“Saya harap awak sudi terima pemberian saya, sudi terima saya juga.”

Diam. Akma menunduk. Lama.

“Tapi kenapa saya?” Akma melepaskan keluhan berat.

“Saya tahu awak akan tanya...memang saya tak ada jawapan yang boleh memuaskan hati awak, tapi percayalah, sudah berbulan-bulan saya menyimpan perasaan ini. Perasaan sukakan awak makin hari makin menebal. Tapi sekarang bukan sekadar suka, tapi sudah bertukar menjadi sayang.”

“Kerana kecewa dengan Anis?”

“No!” Laju Hisyam menjawab. “Anis sahabat yang baik, dia banyak nasihatkan saya selama ini. Tapi perasaan suka saya kepada awak datang sendiri tanpa saya sedar. Saya tahu awak seorang perempuan yang baik, saban hari saya dapat rasakan bahawa awak sebenarnya punya keistimewaan tersendiri. Paling saya suka...awak taat pada semua perintah saya. Ciri-ciri isteri yang baik,” Hisyam senyum panjang.

Akma pejam mata rapat-rapat, tarik nafas. Sakit hati!

“So, apa awak nak saya buat?”

“Terima saya sebagai suami awak.”

“Jika anak-anak saya luluskan.”

“Saya akan rasuah mereka macam-macam.”

“Fail!” Akma bangun. “Tolong hantar saya balik office sekarang.”

“No, kita akan pergi jemput anak-anak kat sekolah sekarang dan lunch satu keluarga.”

Akma jeling tajam.

“Tak takut pun...,” Hisyam gelak sakan.


TAMAT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 09:28 PM | Show all posts
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca.

Terima kasih kepada semua kawan2 yg sudi mengomen.

Sekadar hiburan untuk kita semua, apa yg baik kita jadikan teladan, yang buruk2 tu sama2 kita hindarkan.

TQ!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 09:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by ismaha at 25-6-2012 21:39

yehh...tamat sudah....happy for iddin&anis, hisyam&akma.....

terima kasih juga kerana sudi berkarya......boleh is hilangkan bosan dalam online cari.....

dah plan cter baru..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 08:13 AM | Show all posts
La... awat dah habis?

Sambunglah camna si Hisyam tu rasuah anak-anak Akma...

Sambunglah sampai Hisyam tu jadi Kahwin dengan Akma....

(Suka-suki je kan suruh orang sambung....huhuhu )

Sweet, simple and nice.... Thanks Sarizu.

Seperti biasa - Cliche - NEXT STORY PLEASE
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 08:24 AM | Show all posts
akhirnya...
walaupun tergantung sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 08:54 AM | Show all posts
sweet.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.065230 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list