CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pichee

[Dunia] GAZA : Angka korban meningkat 500 org...#prayforGaza

[Copy link]
Post time 15-7-2014 09:42 AM | Show all posts
Israel Mengunakan Senjata Kimia Terlarang ‘Fosforus Putih’



Hari ini, Israel melakukan serangan udara di Gaza mensasarkan sebuah masjid, pusat penjagaan orang kurang upaya dan sebuah hospital penjagaan geriatrik, di mana sukarelawan antarabangsa telah bergegas untuk melindungi pesakit di hospital terbabit.

Serangan yang dahsyat itu turut mengakibatkan Ketua Polis Gaza, Tayseer Al-Batsh maut dan mengorbankan 18 ahli keluarganya sendiri.

Serangan udara yang dilaporkan menggunakan bahan kimia yang mengandung fosfor putih, dikenali dengan Dense Inert Metal Explosive (DIME).

Jika mengenai tubuh manusia, ia boleh membakar daging sampai ke tulang-tulangnya sekaligus.

Menurut Setiausaha Kesihatan di Gaza, “pasukan perubatan mendapati luka pada badan-badan mangsa yang terkorban dan cedera disebabkan oleh senjata kimia kimia DIME yang diharamkan. Kesan terbakar pada siling bangunan, serpihan bom yang ditinggalkan dan bahan itu yang terbakar apabila disentuh merupakan bukti tentera rejim Zionis itu menggunakan bom mengandungi bahan fosforus putih.”

“Hospital disini sesak dengan mangsa yang cedera parah dan mayat, kanak-kanak dan wanita sahaja telah merangkumi kira-kira 62 peratus daripada mangsa-mangsa yang tercedera.” katanya lagi.

Sejak awal serangan itu, sekurang-kurangnya 174 Palestin telah terbunuh dan lebih 1,090 cedera, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza. Beribu-ribu rumah telah musnah. Beberapa warga Israel dilaporkan telah cedera tetapi tiada seorang pun yang mati akibat serangan daripada roket Hamas.

Fosforus putih merupakan bom pembakar yang diharamkan penggunaannya di kawasan penempatan awam di bawah konvensyen antarabangsa.

Pada 5 Januari lalu, tentera Israel telah mengebom wilayah Beit Lahiya di utara Genting Gaza dan dua minggu kemudian, seorang pakar senjata dari Britain, Chris Cobb-Smith telah menjalankan penyiasatan di kawasan berkenaan.

“Di kawasan ini, fosforus putih yang jatuh dari bumbung telah menyebabkan berlalu letupan di dinding dan bahan kimia itu tersebar ke seluruh kawasan rumah.

”Beberapa kebakaran yang berlaku membuktikan ada pengunaan bahan terlarang itu,” jelasnya.

Sejak akhir minggu lalu, Cobb-Smith dengan delegasi Amnesty telah melawat beberapa kawasan lain di Gaza bagi menyiasat mengenai penggunaan fosforus putih oleh tentera Israel.

Seorang mangsa yang terselamat dalam serangan bom mengandungi bahan fosforus, Abu Halima yang ditemui di Hospital Shifa, Genting Gaza berkata: ”Ia amat menyakitkan, kulit saya terbakar sehinggakan saya tidak dapat tidur siang dan malam.”

Mangsa itu turut menceritakan kulitnya yang terkena bahan itu akan keluar asap jika dibasuh atau dibalut.

Ketua pertubuhan itu, Donatella Rovera meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjalankan siasatan berhubung penggunaan bahan fosforus putih oleh tentera Israel dalam serangan di Gaza, baru-baru ini.

Beliau juga menggesa PBB supaya menjalankan siasatan berhubung jenayah perang yang dilakukan oleh pihak Hamas dan tentera Israel.

Katanya, pelaksanaan genjatan senjata yang berkekalan di wilayah Palestin itu akan bergantung kepada ‘kesungguhan politik negara yang mempunyai pengaruh ke atas Israel termasuk Amerka Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Israel setakat ini tidak menafikan bahawa tenteranya menggunakan senjata mengandungi bahan fosforus tetapi pada masa yang sama menjelaskan bahwa ia juga menggunakan senjata yang tidak diharamkan oleh konvensyen antarabangsa.

Sumber: mediaroots

Oleh: hzqahmd

http://mynewshub.my/main/2014/07 ... ang-fosforus-putih/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 10:04 AM | Show all posts
cektim posted on 15-7-2014 09:42 AM
Israel Mengunakan Senjata Kimia Terlarang ‘Fosforus Putih’

Dah nak kalah banyak bunyi pula. Macam macam la alasan di beri untuk tarikk perhatian dunia dan tarik derma uang ringgit masuk ke hamas.
uang dah nak kering mula la provoke ummah suci yahudi untuk create war supaya dunia membantu mereka.

sebab itu elohim tak melindungi ummah palestine sesungguhnya ummah ini kuat propaganda dan hipokrit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:06 AM | Show all posts
InVendeTTa posted on 15-7-2014 07:36 AM
even if this is true, orang palestine x boleh defense themselves ke?
menjaga keselamatan rakyatny ...

Kamu tidak faham pun dengan gambar rajah itu. Tiada kiatan dengan hak untuk ada senjata.
jikalau tidak faham tidak mengapa, cuba lain kali untuk fahami nya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:09 AM | Show all posts
Penduduk Dunia Kecam Serangan Rejim Zionis Israel Keatas Gaza



PENDUDUK dari segenap pelosok dunia melakukan bantahan terhadap serangan dahsyat Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 170 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak sejak serangan dilancarkan bermula Selasa lalu.

Protes yang diadakan di bandar-bandar metropolitan dunia seperti Milan, New York, London, Seoul dan Paris disertai oleh ribuan penunjuk perasaan yang berang atas tindakan terkutuk rejim Zionis itu.

Di Tel Aviv dan Haifa,seramai 500 penduduk Palestin yang tinggal di dalam wilayah taklukan Israel berganding bahu bersama penganut Yahudi Ortodoks untuk membantah serangan ganas terhadap Gaza dan menggesa supaya penindasan dihentikan, Sabtu lalu.

Aktivis solidariti dan belia Palestin di daerah Yaffa turut serta melaungkan protes terhadap kezaliman tentera Zionis.

Selain itu, di Amerika Syarikat, sebuah persatuan keamanan Yahudi iaitu Jewsih Voice for Peace yang merupakan penaja bersama majoriti kempen anti-keganasan turut menyuarakan rasa marah terhadap kenyataan Israel bahawa serangan yang dlakukan adalah untuk ‘kebaikan semua bangsa Yahudi’.

Jumaat lalu, ribuan pembantah mengadakan demonstrasi di Jordan, Turki, Mesir, Lebanon, Yemen, Tunisia, Indonesia, Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom.

Di  Ankara, para penunjuk perasaan bertindak berkumpul di hadapan kedutaan Israel dan melaungkan kecaman terhadap opresi Zionis terhadap Palestin.

Sebuah demonstrasi besar-besaran juga dilakukan di Jakarta di mana peserta menyuarakan kemarahan pada rejim Zionis Israel dengan mengotori gambar Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu.

Mesir juga mengecam pengeboman Gaza dalam protes di Kaherah.

Di Oslo, sekitar 3.000 aktivis pro-Palestin berkumpul di luar kompleks Parlimen untuk mendukung perdamaian di Gaza.

Perwakilan dari persatuan penduduk Palestin dan juga penyokong bantahan di Norway memberikan ucapan pada acara tersebut, mengutuk serangan Israel di Gaza yang telah menelan lebih daripada 170 nyawa yang telah memasuki hari ketujuh,hari ini.

“Ada penjajah dan satu lagi, yang dijajah. Dan apabila ada mangsa sudah tentu wujudnya pemangsa,” kata wakil parti berhaluan kiri Heikki Eidsvoll Holmas dalam ucapan beliau.

Di Kanada, penunjuk perasaan berkumpul di West Bloor Street berhampiran Muzium DiRaja Ontario  untuk memprotes agresi Israel terhadap Gaza.

“Kita perlu menghentikan keganasan terhadap mereka yang tidak bersalah,” kata Wael Ghuneim, presiden Persatuan Palestin di Hamilton di dalam satu kempen protes yang dihadiri ratusan pembangkang.

Keadaan di Gaza semakin meruncing sejak kejatuhan Presiden Mohammad Morsi, kerana laluan masuk di pintu Rafah untuk membolehkan bantuan kebajikan disampaikan tersekat apabila Mesir menutup laluan tersebut.

http://mynewshub.my/main/2014/07 ... israel-keatas-gaza/
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:16 AM | Show all posts
Wartawan RT.Com Bengang Dengan Rejim Zionis Serang Palestin



Jutaan penduduk dunia ketika ini membantah dan menentang kekejaman tentera rejim israel yang sudah berterusan membedil warganegara Palestin sejak minggu lepas sehingga korban mencecah angka 172 orang.


Sudah pastinya, sebaik artikel ini ditulis angka kematian rakyat tidak berdosa di bumi Gaza terus bertambah.

Pengendali laman Facebook; Muslim Care Malaysia Society hari ini berkongsi sebuah video menunjukkan penyampai berita laman web www.rt.com di Amerika, Abby Martin yang jelas menyuarakan kemarahannya kepada israel.

Abby dilihat berang dengan kenyataan yang dikeluarkan jurucakap White House di Washington DC, yang mahu pejuang Hamas menghentikan serangan roket berterusan ke Gaza.

Selain itu, beliau juga menyelar White House yang mahukan perdana menteri israel, Benjamin Netanyahu bertindak menghadapi serangan Hamas itu dengan bertanggungjawab.

Beliau turut menjelaskan kenyataan sebenar yang dialami penduduk Gaza apabila ratusan penduduk Gaza terbunuh ekoran serangan Zionis yang didakwa dilaksanakan untuk membendung serangan roket dari Gaza.



“Bertindak secara bertanggungjawab?, saya mesti berada di alam dongeng sekarang kerana bagi saya ia adalah hukuman terkumpul yang kepada seluruh penduduk Gaza, bertentangan dengan “bertindak secara bertanggungjawab”,” kata Abby.

Abby berkata laporan yang dikeluarkan oleh media Amerika Syarikat tidak boleh diharapkan melaporkan kebenaran kerana mereka sebenarnya ‘bertugas’ sebagai jurutaip kerajaan pimpinan Presiden Barrack Obama.



Menurut beliau, pada peringkat awal serangan zionis laknat sudah pun membedil 200 sasaran di Gaza dengan lapan kanak-kanak terbunuh, apa yang boleh termampu dibalas oleh Hamas hanyalah menembak roket ke Israel bagi mempertahankan tanah air mereka.


Penulis juga sengaja menulis negara israel dengan huruf ‘i’ yang kecil kerana negara Yahudi itu bukanlah satu nama khas dan kita tidak mengiktiraf kewujudan zionis yang menduduki Palestin secara haram.MYNEWSHUB.MY


Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 11:53 AM | Show all posts
Changa posted on 15-7-2014 10:06 AM
Kamu tidak faham pun dengan gambar rajah itu. Tiada kiatan dengan hak untuk ada senjata.
jikalau  ...

and aku paham mesej yg cuba disampaikan melalui rajah propaganda made in israel tu
untuk membutakan heartless fools seperti awak yg ianya cukup halal untuk membunuh those civilians


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2014 12:40 PM | Show all posts
Nak boikot product israel laknatullah tu pun, ramai yg beralasan..lemah sungguh kita!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 01:44 PM | Show all posts
ada gak bapok hitam yg komen kt atas ni berperot boncit menyokong zionis....rela seih....

bajet cam bagus jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Promised land? ...sejarah pon tak tau...ada hati nak klaim tanah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 06:19 PM | Show all posts
Briged Al-Qassam Untuk Dummies

[Kredit]

Sesiapa yang mengikuti secara dekat konflik Israel-Palestin yang sedang bergolak buat sekian kalinya sekarang ini pasti akan mendapati sesuatu perkara yang cukup osem dan mengagumkan; keupayaan Briged Izzuddin al-Qassam membuat kejutan demi kejutan dari segi kekuatan dan strategi ketenteraan, bukan sahaja terhadap Israel laknatullah malah terhadap seluruh umat dunia.

Yang terbaru adalah apabila al-Qassam buat pertama kalinya memiliki para tentera amfibia yang menyerang pengkalan tentera laut Israel secara mengejut. Hal ini menyebabkan Israel terpinga-pinga dan tidak boleh tidur malam. Begitu juga dengan roket-roket buatan tangan al-Qassam seperti R160 (Rantissi 160) yang kini sudah berupaya untuk pergi sejauh Haifa, bandar yang paling utara di dalam negara Israel haram laknatullah.

Pergh.

Apa yang lebih mengujakan dan membuatkan ramai yang tergaru-garu kepala adalah apabila kita mengambil kira fakta bahawasanya Ghazzah dikepung dan dihsekat daripada mendapatkan bekalan dari dunia luar setiap masa dan ketika. Tekanan yang dikenakan oleh rejim Zionis ke atas kerajaan Hamas menjadikan kehidupan rakyat Ghazzah sengsara dan menderita.

Lantas timbul persoalan, bagaimana Briged al-Qassam mampu memperoleh kelengkapan senjata yang boleh tahan canggihnya dan dapat pula menyusun strategi peperangan yang licik dan hebat?

Untuk menjawab teka-teki teka tekok ular mati dalam mangkok. Eh. Untuk menjawab teka-teki yang bermain di dalam kepala kita itu, terlebih dahulu kita mesti bertaaruf dengan Briged al-Qassam ini. Oleh sebab itu saya mahu berkongsikan beberapa fakta ringkas tetapi saya kira cukup penting dalam kita mengenali Briged al-Qassam dengan lebih dekat.

Anda sudah bersedia? Maaf kali ini tidak disediakan bertih jagung perisa karamel keju mahupon segelas jus oren segar memandangkan kita berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Eheh.

Fakta #1
Jalan ke arah penubuhan Briged al-Qassam dimulakan pada tahun 1984 oleh as-syahid Syaikh Ahmed Yassin, Dr. Ibrahim al-Maqadema dan as-syahid Syaikh Salah Syahadah. Al-Qassam diiktiraf secara rasminya sebagai sayap ketenteraan Hamas pada tahun 1991.

Apabila Perjanjian Oslo ditandatangi pada tahun 1993, al-Qassam digerakkan untuk memastikan perjanjian yang berat sebelah itu tidak dapat dilaksanakan.

Fakta #2

Nama briged ini diambil bersempena seorang tokoh Islam, Syaikh Izzuddin al-Qassam, yang hidup dalam dua abad; 19 dan 20.  

Syaikh Izzuddin merupakan seorang ulama' mujahid dari Syria yang berjuang bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman British ketika itu. Beliau syahid di Ya'bad, Palestin pada tahun 1935 setelah memimpin pertempuran membebaskan Palestin.



Fakta #3
Antara syarat kemasukan terketat ke dalam briged ini adalah solat lima waktu berjemaah sehari semalam. Kau mampu...??

Saya tak mampu. Nanges.

Hanya para pemuda berusia tiga puluh tahun ke bawah sahaja yang diterima masuk untuk menganggotai briged ini. Al-Qassam juga mempunyai parajurit dalam kalangan kaum wanita.

Selain itu, menjadi kebiasaaan para mujahidin al-Qassam untuk sujud syukur sebaik sahaja mereka pulang daripada bertempur.  

Fakta #4
Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar keahlian briged ini, melainkan para kepimpinan tertingginya. Namun ada yang menganggarkan keahliannya pada sekitar 25,000 orang.

Pemilihan untuk menggotai briged ini adalah sangat ketat (antaranya seperti di atas) kerana hanya mereka yang terbukti keimanannya dan kesungguhan untuk berjihad sahaja yang akan dipilih.  

Fakta #5
Briged Izzuddin al-Qassam telah disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Kerajaan Bersatu dan Australia. Sedangkan Israel laknatullah yang saban harinya merampas tanah-tanah orang Palestin, menangkap dan membunuh rakyat Palestin itu tidak pula dilabel sebagai pengganas.

Ada kerosakan wayar otak yang kritikal pada para pemimpin negara-negara tersebut.

Fakta #6
Antara kelebihan atau keistimewaan briged ini adalah kemampuannya untuk menghasilkan roket buatan sendiri. Sebelum ini, roket mereka M-75 al-Qassam hanya mampu untuk sampai kepada sasaran pada jarak 70-75 km jauhnya. Namun dengan penghasilan roket R160 yang mampu untuk dilancarkan sejauh 160 km membuktikan kehebatan dan keoseman briged ini.


Ini bisa bikin Zionis laknatullah lari lintang pukang!

Dengan pelbagai sekatan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan Hamas, kemampuan al-Qassam menghasilkan roket-roket ini merupakan suatu pencapaian yang amat mengujakan dan membanggakan. Ia juga menyebabkan rayat Israel kini ketar lutut dan sering terkencing di dalam seluar mereka.

Fakta #7
Salah seorang pemimpin lejen kepada briged ini adalah as-syahid Yahya Ayyash yang mati dibunuh oleh Israel laknatullah pada 1996. Beliau bertanggungjawab mengubah strategi al-Qassam dengan memperkenalkan Operasi Syahid yang amat digeruni oleh tentera Zionis. Oleh sebab itu beliau telah dijolok dengan gelaran al-Muhandis yang bermaksud Sang Jurutera. Yang lebih menarik gelaran ini telah diberikan oleh musuh-musuhnya dan bukannya dalam kalangan parajurit al-Qassam sendiri. Kira tak syok sendiri lah dia ni. Heh.



Yahya Ayyash, mujahid yang disanjung rakan, ditakuti lawan!

Tidak hairanlah ramai ikhwah yang memberikan nama anak mereka Ayyash. Moga anak-anak mereka ini bakal menjadi rijal ummah yang akan membebaskan Palestin suatu hari nanti! Allahu Akbar!

Fakta #8
Briged al-Qassam amat merahsiakan identiti ahli-ahli mereka, terutamanya barisan kepimpinan mereka. Namun beberapa orang pemimpin mereka telah berjaya dikenalpasti. Antara yang lejen termasuklah Ahmad al-Jabari yang bertanggungjawab terhadap penculikan tentera Zionis Gilad Shalit, Syaikh Salah Syahadah dan Muhammad al-Dheif yang mengepalai al-Qassam selepas pembunuhan Syaikh Salah Syahadah.

Fakta 9
Briged al-Qassam amat digeruni oleh tentera Zionis atas kemampuan dan kapasiti mereka menggugat kekuatan tentera rejim Israel, di sebalik segala tekanan dan sekatan yang dikenakan. Lantas rejim Zionis, menerusi agensi keselamatan dalamannya, Shin Bet, sentiasa mencari jalan untuk memburu dan membunuh para pemimpin al-Qassam. Sehingga kini, sudah lebih 800 ahli al-Qassam gugur syahid dibunuh oleh Zionis laknatullah semenjak Intifadah al-Aqsa yang dilancarkan pada September 2000.

Fakta #10
Para perajurit al-Qassam sentiasa ditarbiyah dengan fikrah Islam bagi memastikan ruh dan jiwa mereka kuat dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Antara amalan yang sentiasa dan perlu mereka lakukan termasuklah:
Wajib mempeljari tafsir al-Quran
Wajib menghabiskan bacaans atu juzuk setiap hari (ODOJ)
Wajib menghafal hadith arbai'n
Istiqamah beramal dengan tahajjud dan puasa sunat
Satu perkataan sahaja yang mampu saya ucapkan: Epik.


Jika sebeginilah akhlak para mujahidin al-Qassam, tidak mustahil Palestin akan dibebaskan di tangan-tangan mereka! [Kredit]

Tidak dapat disahkan sebagai fakta atau tidak
Dalam Operasi Pillar of Defence rejim Zionis terhadap Hamas pada tahun 2012, dikisahkan bagaimana para tentera berkereta kebal Zionis laknatullah begitu takut dengan para pembidik tepat al-Qassam sehingga membuatkan mereka langsung tidak keluar daripada kereta kebal mereka. Akibatnya kereta kebal mereka menjadi jijik dan busuk dengan najis dan bahan buangan mereka sendiri! Wahahaha.

Kecekapan dan kelicikan strategi perang al-Qassam sering membuatkan musuh-musuh mereka terkinja-kinja terpinga-pinga. Malah pakar strategi dan analisa perang juga mengakui kehebatan al-Qassam di medan perang. Adab dan akhlak mereka di medan perang pula menjadikan ISIS, al-Qaeda dan sebagainya jauh ketinggalan di belakang. Terlalu banyak yang perlu mereka teladani daripada senior mereka, briged Izzuddin al-Qassam.  

Nah, bagaimana? Anda kagum? Teruja?

Sudah tentulah fakta-fakta yang saya kongsikan di sini tidak cukup lagi untuk kita benar-benar mengenali briged elit yang sentiasa menjadi harapan rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Ghazzah untuk membela nasib mereka. Namun saya harap ia sudah cukup untuk membuatkan anda teruja lantas melakukan carian dan pembacaan sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang briged ini.  Bijak kan? Senyum.

Saya secara jujurnya amat cemburu kepada mereka ini. Kerana saya amat yakinlah, merekalah yang disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith:

"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan di sekitarnya , tidak dapat menggugat mereka orang-orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat."

[Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir]
Lap air mata.

Sekiranya anda merasakan bahawa Hamas dan briged al-Qassam tidak lebih daripada sekadar pertubuhan pengganas, saya rasa anda perlu kembali ke sekolah membuka kitab-kitab sejarah dan menelaah semula sejarah penubuhan negara Israel haram. Sekiranya Hamas itu pengganas, maka Israel adalah bapak pengganas manakala Amerika adalah nenek pengganas. Sungguh.

Ayuh sama-sama kita cakna dengan isu Palestin dan isu ummah yang lainnya. Benar, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana.

Namun kita mampu untuk ambil tahu. Kita berdaya untuk menyebarkan fakta dan bukannya auta. Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel sama ada secara langsung atau pon tidak.  

Paling koman, kita boleh menembakkan doa buat mereka ini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, habiskan sedikit masa untuk mendoakan khusus buat mereka ini. Moga doa-doa kita diangkat setinggi-tingginya dan sampai kepadaNya; moga menjadi alasan untuk kita semua apabila dipersoalkan di akhirat kelak.  

"Khaibar khaibar ya Yahud! Jaisy Muhammad saufa yau'd!"

-gabbana-

Entah mengapa kali ini lebih teruja daripada biasa untuk mengetahui hapdet-hapdet terbaru daripada bumi Ghazzah sana, kerana sentiasa menanti-nantikan kejutan daripada al-Qassam.

Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengurniakan mereka dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghancurkan Zionis laknatullah sehancur-hancurnya. Amin ya robbal a'lamin!

credit: http://angelwearsgucci.blogspot. ... -untuk-dummies.html
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 06:20 PM | Show all posts
Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies

[Kredit]

Sekarang ni sedang kecoh dan meriah hapdet-hadpet di MukaBuku, Pengicau, belog-belog dan pelbagai lagi saluran media elektronik tentang konflik yang sedang berlaku di Palestin. Di Gaza, jika mahu lebih spesifik.

Jujur kata, berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang tidak benar-benar faham krisis yang sedang berlaku ini. Malah tidak hairan kalau ada yang pertama kali mendengar perkataan 'Gaza', 'Hamas' dan sebagainya.

"Hamas..? Pekebenda tu..? Jenama susu tepung ke..?"

Tersedak.

Untuk memahami krisis antara Israel haram dan Palestin, amat penting untuk anda mengetahui sejarah di sebalik konflik ini. Anda perlu faham yang konflik ini sudah berusia ribuan tahun ("Hah?? Ye ke Inche gabbana? Gua ingat baru start tahun baru Hijrah hari tu!" Lap Peluh.), sejak zaman para Anbiya' dahulu kala. Maka ia adalah suatu konflik yang cukup kompleks, yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa satu hari atau di meja rundingan sambil menikmati jus oren dan kudapan muruku kacang semata-mata. Eh.

Sayugia amat penting untuk anda membuat sedikit kerja rumah, membuat bacaan-bacaan ekstra, sama ada di Wikipedia, laman-laman sesawang yang relevan, buku-buku ilmiah yang berkaitan dan sebagainya. Tapi... Sebab saya tahu anda ni malas, gemok dan hanya mengharapkan ilmu disuapkan terus ke mulut anda (matilaaah lepas ni APG kena boikot!), ijinkan saya untuk berkongsi secebis ilmu yang saya ada dengan anda semua.

Tapi saya memberi amaran awal-awal ni. Yang ingin saya kongsikan memang secoet je daripada apa yang patut anda tahu tentang konflik Israel-Palestin ni. Jika anda benar-benar mahu faham, jelas, nampak dengan kaca mata Rayban yang lebih bergaya, seriyesli anda wajib buat bacaan tambahan sendiri.

Nah, beberapa fakta sejarah yang perlu anda tahu untuk lebih memahami konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku:

Fakta #1
Bangsa Israel bersusur galur daripada Nabi Ishak AS, anak kepada Nabi Ibrahim AS. Perkataan Israel itu sendiri merujuk kepada Nabi Yaakub AS, anak kepada Nabi Ishak.

Sebab itu sebenarnya umat Islam adalah saudara jauh kepada bangsa Yahudi, kerana Nabi Ismail AS, tok moyang kepada Nabi Muhammad SAW adalah adik beradik tiri kepada Nabi Ishak.

Perkataan 'Palestin' itu pula dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud 'tanah air orang Philistina' atau Filastin dalam bahasa Arab. [Sumber]

Fakta #2
Banyak kerajaan atau negara yang berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur dan kedudukannya yang strategik.

Antara kerajaan atau bangsa yang pernah menguasai/menakluki tanah Palestin termasuklah kerajaan Mesir purba, Roman, Greek purba, Byzantin, Kanaan, Parsi, khulafa' ar-Rasyidin, Mamluk, Ayyubi, tentera Salib, kerajaan Uthmaniyah dan pihak British.

Sudah lebih 30 kali tanah Palestin bertukar tangan.

Fakta #3
Palestin merupakan tempat lahirnya agama Judaisme (Yahudi) dan juga Kristian. Tempat berdirinya Masjidil Aqsa sekarang ini didakwa sebagai tempat terbinanya Kuil Haiqal Nabi Sulaiman, sebuah kuil tersuci dalam sejarah Yahudi suatu ketika dahulu, sebelum dihancurkan oleh serangan Nebuchadnezzar II pada tahun 587 sebelum Masihi.

Walaupon tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, hal ini telah dijadikan alasan oleh kaum Yahudi untuk memiliki Tanah Palestin dan berhujah bahawa mereka lebih berhak terhadap Palestin. Biasalah, Yahudi. Eh.

Palestin juga merupakan tempat suci buat penganut Kristian. Dipercayai Nabi Isa AS menikmati 'Makan Malam Terakhir' (Baca: The Last Supper) dan disalib di Baitulmaqdis.

Fakta #4
Dalam sejarah umat Islam, Baitulmaqdis yang terletak di Palestin diabadikan dalam kisah Isra' wal Mikraj apabila Nabi Muhammad SAW diisra'kan (diperjalankan) ke Masjidil Aqsa dari Mekah sebelum baginda naik ke langit bertemu dengan Allah. Baginda sempat bersolat jemaah, menjadi imam kepada para anbiya' di sana. Hal ini memberi isyarat kepentingan Masjidil Aqsa dan betapa signifikannya ia di sisi umat Islam. Tidak hairanlah anda yang bersolat di sini akan mendapat ganjaran 500 kali ganda berbanding solat di tempat lain.


Kawasan Masjidil Aqsa. Keseluruhan kawasan ini adalah hak umat Islam! [Kredit]

Kisah ini direkodkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Isra', ayat pertama:

"Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkai sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat."

Selain itu, sebelum umat Islam solat menghadap Kaabah, mereka terlebih dahulu menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat mereka yang pertama. Hal ini juga direkodkan di dalam al-Quran, di dalam surah al-Baqarah ayat 143.

Fakta #5
Tanah Palestin mula-mula dikuasai oleh umat Islam di zaman pemerintahan Saidina 'Umar al-Khattab r.a.. Di dalam kisah yang amat popular di kalangan umat Islam, diceritakan bagaimana 'Umar datang ke Palestin untuk membuka Baitulmaqdis dengan berpakaian serba sederhana, tanpa ditemani oleh hulubalang, pengawal peribadi mahupon rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel. Eh.

Diceritakan juga bagaimana antara perkara pertama yang dilakukan oleh 'Umar setelah memasuki kota suci Baitulmaqdis adalah membersihkan tempat ibadat kaum Yahudi, yang sebelum ini dijadikan tempat pembuangan sampah dan penghinaan oleh orang-orang Nasrani. Ini.. Ini.. Ini sumpah mengagumkan!

Anda lihat. Hanya dengan pemerintahan Islam yang adil sahaja semua bangsa dan agama dapat tinggal dalam harmoni dan aman damai, penuh dengan bunga dafodil tumbuh segar di taman sambil arnab-arnab gemok berlari riang.

Fakta #6
Semenjak itu, Palestin kerap kali bertukar tangan antara tentera Salib (Crusaders) dengan umat Islam. Beberapa siri perang Salib telah dilancarkan dan peperangan ini berlangsung sehingga hampir dua abad lamanya.


Perang Salib. [Kredit]

Antara peperangan Salib yang paling epik pernah dirakamkan di dalam filem Kingdom of Heaven di mana tokoh Islam yang amat terkenal, Salahuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera Salib ketika itu.

Peperangan Salib telah juga telah membuka pintu dan memberi peluang kepada tentera Salib mengenali Islam dengan lebih dekat, sehinggakan Raja Louis IX, salah seorang pemimpin peperangan Salib pernah mewasiatkan kepada rakyatnya bahawa mereka selamanya tidak akan menang dengan tentera Islam selagi mereka berpegang teguh dengan al-Quran dan semangat jihad.

Fakta #7
Idea penubuhan negara Israel merdeka dipopularkan oleh Theodor Herzl, bapa Zionis moden. Melalui makalah yang dihasilkannya, Der Judenstaat (The Jewish State) dan Altneuland (The Old New Land), dia telah berhujah bahawa pentingnya untuk bangsa Yahudi mempunyai negara mereka yang tersendiri untuk bebas daripada penganiayaan bangsa dunia terhadap mereka.

Herzl juga bertanggungjawab menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organisation) dan bersama-sama dengan Nathan Birnbaum, telah mengajurkan kongres mereka yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897, yang antara lainnya telah membuat keputusan bahawa Palestin adalah satu-satunya pilihan mereka untuk menubuhkan negara Israel merdeka.

Dia juga pernah bertemu secara peribadi dengan Sultan Abdul Hamid II, khalifah Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk membeli tanah Palestin daripada kekuasaan khilafah Uthmaniyyah. Namun Sultan Abdul Hamid II menolaknya dengan keras dan sehingga kini, jawapan baginda yang lejen akan terus diingati:

"Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), karena ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka.''

Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika suatu saat kekhilafahan Turki Uthmaniyah runtuh, kemungkinan besar mereka akan bisa mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.''

Allahu Akbar!


Sultan Abdul Hamid II; benteng terakhir umat Islam mempertahankan Palestin! [Kredit]

Fakta #8
Pertubuhan Zionis Sedunia pernah ditawarkan dengan tanah di Uganda untuk mendirikan negara Israel yang pertama oleh pihak British. Namun mereka menolaknya dengan sebulat suara pada kongres yang ketujuh.

Semenjak itu, mereka secara terancang telah menggalakkan dan membiayai penghijrahan orang Yahudi beramai-ramai dari seluruh dunia ke Palestin. Polisi Nazi di bawah pimpinan Hitler yang anti-semitik juga menyebabkan penghijrahan lebih ramai orang-orang Yahudi ke Palestin.

Fakta #9
Impian Zionis untuk memiliki negaranya yang sendiri makin menjadi kenyataan apabila Lord Balfour, Setiausaha Luar Negara bagi kerajaan British pada tahun 1917 membuat deklarasi bahawa kerajaan British menyokong penuh sebarang usaha Zionis untuk membentuk negara Israel merdeka di Tanah Palestin. Malah kerajaan British akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan negara Israel menjadi kenyataan. Nota kaki: Hallo hang ingat tanah Palestin tu negara tok hang ka nak buat suka-suki hati...??

(British mempunyai peranan yang cukup besar dan signifikan ke arah penubuhan negara Israel. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu yang mati dibunuh oleh komunis pada 1951, merupakan Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Mandat Palestin (wakil British) sehingga tertubuhnya Israel pada 1948. Diceritakan bagaimana rakyat Palestin bergembira mendengar berita kematiannya pada 1951)

Ehem.

Akhirnya, setelah perancangan yang licik dan teliti dan pengkhianatan demi pengkhianatan, negara Israel haram akhirnya tertubuh pada tahun 1948, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bingung (PBB) meluluskan resolusi untuk penubuhan negara Israel haram di tanah Palestin. David Ben-Gurion telah dilantik menjadi Perdana Menteri Israel haram yang pertama.



David Ben Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama. Kelihatan di atas kepalanya potret Thedor Herzl, orang yang bertanggungjawab membawa idea negara Israel menjadi realiti. [Kredit]

Fakta #10
Sejak penubuhan negara haram Israel, konflik antara umat Islam dan Zionis berterusan sehingga kini. Banyak peperangan telah dilancarkan antara kedua-dua belah pihak dan antara yang paling meninggalkan kesan kepada sosio-politik wilayah yang bergolak itu adalah peperangan 1948, peperangan 6 hari pada 1967 dan pelancaran intifadah oleh rakyat Palestin (siri pertama pada 1987 dan siri kedua pada 2000).

Hamas telah ditubuhkan oleh Syaikh Ahmed Yassin, Abdul Aziz al-Rantissi dan Mahmoud Zahhar ketika Intifadah pertama memuncak pada tahun 1987, sebagai reaksi kepada kegagalan Fatah memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Pada tahun 2006, buat pertama kalinya Hamas telah memenangi pilihanraya di Gaza dan sehingga kini, Hamas merupakan kerajaan tempatan di Gaza.

Sehingga kini, lebih banyak nyawa rakyat Palestin yang terkorban berbanding dengan jumlah kematian di pihak Israel. Israel, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara-negara Eropah telah melancarkan serangan demi serangan ke atas Palestin, tanpa sebarang bantahan dan tindakan susulan oleh dunia yang hanya memerhatikan apa yang berlaku. Perjanjian-perjanjian damai hanya tinggal anekdot di atas kertas semata, berulang-ulang kali dikhianati oleh Israel laknatullah.

Fakta Tambahan (Penting!)
Usaha memboikot MekDogol, Stabak, Koka-Kola dan produk-produk yang sudah terbukti dengan jelas memberi bantuan dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak kepada negara haram Israel adalah salah satu usaha penting dalam menunjukkan solidariti kita kepada Palestin.  

Tak mati pon en kalau tak makan, minum dan guna semua tu..?

Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit-sebanyak tentang konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin. Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, perkongsian yang ringkas ini tidak mungkin akan memahamkan anda secara holistik tentang konflik yang berlaku. Tetapi sekurang-kurangnya kini, bolehlah anda dengan sedikit bangga dan hidung kembang bercerita tentang apa yang berlaku apabila ada rakan atau sepupu belah mak saudara anda bertanya. Eheh.

Di sini saya sertakan link ke bacaan tambahan yang saya rasakan cukup bermanfaat untuk anda mengetahui sejarah konflik Israel-Palestin ini. Sila klik di sini.  

Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam orang Palestin; selain menderma dan menghulurkan bantuan, juga menyebarluaskan kebenaran dan fakta tentang apa yang berlaku, perbanyakkan juga doa, bacaan al-Quran dan solat malam untuk mereka. Konon mahu berjuang untuk Gaza, tapi kalau solat entah ke mana, halal haram tak reti beza, doa macam mana pon tak akan naik ke langit bang oi!

Dan sekiranya kita benar-benar mahu mengembalikan pemerintahan Islam yang adil dan makmur di atas muka bumi ini, tidak boleh tidak ia bermula dengan diri kita sendiri. Sebarkan kebenaran dan bina individu-individu Muslim yang sanggup menjualkan harta dan jiwa mereka, yang akan menjadi asas pondasi kepada negara Islam yang bakal terbentuk nanti. Dengar belon pecah pon dah nak terkencing, inikan pula nak angkat senjata berperang dengan musuh-musuh Islam..? Ceh. Ceh untuk diri sendiri juga.


Biar perjuangan ini bersenjatakan batu-batu kerikil, asal lontarannya sampai ke langit sana! Allahu Akbar! [Kredit]

Maka tegakkan Islam dalam dirimu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak dengan benarnya di muka bumi ini!

"Akan sentiasa ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari qiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka."

[Hadith Riwayat Muslim]

Allah, moga kami tergolong dalam kalangan mereka yang akan terus memperjuangkan agamaMu ini dan menegakkan kebenaran dengan istiqamah sehingga ke titisan darah kami yang terakhir! Amiin, ya robbal a'lamin!

Senyum mata bersinar-sinar, sambil buat tanda aman.


source: http://angelwearsgucci.blogspot. ... -untuk-dummies.html
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 06:46 PM | Show all posts
Esok akak nak beli kopi buatan ummah suci yahudi israel yang lazat ini untuk buat latte art.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 06:50 PM | Show all posts
Kalau minum banyak kopi cap ummah suci yehudi ziones boleh buat pungkok berkerak jadi putih melepak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 08:58 PM | Show all posts

Turki Kirim Kapal Perang Kawal Bantuan ke Gaza, Israel Meradang

Turki Kirim Kapal Perang Kawal Bantuan ke Gaza, Israel Meradang

Jerusalem. Menteri Intelijen Israel Dan Meridor menggambarkan ancaman PM Turki untuk mengirimkan kapal perang untuk mengawal kapal-kapal bantuan Turki ke Jalur Gaza, sebagai “seram dan membahayakan”.

“Pernyataan itu menyeramkan dan serius, tapi kami tak ingin berpolemik,” kata Meridor kepada radio militer seperti dikutip AFP.
“Lebih baik diam dan menunggu, kami tak berminat memburuk-burukkan situasi dengan mengirim serangan (verbal) balasan,” katanya.
Beberapa saat lalu, PM Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahwa kapal perang Turki akan mengawal kapal bantuan yang berusaha mencapai Jalur Gaza tanpa mengindahkan blokade laut oleh Israel. Langkah ini ditempuh untuk melindungi kapal-kapal bantuan itu dari serangan militer Israel.

“Kapal-kapal perang Turki akan ditugaskan melindungi kapal-kapal Turki yang membawa bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza,” kata Erdogan kepada Al-Jazeera

“Sejak detik ini, kami tak akan membiarkan kapal-kapal ini menjadi sasaran serangan Israel, seperti terjadi pada Freedom Flotilla, karena nanti Israel akan menghadapi respons yang sepadan,” sambungnya.
Erdogan menunjuk bentrok 31 Mei tahun lau manakala pasukan Israel menyerbu sebuah kapal dari armada flotilla di laut internasional untuk menghentikan mereka menembus blokade laut ke Gaza. (Jafar M Sidik/Ant)


bravo Turkey
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:22 PM | Show all posts
Baru hantar kapal perang escort dah seram ke..lom lg ancam nak bom tel aviv
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:22 PM | Show all posts

Erdogan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 10:14 PM | Show all posts
kecimpret posted on 15-7-2014 09:22 PM
Baru hantar kapal perang escort dah seram ke..lom lg ancam nak bom tel aviv

wayang je tu. israel belakang kuasa besar.

lepas ni turki mungkin kena sabotaj daripada dalam. akak tak percaya USA banyak tipu dajjal syaitannya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:23 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 15-7-2014 10:14 PM
wayang je tu. israel belakang kuasa besar.

lepas ni turki mungkin kena sabotaj daripada dalam.  ...

Tp turki pun geng dgn usa..join nato lg..Israel dgn turki dorang mmg takut skit..dgn Arab je dorang berani
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:23 PM | Show all posts
seram mcm tgk cite antu ka...   
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Turki je ke berani..abng non macam mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.144372 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list