|
faraway1 posted on 15-11-2012 04:38 PM
lihat me masih boleh menulis dengan bahasa melayu
yang baik kira baiklah walau me guna gant ...
bukan bahasa english, tapi bahasa inggeris. the word english is already form as a language.
'me dapat somi menawan hati yang dilayan baik sebagai seorang(dan)
wanita patut dilindungi seumur hidup (betul), even pelacur takkan dapat
penghormatan sebegitu jugak ( perempuan simapanan dapat! ) dan me pasti jika me kahwin melayu
me takkan dapat merasa taraf me sebagai wanita diangkat tinggi
oleh seorang suami,(maaf tanya, your mum atau adik beradik/ sedara mara lain kawin melayu tak?) so alhamdulilah tuk allah swt atas kurnian suami ini....'(saya juga tumpang bersyukur..)
tahniah, jika somi you begitu sama seperti lelaki islam yang lain bukan di malaysia je.. saya bangga dengan fara sebab fara berjaya 'menawan' dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakalanya manusia lupa bahwa hidup ini masih panjang dan banyak lagi liku2 yang tidak kita ketahui bakal dilalui.
Generalisasi terhadap satu kaum atau pekara mungkin tidak adil pada yang digeneralisekan tapi mungkin pengalaman terhadap kaum atau pekara yang sama menyebabkan timbul nya generalisasi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
manjaredd posted on 16-11-2012 12:59 AM
i agree.
anyway,org baru atau lama bukan persoalan. saya menulis dan di sini ada ruang untuk be ...
Puan, jenuh saya me"refresh" page ini untuk membacer sambungan cerita puan... (begitu hebatnya penangan tulisan puan hehe)
Tapi nampaknya macam takde sambungan lagi...maka saya dengan berat hati terpaksa log off untuk hari ini.
Terima kasih sekali lagi kerana berkongsi cerita yang sangat menarik |
|
|
|
|
|
|
|
manjaredd posted on 16-11-2012 12:59 AM
i agree.
anyway,org baru atau lama bukan persoalan. saya menulis dan di sini ada ruang untuk be ...
alamak..xde sambungan lagi keee..baru je abis baca..very interesting la cite nih..x sabar nak tau ape lagi yg jadik..tp nak tanya TT eh..kawan TT nih syg sgt ke dkt husband dia??
|
|
|
|
|
|
|
|
Panjang benar iklan sebelum sambungan..
maaf ye, itu cara saya menghormati pembaca yang membaca kisah ini...
kita sambung lagi...
So far yang saya faham, teman saya tidak mahu bertindak kerana pertama, memikirkan situasi arwah emaknya untuk menghadap orang sekeliling..bila dah menjanda maka akan timbul macam2 cerita..standard la tu. dulu masa nikah mat salleh pun ramai yg bercakap macam takde melayu lagi nak jadikan suami.. kedua, dia tidak mahu mengganggu emosi anaknya..kerana dari kecil hidup berayah tiba2 kena hadapi perpisahan parents. Sebagai langkah awal dia keluar dari rumah untuk biasakan anaknya hidup tanpa bapa. selama duduk berasing itu anaknya kelihatan lebih baik dan tidak bertanya langsung tentang bapanya. Malah yang kerap ditanya tentang atok.. ketiga, di situ dia sedar dia perlu pulang ke rumah kerana atok pasti rinndukan cucunya ini, tiap petang cucu inilah yang dipanggil sebaik pulang dari kerja, menonton kartun bersama..berborak..lagi-lagi arwah emaknya sudah tiada..pasti sunyi hidup bapanya.. keempat, dia mahu pastikan yang langkahnya betul supaya tidak ada masalah lain timbul di kemudian hari. Kelima, suaminya tidak punya taraf kerakyatan malah tempoh visitor pun dah lama tamat wang yang diberi untuk dibyr kepada imigresen dan keluar dari negara barang sehari dua supaya boleh renew visitors passport lesap entah ke mana..bukan sekali dua hal ini berlaku malah banyak kali..manalah dia mampu lagi..
Pernah sekali dia berhubungan dngan seorang perempuan berbangsa cina, seorang guru tusyen dan berasal dari keluarga yang berada, memiliki pusat tusyen yang besar di negara ini. dia tidak pernah peduli, melarang pun tidak kerana tidak ada rasa cemburu di hati. di biarkan mereka moga2 hubungan mereka kekal dan dia bebas. pulang dari kerja anaknya tinggal seorang dirumah, ketika itu baru berusia 4 tahun. dia menghubungi suaminya dan bertanya mengapa tidak diletakkan anak itu di rumah sebelah, katanya tidak sempat kerana perempuan itu sudah menunggu. Malah, dengan bangga dia memberitahu teman saya itu yang dia tidak akan pulang lagi ke rumah itu kerana akan berkerja dan tinggal bersama perempuan itu di singapiura. Teman saya tidak membantah malah terasa seperti ada semangat baru. Dia memberitahu arwah emaknya yang masih ada ketika itu, dan minta emaknya memberitahu suaminya mendapat kerja di tempat lain..dengan harapan masyarakat, jiran dan saudara mara akan biasa dengan keadaan itu dan mereka sekeluarga tidak perlu berbohong. perlahan-lahan dia akan minta fasakh.. itulah yang dirancangnya..paling penting anaknya tidak terkejut dengan situasi..
Namun gembira itu tidak lama..dia merancang tapi tuhan yang tentukan.. tuhan masih belum berhenti menguji. Sedang dia di tempat kerja, dia dihubungi oleh kedutaan britain. Mereka meminta dia mengambil suaminya supaya diuruskan pembaharuan visa dan passportnya sebelum di tangkap pihak imigresen kerana cuba keluar dari negara ini tanpa selesaikan masalah 'over stay' di negara ini dan dianggap tinggal tanpa izin. pihak imigresen menghantar dia ke kedutaan apabila rekod menunjukkan yang dia berkahwin dengan tenaga profesional dalam negara dan mendapat keizinan dari pihak imigresen untuk bernikah di sini. jadi sebagai isteri sekiranya apa2 berlaku dia harus bertanggung jawab.. terduduk dia mendengar semua itu. dengan langkah yang berat dia mengambil cuti separuh hari.
Sampai di kedutaan dia menguruskan semua procedure..selesai semuanya suaminya di bawa pulang. Dari dalam kereta suaminya tidak henti-henti memaki dan menghamun dia kerana tidak beri wang untuk renew passport. Dia lupa wang yang telah diberi berkali2 habis diguna tidak tahu untyuk apa. teman saya mengambil keputusan untuk berdiam. Tiba dirumah pertanyaan bertubi-tubi ditanya..nasib baik arwah emaknya tidak ada peluang berjumpa sesiapa kerana baru pulang dari rumah adiknya di melaka. sejak pulang perangai suaminya menjadi-jadi lebih lagi bila perempuan cina itu tidak mahu lagi berhubung dengannya. teman saya diperlakukan seperti hamba..tidak kira jam berapa dia pulang dari cyber cafe dikejut bangun suruh sediakan makanan kerana lapar walaupun hanya maggie cup!! bolehhh??!! jika bersolat di bilik dan ketika itu dia hendak tidur tidak kira waktunya ditolak dan disepak sahaja.. malah dia juga menngunakan 'keizinan' untuk tidak melihat isterinya solat bila dia ada di rumah.anaknya diharamkan belajar mengaji, azan maghrib di tv dia tutup, malah mula simpan beer dalam peti sejuk. teman saya hilang arah.. nak mengadu pada emak dan ayah tidak mahu mereka bersusah hati, dari kecil dah di bela..dah besar dah kahwin masih nak susahkan mereka itu bukan prinsip dia. mahu bercerita kepada kawan2 dia tidak mahu buka pekung di dada..jadi bahan bualan dibelakang..yang ketawakan tidak kurang..lagipun membuka aib kan tidak elok.. nak mmengadu ke jabatan agama islam..hal visa dan passsport kena uruskan dulu.. sebahagian wangnya habis di hantar ke UK ..setiap bulan.. akhirnya dia cuba meminjam wang dari kawan-kawan..bukan seorang tetapi beberapa orang sehinga cukup RM 13,000.00. BYAKKAN...??!! Asalkan suaminya keluar dari negara ini dia mampu untuk byr semula hutang kepada kawan2nya..
tiba hari untuk ke imigresen, dia ke bank mengeluarkan wang. sampai dalam kereta duit di rampas suaminya dan terus keluar dari kereta menahan sebuah teksi dan hilangkan diri beberapa hari. terkilan benar teman saya.. malah saya sendir marah bila mendengar semua ini..!! penyangakkk!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Lady39 posted on 15-11-2012 05:23 PM
Adakalanya manusia lupa bahwa hidup ini masih panjang dan banyak lagi liku2 yang tidak kita ketahui ...
betullah tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
alya1 posted on 15-11-2012 05:40 PM
dgr citer ambil yg positif2x je....x yah nk spekulasi kot lain kang nanti jd panas plak tread ni.... ...
setuju... terima kasih kerana membaca..saya sedang meneruskan penulisan...
|
|
|
|
|
|
|
|
salam tt syabas tt dapat buat karangan yang amat baik tanpa banyak singkatan
sana dan sini ..dan saya faham jalan cerita..cuma satu sahaja..nak minta tolong ahli-ahli forum sini
tak usahlah menyampuk banyak sangat, kang tt nak fokus bercerita
terpaksa nak fokus reply posting korang pulak,
ini menjejaskan orang nak membaca sini..kita orang memang tunggu
cerita seterusnya ni.. mohon tolong sikit ok..post saya ni tt tak
payah reply pun tak apa..baik tt fokus sambungan cerita
seterusnya..
apa pun tt memang seorang kawan yang prihatin..untuk tt
pula, tak payahlah reply sangat post member yang reply
sini kecuali ada yang bertanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
886 posted on 15-11-2012 06:12 PM
salam tt syabas tt dapat buat karangan yang amat baik tanpa banyak singkatan
sana dan sini ..dan sa ...
its ok dear..
anggap je la iklan mcm tonton tv tu..
terima kasih... nanti saya sambung lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam tt..
Wah saya dah melekat dgn cerita tt ni..
Sabar menunggu sambungan citer tt |
|
|
|
|
|
|
|
manjaredd posted on 15-11-2012 10:59 AM
i agree.
anyway,org baru atau lama bukan persoalan. saya menulis dan di sini ada ruang untuk be ...
maksud me cita cam u ni sebenarnya normal aje sebab banyak cita camni kat forum cari ni dan yang yang buat orang jadikannya cam cita hebat sebab ada watak omputih pemalas ya amat, ialah selalu kat forum cari ni bebalik cita pasal biawak bangsa melayu, kali ini lain pulak biawak hidup tu omputih.
Last edited by faraway1 on 15-11-2012 05:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca dn ambik iktibar dri pngalaman org lain.
Setiap org dugaan brbeza. Tk kira apa bangsa skali pn...Allah tetap akn uji kita sejauh mana iman, akidah kita kuat sbg hambaNya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya sambung lagi.. cerita tadi..
bila suaminya pulang, dengan pakaian baru,kasut baru, segalanya baru, hp pun baru, berjenama pulak tu!! ..iyelah..kan keluar tadi sehelai sepinggang. masuk je rumah belum sempat teman saya buka mulut dia dah bagi warning, 'dont you ever dare to ask me about the money' tidak mahu bertekak, malu di dengar jiran lebih lagi keluarganya di sebelah, teman saya telan rasa marah, benci dan kecewa. ketika mencuci pakaian teman saya terjumpa resit hotel dan beberapa resit yang lain ..siap shopping beg tangan wanita.. hatinya mula memberontak. sudahlah terpaksa menanggung suaminya ada pula perempuan yang menumpang sama.. sedikit pun dia tidak cemburu tetapi rasa tidak puas hati dan marah yang amat sangat!
dalam kusyuk mendengar teman saya bercerita terdengar ketukan di pintu. teman saya membuka pintu..si kecil meluru masuk dengan sekotak happy meal di tangan..suka benar dia.. bila Johan masuk saya memandang padanya dan dia kelihatannya gembira juga.. Johan memang pandai melayan budak..kadang2 sama je dengan bebudak.. kami juga dapat happy meal seorang sekotak!! supaya Sya dapat semua collection toys happy meal..kebetulan minggu tu toys yang terakhir..ralit si kecil dengan toys sambil di layan si Joe..
Budak..apalah yang dia tahu.. takpe..aunty pastikan Sya boleh duduk balik rumah Sya..jumpa dan main2 dengan atok hari-hari..tekad saya di dalam hati.
Selepas makan kami minta diri untuk pulang.. rancangan akan diteruskan..
Pada hujung minggu itu, suami saya out station ke penang.. dengan izin, saya mengajak teman saya dan anaknya keluar ke taman, anak-anak saya yang berdua saya bawa sekali biar mereka bermain sama-sama..kasihan Sya mesti lama tak keluar bermain. Seronok mereka bertiga bermain.. walaupun pada mulanya Sya nampak kekok, tak lma pun..dah mesra mereka..
'terima kasih' teman saya memula bicaranya..kau masih sudi dengar dan tolong aku..
saya tepuk pehanya 'kitakan dah macam adik beradik..arwah mak kau dah takde..dengan adik beradik bukan kau nak bercerita..dari dulu sampai sekarang..aku tak pernah tolak untuk jadi tempat kau mengadu..kau tau kan Aqim pun ok'..Aqim tu suami saya.. saya lega tengok teman saya sekarang, wajahnya dah nampak lebih ceria dari sebelum ni..bila bercerita dah tak menangis lagi..memang saya biarkan di luah apa sahaja supaya dia lebih bersemanagt dan berani untuk tempuh hari2 yang akan datang..
'assalamualaikum' kami di sapa dari belakang... dah sampai pun Johan, dia bawa anak buahnya.. budak bertiga tu saya panggil dan suruh mereka bermain sama.. rupanya si Johan pun tak nak ketinggalan..dia pun sibuk main dengan gelongsor..semua permainan yang ada nak dicuba.. ngalahkan bebudak!
Sedang mereka bermain, kami terus berbual.. merintih dia rindukan arwah emaknya. Saya faham..
Dia tahu arwah emaknya mahu dia hidup dengan tenang, malah dua tiga hari sebelum arwah emaknya meninggal mereka ada berjumpa di rumah, kata arwah..kalau dah tak tahan, suruh dia lepaskan. Sampai bila nak duduk luar.. hatinya semakin ralat kerana tak dapat mengadap saat arwah emaknya menghembus nafas akhir. Dia hanya diberitahu yang arwah emaknya sudah meninggal dunia selepas sejam. Gara-gara suaminya yang keparat tu semakin mendidih darah saya mendengar..
Sudahlah macam tu, tak tahu pula nak hormat, dengan keluar masuk rumah gelak ketawa bercakap di hp. Bukan tak ada saudara mara dan jiran yang bertanya..teman saya hanya diam dan buat tak dengar.. jadi itulah ynag berlaku ketika itu..saya semakin memahami semua situasi yang sya lihat..
Selepas arwah emaknya meninggal dia cuba tinggal semula tetapi padanya hidup di luar lebih tenang..sekali lagi dia melangkah keluar, kali ini dengan membawa anaknya bersama. Kalau dulu boleh lah tumpang rakan-rakan sekerja yang tinggal bujang ramai-ramai, bila bawa Sya..dia tak tahu nak ke mana maka hotel lah yang di tujunya..selang seminggu apabila dia tidak pulang adiknya menghubungi melalui telefon dengan marah.. 'kenapa kau tak bagi laki kau duit?? dah dekat RM100 duit aku dia pinjam, laki kau kata dia tak makan sebab kau tak bagi duit. apahal pulak aku nak tanggung laki kau..! selagi tak nagi dia tak blah siap mintak pinjam kat kawan-kawan aku lagi bila diorg datang rumah.. tolonglah...jangan nak selamatkan diri kau je..laki kau ni menyusahkan aku..! pinjam duit ayah..! ' kerana itulah dua hari sekali teman saya menghantar wang pada suaminya. kerana tidak mahu bebankan orang lain. Kalau bagi sikit teman saya akan disepak terajang.. ketika saya mengekori dia tempohari, dia dipukul sebab bekalan air di potong..teman saya lupa untuk membayar bil..bila diberitahu dia kurangkan wang untuk diberi kepada suaminya..untuk bayar bil di tarik teman saya masuk ke dalam rumah tak cukup dengan pelempang dicekiknya teman saya.. kalau gf suaminya tak telefon ketika itu entah apa yang jadi.. teman saya boleh dengar yang suaminya bercakap tentang dia kepada gf yang sdng di talian. katanya tiap kali teman saya pulang hanya tahu minta wang dari dia.. dengan nada merayu..dia seolah minta pendapat yang dia tidak sanggup lagi bersama isterinya.. dia minta perempuan (gf) itu renew visa dan passportnya kerana dia tidak punya wang..teman saya pegang semua wang nya.. pandai betul dia putar belit cerita.. perempuan tu percaya agaknya.. mat salleh la katakan.. indah khabar dari rupa...! sedang dia asyik bercakap, teman saya dengan kudrat yang masih ada terus keluar dari rumah.. dalam kesakitan.. memandu pulang dan tidak dapat berkerja dengan keadaan itu.
Bual kami terhenti, budak-budak dah dahaga..termasuk jugalah si uncle Joe. Kami ke kereta masing-masing dan akan berjumpa di kfc berdekatan..supaya budak2 boleh sambung main sambil minum dan munchy...
Di kfc kami bertiga duduk dan bersembang lagi.. kali ni kami harus bersedia untuk rancangan seterusnya.. teman saya dah semakin bersemangat, saya suka dia begitu. Sebelum itu saya harus jalankan peranan saya dahulu.. esok saya akan berjumpa dengan adik dan ayah teman sya di rumah mereka..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|